Saturday, December 3, 2016

Awas! Berhati-Hati Apabila Ada Wang Di Wiper Kereta Anda. Itu Mungkin Cubaan Melakukan Jenayah.

“BERHATI-HATI ya semua, macam-macam kemungkinan ada sekarang, penjahat ada di mana-mana,” kata seorang wanita yang mendakwa nyaris menjadi mangsa samun selepas beli-belah di Palm Mall, Seremban, Negeri Sembilan.

Menerusi akaun Facebook, Norlaila Dlaila Dlaila berkongsi pengalamannya apabila menyedari terdapat duit bernilai RM1 terselit di wiper (pengelap cermin) keretanya.


Dalam kejadian 12 tengah hari semalam, wanita tersebut bersama seorang anaknya meletakkan kenderaan di kawasan tempat letak kereta yang ada lima buah kenderaan sahaja.

Apabila memasuki kenderaannya, dia menyedari ada wang di wiper namun tidak terus mengambilnya kerana bimbang dipukau atau dirompak.

“Selang dua dari kereta akak memang ada orang dalam kereta, enjin hidup tapi mereka tak bergerak. Mungkin mereka tunggu akak turun ambik duit itu, Tapi akak tak turun sebab memang tak nampak.

“Memang Allah nak lindung akak, dah keluar dari Palm Mall, akak baru nampak duit itu,” tulisnya.

Jelasnya, duit tersebut dibiarkan sehingga hilang daripada wiper.

Perkongsian Norlaila mendapat sokongan netizen yang mahukan semua pemandu terutamanya wanita untuk lebih berhati-hati dengan taktik licik perompak yang sentiasa mencari ‘peluang’ untuk menyamun.

++++++++

*Dari FB akak tu*

Akak nak cerita balik pasal duit ni ......

Kejadian berlaku di palm mall seremban pukul 12 tgh hari......parking tu mmg tak ramai org...ada lah dlm 5 biji kereta....masa tu

Satu kemungkinan pukau ...satu lagi kemungkinan rompak.....

Sebabnya mcm ni....puas akak memikir kenapa ada duit kat cermin....masa akak keluar dari pintu parking palm mall tadi mmg akak ternampak ada org berdiri tapi sekelip mata hilang

Selang 2 dari kereta akak mmg ada org dalam kereta...ejin hidup....tapi deme tak bergerak2

Mgkin deme tunggu akak turun ambik duit tu......tapi akak tak turun....sebab mmg tak nampak

Lagi pun....danial ada dgn akak masa tu....

Mmg Allah nak lindung akak....dah keluar dari palm mall akak baru nampak duit tu.....

Duit tu akak x ambik x sentuh pun akak biarkan jer kat wiper....tau2 dah hilang mgkin dah terbang.....

Berhati2 yer semua....mcm2 kemungkinan ada skrg ni...penjahat di mana2..keluar rumah baca ayat Qursi.Insha Allah....Allah lindungi kita

Ada saksi yg nampak masa akak parking kat situ.....kebetulan berada kat tempat yg sama.

Loading...