Friday, November 4, 2016

Jika 'BERBUIH', Itu Tanda Minyak Masak Kitar Semula.

Pengguna boleh mengenal pasti minyak masak yang di kitar semula dengan cara pemerapan minyak yang dibeli di dalam peti sejuk selama dua jam.


Ketua Aktivis PPIM Kelantan, Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata, selepas dua jam, minyak itu akan berbuih, maka terbukti ia telah dikitar semula dan membahayakan kesihatan.

“Pelbagai bukti telah ditemui namun sehingga kini penjualan minyak kitar semula ini tetap berleluasa dan PPIM mendapati 90 peratus dari restoran di Malaysia menggunakan minyak kitar semula ini,” katanya.
Menurutnya, selain itu, pelbagai cara lain boleh digunakan untuk mengenal pasti ketulenan minyak masak dan antaranya dengan memasukkan seulas bawang putih ketika menggoreng sayur, jika bawang putih jadi merah, itu menunjukkan kandungan minyak kitar semula yang sangat beracun.

“Kemungkinan minyak masak kitar semula yang diproses daripada minyak yang dikumpul dari dapur restoran tidak halal.

Mungkin minyak tersebut telah digunakan untuk goreng daging khinzir dan disimpan dan kemudiannya dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam dengan harga yang murah,” katanya.

SEBARKAN!

Sumber: FB Negara Sabah