Showing posts with label viral. Show all posts
Showing posts with label viral. Show all posts

Wednesday, December 28, 2016

Selain Kontroversi, Foto Gadis Beralis Tebal Ini Dibanjiri Dengan Cacian Yang Menyakitkan Hati.

Selalu cantik memang menjadi dambaan setiap wanita. Selain dengan rawatan dari dalam, wanita juga kerap memakai makeup untuk memantapkan penampilannya. Dengan pelbagai teknik dan macam-macam makeup, menjadi wanita berhias memang memerlukan banyak masa dan latihan.


Pada masa ini, remaja belasan tahun pun sudah tertarik dengan makeup. Mereka perlahan-lahan mula mengenal alat solek dan belajar menggunakannya. Satu di antara alat solek yang paling penting ialah pensil kening. Hanya dengan sedikit goresan saja pada kening, boleh membuat wajah kelihatan tegas.

Namun, apa jadinya jika pensil kening tersebut digunakan secara berlebihan? Baru-baru ini heboh gambar dua orang gadis dengan goresan pensil kening yang luar biasa. Alis yang mereka buat sangat tebal dan berlebihan.

Sebuah akaun Facebook dengan nama Random Thoughts, memuat naik foto kedua-dua gadis tersebut. Dalam gambar tersebut, kedua-dua gadis tampak percaya diri dan berselfie bersama. Dengan caption "Eyebrows on fleek! Kilay is life hahaha", posting tersebut dianggap mengejek kedua remaja tersebut.
Posting itu pun terus mendapat pelbagai komen negatif. Seperti pengkomen yang diutarakan oleh akaun Esabella Leong, "We shud teach them how to draw on their eyebrows instead of sharing their pics and make fun of them. They'RE humans too .. they do have feelings."

Akaun tersebut mendedahkan bahawa yang mem-posting foto seharusnya mengajar mereka cara melukis kening daripada hanya menyebarkan foto-foto mereka dan membuat jenaka. Gadis itu manusia juga yang mempunyai perasaan.


Akaun Angel Mei juga menunjukkan ketidaksetujuannya dengan posting tersebut. Dia memberi komen "This is cyberbullying. Stop this nonsense". Angel Mei mau semua orang menghentikan cyberbullying yang tidak masuk akal itu.

Banyaknya komen yang menganggap orang yang memuatnaik foto tersebut, memalukan kedua-dua gadis tersebut. Seorang dengan nama akaun Nicky Veda Starz bersetuju yang kening gadis tersebut memang kelihatan jelek dan aneh. Dia memberi komen "They r beautiful ... its just the way they draw their eyebrows seems like kinda ugly / weirdo..."

Jadi, bagaimana menurut kamurang? Lebih suka kening natural atau seperti kening kedua gadis ini? 

Sumber: Tribunnews | SBP

Thursday, December 22, 2016

Fenomena 'Om Telolet Om' Menjadi VIRAL Di Peringkat Antarabangsa.

Pengguna Twitter di Indonesia menulis mengenai fenomena ‘Om Telolet Om’ tanpa henti sepanjang 12 jam.


Telolet kini menjadi tajuk paling banyak mendapat perhatian di negara itu.

Ia mula muncul di Facebook hampir sebulan lalu dan apa yang mula dilihat sebagai tindakan menggelikan hati dan tanpa sebarang tujuan, kini mendapat perhatian antarabangsa apabila DJ profesional mula mengulas mengenai ‘telolet’ iaitu bunyi hon bas yang unik.

Fenomena ‘Om Telolet Om’ mula tersebar sejak video dimuat naik ke Facebook, menunjukkan kanak-kanak berdiri di jalan raya di Ngabul, Jepara, Jawa Tengah sambil menjerit ‘Om Telolet Om!’ pada bas.

Perkataan Om Telolet Om itu secara lisannya bermakna, “Pak cik, bunyikan hon, pak cik.’

Apabila pemandu bas itu membunyikan hon mereka, kanak-kanak itu akan bersorak gembira.

Sejak mula dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook pada 26 November, video itu ditonton lebih sejuta kali dan dikongsi 44,409 kali.
Kebanyakan pengguna Facebook mengulas dengan komen seperti: “Ia tidak perlukan wang yang banyak untuk bergembira, hanya tunggu bas dan minta mereka bunyikan hon.”

Ramai yang berkata mereka terhibur melihat kanak-kanak bergembira apabila bas memberi tindak balas terhadap permintaan mereka.

Laman web hiburan, Billboard juga mengulas mengenai fenomena itu dengan berkata, bunyi hon itu mungkin akan menjadi tema dalam tarian masa depan.

Fenomena ‘memburu telolet’ bagaimanapun memberi kesan sampingan apabila ia menyebabkan kesesakan jalan raya, termasuk di Jepara.

Sehubungan itu, polis daerah berkenaan menggesa pemandu bas tidak membunyikan hon mereka.

Klik video dibawah untuk menonton keunikan 'Om Telolet Om' ini:


Sumber:- Agensi | SBP

Friday, December 16, 2016

[VIRAL] Singa Telah Memberi Pemburu Ini Satu Pengajaran Semasa Merakam Video Singa Yang Dibunuh! MENGEJUTKAN!

  • Pemburu mengambil rakaman video selepas mereka berjaya membunuh seekor singa.
  • Seekor Raja Hutan lain seolah-oleh tidak gembira dengan apa yang mereka lakukan dan dia memberi satu pengajaran kepada pemburu tersebut.

Hari ini, lebih banyak pemburu membunuh haiwan dan kemudiannya mengambil dan merakam video atau gambar hasil buruan mereka.

Terbaru, terdapat satu rakaman video menjadi viral dimana seorang wanita dan lelaki sedang dikejar oleh singa lain.
Video menunjukkan pemburu wanita berdiri dibelakang singa yang baru dibunuh mereka. Tetapi selepas beberapa ketika, mereka berlarian untuk menyelamatkan nyawa masing-masing selepas singa lain mengejar mereka.

Walau bagaimanapun, video viral ini telah mewujudkan perbahasan secara online, meninggalkan semua netizen tertanya-tanya jika ianya benar atau tidak.

Tonton video viral tersebut dibawah:


| SBP

Lelaki Ini Merakam Detik Bahagia Beliau Dengan Isterinya. Apa Yang Berlaku Pada Akhirnya Memang Mengejutkan!!! Tengok Ini!

  • Dia cuba untuk merakam masa intim dengan isterinya tetapi tiba-tiba, INI BERLAKU!
  • Ini mungkin, apa yang orang panggil MATLAMAT HUBUNGAN TERBARU!

Kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa hari ini, banyak suami isteri mengambil gambar #relationshipgoals yang terbaik dengan pasangan masing-masing. Mereka lebih daripada bersedia untuk melakukan apa-apa dan segala-galanya demi merakam detik terbaik. 

Sekarang, ada video ini yang telah diposkan di Facebook yang telah menjadi viral sejak kebelakangan ini membuat semua orang ketawa.
Netizen yang telah menonton video menyatakan bahawa ini adalah apa yang anda panggil sebagai #relationshipgoals. Mereka juga mengatakan bahawa hari-hari yang manis, berjalan bersama-sama dan lain-lain sudah hilang dan INI adalah MATLAMAT HUBUNGAN yang terbaru.

Apa yang pasangan ini lakukan tidak jauh berbeza daripada apa yang pasangan remaja lakukan hari ini. Ini membuktikan sejauh mana jarak mereka sebagai pasangan.


| SBP

Wednesday, December 14, 2016

Polis Mengheret Saya Seperti Lembu Dan Terpaksa ‘Mendapatkan Perlindungan’ Di Hospital, Kata Raja Perempuan Kelantan.

Nota pengarang: Kami mendapati berita ini, yang disiarkan pada tahun 2010, telah menerima capaian tinggi secara ketara hari ini, menyebabkan ia menjadi antara berita paling popular di laman web Malaysiakini.


Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid mendakwa beliau terpaksa ‘mendapatkan perlindungan’ di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, malam semalam kerana kuathir ditangkap polis dan supaya berada di samping suaminya.


Menurut laporan The Malay Mail, Tengku Anis juga mendakwa Sultan Kelantan ditahan tanpa kerelaan baginda dan polis mengabaikan perintah baginda supaya dibawa ke istana.

Akhbar tabloid itu juga memetik Tengku Anis sebagai berkata “polis mengheretnya seperti lembu” dalam usaha memaksanya ke balai polis.

Katanya, pada kejadian kira-kira jam 7.45 malam semalam di luar Istana Mahkota di Kubang Kerian, anggota dan pegawai polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang lengkap bersenjata menghalang perjalanan baginda dan Tuanku Sultan Kelantan ke Lapangan Terbang Ismail Petra Airport di Pengkalan Chepa.

Keluarga diraja itu dikatakan cuba berlepas ke Singapura bagi mendapatkan rawatan susulan untuk Sultan Kelantan.
"Kami begitu takut apabila polis menyerbu kereta kami dan UTK secara paksa cuba mengeluarkan Tuanku walaupun baginda berulang kali bertitah ingin kembali ke Istana, tetapi polis membawa baginda ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian,” titah Tengku Anis.

Raja Perempuan Kelantan itu juga mendakwa terpaksa bermalam di lantai di luar Wad Diraja di HUSM tetapi kemudiannya berjaya memasuki wad berkenaan sebelum menguncikan dirinya.

Sementara itu, peguam Sultan Kelantan, Mohamed Haaziq Pillay dan Gobind Singh Deo, tiba bagi di Kota Bharu, pagi ini bagi melepaskan baginda dari hospital berkenaan.

Menurut seorang daripada peguamnya, Mohamed Haaziq Pillay, permohonan writ habeas corpus akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jika mereka gagal melepaskan baginda.

Kemelut Istana Kelantan semakin kusut apabila malam semalam, Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra (kiri) dilaporkan ditahan oleh sepasukan anggota dan pegawai polis dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang memakai topeng di luar Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu, malam semalam.

Tengku Fakhry terbabit dengan kancah warisan taktha Kelantan yang membabitkan kekandanya, Tengku Faris yang juga adalah Pemangku Sultan.

Tengku Faris kemudiannya bertindak menyingkirkan adindanya Tengku Fakhry daripada Majlis Perajaan negeri itu.

Kejadian malam semalam itu juga dimuatkan dalam Kosmo hari ini dengan laporan Tengku Fakhry ditahan bersama dua orang doktor dan beberapa orang pengawal peribadi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Akhbar itu yang memetik sumber istana memberitahu, putera Sultan Kelantan itu ditahan ketika beliau bersama dua orang doktor dan sekumpulan pengawal peribadi sultan menaiki beberapa buah kenderaan.

Bernama pula malam semalam melaporkan yang Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian untuk menjalani rawatan susulan masalah jantung.

Berita itu disahkan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad.


LATAR BELAKANG KELUARGA DIRAJA KELANTAN

Sultan Kelantan

Sultan Ismail Petra, yang diserang angin ahmar sejak Mei tahun lalu dan dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya.

Raja Perempuan

Tengku Anis Tengku Abdul Hamid 

Elia Suhana Ahmad

(Isteri kedua). Permohonan cerai difailkan pada 9 Mac lalu oleh Sultan melalui pihak ketiga.

Anak

Anak lelaki pertama: Tengku Muhammad Faris Petra (Pemangku Sultan, gambar atas )

Anak lelaki kedua: Tengku Muhammad Faiz Petra

Anak lelaki ketiga: Tengku Muhammad Fakhry Petra (beliau mencabar pelantikan kekandanya dan disingkirkan dari Majlis Perajaan. Baginda juga terbabit dengan kontroversi berhubung dakwaan penderaan ke atas isterinya, Manohara Odelia Pinot)

Anak perempuan: Tengku Amalin A'ishah Putri

Sumber: Malaysiakini  | SBP

Saturday, December 3, 2016

Awas! Berhati-Hati Apabila Ada Wang Di Wiper Kereta Anda. Itu Mungkin Cubaan Melakukan Jenayah.

“BERHATI-HATI ya semua, macam-macam kemungkinan ada sekarang, penjahat ada di mana-mana,” kata seorang wanita yang mendakwa nyaris menjadi mangsa samun selepas beli-belah di Palm Mall, Seremban, Negeri Sembilan.

Menerusi akaun Facebook, Norlaila Dlaila Dlaila berkongsi pengalamannya apabila menyedari terdapat duit bernilai RM1 terselit di wiper (pengelap cermin) keretanya.


Dalam kejadian 12 tengah hari semalam, wanita tersebut bersama seorang anaknya meletakkan kenderaan di kawasan tempat letak kereta yang ada lima buah kenderaan sahaja.

Apabila memasuki kenderaannya, dia menyedari ada wang di wiper namun tidak terus mengambilnya kerana bimbang dipukau atau dirompak.

“Selang dua dari kereta akak memang ada orang dalam kereta, enjin hidup tapi mereka tak bergerak. Mungkin mereka tunggu akak turun ambik duit itu, Tapi akak tak turun sebab memang tak nampak.

“Memang Allah nak lindung akak, dah keluar dari Palm Mall, akak baru nampak duit itu,” tulisnya.

Jelasnya, duit tersebut dibiarkan sehingga hilang daripada wiper.

Perkongsian Norlaila mendapat sokongan netizen yang mahukan semua pemandu terutamanya wanita untuk lebih berhati-hati dengan taktik licik perompak yang sentiasa mencari ‘peluang’ untuk menyamun.

++++++++

*Dari FB akak tu*

Akak nak cerita balik pasal duit ni ......

Kejadian berlaku di palm mall seremban pukul 12 tgh hari......parking tu mmg tak ramai org...ada lah dlm 5 biji kereta....masa tu

Satu kemungkinan pukau ...satu lagi kemungkinan rompak.....

Sebabnya mcm ni....puas akak memikir kenapa ada duit kat cermin....masa akak keluar dari pintu parking palm mall tadi mmg akak ternampak ada org berdiri tapi sekelip mata hilang

Selang 2 dari kereta akak mmg ada org dalam kereta...ejin hidup....tapi deme tak bergerak2

Mgkin deme tunggu akak turun ambik duit tu......tapi akak tak turun....sebab mmg tak nampak

Lagi pun....danial ada dgn akak masa tu....

Mmg Allah nak lindung akak....dah keluar dari palm mall akak baru nampak duit tu.....

Duit tu akak x ambik x sentuh pun akak biarkan jer kat wiper....tau2 dah hilang mgkin dah terbang.....

Berhati2 yer semua....mcm2 kemungkinan ada skrg ni...penjahat di mana2..keluar rumah baca ayat Qursi.Insha Allah....Allah lindungi kita

Ada saksi yg nampak masa akak parking kat situ.....kebetulan berada kat tempat yg sama.

Loading...

Wednesday, November 16, 2016

Huhuhu...Ini Cara Pemilik Rumah, Mengusir Penyewa Bermasalah. Sangat-sangat Berhemah!

Sebagai pemilik rumah sudah tentu memeningkan kepada apabila terpaksa berhadapan dengan masalah penyewa rumah yang agak culas dalam membayar sewa. Namun begitu, tidak semua orang hidup tanpa sebarang masalah kewangan.


Lihat bagaimana seorang pakar hartanah yang dikenali sebagai Abang Ensem ini mengusir penyewa rumah miliknya. Tiada sebarang cercaan, hinaan. Namun penuh dengan hikmah.

1. Selama aku bergelar Tuan Rumah (Landlord), terdapat 2 insiden aku mengusir penyewa yang bermasalah melunaskan sewa bulanan mereka.

2. Seorang telah diusir dengan ayat sarkastik (rujuk buku pertama aku), manakala seorang lagi telah aku keluarkan secara berhemah.

3. Kenapa berhemah?

4. Kerana si penyewa bukanlah sengaja untuk tidak membayar, sebaliknya dengan desakan hidup berkeluarga, ditambah pula dengan keadaan anaknya yang kurang sempurna. Biar pun aku telah mengurangkan kadar sewa mengikut jumlah yang beliau sendiri (si penyewa) tetapkan tetapi beliau masih tidak berkemampuan.
5. Sayang sekali kerana ketika itu aku baru sahaja bermula, jika sekarang, pasti unit itu aku jadikan wakaf kediaman untuk beliau.

6. Jadi, apakah yang aku lakukan?

7. Mencari unit sewa yang lain mengikut kemampuan mereka, membayarkan deposit 'on behalf' si penyewa. Menguruskan soal pengangkutan bagi memindahkan barang mereka sekeluarga dan seterusnya mengucapkan selamat jalan kepada mereka.

8. Nampak seakan ada kerugian di situ, tetapi siapa tahu hasil dari bantuan tersebut Allah gantikan dengan penyewa baru yang tidak pernah culas pembayaran sewanya sehingga kini.

loading..

Sumber:- Sempoimedia | SBP

Tuesday, November 15, 2016

[VIRAL] Doktor Wanita Jadi Tukang Khatan Tercantik Di Dunia.

Kecantikan seorang doktor wanita di Filipina bukan sahaja mengagumkan ramai netizen apabila melihat gambarnya tersebar dalam laman sosial tetapi kerjayanya sebagai pakar khatan.


Krestle Lailene Deomampo yang berasal dari Davao, Manila itu mula meraih populariti apabila gambarnya tersebar dalam laman sosial Facebook ketika dia sedang menyunat pelajar lelaki di sebuah sekolah di negara itu.

Program berkhatan itu merupakan kerja amal yang dilakukannya di Sekolah Tinggi Kebangsaan San Pedro dekat Laguna.

Malah gambar tersebut yang disebarkan oleh rakannya sendiri, Niquie Delgado turut tertera kapsyen yang menjelaskan Krestle telah menyunat lebih 28 budak lelaki.
Majoriti netizen bersetuju Krestle layak digelar sebagai tukang khatan paling cantik di dunia dan lebih mengagumkan lagi, dia menggunakan kaedah konvensional untuk mempraktikan ilmu perubatannya itu

Krestle menggunakan kaedah dorsumsisi berbanding kaedah yang lebih moden iaitu penggunaan pancaran laser.


Bagaimanapun usia dan status wanita itu tidak dapat dipastikan sama ada dia sudah berkahwin atau belum. -mStar Online

Monday, November 14, 2016

Isu IKAN NASI KERABU Yang Dikatakan Ular Sawa...Ikuti Pengakuan Zarliza Ramli, Pemilik Resipi Kontroversi Tersebut.

Dah lama nk menjawab isu IKAN NASI KERABU yg dikatakan ular sawa...

Entah dari mana punca dan tanpa diketahui NIAT apakah individu yg sanggup menaip dan memviral isu itu sehingga menjadi isu utama.


Wallahu a'lam.

Wlpn gmbr2 proses membuat ikan nasi kerabu ni melambak2 dlm hp sy krn ini projek anak beranak kami, tp sy sengaja biarkan isu ini hangat dan hangat , nk tgok sejauh mana rakyat kita peka bab halal dan haramnya makanan yg masuk dlm mulut...ternyata, begitu teliti sekali...Tahniah...

Tp bicara kali ini bukan semata atas kapasiti NASI KERABU SEGERA AKHTAR tetapi sy yakin saudara2 seislam kita di Pattani yg lain yg mengusahakan projek ikan ini ternyata 'lbh Islam' berbanding kita yg kononnya negara islam.

Utk pengetahuan, di Pattani adalah umpama tokbali, ikan2 mudah didapati dg murah berbanding sukarkan mencari seekor ular sawa yg bahaya dan mahal...
Xkira yg packaging dg getah dijual secara timbang atau yg packing tulisan siam yg di viralkanpn, semua itu adalah projek org2 kg di Pattani yg mana byk diproses ikan di tmpt tersebut.

Sy yakin Jakim sdg melakukan keje2 hakiki mereka skrg, menyelidik sumber cerita n kesohihan kes tersebut, cuma yg pasti sy yakin phk yg mengadakan cerita tersebut sdg gelak krn bg penduduk sempadan thai dan golok sendiri seakan xlayan citer2 sebegini...krn bg thailand, sijil halal di negara kafir ternyata lbh sukar didapati berbanding sijil halal di negara Islam sendiri dek krn ketelitian yg seharusnya mereka siasat scr terperinci.

Ingat...kita bukan setakat mencari yg HALAL...tp TOYYIBAN...

#Sesekali kaji apa yg masuk ke mulut kita, bukan main hentam je.
#Better mkn ular sawa dr mkn riba, rasuah, harta anak yatim, lbh2 lg harta rakyat...hik3

Kredit:- Zarliza Ramli

Friday, November 4, 2016

Jika 'BERBUIH', Itu Tanda Minyak Masak Kitar Semula.

Pengguna boleh mengenal pasti minyak masak yang di kitar semula dengan cara pemerapan minyak yang dibeli di dalam peti sejuk selama dua jam.


Ketua Aktivis PPIM Kelantan, Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata, selepas dua jam, minyak itu akan berbuih, maka terbukti ia telah dikitar semula dan membahayakan kesihatan.

“Pelbagai bukti telah ditemui namun sehingga kini penjualan minyak kitar semula ini tetap berleluasa dan PPIM mendapati 90 peratus dari restoran di Malaysia menggunakan minyak kitar semula ini,” katanya.
Menurutnya, selain itu, pelbagai cara lain boleh digunakan untuk mengenal pasti ketulenan minyak masak dan antaranya dengan memasukkan seulas bawang putih ketika menggoreng sayur, jika bawang putih jadi merah, itu menunjukkan kandungan minyak kitar semula yang sangat beracun.

“Kemungkinan minyak masak kitar semula yang diproses daripada minyak yang dikumpul dari dapur restoran tidak halal.

Mungkin minyak tersebut telah digunakan untuk goreng daging khinzir dan disimpan dan kemudiannya dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam dengan harga yang murah,” katanya.

SEBARKAN!

Sumber: FB Negara Sabah

[Viral] Penoreh Getah Hidup Bagaikan Selebriti Kerana Memiliki Wajah Mirip Petinju Legenda Filipina, Manny Pacquiao.

Seorang penoreh getah hidup bagaikan selebriti di kampungnya lantaran memiliki wajah mirip petinju legenda Filipina, Manny Pacquiao.


Aloysius Taidin, 43, dari Kampung Kabatang Baru, Sook berkata, dia menyedari kelebihan yang dimilikinya itu selepas ditegur seseorang ketika berada di pekan Keningau enam tahun lalu. Pekan Sook terletak kira-kira 200 kilometer atau tiga jam perjalanan menaiki kereta dari Kota Kinabalu.

“Saya tidak mengenali orang itu tetapi dia terus menerus memanggil saya dengan nama Manny Pacquiao.

“Dia kemudian mengajak saya minum dan kami berborak panjang mengenai petinju tersebut yang dikatakan mirip muka saya,” ceritanya ketika ditemui di Kampung Kabatang Baru, Sook di sini semalam.

Peminat sukan kickboxing itu memberitahu, dia kemudian mula mencari gambar-gambar Pacquiao dan akan tersenyum setiap kali menatapnya.

“Wajah kami hampir sama dan ramai yang mengatakan senyuman, mata dan bentuk muka kami sangat seiras. Cuma tubuh saya lebih kecil dan rendah berbanding Pacquiao.

Sumber: (FB) Wilfred Jerome Lee

Wednesday, October 26, 2016

[11 Gambar] Luahan Sayu Mohd Shukri Saad Di Laman Sosialnya. Tertekan Dengan Kerajaan Yang Zalim, Dia NEKAD TERJUN Dari Jambatan Pulau Pinang.

Seorang lelaki nekad terjun dari jambatan Pulau Pinang gara-gara tertekan kerana dia didakwa atas kesalahan menjual rokok murah di kedai runcit milik nya.


Dia akan dihadapkan ke Mahkamah atas kesalahan tersebut ini menyebabkan dirinya tertekan dan memilih jalan nekad ini supaya tidak menyusahkan isteri dan keluarga nya.

Dia yang dikenali dengan nama Mohd Shukri Saad telah menulis satu luahan nya mengenai apa yang berlaku kepada hidupnya. 

Luahan sayu Shukri di Laman sosialnya: 

asalamualaikum teman dan sahabat....dan terutama buat istiriku ank ank dan keluarga tersayang...ku pohon berjuta kemaafan kerana perkara yg kulakukan ini tak pernah terlintas utk ku lakukan...diharap jgn la orang ramai kecam dan hina isteri ank ank dan keluaga ku...ku amat tertekan dgn kerajaan yg zalim....kerana kes rokok yg nilai rampasannya hanya 160 aku akan dipennjarakan...ini kesalah pertama aku pada tahun 2012 ...br sekarang naik makamah....tarikh naik court kelmarin tp di.. tunda hari inii.....bulan 8 yg lepas aku dah kena kes yg sama iaitu juai rokok murah...yg nilai nya 200 ..hampir di reman semingu dan mujurla ada surat kematian ank ku yg ketiga... ku dikenakan jaminan 3 k.....kena bulan 2 naik court bulan 8 dan di hukum 4k atau 4 bulan penjara....ku setle 4 k dan duit pun jenuh hutang kawan.......ya aku mengaku salah perkara itu salah....tp hukumannyaaa tak setimpal....yg pengarah tibai berjutaa boleh lpasss pulak dgn duit jaminan....celaka punya pimpinan kerajaan sekarang... beniaga kdai runcit kampung jeee bkn untung besar punnn ....margin cukup nipis di bebani dgn cukai gst lagiii.....memang kerajaan sekarang zalimmmm....arini aku mengambil ksputusan utk tidak pegi makamah kerana aku dah tak punya duit ...byk bebanan aku nk tangungg...dan kutak sanggup dipenjarakan...dgn ini.ku.memilih utk berkorban sebagai rakyat yg dizalimi....aku akan tamatkan riwayat akuu....kerana byk kali ku bermimpi lemas di lautan.....ku tahu Allah maha mengetahui dan mungkin aku dikalangan hambanya terpilih....biar la aku berkorban demi rakyat malaysia...walau aku nanti aku akan dikecam dan di hina....dan ku pohon simpati orang ramai nanti ambik la berat tentangg ank ank ku aku tak sangup berpisah namun kutiada pilihan kenangila mereka sbgai ank perngobanan ...utk isteriku Nur Azianti maapkan la abg kerana byk buat azian susah ht kerana kes rokok ni.....nanti pilih la peganti yg syang azian dan ank ank sepenuh hati.....utk ank sedara ku Hadi Radzi jaga la tok elok elok ...utk kak aku Nor Aini dan abg ipar ku Zamri Mat Ishak terus kan la jaga kdai dan kalau tak mampu juai la pada yg berminat.....pada yang ada hutang kat akuu aku halalkan....dan yg aku hutang Mohd Hazril Jamaludin dan Mohd Naim boleh jumpa kak aku nanti dia tolong setelkan sedikit sedikit..ku harap pengorbanan aku ini setimpal agar org yg senasib tidak lg dikenakan hukuman mcm ni.....juai rokok murah jer pun bkn balas berjuta wang ringit.....aku tiada pilihan wahai rakyat malaysia...semalaman aku tak lena.....tp kutiada pilihan....maap kan abah ariq dan safia.....jagala ibu elok elok bila besar nanti....maapkan saya mak (makteh bibah)
chek takk ada pilihan....maapkan saya 
maapkan saya....saya tak sangup dipenjara..... utk isteriku abg amat menyayangimu sayang tp abg bkn yang terbaik...carila yg tetbaikkk nanti demi syang dan ank ank....
dan utk adik beradik ku yg lain peliharala mak tg dah 78 tahun.....balik la jengok dia...jgn biar dia menangis senderian kerana rindukan ank nya yang jarang balik..... 
sekiannn..sekali lg maapkan abah...mapkan abangg sayang...maapkan chek makkk....
kutaksanggup lagi menyusah kan orang dgn meminjam duittt...molaaa ku pilih untuk dipenjara tp terkenang kan ank nanti degelar ank banduannn....ya allah ampuni dosaku yaalaah....ku tahu kau memahami dan maha mengampun....
ku benarkan status terakhirku ini jadi viral utk bgtau kita di pimpim pemimpin yg zalim..
dan yg terakir buat presiden pas jgn la tertipu dgn pimpinan umno depa wayang jerr kata dok sokong rang undang undang yg nk di bawak tu agar pembangkang berpecah....bersatula kembali mwnjadi pembangkang yg kuat...agar nasib mcm aku terbela.....nanti dah jd kerajaan media dah di control sng nk yakinkan rakyat tentang rang yg nk dibawak tuuu......
ashaduanlailahailalah....waashaduannamurhadan rasullalah....maapkan akuu.











Sayu luahan nya kini pihak penyelamat sedang mangsa dilokasi mangsa terjun, semoga dipermudahkan dan mangsa dijumpai selamat walaupun agak tipis.

Sumber Asal: ceritagempakkomuniti | SBP

Tuesday, October 25, 2016

[VIRAL] Seorang BROTHER Meloloskan Diri Dari Penjara Dengan Cara Paling MENGEJUTKAN Ramai!!!

Disebabkan saiz badan yang kurus, seorang lelaki ini berjaya melepasi tiang penjara di Afrika Selatan. Video ini memaparkan tindakannya yang sangat luar biasa kerana tidak ramai yang berani mencubanya.


Lelaki ini sememangnya mengagumkan kerana tanpa ragu-ragu dia telah memuatkan tubuh badannya di celah-celah tiang itu untuk melepaskan diri.

Menerusi video berdurasi 0.33 saat itu, dia berjaya meloloskan dirinya dalam masa yang singkat dengan mudah. Sukar untuk percaya pada mulanya tetapi selepas dia berjaya melakukannya, ternyata orang ramai yang menonton video ini terperanjat.
Tak percaya, saksikan sendiri bagaimana lelaki ini lakukannya. Jangan pula ada yang mencuba kerana tindakan lelaki ini sememangnya memerlukan kepakaran. 

Klik video dibawah untuk menonton aksi BROTHER tersebut:


Kredit:- Ohmymedia

Friday, October 21, 2016

Inilah 8 Jenis Makanan Melayu Yang HARAM Dimakan Kerana Tiada Sijil Halal.

Saya benar-benar jengkel apabila mendapati saya telah termakan makanan tiada sijil halal Auntie's Anne.


Langsung tidak saya ketahui bahawa pretzel dog sebenarnya mengandungi anjing. Sekarang, saya hanya boleh berserah kepada keredaan Allah.

Saya juga secara tidak sedar memakan anjing dan minum bir untuk lebih sedekad di restoran segera kegemaran saya - A&W. Saya berkunjung ke restoran itu sejak kecil lagi.

Saya rasa ibu bapa saya juga telah tertipu terlalu selama ini.
Oleh itu, saya ingin menarik perhatian pihak berkuasa terhadap beberapa hidangan di Malaysia.

1. Kuih Puteri Mandi

Ini adalah kuih pantai timur tradisional dari Terengganu. Saya rasa kuih ini perlu diisytiharkan tidak halal kerana salah untuk makan manusia lain, apatah lagi jika ini membabitkan kerabat diraja.

2. Kuih Tahi Itik

Kuih ini berasal dari Kelantan dan dari nama itu sendiri, ia adalah sangat jelas bahawa ia adalah najis itik. Dalam Islam, atau mana-mana agama lain, tahi adalah 'najis'. Oleh itu, kuih ini perlu segera diisytiharkan tidak halal.

3. Kuih Badak Berendam

Satu lagi kuih dari Kelantan. Saya sebenarnya tidak pasti jika badak air sebenarnya halal atau tidak boleh dimakan. Jadi jangan tanya terlalu banyak soalan. Jadikannya tidak halal.

4. Nasi Beriani Gam

Kita telah melihat banyak pengumuman khidmat awam di televisyen yang memberitahu betapa bahayanya menghidu gam. Ia dianggap penyalahgunaan dadah. Jadi, jika ini adalah bahan yang digunakan dalam masakan popular Johor ini, saya kata ia tidak halal.

5. Laksa Johor

Laksa Johor mungkin kelihatan seperti hidangan yang tidak berbahaya. Tetapi tahukah anda bahawa bahan utamanya adalah spageti? Ya, spageti Itali! Majoriti orang Itali beragama Kristian. Itu sahaja menjadikannya tidak halal!

6. Pulut Kukus Periuk Kera

Ini adalah hidangan unik dari Sarawak. Tetapi, makan monyet (atau lebih khusus, kera) tidak pernah menjadi halal setakat yang saya tahu. Ia adalah haiwan yang mempunyai gigi yang tajam atau taring yang digunakan untuk membunuh dan memakan haiwan kecil.

7. Kuih Mangkuk

Hidangan ini berasal dari Negeri Sembilan dan saya benar-benar ragu jika ia boleh dimakan.

Bagaimana kita boleh makan mangkuk? Adakah ia diperbuat daripada tanah liat, kaca, seramik, styrofoam atau melamin? Ini tidak sepatutnya halal.

8. Kuih Bugis Mandi

Ini adalah kuih tradisional dari Selangor. Ini harus menjadi tidak halal berdasarkan fakta yang sama seperti kuih pertama dalam senarai saya. Makan manusia tidak dibenarkan oleh mana-mana agama.

Oleh: ZAN AZLEE 

Seorang penulis, pembikin filem, dokumentari, wartawan dan ahli akademik. Lawati FATBIDIN.COM untuk melihat kerjanya.

Thursday, October 20, 2016

Netizen Kena Terima Kenyataan...Subsidi Minyak Masak Dijangka Dipotong, Harga Bakal Naik Mendadak.

Harga beberapa kategori minyak masak akan meningkat bulan depan, kata akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily yang memetik Persatuan Pengeluar Minyak Makan Malaya.


Menurut laporan itu, kenaikan berkenaan berikutan pemansuhan subsidi minyak masak.

Kategori minyak masak yang terjejas itu termasuk 500g, 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg produk minyak campuran serta 500g, 1kg, 2kg dan 3kg produk minyak sawit tulen.

Ia juga menyebut, minyak sawit tulen dalam botol 5kg akan terus disubsidi sehingga tahun depan.

Menurut laporan itu, sebungkus minyak masak yang seberat satu kilogram dijangka meningkat daripada RM2.50 kepada RM2.90 menjelang bulan depan, manakala botol minyak sawit tulen 5kg akan naik daripada RM13.35 kepada RM15.25 menjelang Januari 2017.
Maklumat lanjut dijangka akan diumumkan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 Jumaat ini.

Laporan Oriental Daily juga mendakwa ramai peniaga makanan mula menyimpan minyak masak menjelang pengumuman Bajet 2017.

Putrajaya melaksanakan "pelan rasionalisasi subsidi" secara agresif sejak Najib mengambil alih teraju pemerintahan negara pada awal tahun 2009.

Berikutan ini, Putrajaya telah mengurangkan subsidi untuk minyak, bayaran tol lebuh raya dan memansuhkan subsidi gula.

Berita muncul tahun lalu bahawa Putrajaya bercadang menghapuskan dana RM950 juta skim penstabilan harga minyak masak yang disalurkan menerusi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Sumber: Malaysiakini | SBP

Sunday, October 9, 2016

Kedapatan Selingkuh, Wanita Ini Setrum Bahagian Kelangkang BFnya.

Seseorang boleh berbuat nekad apabila mengetahui kekasihnya bermain-main mata di belakangnya. Seperti yang dilakukan wanita cantik ini yang nekad menyetrum bahagian pangkal paha teman lelakinya kerana kedapatan selingkuh.


Wanita itu seolah-olah sudah mengetahui teman lelakinya selingkuh. Sebelum melakukan aksinya, dia kelihatan bercakap bersama rakannya dalam kereta. Dia mengatakan bahawa teman lelakinya yang selingkuh akan mendapat hadiah tak menyenangkan kerana telah berlaku curang.

Tak lama kemudian, wanita itu masuk ke rumah tempat teman lelakinya selingkuh dengan wanita lain. Wanita itu kelihatan marah-marah sebelum akhirnya menyetrum bahagian selangkang teman lelakinya dengan taser.
Lelaki itu kelihatan kesakitan ketika disetrum dengan taser, tapi tidak diketahui apa yang terjadi selanjutnya kerana videonya sudah berakhir.

Hati-hati tau lelaki, jangan berani curang di belakang pacar kamu jika tidak ingin pangkal paha anda disetrum!

Klik video dibawah, untuk menonton aksi menyetrum tersebut:


Sumber: Viral4real | SBP

Thursday, October 6, 2016

Perkembangan Kes Jufazli Shi Ahmad VS Musa Aman (Ketua Menteri Sabah)

Bismillah...


Inspektor Nur Intan Jamrin (Pegawai Penyiasat Jenayah) IPD Tawau akan mula menyiasat saya dan mengambil kenyataan penuh berkenaan pendedahan skandal wang rasuah kayu balak Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pada 7 Oktober 2016 (Jumaat). Siasatan ini akan dilakukan pada jam 3.00 petang di Kuala Lumpur. 
Sebagai Pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah, saya masih begitu yakin bahawa Musa Aman perlu didakwa akibat skandal rasuah ratusan jutaan ringgit sejak beliau menjadi Ketua Menteri Sabah. Jika Musa Aman terus terlepas bebas, itu adalah tidak adil untuk rakyat Sabah kerana wang tersebut sepatutnya bukan milik Musa Aman. Tetapi itu milik rakyat Sabah.

Saya akan terus melawan Raja Korup Sabah ini dan saya pasti menang. Insya Allah.

#SELAMATKAN SABAH

JUFAZLI SHI AHMAD
PENGASAS GERAKAN ANAK MUDA SELAMATKAN SABAH
PENGANALISIS POLITIK
4 OKTOBER 2016 (SELASA)

Wednesday, October 5, 2016

[KEMASKINI - GAMBAR DAN VIDEO] Kontroversi Kes Rasuah JANS, Anggaran Rampasan Melebihi RM112 Juta.

Dianggarkan rampasan berhubung kes rasuah pengarah dan timbalan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), termasuk tunai, barang-barang kemas, 127 bidang tanah, dan akaun-akaun bank dalam dan luar negara melebihi RM112 Juta.


Ini sangat mengejutkan selepas siasatan menyeluruh dan operasi tangkapan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjumpai wang tunai yang dianggarkan hampir RM50 juta di dalam sebuah rumah salah seorang pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah dalam serbuan ke rumahnya semalam.


SPRM juga menemui wang tunai dalam jumlah yang besar dalam salah sebuah kenderaan milik suspek. Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah mempunyai bilik khas untuk menyimpan wang berkenaan.
"Dia tidak menyimpan dalam bank, sebaliknya menyimpan wang tunai di rumah. Terdapat juga sejumlah besar barang kemas dan jam tangan pelbagai jenama."

Dilaporkan lebih 40 buah kereta mewah turut disita.


Usaha penangkapan akan diteruskan lagi, termasuk adik beradik dan sanak saudara suspek.



Untuk rekod Teo Chee Kong, Timbalan Pengarah JANS adalah pemilik Hotel No.5 di Kota Kinabalu, rumah mewah, Syarikat Pemaju Perumahan di Membakut dan Beaufort dibawah syarikat Hasil Emas Takapan Sdn Bhd yang pernah membangunkan projek perumahan Taman Takapan Emas.


Selain memiliki rumah-rumah kedai disekitar Membakut dan Beaufort.


Apakah pula siasatan dan jumlah tangkapan esok? pasti lebih mengejutkan!


Ikuti sidang media Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, dibawah:


INI PUN MENARIK DIBACA JUGA:
Sumber: Captain M | SBP

[UPDATE] Duit Tunai Terlalu Banyak, SPRM Masih Mengira Jumlah Sebenar Wang Milik Suspek Rasuah JANS.

Gambar rampasan wang tunai berjumlah lebih RM10 juta yang dipercayai milik seorang pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), tersebar menerusi aplikasi media sosial, hari ini. Wang itu dikatakan dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam operasi berakhir lewat petang semalam. 


Sumber berkata, pegawai SPRM masih mengira jumlah sebenar wang itu dan penemuan itu dipercayai yang terbesar pernah disita berkaitan kes rasuah. "Penemuan wang tunai itu mengejutkan SPRM yang tidak menyangka wang belasan juta ringgit milik suspek ditemui di beberapa lokasi," katanya di sini, hari ini. 
Kelmarin, pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah dan timbalannya, disyaki mengumpul kekayaan lebih RM50 juta sejak enam tahun lalu, menerusi penyelewengan projek secara agihan kepada ahli keluarga mereka. 

Kedua-duanya disyaki menyalahgunakan kuasa dalam agihan projek pembangunan infrastruktur dikendalikan jabatan bernilai lebih RM3.3 bilion yang disalurkan Kerajaan Persekutuan sejak enam tahun lalu. Difahamkan, suspek berusia 51 dan 54 tahun itu akan direman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, petang ini dan disusuli sidang media Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.

VIRAL!!! Video Ibu Pijak Muka Kanak-kanak Dengan Bantal...Inilah Rupa Sebenar Ibu Tersebut, Patut La…

Ibu yang memijak muka bayinya menggunakan bantal telah berjaya ditangkap oleh pihak polis selepas video tersebut menjadi viral di media sosial.


Video berkenaan telah di muat naik oleh seorang pengguna facebook yang menamakan dirinya Erlangga meminta “Tolong menyebarkan video ini agar pelakunya segera ditangkap” katanya dalam teks video berkenaan.

Video yang berdurasi selama 18 saat itu menunjukkan seorang wanita telah menutup muka kanak-kanak berkenaan dengan menggunakan bantal dan berdiri di atasnya sehingga kanak-kanak itu menjerit sambil menangis.
Mangsa kelihatan kesakitan sehingga menggelupur dengan suara yang tersekat-sekat seperti susah untuk bernafas, tangisan si anak seperti tidak mampu meluluhkan hati si ibu malah dia semakin menjadi-jadi.

Dimaklumkan dari sumber, kejadian berlaku di Bekasi Jawa Barat Indonesia. Diharapkan agar pihak polis Bekasi akan segera menangani kes berkenaan.