Showing posts with label misteri. Show all posts
Showing posts with label misteri. Show all posts

Thursday, March 2, 2017

10 Tempat Paling Misteri Dan Seram Di Malaysia.

Tahukah anda dimana tempat-tempat paling berhantu dan menyeramkan di Malaysia? Sebenarnya terdapat banyak kawasan yang boleh dikategorikan paling berhantu di Malaysia. 

Mungkin kerana terlalu banyak kejadian-kejadian misteri dan pelik yang berlaku dikawasan tersebut sehingga menjadi lokasi yang paling menakutkan kepada orang ramai.

Berikut ini adalah beberapa tempat paling misteri dan berhantu di Malaysia:

1. Lebuhraya Karak, Pahang


Lebuhraya ini dibuka kepada orang awam sejak tahun 1977, menghubungkan KL dengan Karak dan telah dinaiktaraf daripada 4 lorong ke 6 lorong pada 1997.

Banyak kemalangan maut telah terjadi di lebuhraya ini dan salah satunya pada 1990, 17 orang telah mati dalam kemalangan melibatkan 10 kereta, kereta polis, lori dan sebuah bas.

Antara kisah yang popular adalah apabila sebuah kereta Volkswagen warna kuning tiba-tiba muncul di hadapan kereta kita. Jika kita potong, selepas itu akan kelihatan lagi kereta Volkswagen kuning tadi di hadapan. Potong lagi dan kita jumpa lagi kereta itu!

Apa yang menakutkan, bila diteliti tiada manusia di dalam kereta itu!

Satu lagi kisah berkenaan 4 orang hamba Allah dalam perjalanan dari Shah Alam ke Tanah Merah. Semasa melalui Bentong, tiba-tiba dua orang daripada mereka, Saifullah dan Hadi telah terdengar bunyi selepas terhempas di bahagian belakang kereta. Dua rakan lain Azizi dan Malik sedang tidur. 

Selepas melihat cermin belakang, mereka tidak nampak apa-apa. Semasa memotong sebuah lori balak, pemandu lori itu menyalakan lampu besar berulang kali. 

Beberapa kenderaan yang memintas kereta mereka turut menyalakan lampu tinggi dan membunyikan hon, mengejutkan rakan yang sedang tidur. 

Memikirkan kemungkinan sesuatu berlaku terhadap keretanya, Saifullah ambil keputusan berhenti di bahu jalan untuk melihat-lihat jika ada yang tidak kena. 

Semasa Hadi dan Saifullah membuka pintu kereta, Malik yang kebetulan memalingkan muka ke cermin belakang menjerit meminta perjalanan diteruskan sambil menepuk-nepuk belakang kerusi. 

Malik mengalami ketakutan yang amat sangat setelah ternampak pontianak sedang berbaring di atas but kereta, dengan wajahnya menghadap mereka.

2. Bukit Putus, Negeri Sembilan


Jalan bengkak-bengkok seperti ular kena palu merupakan laluan paling seram pada waktu tengah malam di Malaysia. Bukit Putus pernah menjadi lokasi banyak kemalangan dan aktiviti jenayah, antaranya mayat dicampak ke dalam gaung.

Antara kisah seram yang berlaku di sini adalah pemandu yang terserempak dengan sekumpulan orang sedang mengusung keranda. Jika bernasib baik, anda akan ternampak wanita mendukung anak di tengah jalan.

3. Victoria Institution, Kuala Lumpur


Dibina pada 1893, sekolah ini adalah yang tertua di KL. Berikut adalah diantara kisah seram yang dikaitkan dengan Victoria Institution.

Kisah Satu

Ada satu bilik muzik yang terletak di bawah tanah. Untuk ke bilik ini perlu melalui terowong yang panjang. Seorang pelajar telah hilang di sini dan belum lagi ditemui sehingga hari ini.

Kisah Dua

Berdasarkan pengalaman seorang pengawal keselamatan. Suatau hari dia bertugas untuk shift malam. Seperti biasa dia membuat rondaan di sekitar sekolah. 

Semasa melalui Pavilion (stor barangan sukan) dia terdengar bunyi orang sedang berkawad di padang. 

Selepas itu pengawal tersebut telah mengambil cuti sakit kerana demam panas. Dia mendakwa telah ternampak sepasukan tentera Jepun sedang berkawad!

Kisah Tiga

Semasa pendudukan Jepun, sekolah ini telah dijadikan markas tentera. Tandas di Victoria Institution telah menjadi tempat memancung kepala tawanan perang. 

Diceritakan, pernah seorang pelajar ternampak mayat tergantung di pintu tandas. Ada juga yang cerita telah melihat darah mengalir keluar dari dalam tandas. 

Jangan terkejut disebalik banyak kisah mistik yang terjadi, Tandas 206 tersebut masih lagi digunakan!

Kisah Empat

Di Victoria Institution ada sebuah menara jam dengan tinggi kira-kira 30 meter. Ramai pelajar pernah ternampak “benda” duduk di atas menara jam itu pada waktu malam.

Kisah Lima

Kisah daripada pelajar-pelajar yang terlibat dengan kumpulan koir. Mereka selalu berlatih sehingga lewat malam di sekolah. 

Suatu kisah yang berlaku pada 2005, seorang anggota koir telah hilang dan ditemui semula sedang tidur di atas tangki air. 

Setelah ditanya, pelajar ini berkata dia telah terjumpa seorang wanita berjalan seorang diri di dalam kawasan sekolah. Atas dasar prihatin dia cuba bertanya pada wanita itu, namun kemudiannya tidak sedarkan diri dan tidak ingat apa-apa.

4. Penjara Pudu, Kuala Lumpur


Dibina pada zaman penjajahan British dan digunakan sebagai kem tahanan perang semasa penjajahan Jepun dan pernah menempatkan sehingga 2000 tahanan, termasuklah penjenayah terkenal Botak Chin, yang telah dihukum mati pada 1981. 

Suara jeritan boleh didengar dari tempat hukuman dilakukan, walaupun ketika tiada orang di situ dan sesetengah tempat didalam penjara ini dikatakan lebih sejuk.

Penjara Pudu telah dirobohkan pada tahun 2009 untuk memberi laluan kepada pembangunan komersil. 

Diharap bangunan baru yang sedang dalam pembinaan bebas daripada gangguan makhluk halus.

5. Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang


Masyarakat Cina percaya di mana ada lampu yang menyala iaitu Yang, makan Yin iaitu bayang-bayang akan muncul bersama. 

Namun begitu, sesetengah tempat sinaran Yang tidak masuk, makan kegelapan Yin akan menyelubungi dan antara tempat yang dikaitkan dengan unsur Yin adalah dewan.

Mengikut cerita yang agak popular tentang Dewan Sri Pinang, seorang penari telah dirasuk ketika membuat rehearsal. 

Penari itu bergayut dan meminta penari lain untuk berdansa bersama sebelum menyuruh mereka semua melakukan penyembahan di sekitar dewan termasuklah kawasan sempit di bawah pentas.

Penari seakan berkhayal dan tubuhnya seperti dikawal kuasa ghaib. Kekasih wanita itu cuba untuk menyedarkannya.

Tiba-tiba wanita itu menjerit dengan kuat dan mengarahkan semua orang untuk tinggalkannya seorang diri di situ.

6. Highland Towers, Ampang


Seorang pemandu teksi telah mengambil penumpang wanita berpakaian putih di tepi jalan. Pada masa itu sudah pukul satu pagi. 

Wanita itu meminta untuk dihantar ke Taman Hill View, Highland Towers dan pemandu teksi itu bersyukur kerana taman itu terletak dalam perjalanan ke rumahnya. 

Dia terlupa yang penduduk telah diarahkan berpindah dan tempat itu telah pun dikosongkan.
Mereka tiba di Highland Towers. Pemandu teksi mengingatkan wanita itu supaya berhati-hati, kerana tempat itu keras. 

Wanita itu membalas, 'Saya tahu, tapi saya tetap ingin ke sana.' 

Kenapa ingin masuk ke situ, tanya pemandu teksi. Wanita itu membalas, 'Saya tertinggal tangan dan kaki.'

7. Sandakan Memorial Park


Taman yang dibina sempena mereka yang telah terkorban ketika peristiwa Perarakan Maut Sandakan. 

Mengikut sejarah, dari Januari hingga Ogos 1945, lebih seribu tahanan warga Australia dan Britain telah dipaksa berarak dari Sandakan ke Ranau dalam perjalanan sepanjang 260 kilometer. 6 orang sahaja daripada jumlah itu yang hidup. Selebihnya mati.

Taman yang dibina itu adalah tempat bermulanya perarakan maut tersebut.

8. Bukit Hantu, Penang


Dengar namanya saja sudah menyeramkan. Juga dikenali sebagai Bukit Maung, NatGeo mengisytiharkan Bukit Hantu sebagai antara 10 tempat paling berhantu di Asia.

Pihak British telah membina sebuah kubu di puncak bukit ini untuk mempertahankan Pulau Pinang daripada serangan musuh, namun kubu ini jatuh ke tangan Jepun semasa Perang Dunia Kedua. 

Seorang pegawai tentera Jepun telah melaksanakan seksaan dan hukuman pancung kepala kepada ramai mangsa. 

Setelah mati, roh pegawai itu mengganggu penduduk setempat. Rohnya dikatakan menjadi penunggu di Bukit Hantu, yang kini telah menjadi muzium perang.

9. Tambun Inn, Ipoh


Hotel tiga tingkat ini terletak berhampiran tanah perkuburan cina. Pengunjung hotel ini melaporkan lampu dinyalakan dan dipadam sendiri. 

Mereka mendengar bunyi pelik, seperti berbisik atau menjerit dan mereka tidak dapat memastikan dari mana datangnya bunyi itu. 

Ada juga pengunjung yang tidur di bilik sendiri tetapi esoknya bangun di bilik lain.

Bukan pengunjung juga tidak terkecuali. Sesuatu dikatakan menumpang motosikal seorang lelaki ketika dia melewati kawasan itu. Dia merasakan motosikalnya terasa berat, seperti ada seseorang menumpang di belakang.

10. Hotel First World, Genting Highlands


Pusat peranginan dan Hotel First World ini dikatakan dihuni hantu-hantu mereka yang membunuh diri selepas kalah besar di kasino. 

Kanak-kanak menangis dan tidak mahu pergi ke sesetengah kawasan dalam hotel. Pengunjung yang sihat walafiat tiba-tiba jatuh sakit tanpa sebab munasabah. Anda mungkin terhidu bau kemenyan, dipercayai adalah makanan untuk jin dan hantu.

Beberapa bilik daripada 6118 buah dikatakan keras dan pihak hotel tidak pernah menyewakan bilik-bilik ini, walaupun ketika bilik-bilik lain sudah habis ditempah. 

Seluruh tingkat 21 dikatakan keras dan lif dikatakan sering tidak berhenti di tingkat itu tanpa sebab.

Menurut sumber yang dirahsiakan, ada 1 bilik yang tersorok di dalam kasino khas untuk golongan VVIP sahaja. 

Sumber itu memaklumkan terdapat sekuntum bunga teratai emas yang misteri. Teratai ini ibarat tukang ramal kerana jika bunga ini mengembang, ramai kaki judi akan menang pada masa itu. Sebaliknya jika tidak kembang, kasino akan mendapat semua keuntungan. 

Dalam bilik yang sama, ada sami-sami yang ditugaskan untuk menyekat makhluk halus yang dibawa penjudi, yang tujuannya untuk memberi kemenangan.

Sami-sami ini akan dapat tahu jika penjudi membawa belaan mereka dan belaan ini disekat di kawasan meletak kenderaan berhampiran selekoh ke Genting.

Wallahu a'lam.

Sumber: MRC

Asal-usul Gelaran Patung Anugerah Oscar.

Patung lelaki bersalut emas yang dikenali di dunia sebagai Oscar dalam Anugerah Akademi di Amerika Syarikat (AS) sudah menjadi ikon Hollywood lebih 80 tahun lalu tetapi asal usul namanya kekal menjadi misteri.


Secara rasminya, patung itu dinamakan Academy Award of Merit adalah merupakan buah fikiran sebuah badan yang dikenali sebagai Academy of Motion Picture Arts and Sciences yang ditubuhkan pada 1927 sebagai satu usaha untuk mempromosikan filem.

Pada awalnya, badan itu mempunyai 36 anggota di mana aktor Douglas Fairbanks merupakan presiden pertama.

Badan yang baru ditubuhkan itu mencipta trofi bagi menghargai lakonan dan persembahan yang dilakukan oleh aktor, aktres dan kerja seni pengarah filem.

Pada peringkat awal, pengarah seni dari studio perfileman Metro-Goldwyn-Mayer, Cedric Gibbons dipilih untuk mencipta patung itu yang menggambarkan seorang pahlawan berdiri pada gulungan filem manakala tangannya menggengam sebilah pedang.

Bermula daripada itu, lahirlah satu anugerah yang menjadi simbol kecemerlangan dalam bidang perfileman.

Anugerah Akademi buat pertama kalinya diadakan pada 16 Mei 1929 di Hotel Roosevelt, Hollywood.

Ia dianjurkan dalam suasana yang ringkas dengan dihadiri oleh 270 tetamu dan presiden pertama Academy of Motion Picture Arts and Sciences menyampaikan 15 patung itu kepada pemenang dalam tempoh 15 minit.

Kira-kira 50 Oscar akan diserahkan kepada pemenang dalam majlis yang berlangsung selama tiga jam di mana penyertaannya diluaskan ke peringkat global dengan acara karpet merah menjadi pertunjukan fesyen paling glamor di dunia.

Sejak majlis penganugerahan Oscar pertama, kira-kira 2,500 trofi sudah diserahkan kepada pemenang. Majlis anugerah itu kemudian menjadi lebih besar, bergemerlapan dan glamor pada setiap tahun.

Pada peringkat awal, patung itu hanya disaluti dengan gangsa tetapi ketika Perang Dunia Kedua, berlaku kekurangan logam menyebabkan trofi tersebut diperbuat daripada plaster.

Trofi itu mempunyai ketinggian 34 sentimeter dan beratnya 3.85 kilogram sebenarnya tidak kerap dipanggil dengan gelaran Oscar.

Bagaimanapun, bentuknya tidak pernah berubah sejak ia diperkenalkan kecuali di bahagian tapak kakinya.

Setakat ini, asal-usul patung itu memperoleh gelaran Oscar masih belum jelas.

Satu legenda menyatakan bahawa Pengerusi Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and Sciences, Margaret Herrick berpendapat patung itu mirip wajah bapa saudaranya, Oscar dan dia memanggilnya dengan gelaran itu.

Sejumlah kakitangannya kemudian mula merujuk patung itu dengan nama Oscar.

Sementara itu, pemenang anugerah Oscar, Bette Davis juga menggunakan nama tersebut kerana ia mengingatkan dia kepada suaminya, Harmon Oscar Nelson.
Seorang kolumnis Hollywood, Sidney Skolsky menggunakan nama Oscar pada tahun 1934 dalam tulisannya bagi merujuk kemenangan aktres wanita pertama yang memenanginya, Katherine Hepburn.

Namun, penganjur majlis itu, Academy of Motion Picture Arts and Sciences tidak menggunakan gelaran berkenaan secara rasmi sehingga tahun 1939.

Pada awalnya, majlis anugerah itu disiarkan oleh radio sebelum penonton melihatnya di televisyen pada 1953 dalam bentuk hitam putih. Siaran dalam bentuk warna di televisyen hanya bermula pada 1966.

Pada peringkat awal, terdapat hanya kejutan yang sedikit kerana pihak penganjur memberikan nama pemenang lebih awal kepada pihak akhbar tetapi dengan syarat ia perlu disiarkan hanya selepas anugerah itu berakhir.

Anugerah itu yang kini disaksikan oleh satu bilion penonton televisyen di lebih 150 buah negara tidak pernah dibatalkan walaupun pada satu-satu kejadian, tarikhnya hanya ditangguhkan.

Pada tahun 1938, anugerah itu ditangguhkan kerana berlaku banjir besar di Los Angeles manakala pada 1968 tarikhnya ditunda kerana berlakunya kejadian pembunuhan pemimpin hak asasi terkenal, Martin Luther King.

Pada 1981, tarikh anugerah itu ditunda kerana berlakunya percubaan membunuh Presiden Ronald Reagan yang pernah menjadi aktor di Hollywood.

Empat hari selepas perang yang diketuai AS meletus di Iraq pada 2003, anugerah kali ke-75 itu berlangsung mengikut jadual tetapi dalam suasana lebih muram.

Lokasi anugerah itu kerap berubah di mana ia bermula di hotel kemudian ke Dorothy Chandler Music Pavilion dan auditorium Shrine.

Pada 2002, anugerah itu berpindah ke Kodak Theatre di Hollywood.

Sumber: Kosmo

Tuesday, February 28, 2017

Batu Terbelah Al-Naslaa Yang Misteri.

Jika dilihat sekali imbas, ramai akan menganggap batu terbelah Al-Naslaa ini hanyalah sebuah bongkah batu besar biasa.


Malah, jika dilihat kedudukan batu ini yang terletak ditengah padang pasir, mengukuhkan lagi hujah bahawa ia tidak mempunyai sebarang nilai istimewa untuk diketahui.

Hakikatnya, ramai yang tidak tahu mengenai misteri kewujudan batu Al-Naslaa ini yang sebenarnya adalah salah satu bongkah batu unik yang tidak ada pada batu lain.

Jika diperhatikan pada gambar diatas, ciri luarbiasa yang boleh dilihat ialah pada bahagian tengah bongkah batu Al-Naslaa ini.

Bahagian tengah batu Al-Naslaa seolah-olah telah dibelah dengan pedang yang sangat tajam. Bagaimana ia boleh berlaku? Sangat misteri!
Belahan pada batu Al-Naslaa dianggap sangat sempurna seperti buah tembikai yang dibelah dengan pisau.

Pada bahagian bawah batu Al-Naslaa juga, ada bonggolan kaki yang menyokong batu Al-Naslaa ini daripada rebah.

Secara logiknya, bagaimana batu ini mampu bertahan selepas terbelah dua sejak dari zaman kuno lagi?

Pada batu Al-Naslaa juga, terdapat sebuah lukisan purba yang memaparkan seorang manusia dan seekor haiwan menyerupai kuda.

Kemunculan lukisan tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya yang tiada siapa mampu menjawabnya.

Batu misteri ini kini dikunjungi ramai pelancong dari luar semata-mata mahu menyaksikan sendiri fenomena misteri batu terbelah Al-Naslaa.

| SBP

Tuesday, February 14, 2017

Misteri Penghuni Di Sebelah Rumah...Tidur Terganggu Dek Tangisan Dan Jeritan Perempuan....Ahhh...Kacau Betul..

NATASHA mendecit. Dia terbangun. Matanya digosok berkali-kali sebelum matanya memandang permukaan dinding putih. Jam dinding berwarna merah dipandang dengan pandangan geram.

Tidurnya terganggu dek tangisan dan jeritan seorang perempuan. “Baru tiga hari aku pindah masuk sini. Kalau nak nangis pergilah cari tempat lain,” bebelnya geram.


“Siapalah yang tengah nangis malam-malam buta ini?” Rungut Natasha lagi. Dia turun dari katil. Katil sebelah dipandang. Peliknya, Ainur masih nyenyak tidur.

‘Tidur mati agaknya,’ Natasha bermonolog di dalam hati. Dengan langkah perlahan Natasha menghampiri jendela. Dia mengintai luar. Tiada sesiapa. Sunyi dan kosong.

“Tak masuk akal,” bicaranya sendiri. Namun, dia jelas dapat mendengar tangisan dan jeritan seorang perempuan. Dengan langkah perlahan Natasha membuka pintu biliknya. Dia keluar dan membuka pintu utama. “Argh!” Natasha terjerit kuat. Matanya terbeliak melihat seorang gadis duduk bercangkung di hadapan rumah sewanya.

“Awak siapa? Kenapa awak duduk kat sini?” Tanya Natasha berkali-kali. Gadis itu diam tidak berkutik. Dia kelihatan ketakutan. “Nama awak siapa?” Tanya Natasha lembut seraya menyentuh bahu gadis itu.

“Lara,” jawab gadis muda itu tanpa sebarang perasaan. Wajah Natasha tidak dipandang langsung. “Okey, tapi apa awak buat kat sini malam-malam buta? Kenapa awak menangis?”

Lara tajam menikam anak mata Natasha. “Awak sudi tak jadi kawan saya?” Natasha terkejut lalu dia mengangguk perlahan. pelik dengan soalan Lara.

“Kenapa awak tanya macam itu?” “Sebelum ini tiada siapa nak jadi kawan saya. Awak sudi kan?” Lara minta kepastian. Baru kini bibir Natasha mengukir senyuman nipis.

“Awak jangan risau okey. Saya sudi jadi kawan awak. Rumah awak yang mana satu? Awak pelajar fakulti mana?” “Saya jiran awak. Bidang kulinari,” jawab Lara berpaling ke arah lain.

Muka Natasha kelihatan berseri-seri. Dia menelan air liurnya berkali-kali. “Mesti awak pandai masak kan?” “Awak nak cuba ke?” Senyuman Lara kelihatan semacam. Natasha mengangguk laju.

Natasha pulang ke rumah sewanya dengan membawa satu bungkusan makanan. Haruman begitu menyelerakan. Dia tidak sabar mencuba makanan yang dimasak Lara khas untuknya.

“Tasha, kau dah makan ke?” Tanya Ruby, kawan serumah Natasha. Natasha menunjukkan bungkusan makanan pada tangannya.

Ainur mendekati Natasha. “Tak cakap pun kau dah beli nasi?” Terbit nada rajuk pada suara Ainur.

“Bukanlah. Yang ini Lara yang masakkan untuk aku,” jawab Natasha sambil mencium bau mee hailam.

“LARA?!” Hampir serentak Ainur dan Ruby menjerit. “Budak kulinari ke?” Tanya Ainur sekadar kepastian.

“Aah. Korang kenal ke? Dia jiran kita tau. Baru semalam aku kenal dengan dia. Masakan dia gempak wei. Sedap sangat,” puji Natasha. Dia menapak ke dapur untuk ambil garpu. Ainur dan Ruby berpandangan.

“Biar betul kau jumpa dia?” Tanya Ruby nada terkilan. Tiba-tiba dia berasa badannya seram sejuk. Bulu romanya meremang.

Ainur sudah masuk ke dalam bilik. “Iyalah, takkan aku nak tipu kot. Kesian dia. Aku tengok dia baik sangat tapi kenapa tak ada siapa nak kawan dengan dia hah?” Pelik Natasha.

Ruby menjongketkan bahu lalu dia masuk ke dalam bilik sambil memeluk tubuhnya erat.

“Lara buat apa kat sini?” Lara menoleh. Bibirnya mengukir sebaris senyuman nipis. Bibirnya tampak pucat.

“Nah, saya masak nasi goreng pulak untuk awak. Jangan tak makan ye,” pesan Lara sebelum bungkusan makanan bertukar tangan. Natasha tersenyum gembira.

“Bolehlah saya kongsi dengan kawan-kawan saya nanti. Mereka pun…” kata-kata Natasha segera dipintas.

“TAK BOLEH! Saya masak untuk awak seorang saja. Jangan kongsi dengan sesiapa,” marah Lara lalu dia tinggalkan Natasha begitu saja di hadapan rumahnya. Natasha pelik melihat sikap Lara.

Ainur dan Ruby pelik melihat sikap Natasha yang berlainan sejak kebelakangan ini. Dengan perasaan takut, mereka menghampiri Natasha yang bernyanyi riang di ruang tamu.

“Tasha,” panggil Ainur bernada biasa. “Yup.” “Betul ke kau jumpa Lara?” Ainur tidak percaya. “Korang kenal ke dengan dia?” Sekali lagi Ainur dan Ruby berpandangan.

“Dia yang masak untuk akulah selama ini. Takkan aku cakap dengan hantu kot. Dah seminggu dia masak untuk aku. Jimat duit aku tau. Masakan dia sedap sangat. Tapi tak tahu kenapa dia tak bagi aku kongsi dengan korang. Mesti korang pernah usik dia kan?”
Ainur dan Ruby diam. “Jadi, kaulah yang makan semalam dan tinggalkan bekas makanan atas meja tu?” Natasha menepuk dahinya.

“Sorry beb. Memang aku yang makan. 12 tengah malam Lara yang hantar makanan. Lepas dah kenyang aku terus tidur. Lupa nak buang. Kau dah kemaskan ek?”Ruby dan Ainur menggeleng berkali-kali.

Sudah tiga hari Natasha tidak berjumpa dengan Lara. Dan tiba-tiba hari ini Lara muncul dengan sebungkus makanan lagi.

“Mana Lara pergi? Dah tiga hari tak jumpa? Rindu dengan masakan Lara tau.” Lara tersenyum nipis. “Makan tau. Jangan tak makan,” pesan Lara seperti biasa.

Natasha membawa bungkusan makanan itu dengan perasaan riang. Ainur dan Ruby tergamam.

“Lara yang masak. Sorrylah aku tak boleh kongsi. Nanti dia marah,” ujar Natasha seraya menghenyakkan punggungnya di atas kerusi meja makan. Dengan geram Ainur menepis bungkusan makanan yang dibawa Natasha. Natasha terkejut dengan reaksi spontan Ainur. “Kau ni dah kenapa Ainur?” Tengking Natasha geram.

“Sedar Tasha ini bukan realiti. Lara tak wujud! FAHAM TAK? Lara tak wujud. Ini bukan makanan. Yang kau makan selama ini ialah cacing dan darah mentah. Sedar Tasha,” jerit Ainur seraya menggoncang tubuh Natasha kuat.

Ruby mengangguk laju. Natasha terkaku. Lidahnya jadi kelu. Dia menggeleng berkali-kali kemudian.

“Lara tak wujud? Habis yang aku jumpa dia selama ini apa pulak? Hantu? Dia jiran kitalah,” marah Natasha.

“Tak! Tak! Tasha kita tak berjiran dengan sesiapa di sini. Rumah tu dah lama kosong. Memang Lara pernah wujud. Tapi dia dah lama mati. Dia bunuh diri tiga tahun lepas. Kita tak berjiran dengan sesiapa. Lara dah lama mati Tasha. Dah lama mati,” tegas Ruby seraya pegang lengan Natasha keras. Natasha ternganga.

Bungkusan makanan yang ditepis Ainur dipandang dengan perasaan takut. Cacing? Ya cacing.

“Argh, apa yang aku makan selama ini? Apa ni?” Jerit Natasha seram sejuk. Bulu romanya tegak berdiri.

Rumah sebelah dipandang. Memang kelihatan tidak berpenghuni. Nampak kotor dan bersawang.

Kenapa dia tak perasan selama ini? Semasa dia pindah masuk dia pernah nampak seorang wanita berpakaian putih. Mungkinkah Lara? Ainur dan Ruby ketakutan. Tubuh Natasha menggeletar.

Sejak peristiwa itu Natasha, Ruby dan Ainur berpindah ke rumah lain yang berdekatan dengan kampus mereka. Namun, Natasha masih lagi trauma dan keliru mengapa Lara mencarinya. Misteri itu masih lagi menjadi tanda persoalan.

Oleh Nia Reiya

Thursday, February 9, 2017

10 Nombor Ini Ditakuti Oleh Beberapa Negara Di Dunia Kerana Dianggap Sebagai Angka Sial.

Nombor 13 selalu diidentitikan dengan nasib sial. Hampir beberapa negara mempunyai ketakutan terhadap angka 13 ini. Perlu kamurang ketahui bahawa tidak hanya angka 13 yang dianggap sebagai angka pembawa sial. Beberapa negara di dunia juga mempunyai angka yang dianggap sebagai pembawa sial. Ada 10 angka termasuk angka 13 yang masuk ke dalam angka pembawa sial.

Tertanya-tanya dengan angka pembawa sial lain? Jom layan artikel dibawah ini:

10. 8 - India


Di China dan Jepun, angka 8 dipercaya sebagai angka pembawa keberuntungan dan juga pembawa kekayaan. Kerana itulah orang Cina dan Jepun mempercayai angka 8 sebagai nombor yang boleh membawa kemenangan dalam hidup. Berbeza dengan India, angka 8 justru dianggap sebagai pembawa kesialan.

Orang India percaya bahawa nombor 8 adalah simbol kemiskinan, kemalangan, dan juga kematian.Angka 8 dikaitkan dengan planet Zuhal dalam ilmu pengiraan. Tiga bintang Zuhal yang disebut Sani dalam bahasa India adalah simbol dari perosak hubungan dan juga kedamaian. Beberapa bencana yang berlaku di India juga berkaitan dengan angka 8 ini.

9. 191 - Amerika Syarikat


Angka 13 memang termasuk angka sial termasuk di negara Amerika, lalu bagaimana dengan angka 191? Mungkin kamu masih asing dengan angka 191, kenapa angka ini boleh menjadi angka pembawa sial di Amerika. Angka 191 ini menjadi angka yang paling ditakuti di Amerika terutama di penerbangan US. Semua kemalangan pesawat yang terjadi di Amerika, mempunyai angka 191.

Salah satu kecelakaan pesawat yang terjadi adalah ketika 5 penerbangan yang berbeza dengan nombor penerbangan 191, semua berakhir dengan kemalangan tragis. Yang terbesar adalah kemalangan pada tahun 1979 yang menimpa American Airlines Flight 191 di lapangan terbang O'Hare, Chicago. Di mana penumpang sebanyak 258 orang, semuanya meninggal dunia.

8. 26 - India


Kembali lagi ke India, kali ini angka pembawa sial seterusnya adalah angka 26. Sejumlah kemalangan yang berlaku di India, mempunyai angka 26 di dalamnya. Menurut penjelasan yang sudah dijelaskan sebelum ini mengenai angka 8, jika angka 2 dan 6 dijumlahkan juga menghasilkan angka 8. Sebuah kebetulan? Ia seolah-olah tidak.

Beberapa bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, dan sejumlah serangan pengganas semua terjadi pada tanggal 26. Masih menjadi pertanyaan besar, apakah memang benar 26 adalah angka sial atau memang kerana angka 26 mempunyai hubungan dengan angka 8. Pada dasarnya, baik angka 8 dan 26, dua-duanya merupakan angka yang ditakuti di India.

7. 0888 888 888 - Bulgaria


Ketika masih kecil, beberapa diantara kamurang mungkin pernah menghubungi beberapa nombor telefon yang didakwa sebagai nombor telefon syaitan. Tidak hanya di Malaysia, di Bulgaria juga ada angka yang dianggap sebagai angka pembawa sial iaitu 0888-888-888. Angka tersebut merupakan nombor telefon yang dikatakan telah dikutuk.

Keaslian mitos nombor telefon ini memang masih boleh dipersoalkan. Menurut berita yang tersebar, ada sejumlah orang yang ingin mencari kebenaran daripada nombor telefon ini. Beberapa orang yang tertanya-tanya cuba menghubungi nombor telefon tersebut berakhir dengan kematian. Nombor telefon 0888-888-888 awalnya merupakan nombor telefon seorang yang meninggal kerana kanser. Nombor kemudian diberikan kepada seorang bos mafia yang akhirnya meninggal terbunuh. Kemudian seorang ahli perniagaan yang menggunakan nombor tersebut juga maut tertembak.

6. 39 - Afghanistan


Di Afghanistan, angka 39 sangat ditakuti dan dihindari. Orang Afghanistan mempunyai kepercayaan bahawa angka 39 ini bererti lembu mati. Lembu mati di Afghanistan dianggap sebagai kutukan yang mematikan. Kerana itulah jika ada sesuatu yang mengandungi angka 39, misalnya plat kereta, warga Afghanistan akan menjauhi kereta tersebut.

Tidak hanya dianggap sebagai kutukan, angka 39 juga kadang dianggap kod untuk para pelacur. Jadi jika ada seorang wanita yang menggunakan angka 39, itu menandakan bahawa dia adalah pekerja seks komersial.

5. 17 - Itali


Itali telah dikenali di dunia sebagai negara yang sesuai dijadikan tempat percutian dan juga negara dengan geng mafia yang ditakuti. Orang Itali menganggap angka 17 adalah angka pembawa sial yang harus dijauhi. 
Kepercayaan bahawa angka 17 sebagai pembawa sial bermula dari zaman Romawi. Angka 17 dalam Rom dilambangkan dengan XVII yang mana dalam anagram dituliskan dengan vixi. Dalam bahasa Latin, vixi mempunyai erti "Hidup saya telah berakhir". Kerana alasan itulah angka 17 dianggap sebagai simbol ketidakberuntungan di Itali.

4. 9 - Jepun


Tidak hanya dikenali dengan makanan dan budayanya yang unik, Jepun juga mempunyai sejumlah cerita mistik yang menyeramkan. Salah satu kepercayaan Jepun yang masih berlaku hingga sekarang adalah kepercayaan dimana angka 9 dianggap sebagai angka pembawa sial. 

Angka 9 dianggap sial di Jepun kerana angka ini mirip dengan huruf di Jepun yang mempunyai erti seksaan atau penderitaan. Mungkin kelihatan remeh, tetapi alasan itu cukup membuat orang-orang Jepun menakuti angka 9 ini. Ketakutan akan angka 9 ini terbukti dengan beberapa hospital dan penerbangan yang tidak menggunakan angka 9.

3. 4 - China


Sebenarnya angka 4 juga angka yang ditakuti di Jepun. Sama dengan Jepun, China juga mempunyai ketakutan yang sama akan nombor 4 ini. Jika di Barat menganggap angka 13 adalah pembawa sial, maka di China dan Jepun, angka 4 lah yang dianggap sebagai angka pembawa sial. Pada budaya Cina, angka 4 mempunyai erti yang sama dengan kematian. Jadi, penggunaan angka 4 biasanya cukup dilarang di China. 

Jika angka 4 sangat ditakuti oleh orang Cina, angka 54 dianggap boleh menjadi angka penangkal kesialan. Alasannya kerana angka 5 mirip dengan kata "Tidak" dalam bahasa Cina. Jadi, gabungkan dengan menjadi 54 mempunyai erti "Tidak Mati".

2. 13 - Hampir Di Seluruh Dunia


Anggapan angka 13 sebagai angka pembawa sial sudah banyak dipercaya oleh beberapa negara. Kerana anggapan inilah, kenapa filem Friday The 13th dibuat. Hari Jumaat dan 13 dianggap sebagai hari yang paling sial. Dipercayai bahawa pada hari itu akan ada suatu hal mengerikan yang akan terjadi.

Begitu banyak kematian yang berlaku di masa lalu mempunyai hubungan dengan angka 13. Pada agama Katolik, Yudas Iskariot yang menjadi murid ke-13 dari Yesus, mengkhianatinya dengan menyerahkan Yesus kepada pasukan Romawi untuk disalib. Jumaat 13 Oktober 1307, raja Philip IV memberikan perintah untuk menangkap, menyeksa, dan membunuh para penjaga kuil.
1. 666 - Negara Penganut Agama Kristian


Bagi negara yang menganut agama Kristian dan Katolik menjadikan angka 666 ini adalah angka pembawa sial yang tidak boleh digunakan dan harus dielakkan. Kerana dianggap sebagai angka sial, ada beberapa orang yang akhirnya mengidap kelainan Hexakosioihexekontahexaphobia. Kelainan tersebut adalah salah satu bentuk ketakutan berlebihan akan angka 666. 

Dalam alkitab, angka 666 dianggap sebagai binatang besar yang menakutkan. Binatang ini dianggap sebagai Anti Kristus. Dan segala sesuatu yang mengandungi angka 666 dianggap sebagai iblis. Orang yang menggunakan atau menyembah angka 666 bermaksud dirinya adalah penyembah syaitan menurut alkitab.

Adakah angka pembawa sial lain yang kamurang ketahui? Jom komen dibawah ya...

INI PUN MENARIK DIBACA JUGA:

Wednesday, February 8, 2017

4 Lukisan Ini Ada Mesej Rahsia Yang Mengejutkan Dunia.

Lukisan merupakan salah satu karya seni yang boleh menjadi begitu berharga. Sebab, sebuah lukisan biasanya dibuat untuk menggambarkan sesuatu perkara yang mungkin boleh menjadi mesej untuk orang lain.

Seperti 4 lukisan ini yang mempunyai mesej rahsia tersembunyi yang boleh bikin dunia menjadi heboh.


Apakah lukisan-lukisan tersebut? Mari kita baca ulasannya dibawah:

1. Lukisan Monalisa


Lukisan Monalisa hasil karya Leonardo Da Vinci mempunyai mesej rahsia yang tidak diketahui banyak orang. Seorang sejarawan di Itali berjaya menemui angka dan huruf di bahagian mata lukisan tersebut dengan bantuan mikroskop.

Dia menemui huruf LV di mata kanannya yang bererti permulaan dari namanya, dan simbol-simbol lain di mata kirinya yang tidak boleh ditakrifkan.

2. The Madonna with Saint Giovannino


Lukisan yang sangat unik ini adalah karya Domenico Ghirlandaio yang membuat banyak orang tertanya-tanya mengenai lukisan tersebut.

Soalan pertama tentang sebuah penampakan yang melayang berwarna hitam di langit di bahagian atas bahu kiri Maria. Di sebelah kanan lukisan dapat dilihat seorang lelaki yang mengangat lengan kanannya di atas matanya, menandakan bahawa benda ini sangat cerah, manakala di sudut kiri atas kita dapat melihat sebuah benda yang kelihatan seperti matahari.

3. The Last Supper


Lukisan The Last Supper juga menjadi lukisan yang menyimpan banyak mesej rahsia disebaliknya.

Seorang pakar di bidang teknologi maklumat, Slaviša Pesci menemui dua watak yang kelihatan seperti kesatria Templar muncul di kedua-dua hujung meja, manakala seseorang sedang memegang bayi berdiri di sebelah kiri Yesus dalam lukisan tersebut.
Seorang penyelidik Vatican bernama Sabrina Sforza Galitzia menyatakan jika Leonardo memasukkan kod menggunakan 24 huruf latin untuk menyatakan dunia ini akan berakhir pada 1 November 4006.

4. The Creation of Adam


Lukisan karya Michelangelo iaitu The Creation of Adam sangatlah terkenal. Menurut banyak pakar, dalam lukisan ini Michelangelo memasukkan sebuah gambaran ikonik mengenai organ terpenting manusia iaitu otak.

Otak itu digambarkan dalam kompleks daripada sebuah otak seperti otak kecil, opthic chiasm dan kelenjar pituitari.

Itulah dia ke empat lukisan yang mempunyai mesej rahsia didalamnya.

| SBP

Tuesday, January 31, 2017

Budak 10 Tahun Transformasi Secara Perlahan-Lahan Menjadi Pokok.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun mengalami penyakit ganjil yang menyebabkannya seolah-olah menjalani transformasi perlahan menjadi pokok.


Budak dikenali sebagai Shahana itu menghidap epidermodisplasia verusiformis sejak berusia enam bulan apabila badannya mula dipenuhi ketumbuhan yang kemudian merebak ke wajahnya terutama di hidung, pipi serta cuping telinga.

Keluarganya yang tinggal di sebuah perkampungan terpencil di utara Bangladesh kini mendapat rawatan untuknya di Hospital Kolej Perubatan Dhaka.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu masih ceria dan sentiasa positif, malah rakannya menerima keadaannya tanpa sebarang hukuman.

Penyakit diwarisi itu jarang berlaku dan mengakibatkan ketuat yang boleh timbul di mana saja pada badan penghidapnya.


Ia berpunca akibat jangkitan virus HPV dan perlu diwarisi daripada kedua-dua ibu bapa pesakitnya.

Setakat ini tiada rawatan berkesan terhadap penyakit itu ditemui namun ada yang mampu mengurangkan keperitan dialami pesakitnya.

Kisah Shahana didedahkan hanya dua minggu selepas seorang lelaki juga dari Bangladesh, Abul Bajandar, yang turut mengalaminya dilaporkan berjaya dirawat.
Abul menjalani sekurang-kurangnya 16 pembedahan untuk membuang kira-kira lima kilogram ketumbuhan dari tangan dan kakinya sejak berita penyakitnya tersebar, tahun lalu.

Doktor percaya dia mungkin orang pertama disembuhkan daripada penyakit itu, asalkan ketuatnya tidak tumbuh semula.

Sumber: Agensi | SBP

Monday, January 30, 2017

Penemuan Tengkorak Panjang, Ungkap Rahsia Kelam Di Masa Lampau?

Salah satu tengkorak panjang kuno paling menarik baru saja dijumpai. Menurut Brien Foerster yang menyertai pasukan arkeologi, kepala mumia dan sebahagian leher dari budaya Peru ini adalah salah satu tengkorak memanjang yang paling menakjubkan yang pernah dijumpai ketika ini.


Mengapa demikian? Ini kerana tengkorak misteri itu mempunyai warna rambut perang yang bukan merupakan warna rambut tipikal penduduk asli Amerika. Diyakini, tengkorak memanjang itu berusia 2,800 tahun yang lalu dan kemungkinan besar milik bayi yang baru lahir.

Apa yang membuat tengkorak panjang ini begitu unik?

Tengkorak panjang ini adalah tengkorak yang memanjang secara genetik. Dengan kata lain, bukan hasil daripada kepala yang diikat. Kerana proses ubahsuai bentuk tengkorak buatan memakan masa sekurang-kurangnya 6 bulan untuk menghasilkan kesan yang diingini.
Setakat ini, ahli arkeologi di Peru telah menemui beratus-ratus tengkorak panjang dengan ciri-ciri yang aneh. Penemuan baru ini menandakan kemungkinan bahawa beribu-ribu tahun yang lalu, suku kuno yang tinggal di Peru memang mempunyai tengkorak yang memanjang secara semulajadi.


Seterusnya, Brien Foerster menunjukkan rambut sangat halus daripada bayi yang berwarna perang dan bukannya warna hitam seperti pada orang asli Amerika. Menurut para ahli, anomali ini merupakan salah satu bukti yang menunjukkan perbezaan genetik yang jelas dari apa yang biasanya diharapkan.

Tengkorak panjang memang telah menjadi subjek perdebatan di antara para ahli arkeologi selama bertahun-tahun. Pada tahun 1928, penyelidik mendapati 300 tengkorak panjang di pantai selatan Peru. Penemuan itu diketuai oleh ahli arkeologi Peru, Julio Tello dan diyakini tengkorak-tengkorak memanjang itu berusia kira-kira 3,000 tahun yang lalu.

Menurut penyelidik, keluasan tengkorak panjang atau Paracas Skulls adalah 25% lebih besar dan 60% lebih berat daripada tengkorak manusia biasa. Menariknya, seolah-olah tengkorak panjang telah menjadi fenomena global. Terdapat banyak bukti tengkorak memanjang di seluruh penjuru dunia hasil mengikat kepala.

| SBP

Wednesday, October 5, 2016

Seram, Hantu Cuba 'Meny3tubuhi' Wanita Ini Ketika Sedang Tidur.

Sebahagian dari kamu mungkin suka memadamkan lampu bilik ketika akan tidur. Tapi anda pastikah tidak takut akan kedatangan makhluk tak diundang yang menyelinap masuk ke bilik dan kemudian menarik selimut anda?


Seperti yang dialami wanita cantik ini yang sedang tidur, tiba-tiba pintu biliknya terbuka sendiri seolah ada seseorang yang tidak dilihat mata masuk ke biliknya tanpa izin. Seramnya lagi, selimut yang dipakai wanita itu tiba-tiba ditarik dengan sendirinya.

Terkejut, wanita itu pun terus bangun dan cuba menyalakan lampu biliknya. Dia kelihatan panik kerana merasa ada seseorang yang menarik selimutnya.

Anehnya lagi, lampu bilik wanita itu berkelip-kelip dengan sendirinya lalu padam. Dia panik dan sempat keluar dari biliknya untuk menyalakan lampu. Namun setelah kembali lagi ke biliknya, lampu mula berkelip-kelip kembali.


Untuk menghilangkan rasa takutnya, wanita itu kelihatan cuba menelefon seseorang tapi sayangnya tidak ada yang boleh diajak biacara.

Video menyeramkan ini dimuatnaik pada 29 September 2016 lalu ke YouTube dan berjaya menarik perhatian netizen.
Ada netizen yang mengatakan mungkin hantu itu cuba 'menyetubuhi' wanita itu ketika sedang tertidur, tetapi ada juga yang mengatakan semua ini berkemungkinan hanyalah lakonan yang sengaja buat.

Untuk lebih jelasnya, lihat sahaja videonya di bawah ini:


Thursday, September 22, 2016

Codex Gigas! Kitab Iblis Yang Belum Terungkai.

Codex Gigas bermaksud buku raksasa. Ia dipanggil begitu kerana buku yang ditulis dalam bahasa latin di atas kulit 160 ekor lembu ini mempunyai saiz yang sangat luar biasa.

Beratnya 75 kilogram, tinggi 92 sentimeter, lebar 50 sentimeter dan tebalnya 22 sentimeter.


Mengikut catatan dalam buku ini, ia ditulis pada awal abad ke-13 di Biara Ordo Benedictus, Podlazice, Bohemia.

Isi kandungannya banyak menyentuh tentang ilmu sejarah, etimologi, fisiologi, metode untuk menentukan tanggal perayaan, kalender, senarai nama para biarawan di biara Podlazice, formula-formula ajaib dan catatan-catatan lain.

Setelah siap ditulis, Codex Gigas kemudiannya dipindahkan ke Biara Cistercians Sedlec dan akhirnya dibeli oleh Biara Benedictus di Byoevnov.

Dari tahun 1477 hingga 1593, Codex Gigas disimpan di perpustakaan di Broumov sebelum dibawa ke Praha pada tahun 1594 untuk menjadi sebahagian daripada koleksi Rudolf II.

Dikatakan, Codex Gigas mulanya memiliki 320 helaian muka surat. Namun, lapan muka suratnya telah hilang. Tidak diketahui siapa yang membuang lapan lembaran itu dan untuk tujuan apa.

Tapi, selain dipanggil Codex Gigas, manuskrip ini juga lebih dikenali sebagai Kitab Iblis. Kenapa buku ini dipanggil begitu? Inilah yang menarik perhatian ramai.

Pada halaman 290, terdapat sebuah ilustrasi gambar Iblis setinggi kira-kira 50 sentimeter. Beberapa halaman sebelum gambar ini, ditulis pada lembaran kulit yang menghitam dan dibuat dengan karakter yang gelap membuatkannya berbeza dengan keseluruhan isi Codex Gigas.

Tapi, siapa pula penulisnya dan kenapa ilustrasi Iblis itu dibuat? Perkara ini tidak diketahui secara jelas sehingga kini.

Namun, mereka yang mengkajinya percaya bahawa keseluruhan Codex Gigas ini ditulis dalam waktu yang sangat singkat.

Mereka mendapati, keseluruhan isi Codex Gigas ditulis dengan cara yang sangat luar biasa antara halaman.

Ini bermaksud bahawa buku ini ditulis oleh seseorang dengan pemikiran yang berkesinambungan.


Tapi, siapa penulisnya, para pengkaji masih gagal mencari bukti. Melalui cerita lagenda, dikatakan penulis Codex Gigas merupakan seorang biarawan yang melanggar peraturan di biara.

Dia kemudiannya dihukum dengan diikat di dinding dalam posisi berdiri seumur hidup. Biarawan ini memohon ampunan daripada hukuman yang luar biasa kejamnya itu.
Sebagai gantinya, dia berjanji untuk membuat sebuah buku yang akan memuliakan biara dan pengetahuan umat manusia selamanya dan berjanji menyelesaikannya hanya dalam satu malam.

Menjelang tengah malam, timbul keraguan di hati biarawan itu. Mampukah dia menyelesaikan buku itu sendirian?

Akibat terdesak, biarawan itu akhirnya menjual jiwanya kepada Iblis demi sebuah pertolongan.

Iblis kemudiannya menyelesaikan manuskrip tersebut. Sebagai penghormatan kepada Iblis yang membantunya, biarawan itu menambahkan ilsutrasi Iblis ke dalam Codex Gigas tersebut.

Sejauh mana dakwaan itu, ia tidak dapat disahkan. Walaupun adanya lagenda melibatkan Iblis, tetapi Iblis, tetapi Codex Gigas tetap disimpan dan dipelajari oleh ramai cendekiawan sehingga ke hari ini.

Kini, Kitab Iblis tersebut masih utuh, tersimpan di Sweden Royal Library, Stockholm.

| SBP

Wednesday, September 21, 2016

Misteri...Budak Tiga Tahun Telah Disunat Oleh Jin Islam Semasa Tidur.

PELIK bin ajaib. Itu yang berlaku kepada seorang kanak-kanak di Indonesia apabila tiba-tiba kemaluannya disahkan telah dikhatan tanpa bantuan manusia. 


Dek kerana itu, ibunya percaya anaknya yang berusia tiga tahun itu sebenarnya dikhatankan oleh jin. 

Menurut Ani, 38, dari Kampung Bojongsalawe dari daerah Pargi, Jawa Barat, kejadian itu berlaku minggu lalu kira-kira 2 pagi, apabila Alparo tiba menangis apabila bangun tidur sambil memegang kemaluannya. 

“Saya tidak mengesyaki apa-apa. Saya hanya menepuknya untuk menidurkannya semula. 
“Ketika mandi awal pagi, anak saya memanggil saya sambil menunjukkan kemaluannya yang berdarah. Saya sungguh terkejut. Suami saya juga terkejut. Apabila diperiksa, nyata kemaluannya sudah disunat,” kata Ani. 

Terkejut dengan hal itu, Ani dan suaminya kemudian membawa Alparo menemui seorang pembantu perubatan di kampung mereka. 

“Dia mengesahkan Alparo memang sudah dikhatan dan hasilnya sungguh memuaskan. Tidak puas hati, kami membawa anak kami untuk berjumpa dengan orang paling tua di kampung dan kiai. Mereka juga mengesahkan anak kami memang sudah disunatkan, mungkin oleh jin Islam,” kata Ani. 

Alparo merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik. 

Sumber: Mynewshub | SBP

Monday, September 19, 2016

Sering Mimpi Bertemu Hantu, Ini Maksudnya Kalau Kamu Ingin Tahu.

Apakah kamu salah satu orang yang suka bermimpi tentang hantu. Mungkin kamu juga pernah bermimpi bertemu hantu. Jika ya, cubalah untuk mengenali erti mimpi bertemu dengan hantu agar kamu tidak terjerumus dalam ketakutan.


Inilah dia beberapa erti mimpi bertemu hantu yang perlu kamu ketahui:

1. Jika hantu merupakan jelmaan dari orangtuamu

Bermimpi bertemu dengan hantu jelmaan orangtuamu, ITU tandanya kamu perlu lebih berhati-hati.

2. Jika hantunya dari orang yang kamu kenal tetapi sudah meninggal

Jika kamu bermimpi bertemu dengan hantu dari orang yang kamu kenal tapi sudah meninggal. Itu ertinya ada pesan khusus dari Almarhum yang ingin disampaikan kepada kamu.

3. Mimpi melihat hantu berada di langit

Ini boleh diertikan bahawa kamu TIDAK beruntung.

4. Jika hantunya adalah perempuan

Jika kamu bermimpi bertemu dengan hantu perempuan, ini ertinya kamu TIDAK akan menemui kesulitan dengan permasalahan sekolah atau kuliah. Meskipun begitu, ada saja yang membuat kamu sedih dengan tiba-tiba.

5. Jika kamu merasa takut dalam mimpimu
Jika di dalam mimpimu, kamu merasa takut dengan hantu yang kamu temui, hal ini bermaksud ada kesalahan di masa lalu yang belum selesai. Inilah sebabnya kamu merasa dihantui dengan rasa bersalah.

6. Jika kamu melawan hantu di mimpimu

Mimpi ini boleh menjadi penanda yang baik. Ertinya kamu akan mendapat kehidupan yang lebih baik.

7. Jika kamu melihat tempat yang mengerikan di mimpimu

Jika kamu sering diperlihatkan tempat-tempat mengerikan di dalam mimpimu, ini bererti kamu masih trauma dengan masa lalu.

Nah, itulah dia beberapa erti Jika Kamu Bermimpi Bertemu Hantu.

Sumber: Brilio | SBP

Saturday, September 17, 2016

7 Jenis Mimpi dan Maksudnya.

Setiap orang pasti pernah mimpi, kadang-kadang orang akan mengait-gaitkan mimpi dan mentafsir mimpi sebagai suatu petanda yang akan terjadi di suatu hari nanti, namun walau bagaimana pun, mimpi adalah sebuah bunga tidur yang akan kita alami selama kita masih hidup.


Berikut ini ada beberapa jenis mimpi yang sering dialami banyak orang beserta ertinya dari mimpi tersebut. Mau tahu maksud mimpi tersebut? Baca ulasan berikut ini:

1. Telanjang

Mimpi telanjang sering diertikan jika kamu akan mengalami keadaan memalukan di dunia nyata, selain itu mimpi telanjang juga boleh diertikan jika kamu akan menceritakan sebuah rahsia peribadi yang boleh membuat kamu jadi malu, fakta lain dari mimpi telanjang adalah kebanyakan orang yang mimpi telanjang merupakan mereka yang belum berkahwin .

2. Dikejar

Pasti kamu pernah mimpi di kejar seuatu entah dikejar hantu atau dikerja orang jahat. Ternyata mimpi ini punya erti yang kamu sedang berusaha keras dari suatu hal, baik itu seseorang, peristiwa, atau bahkan emosi.

3. Gigi

Pernah mimpi tentang gigi seperti gigi patah, gigi sakit, atau gigi berlubang? Jenis mimpi ini mempunyai erti tentang kesihatan orang-orang terdekat.

4. Jatuh

Selain dikejar, mimpi terjatuh juga sering dialami oleh sebahagian besar orang. Jika terbangun dari mimpi terjatuh, biasanya seseorang akan begitu ketakutan kerana menganggap dirinya mati akibat jatuh di bawah.

5. Terbang
Selain terjatuh, orang juga sering mimpi jika dirinya sedang terbang. Mimpi terbang memiliki dua erti yang berbeza iaitu jika kamu menikmati terbang tadi, ertinya kamu akan baik-baik saja dan tengah merasakan penghargaan yang setimpal. Namun jika tidak suka terbang, ertinya kamu sedang mengalami situasi sukar dan mula kehilangan kawalan.

6. Ujian

Pernah mimpi tentang ujian? Mimpi jenis ini adalah mimpi tentang kegagalan, orang yang bermimpi mengenai ujian bererti dia sedang cemas dalam menjalankan seuatu yang sedang dipersiapkannya.

7. Sakit atau mati

Adakah kamu pernah mimpi sedang sakit atau mati,? Mengerikan jika kita mimpi mati, mimpi ini mempunyai erti mungkin kamu memang benar-benar sakit atau mimpi tersebut hanya sebuah peringatan tentang bahaya yang akan datang.

Nah itulah beberapa jenis mimpi yang sering dialami ramai orang dan ertinya, adakah kamurang pernah bermimpi salah satu dari jenis mimpi di atas? | Sentiasabikinpanas

Friday, September 16, 2016

Kisah Cinta Tragis Antara Manusia Dan Hantu Di Thailand. Jom Baca Kisahnya...

Mendengar kisah cinta tragis antara manusia mungkin sudah menjadi perkara biasa, bagaimana kalau kita ganti dengan kisah cinta tragis antara manusia dan hantu, mungkin itu akan jadi luar biasa kali ya..


Sebuah kuil yang ada di tepi sungai Prakanong, Bangkok, Thailand menyimpan sebuah legenda misteri yang menceritakan tentang kisah cinta antara manusia dan hantu.

Kisah ini bermula dari seorang wanita yang bernama Nak. Ia adalah isteri seorang askar. Suatu hari Nak ditinggal si suami untuk pergi bertugas di tempat yang jauh.

Pada masa itu Nak sedang dalam keadaan hamil. Malang nasib Nak yang meninggal dunia pada saat melahirkan anaknya. Dia dan anak laki-lakinya meninggal dunia.

Kerana cinta Nak terhadap suami sangat besar, arwah Nak dan anak laki-lakinya pun tak mau pergi dari rumahnya. Mereka setia menunggu sehingga suaminya pulang.

Suaminya pun merasa senang ketika pulang disambut oleh isteri dan anak laki-lakinya. Pada masa itu mereka hidup bersama dengan bahagia dalam beberapa masa.
Sampai akhirnya penduduk kampung meberitahu kepada suami Nak yang isteri dan anaknya sudah lama meninggal dunia. Si suami pun mencari kebenarannya dan terbukti memang anak dan isterinya sudah meninggal dunia.

Arwah Nak pada akhirnya mengamuk kerana tidak dapat menerima si suami mengetahui hal yang sebenarnya hingga akhirnya seorang dukun mengurung arwah Nak dengan memasukan tulang dahi Nak ke dalam botol. 

Dan sejak daari itu rumah Nak dijadikan kuil dan diberi nama kuil Wat Mae Nak.


Didalam kuil itu ada sebuah patung wanita berambut panjang sedang menggendong bayi laki-laki yang merupakan gambaran dari Nak dan anaknya. | Sentiasabikinpanas

INI PUN MENARIK DIBACA JUGA: