Friday, November 4, 2016

[Viral] Penoreh Getah Hidup Bagaikan Selebriti Kerana Memiliki Wajah Mirip Petinju Legenda Filipina, Manny Pacquiao.

Seorang penoreh getah hidup bagaikan selebriti di kampungnya lantaran memiliki wajah mirip petinju legenda Filipina, Manny Pacquiao.


Aloysius Taidin, 43, dari Kampung Kabatang Baru, Sook berkata, dia menyedari kelebihan yang dimilikinya itu selepas ditegur seseorang ketika berada di pekan Keningau enam tahun lalu. Pekan Sook terletak kira-kira 200 kilometer atau tiga jam perjalanan menaiki kereta dari Kota Kinabalu.

“Saya tidak mengenali orang itu tetapi dia terus menerus memanggil saya dengan nama Manny Pacquiao.

“Dia kemudian mengajak saya minum dan kami berborak panjang mengenai petinju tersebut yang dikatakan mirip muka saya,” ceritanya ketika ditemui di Kampung Kabatang Baru, Sook di sini semalam.

Peminat sukan kickboxing itu memberitahu, dia kemudian mula mencari gambar-gambar Pacquiao dan akan tersenyum setiap kali menatapnya.

“Wajah kami hampir sama dan ramai yang mengatakan senyuman, mata dan bentuk muka kami sangat seiras. Cuma tubuh saya lebih kecil dan rendah berbanding Pacquiao.

Sumber: (FB) Wilfred Jerome Lee