Wednesday, October 5, 2016

[KEMASKINI - GAMBAR DAN VIDEO] Kontroversi Kes Rasuah JANS, Anggaran Rampasan Melebihi RM112 Juta.

Dianggarkan rampasan berhubung kes rasuah pengarah dan timbalan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), termasuk tunai, barang-barang kemas, 127 bidang tanah, dan akaun-akaun bank dalam dan luar negara melebihi RM112 Juta.


Ini sangat mengejutkan selepas siasatan menyeluruh dan operasi tangkapan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjumpai wang tunai yang dianggarkan hampir RM50 juta di dalam sebuah rumah salah seorang pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah dalam serbuan ke rumahnya semalam.


SPRM juga menemui wang tunai dalam jumlah yang besar dalam salah sebuah kenderaan milik suspek. Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah mempunyai bilik khas untuk menyimpan wang berkenaan.
"Dia tidak menyimpan dalam bank, sebaliknya menyimpan wang tunai di rumah. Terdapat juga sejumlah besar barang kemas dan jam tangan pelbagai jenama."

Dilaporkan lebih 40 buah kereta mewah turut disita.


Usaha penangkapan akan diteruskan lagi, termasuk adik beradik dan sanak saudara suspek.



Untuk rekod Teo Chee Kong, Timbalan Pengarah JANS adalah pemilik Hotel No.5 di Kota Kinabalu, rumah mewah, Syarikat Pemaju Perumahan di Membakut dan Beaufort dibawah syarikat Hasil Emas Takapan Sdn Bhd yang pernah membangunkan projek perumahan Taman Takapan Emas.


Selain memiliki rumah-rumah kedai disekitar Membakut dan Beaufort.


Apakah pula siasatan dan jumlah tangkapan esok? pasti lebih mengejutkan!


Ikuti sidang media Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, dibawah:


INI PUN MENARIK DIBACA JUGA:
Sumber: Captain M | SBP