Wednesday, September 21, 2016

Misteri...Budak Tiga Tahun Telah Disunat Oleh Jin Islam Semasa Tidur.

PELIK bin ajaib. Itu yang berlaku kepada seorang kanak-kanak di Indonesia apabila tiba-tiba kemaluannya disahkan telah dikhatan tanpa bantuan manusia. 


Dek kerana itu, ibunya percaya anaknya yang berusia tiga tahun itu sebenarnya dikhatankan oleh jin. 

Menurut Ani, 38, dari Kampung Bojongsalawe dari daerah Pargi, Jawa Barat, kejadian itu berlaku minggu lalu kira-kira 2 pagi, apabila Alparo tiba menangis apabila bangun tidur sambil memegang kemaluannya. 

“Saya tidak mengesyaki apa-apa. Saya hanya menepuknya untuk menidurkannya semula. 
“Ketika mandi awal pagi, anak saya memanggil saya sambil menunjukkan kemaluannya yang berdarah. Saya sungguh terkejut. Suami saya juga terkejut. Apabila diperiksa, nyata kemaluannya sudah disunat,” kata Ani. 

Terkejut dengan hal itu, Ani dan suaminya kemudian membawa Alparo menemui seorang pembantu perubatan di kampung mereka. 

“Dia mengesahkan Alparo memang sudah dikhatan dan hasilnya sungguh memuaskan. Tidak puas hati, kami membawa anak kami untuk berjumpa dengan orang paling tua di kampung dan kiai. Mereka juga mengesahkan anak kami memang sudah disunatkan, mungkin oleh jin Islam,” kata Ani. 

Alparo merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik. 

Sumber: Mynewshub | SBP