Showing posts with label misteri. Show all posts
Showing posts with label misteri. Show all posts

Friday, September 16, 2016

5 Lukisan Kuno Ini Sangat Berpuaka Dan Selalu Menghantui Siapa Yang Melihatnya. Seram Betul Dibuatnya...

Bagi orang yang cinta dengan hasil karya seni, mengantungkan lukisan di rumah mungkin perkara yang akan mereka lakukan. Apalagi jika lukisan itu antik dan mahal. Namun tidak dengan lukisan-lukisan di bawah ini. Pasalnya, lukisan ini menyimpan kisah amat menyeramkan.

Malahan, lukisan ini boleh menghantui siapa saja yang melihatnya. Tidak dapat dibayangkan seperti apa keseramannya jika kita memaparkan lukisan berhantu ini di rumah. Nah, daripada kamu tertanya, lebih baik lihat saja terus.

Berikut ini adalah 5 lukisan kuno yang berhantu dan menyeramkan:

1. Lukisan Oei Hui Lan


Lukisan yang menyimpan kisah menyeramkan pertama datang dari lukisan Oei Hui Lan. Yang membuat lukisan ini menyeramkan adalah penampilannya yang mengenakan gaun panjang berwarna putih serta rambut panjang yang terurai.

Oei Hui Lan adalah anak perempuan Oei Tiong Ham, seorang pengusaha gula berasal dari Semarang, Jawa Tengah. Nama Oei Hui Lan mulai dikenali masyarakat kerana kekayaan yang dimiliki si ayah. Malah, fotonya dipamerkan dalam muzium kerajaan di Britain. Namun, pada 1992, dia meninggal dunia diusianya sudah mencapai 93 tahun.

2. The Crying Boy


The Crying Boy merupakan sebuah lukisan hasil karya dari seniman Itali bernama Bruno Armadio. Anak kecil dalam lukisan itu diketahui anak yatim piatu yang ditinggalkan ibu bapanya dalam sebuah insiden kebakaran.

Setelah lukisan ini dipasarkan, kanak-kanak dalam lukisan itu dilaporkan tewas dalam sebuah letupan. Anehnya, tak lama selepas insiden itu, Bruno juga mengalami kebakaran dan mengorbankan si pembuat lukisan tersebut. Sejak insiden itu, misteri kutukan ini terus berlanjutan.

Dipetik dari The Sun, sebuah rumah di Rotherham, South Yorkshire, habis terbakar kerana mempamerkan lukisan ini. Dugaan ini diperkuatkan dengan lukisan The Crying Boy yang tetap tergantung rapi tanpa cacat sedikitpun walaupun rumah tersebut habis dimakan api.

3. The Hand Resist Him


Kemudian lukisan berjudul The Hand Resist Him. Lukisan yang dikenali dengan nama eBay Haunted Painting ini menggambarkan kanak-kanak lelaki yang sedang berdiri di depan kaca bersama bonekanya. Dalam lukisan itu juga kelihatan beberapa tangan yang melekat di pintu kaca.

Pintu itu merupakan pemisah antara dunia nyata dan dunia mimpi, dan patung sendiri sebagai pemandu yang mengawal anak kecil tersebut. Sedangkan tangan-tangan yang melekat di kaca pintu menggambarkan kehidupan lain. Bagaimana menyeramkan bukan?

4. Study after Velázquez 's Portrait of Pope Innocent X


Lukisan bertajuk Study after Velázquez 's Portrait of Pope Innocent X menggambarkan Paus yang sedang termenung dan seperti ingin bercakap. Namun kerana tak boleh, Paus ini pun menjerit.
Lukisan yang dinilai dengan harga mahal ini merupakan sebuah karya dari seniman terkenal pada abad ke-20, iaitu oleh Francis Bacon.

5. Pogo The Clown


Lukisan yang terakhir ini jika dilihat sepintas lalu memang tidak ada unsur menyeramkannya sama sekali. Namun jika anda mengetahui kisahnya, maka bulu ketiak anda akan merinding.

Lukisan yang dilukis oleh John Wayne Gacy ini menggambarkan seorang pembunuh bersiri di dalam sejarah Amerika. Gacy telah membunuh sebanyak 33 lelaki dan anak remaja. Dalam lukisan ini digambarkan ego dari Gacy, di mana Gacy sendiri memakai pakaian badut iaitu sebagai Pogo.

Sumber: TribunSolo | Sentiasabikinpanas

Thursday, September 15, 2016

(VIDEO) SERAM!!! Lori Ini Muncul Secara Tiba-Tiba Dari ALAM Lain..Tonton Untuk Kepastian!!!

Pastinya kita sudah biasa mendengar cerita-cerita seram yang sering didengari dari kecil hingga dewasa.


Bagi rakyat di negara ini, benda dari alam ghaib memang cukup menakutkan malah ianya turut ditonjolkan melalui filem dan drama.

Namun, bagi mereka yang tidak mempercayainya, ianya dikatakan sukar diterima dek akal kerana tanpa bukti yang nyata ianya sukar dipercayai.

Namun apa yang admin ingin paparkan melalui video yang telah dirakam melalui cctv di satu laluan terowong bawah tanah ianya cukup mengejutkan.
Jika diperhatikan, kelihatan lori yang dalam perjalanan melalui satu laluan disebelah kanan, tiba-tiba dilanggar oleh lori lain alam keadaan bertentangan walhal tiada kenderaan lain yang melalui laluan itu pada masa itu.

Apa yang menjadi persoalan, bagaimana lori yang bertentangan itu boleh berada pada laluan yang sama kerana melalui pemerhatian tiada apa yang melalui laluan pada ketika itu. 

Tonton videonya dibawah ini:


Saturday, September 10, 2016

2 Lelaki Kejar Cahaya Misteri Di Stesen Minyak, Adakah Itu Penampakan Alien?

Kedua-dua orang ini dirakam kamera CCTV semasa sedang mengejar sebentuk cahaya dekat buah stesen minyak di Peru. Orang ramai yang melihat rakaman video itu curiga mereka mencari alien.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan kelibat laki-laki berdiri di luar sebuah pam petrol. Di sesuatu sudut, kelihatan seperti cahaya lampu menyala.


Cahaya misteri itu kemudian mula bergerak dan orang yang berada disitu yang pada mulanya tak melihat pun mula menyedarinya. 

Cahaya misteri di pam minyak Peru tersebut sempat menghilang, tapi kemudian muncul kembali.
Orang ramai kemudian bergegas menuju ke arah cahaya itu, tetapi sekali lagi cahaya itu mengelak dari mereka.

Tidak ada penjelasan keatas rakaman tersebut. Atau adakah itu hanya satu penipuan?

Berikut merupakan rakaman CCTV tersebut:

Bagaimana menurut anda tentang penampakan misteri di atas? 

INI PUN MENARIK DIBACA JUGA:

Sunday, September 4, 2016

MISTERI !! Muncul Makhluk Setinggi 2.5 Meter Di Taiwan, Alien?

Proxima B, sebuah planet yang berpotensi menyokong kehidupan, ditemui dengan jarak 'hanya' empat tahun cahaya. Walaupun jaraknya masih cukup jauh dari Bumi, tapi tetap lebih dekat berbanding Kepler 252B yang jaraknya mencapai 1,400 tahun cahaya.


Dengan pertemuan planet tersebut, seolah merungkai misteri kemungkinan adanya kehidupan lain di bumi kita. Salah satunya, menurut Dailystar, yang pernah tertera dalam buku berjudul "Hands."

Buku tersebut mendakwa memberikan laporan fakta hubungan dengan makhluk asing. Salah satu alien yang disebutkan dalam buku tersebut diberi nama CenOS. Digambarkan makhluk ini berasal dari sistem bintang Proxima Centauri (tempat Proxima B, red ), dengan badan humanoid berukuran 2.5 meter.


Makhluk ini juga digambarkan lima kali lebih kuat daripada manusia dan mempunyai banyak jantung, bukan hanya satu. Liang-liang mereka besar, mereka tak boleh kena penyakit, tak perlu tidur, malah boleh hidup sehingga berusia 120 tahun.

CenOS juga dikatakan mempunyai dua jenis kelamin, tapi tidak menikmati seks di antara sesama. Lebih lanjut, disebutkan bahawa mereka telah melawat bumi selama Perang Dunia II.

Laporan terbaru menyebutkan, makhluk inilah yang kemungkinan kelihatan di Taiwan pada tahun 2012. Namun pada masa itu, Proxima B masih belum ditemui. Sehingga kehadiran CenOS dianggap mitos belaka.


Dipetik dari Taipei Times, penampakan tersebut terjadi dekat Danau Jaiming, bandar Taitung, Taiwan. Menurut saksi, makhluk tersebut berukuran sangat besar, dengan tubuh telus, tangan berselaput, dan berjalan dengan langkah yang besar.

Gambar yang menjadi bukti makhluk tersebut diambil dengan iPhone 4 sehingga gambarnya tidak begitu jelas. Meski kebenaran makhluk tersebut masih belum dapat disahkan secara pasti, namun penduduk bandar Taitung sendiri percaya tasik tersebut menjadi pintu masuk ke pangkalan alien bawah tanah.
"Mereka juga percaya longgokan besar di dekat tasik yang hingga kini masih ada, mungkin sebuah piramid purba yang digunakan sebagai alat komunikasi," ujar Scott C Waring dariUFO Sightings .


Sementara Dr Barry Warmkessel mengatakan pada laman web CNET, bukan tidak mungkin perkara tersebut berlaku. Menurut dia, Proxima B yang sedikit lebih besar daripada Bumi, mempunyai suhu yang sesuai terhadap kehidupan.

Para penyelidik percaya, di sana terdapat lautan yang dalam, mirip dengan Bumi. Tapi masih belum jelas sama ada sesuai untuk kehidupan. Malahan, Proxima B mempunyai atmosfera yang menghalang sinaran ultra-violet.

- sentiasabikinpanas.com

Saturday, September 3, 2016

TERLOPONG Mamak Tu Bila Aku Cakap 'Tolong Buang Botol Yang Kat Atas Tu Dan Perempuan Tu Sekali'!!!

Usah pelik dan usah tidak percaya, semua ini sememangnya ada berlaku. Bukan sahaja di kedai mamak, kedai mana-mana pun ada juga cuma caranya berbeza. Ambil ikhtibar atas kejadian ini, dan peringatan juga kepada pemilik kedai makan agar tidak melakukan perbuatan ini. Yakinlah pada rezeki yang Allah tetapkan untuk kita.


Keluar ke tempat lain pulalah. Tetapi ke mana? Kedai mamak di sini, memang bersepah tapi ke mana hala yang paling dekat dan cepat? Bukan nak makan sangat pun, cuma nak minum saja. Dapat teh tarik halia ‘kaw’ pun dah sedap.

Tiba-tiba teringat pada satu kedai yang pernah dicadangkan oleh seorang kawan bertahun-tahun yang lalu. Baik, boleh cuba di situ. Lebih kurang 10 minit saja pun kalau memandu.

Sampai di kedai, jam menunjukkan 12.30 tengah malam. Punyalah ramai manusia. Hampir kesemua tempat penuh.

“Hmmm? Dia orang ni tak reti nak tidur ke? Esok tak kerja kot?”

Duduk dan order. ‘Mak aiii!’ Minah yang ambil order ini, mukanya, manis lagi cuka. Comelnya boleh tahanlah juga. Bak kata orang, sebagai penyeri kedai. Tetapi kalau muka dah kelat dan ketat, pergi mana pun takkan berseri.

Sementara menunggu minuman yang dipesan sampai, mata mula meliar sekeliling memerhatikan kedai. Entah kenapa tiba-tiba terlihat satu botol kecil diselitkan di siling penjuru pintu masuk kedai. Hati dah mula resah, mula menggaru kepala yang tidak gatal.

Kepala didongakkan lagi. Di penjuru satu lagi, terlihat lembaga perempuan berjubah hitam, tengah bertenggek di atas alang. Matanya tajam memerhatikan setiap pelanggan yang datang. Rambutnya mengerbang seperti yang kita selalu lihat dalam kaca tv.

Wajahnya, harimau tengok pun boleh pengsan. Terkopek sana sini, badannya dihayun-hayun bagai meratip. Apa yang diratipkan pun tak jelas. Sesekali apabila pelanggan baru masuk, tangannya akan dijuntaikan menyentuh kepada pelanggan.

“Ini tehnya. Makan? Tak mahu?,” tanya seorang pelayan kedai itu sambil menghentak cawan yang berisi air teh.

Kepala digelengkan. Baru kerja sebagai pelayan dah berlagak. Sudahlah duit pelanggan itu yang digunakan untuk membayar gajinya, tetapi melayan orang macam pengemis meminta sedekah.

Petua orang tua, apabila makan di luar, lagakan lidah ke lelangit. Kalau geli, barulah boleh diminum. Raba juga bawah bekas minuman atau makanan. Jika minuman itu panas dan bawahnya sejuk atau sebaliknya, bermaksud ada ‘sesuatu’ yang diletakkan. Setelah itu, bacalah selawat dan doa makan.

Ketika tangan dihulur ke arah mug, entah bagaimana kedengaran bunyi cawan yang merekah. Tidak sampai 10 saat, tiba-tiba cawan terbelah dan air teh melimpah. Sedikit lagi air panas itu terkena pada seluar. Kepala diangkat dan mata tepat merenung ke arah lembaga itu tadi.

Lembaga itu berayun sekali lagi seperti monyet di dalam kandang. Mamak di kaunter cepat-cepat berlari dan tanya apa yang berlaku. Kepala digeleng sambil membayar duit teh tadi. Tetapi bayaran ditolak dengan alasan air tidak diminum dan mahu digantikan dengan minuman yang lain.

“Hmm, tak perlulah ganti. Biarlah,”

Tetapi sebelum keluar, sempat berpesan kepada mamak itu.

“Tolong buang botol yang kat atas tu dan perempuan tu sekali,” sambil jari menunjuk ke arah siling.

Mamak itu seolah-olah terkejut bila ada orang tahu akan muslihat pelarisnya.

Sebaik saja keluar dari kedai itu, terasa ada benda yang mengekori. Toleh ke kiri, kelihatan perempuan berjubah hitam itu tadi sedang mengekori. Nampaknya, tak dapat nak balik ke rumah terus. Mahu tak mahu, kaki terpaksa melangkah ke arah sebuah lagi kedai mamak.
Teh tarik halia dipesan dan ditambah dengan air mineral dan limau nipis. Badan menghadap ke belakang kedai, limau diperah ke dalam air mineral. Beberapa surah dibacakan beserta doa untuk keselamatan. Setelah menghabiskan air teh halia, kaki pelahan menuju ke arah kereta.

Bulu roma kembali tegak. Rupanya benda itu masih lagi mengekori.

Pelahan-lahan botol mineral dibuka dan air dimasukkan ke dalam mulut. Walaupun tidak kelihatan, namun deria keenam terasa bagaikan ada tangan yang ingin mencapai tengkuk. Semakin lama, semakin rapat.

Badan dikalih ke kiri dan serentak air dihembur keluar ke arah makhluk itu. Mungkin kerana terkejut, lembaga itu terus melompat ke arah lampu jalan raya dan terus bertenggek. Campuran air mineral dan limau disimpan. Beberapa pelanggan yang menyaksikan kejadian itu memandang pelik.

“Buat tak tahu je lah”

Bukan ini lembaga yang mengekori, tetapi hampir sama tanpa sabit panjang.

Langkah dipercepatkan ke arah kereta dan dengan pantas menghidupkan engin. Mata terus memandang lampu jalan. Ya, lembaga perempuan itu mash di situ. Bagai menunggu arahan tuannya.

Sepanjang perjalanan ke rumah, hati bertanya, apakah teruk sangat perniagaannya sehingga memerlukan bantuan daripada ‘luar’? Jika dilihat, pelanggannya memang ramai. Beberapa bulan dahulu pernah makan di sini dan ternyata juadahnya memang enak!

Apakah ketamakkan telah mengabui matanya? Wallahua’alam.. 

Kredit:- DakwatKhalifah

Wednesday, August 31, 2016

Periksa Kandungan, Wanita Ini Ternyata Mengandung 'Arnab'.

Pada umumnya, seorang wanita hamil akan melakukan ultrasound scan untuk melihat perkembangan janinnya. Hasil pemeriksaan lazimnya mengandungi maklumat mengenai jenis kelamin atau pun maklumat perkembangan lain bayi.


Namun seorang perempuan hamil ini, membuat jenaka dengan hasil pemeriksaannya, dengan mengatakan ada 'arnab' di dalam rahimnya.

Seperti dipetik dari Daily Mail,, ternyata bakal ibu itu tidak bergurau apabila mengatakan ada 'arnab' di dalam perutnya. Setelah hasil pemeriksaannya keluar, dari melihat gambar bayi, terlihat bentuk yang lebih menyerupai haiwan pengemar lobak merah tersebut.

Gambar berbentuk arnab kecil lengkap dengan telinga dan empat kaki itu menjadi viral selepas dimuatnaik ke akaun media sosial perempuan itu.

Masih belum jelas sama ada gambar tersebut merupakan hasil kejuruteraan software atau asli. Namun, netizen setuju mengatakan bentuk janinnya memang kelihatan seperti 'arnab'.

Perempuan 33 tahun itu mengatakan bahawa ini pemeriksaan pertamanya selepas dua kali gagal mempertahankan kandungan bayinya. (Dailymail.com)

Wanita hamil yang berasal dari Florida tersebut menuliskan dalam akaunnya, "Melakukan pemeriksaan ultrasound -ku yang pertama. Nampaknya aku akan mempunyai seekor arnab".

"Kamu sedar tidak, ekspresi yang mendedahkan 'biarlah kelihatan seperti arnab' seharusnya tidak difahami secara harfiah," komen seorang pengguna internet.
"Aku berfikir ini lucu. Aku cemas kerana kehamilanku sebelumnya tidak berjalan dengan baik. Jadi ketika aku melihat degupan jantung jabang bayiku 163, saya merasa lega," kata wanita berusia 33 tahun tersebut dengan akaun @NetteFraulein itu.

"Kemudian kami menyedari, gambar tersebut berbentuk arnab dan tertawa," tulis perempuan itu lagi. 

Dia juga menuliskan bahawa pemeriksaan itu diambil ketika embrio berusia 7 minggu. Dianggarkan perempuan tersebut akan melahirkan anak pada April akan datang.

'Awan Cendawan' Muncul di Langit!! Siberia Di Serang Nuklear?

Masyarakat Siberia, Rusia panik dengan kehadiran awan cendawan. Mereka bahkan sempat berfikir telah berlaku serangan nuklear.

Fenomena tersebut terjadi secara semulajadi. Namun kewujudannya membuat rasa bimbang kerana menyerupai awan cendawan akibat letupan bom atom.

Warga di Siberia Barat mendedahkan kekeliruan dan perasaan panik mereka melalui media sosial. Bahkan salah seorang di antaranya menulis, "Perang nuklear tengah terjadi di Chusovitino".

Kemunculan 'awan cendawan' ini mencetuskan panik di kalangan warga Siberia.
Perkhidmatan kecemasan kawasan itu segera bergerak cepat meredakan kebimbangan rakyat. Dalam satu kenyataan pihak berkuasa tempatan mengatakan itu hanya fenomena awan berbentuk aneh bukan serangan bom nuklear.

Penjelasan tersebut merubah suasana. Warga yang tadinya diliputi kecemasan pun mula mengagumi pemandangan yang mereka saksikan.
Salah seorang pengguna media sosial menuliskan, "Sebuah awan cendawan muncul hari ini. Mungkin ini petanda bahawa 'musim cendawan' telah datang".

"Masanya memetik cendawan-cendawan. Ini sangat indah!," tulis seorang yang lain.

Peristiwa tentang kemunculan 'awan cendawan' ini terjadi pada Ahad 28 Ogos waktu setempat.

Thursday, August 25, 2016

Beberapa Hari Di Wad Gadis Kongsi Pengalaman Seram DIGANGGU Wanita Berambut Panjang Di Hospital Alor Setar!!!

"Mendapat khabar sahabat masuk wad (sakit kurang darah) teringat al kisah selama berkampung di hospital. Bermula di sahkan mempunyai penyakit SLE selepas 6 bulan berkahwin, wad hospital menjadi rumah ke 2, mula-mula demam mendadak, terketar-ketar. suami bawak ke bahagian kecemasan. HB tinggi, terus tahan wad. Suspek denggi sebelum di sahkan sle positif.

1. Nampak kanak-kanak berlari-lari...

3 hari amek darah. pakar pindahkan ke wad 4D hospital sultanah bahiyah Alor Setar. duduk dalam bilik aircond 4 orang. ok la selesa. hehe. tapi tiap malam ada kanak2 seusia 5 tahun. selalu berlari di depan pintu bilik. mulanya fikir anak pesakit kot. yala, 2,3 pagi berlari. rutin di wad jam 2 pagi nurse akan datang ambil tekanan darah. jam 4pagi pulak datang ambil tekanan darah lagi. hingga la saya bertanya. ada kanak2 bole masuk ke?. uihhh.. nurse tu kata mana bole. dah la. awak jangan fikir sangat. hampir 3minggu di wad. tiap malam suami datang teman. pernah tirai di selak seseorang. saya melihat dengan penuh debar. namun tak nampak kelibat orang. fikir dalam hati. angin ja kot. angin dalam bilik aircond?? huhu.. paling menakutkan tengah lena ada tangan kecik datang mengengam jari2.. takut nak lihat sebelah. cepat2 kejutkan suami. konon2 nak ke tandas...


2. Disapa lembaga hitam...

Hospital.. sinonim dengan makhluk2 yang kita tak dapat di lihat. pernah waktu maghrib. selepas menunaikan solat maghrib. saga duduk di atas katil. menunggu cinta hati datang. (dia mengajaq pukui 8-10 malam).. masa yang saya ada, saya buka AL Quran.. habis sehelai, saya bangun berjalan ke depan wad di kaunter. saja mengambil angin. agak boring saya balik ke katil. saat beralih membelakangkan tirai yang di tutup sebelah. saya dengaq suara suami panggil. sayangggg.. saya beralih cepat2 sebab ingat suami dah datang. tapi hanya bayang hitam cepat bergerak masuk ke bawah katil. saya terus membaca ayatul kursi. sambil baring menunggu jam 10. lepas suami datang. katanya saya meracau malam tu. sampai di ubah katil ke sudut yang lain.

Kali ke 2 di masukkan ke wad setelah melakukan pembedahan kecil. pembedahan dari jam 3pagi hingga 6pagi. tersedar dari tidur yang panjang. di biarkan keseorangan di atas katil besi seram sejuk dan berbungkus putih menyakinkan "aku dah meninggal ke?. pembedahan tak berjaya kot. mungkin banyak darah hilang. saat tu berasa sebak dan hiba. terlihat2 wajah2 yang di sayangi. mengucap innalillahi wa inna ilahi rojiun untuk diri sendiri. pejam mata dan menangis. tiba2 ada nurse kejutkan. syahirah... syahirah... awak dah sedar ke?. eh.. alhamdulillah Allah bagi ruang dan peluang.

3. Diganggu wanita berambut panjang...

Selesai pembedahan di hantar dengan ambulan ke hospital lama sebelah penjara Alor Setar. dapat katil sorang2 di satu sudut. pesakit tak ramai. setiap hari luka di cuci. Allah saja yang tahu. macam luka di cuci dengan air limau. huhu.. pedih boleh gentam bibir ja.. 5 hari duduk di wad lama. mula di ganggu dengan kelibat wanita berambut panjang. mata merah menyala menjegil. pejam mata nampak. buka mata ada saja kelibat nya. satu malam suami datang teman. adik ipar pula terlibat dalam kemalangan. alhamdulillah takda yang serius. malam tu tinggal keseorangan di temani surah Al Baqarah di handphone. sedang memujuk hati untuk lena. tiba2 katil sebelah berbunyi macam ada orang naik. bila buka mata. gelap. sunyi sepi. cuba lagi tidor. datang wajah wanita berambut panjang mata merah. kali kedua tu saya terus bangun pergi ke kaunter nurse meminta izin duduk di situ hingga subuh. esoknya hari paling teruk di ganggu. bermula nurse ubah pindahkan ke katil lain. untuk mengelakkan saya keseorangan.. tapi masuk waktu maghrib tersebut. jelmaan wanita tu datang sambil menakut2 sambil ketawa hehehhehe.. saya tak sedar saya meracau. kata suami. lama jugak nak pulihkan. esoknya rasa diri bertenaga dan fresh sedikit. cuba positifkan diri. buang rasa takut. kuatkan dengan bacaan Al Quran. owh time tu tak dapat baca Al Quran. mesej WhatsApp pun tak dapat baca sebab mata jadi kabur akibat gula yang terlalu tinggi dalam darah. jadi boleh mendengar sahaja bacaan Al Quran untuk penguat hati.


4. Nampak jelmaan pesakit...

Selain gangguan wanita berambut panjang, pernah saya terjaga jam 2 pagi untuk ke tandas. tandas di wad hospital lama di hujung bangunan. Sebelum masuk ke tandas. ada satu tangga yang gelap. saya takut untuk melihat tangga tu pada waktu malam. tapi sebelum ke tandas. ada seorang pesakit juga yang beriringan ke tandas. saya ikut dia dari belakang cuma tak terlalu dekat. bila saya masuk ke tandas. saya lihat semua pintu terbuka. terfikir juga mana pesakit tadi. selesai hajat saya keluar saya nampak pesakit tadi naik ikut tangga yang gelap. takmau lama2 sangat di tandas. cepat2 saya pergi ke kaunter nurse. nurse nampak agak terkejut. (yela. mungkin kes saya meracau. huhu). dia tanya pergi mana sorang2. saya kata tandas. tapi dengan sorang lagi pesakit. dia kata takda kamu seorang saja. kalau ada mesti dia dah lalu depan kaunter. saya bagitau pesakit tu naik ikut tangga. terkejut nurse tadi. dia kata tingkat 3, tingkat atas tak di gunakan.. saya pun cepat2 pergi ke katil. suami tanya pergi mana. kenapa tak kejutkan?. eh. hehe. saya takmau ganggu dia memandangkan saya boleh pergi sendiri. tapi mungkin lepas tu ajak berteman. huhu..
Keesokannya saya di pindahkan ke wad bekas wad di raja. wad hospital lama. banyak bangunan tak di gunakan. sesetengah ja. peralatan pun ada lagi yang old school.. wad ni 4orang 1bilik. wad ni tak bole suami teman. huhu.. 2,3 hari duduk tak menjadi masalah. saya bole sesuaikan diri. yang menjadi masalah bilik air di luar bilik. jadi jam 2,3 pagi terpaksa la keseorangan berjalan di tepi koridor pergi ke bilik air. wad lama nurse tak selalu round. mungkin tak ramai pesakit. jadi malam tu nak di jadikan cerita. saya terjaga jam 4pagi nak ke bilik air. keluar dari bilik wad. saya nampak pesakit warga tua bangsa India. perlahan2 jalan. saya tanya aunty nak pergi mana? itu toilet ka?. dia kata ya2.. saya pimpin sampai masuk ke toilet. saya pun masuk sebelah. selesai hajat. saya keluar. saya tanya. aunty sudah siap ka?. mau balik bilik.. sepi.. saya tanya lagi aunty. u sudah siap ka. tiada jawapan. pelan2 saya tolak pintu toilet. kosong!. alahai. berlari jugak la walau sakit pembedahan ke bilik. terserempak dengan nurse. dia tanya kamu pergi mana. saya kata toilet. pastu saya tanya. ada pesakit India dak. dia duk bilik mana.. nurse tu tengok file yang dia bawak. file tu sebab dia nak ambil bacaan tekanan darah. dia kata takda aunty India.. alahai. sekali lagi aku terkena..

Pengalaman2 di hospital ni banyak. ada baik, ada kesan buruknya. apa pun semua makhluk ciptaan Allah.. ada lagi kisah. tapi simpan je la buat kenangan. hehe.." 

Sumber:- Syahirah Ayob

Tuesday, August 23, 2016

[VIDEO] SERAM!!! Lelaki Di SERANG Hantu Ketika Buat Bising Dengan Motornya!!!

Sebelum ini kita hanya melihat atau mendengar kisah hantu atau syaitan yang menunjukkan rupa mereka yang sebenar sahaja. tidak pula kita pernah mendengar hantu atau syaitan ini memukul manusia terkecualilah hantu syaitan memukul kita menggunakan tubuh manusia yang telah dirasuk.

Namun sesuatu yang pelik berlaku kerana sebuah video telah dimuat naik di laman youtube menunjukkan hantu menyerang seorang lelaki. Agak aneh disitu.


Video yang berdurasi 2 minit 28 saat itu menunjukkan seorang lelaki yang sedang menguji motorsikalnya di laman rumah dan tiba-tiba seekor lembaga hitam yang menyerupai lelaki muncul dan seperti menumbuknya.
Kalau betullah hantu tu serang dia pun rasanya memang patutlah sebab malam-malam lah kau nak test moto tu...mesti hantu tu bengang nak tido tak senang. Hihi....Tengok video ni:-


Saturday, August 20, 2016

Wanita Ini 13 Kali Meninggal Lalu Hidup Lagi.

Kucing sering disebut mempunyai sembilan nyawa. Dan wanita ini boleh dikatakan nyawanya lebih banyak daripada kucing. Dia adalah Rebecca Morris-Roberts yang 13 kali `meninggal` dan secara ajaib hidup kembali.

Ini kerana wanita berusia 28 tahun tersebut mempunyai penyakit sangat jarang berlaku yang disebut kejang anoxic refleks yang membuat jantung dan nafasnya berhenti serta tubuhnya mula kaku.

Tapi dalam beberapa saat selepas setiap serangan menakutkan itu jantungnya secara ajaib berdegup kembali dan dia kembali normal.

"Mata saya menutup, bibir dan wajah saya berubah menjadi biru, badan saya kaku, saya berhenti bernafas dan mula mengejang," katanya seperti dipetik dari Irismirror.

Menurutnya, ketika dinyatakan 'mati' secara klinikal, ia tak tahu apa-apa sehingga sedar. "Ini biasa berlaku dan saya tidak tahu apa puncanya."


Gara-gara Emosi

Kejang Rebecca itu bermula ketika ia berusia 16 tahun dan mencetuskan emosi yang melampau, terutama ketika menghadapi kecemasan. Dan ketika Rebecca memutuskan berkahwin dengan pasangannya Elfyn Morris-Roberts pada April 2014, keluarganya takut Rebecca akan `Mati` saat berjalan menuju altar.

Setelah banyak pertimbangan, Rebecca yang tinggal di Ystradgynlais, memutuskan memakai alat pencetus jantung yang dipasang tiga bulan sebelum hari perkahwinannya.

"Saya pada mulanya tidak mahu memakainya. Secara mental, saya tidak bersedia dengan alat pencetus jantung. Saya tidak ingin melihat kembali foto-foto perkahwinan kami dan berfikir sesuatu yang lain membantu saya hidup. Tetapi kemudian saya diberitahu setiap kali saya mengalami hal itu (mati) maka akan mengurangkan peluang saya untuk pulih sebanyak 10%. Pada masa itulah saya sedar saya sangat egois, jadi saya memutuskan memasangnya, "cerita Rebecca.
Kebimbangan Rebecca akan 'mati' di hari perkahwinannya tak berlaku. Ia mengatakan hari perkahwinannya berlalu tanpa perlu memanggil paramedik.

"Saya selalu mempunyai rasa takut berada di depan orang dan ayah saya mengikuti saya ke mana sahaja kerana ia takut sesuatu akan terjadi," tambahnya.

Rebecca menceritakan kerana keadaannya itu sehingga dulu seorang jururawat pernah ketakutan mengambil darahnya. Kini, ia sudah biasa dengan `kematian` setelah lebih dari sedozen kali dia mengalaminya.

"Saya baik-baik saja dengan kematian tetapi saya mahu berada di sini untuk keluarga saya," katanya.

Rebecca berkata ia percaya masih banyak yang perlu dilakukan untuk mendidik masyarakat tentang keadaannya, yang didakwa hanya dialami oleh empat orang saja di UK.

Saturday, July 30, 2016

Seperti Pinocchio, Otak Kanak-Kanak Ini Tumbuh di Hidung.

Lahir dengan kelainan, seorang kanak-kanak kecil di Maesteg Wales, Britain memiliki hidung seperti Pinocchio. Berbeza dari kisah Disney klasik, Ollie Trezie menderita penyakit yang disebut Encephalocele. Keadaan tersebut menyebabkan otaknya berkembang melalui lubah di tengkorak hidungnya. Penyakit ini membuat sang anak kecil perlu menjalani pembedahan yang menyakitkan kerana kesukaran bernafas.

Meski keadaan tersebut membuat Ollie berbeza dengan kanak-kanak lain, Amy Poolie sang ibu mencintai anaknya dengan kasih sayang yang sempurna. Ia pun tak menganggap bahawa buah hatinya mengalami kecacatan sejak lahir. Bahkan, Amy tak malu-malu mengatakan bahawa anaknya adalah kanak-kanak yang berani dan tidak mempedulikan komen kejam dari orang lain.

Kerana penyakit yang dideritanya sedari lahir, kanak-kanak kecil ini miliki hidung seperti Pinokio.
Awalnya ibu berusia 22 tahun ini terkejut mengenai keadaan anaknya. Apabila berusia 20 bulan, doktor mengatakan ada ketumbuhan yang timbul di hidung Ollie. Sang ibu berkata "Anakku adalah Pinocchio di dunia nyata dan tak ada alasan untuk tidak merasa bangga kepadanya,".


Doktor dari University Hospital of Wales mengatakan bahawa kes yang dialami Ollie sangat jarang, yang hanya berlaku satu kali dalam setahun. Demi kelangsungan hidup si kecil berambut perang ini, doktor pun melakukan satu siri operasi untuk memperbaiki lubang di tengkorak hidungnya.


Menderita Sindrom Moebius, Gadis Lawa Ini Tak Boleh Tersenyum.

Emosi yang ada pada diri manusia normalnya dapat dilihat daripada perubahan raut wajah. Apabila kamu merasa senang, kamu akan ketawa dan tersenyum. Ketika merasa kesal atau sedih, kamu pasti akan menunjukkan 'muka masam.' Tapi, hal ini tidak berlaku pada Teegan O'Reilly. Malahan raut wajah gadis cantik yang masih berusia 15 tahun ini tidak berubah walaupun ketika sedang mendengar lagu band kegemarannya, One Direction. 

Gadis cantik dari Ireland ini ternyata mempunyai sindrom yang jarang berlaku sejak dari lahir. Dipetik dari The Mirror, sindrom yang disebut sebagai Moebius ini membuatnya tidak punya ekspresi pada wajahnya sama sekali. Lesley O'Reilly berkata kepada The Mirror, dia tidak tahu apa yang terjadi dengan anaknya, sehingga Teegan berusia 18 bulan. 

Bahkan, ketika dia sedang mendengar band kegemarannya bernyanyi, ekspresi pada wajahnya tidak berubah.
Diambil dari media yang sama, sindrom Moebius merupakan gangguan neurologi yang jarang berlaku dan melumpuhkan wajah, sehingga orang yang menderita sindrom ini tidak boleh mengubah reaksi wajahnya. Selain itu, laman web rasmi Moebius Foundation menulis, si pesakit juga kerap kali tidak boleh berkelip dan menggerakkan bola mata ke kanan dan ke kiri. Ketidakupayaan untuk menggerakkan wajah juga berkaitan dengan masalah fizikal di bahagian tubuh lain. 

"Sebelum ini, dia diperiksa dan telah melakukan beberapa ujian. Ketika dia didiagnosa, kami diberikan sehelai kertas. Pada kertas itu tertera senarai nama dan nombor telefon di Inggeris. Pada masa itu belum ada Internet dan media sosial untuk melakukan hubungan kepada orang-orang di seluruh Inggeris, "kata Lesley kepada Mirror. Setelah Facebook meledak, mereka boleh menghubungi banyak pihak orang di seluruh dunia untuk saling membantu menangani kanak-kanak dengan sindrom Moebius. 

Teegan dan keluarganya berusaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap keadaan pesakit sindrom Moebius.
Teegan, ternyata bukan satu-satunya gadis yang terkena sindrom yang jarang berlaku ini di Ireland. Ada dua orang lain juga menderita sindrom yang jarang berlaku ini. Walaupun mempengaruhi sistem kerja anggota tubuh yang lain, kecerdasan Teegan tidak terganggu. Teegan memang mempunyai masalah dengan kedua-dua kakinya. Bahkan, dia sudah menjalani beberapa kali pembedahan untuk memperbaiki keadaan kedua kaki gadis cantik ini. 

Lesley berkata, banyak orang berfikir Teegan tidak boleh hidup seperti anak-anak lain. Tapi, Teegan yang kuat dan tegar membuktikan semua pemikiran dan sindiran orang lain salah. Hingga kini, Teegan masih bersekolah di sekolah menengah umum St Mark 's Community School, Springfield, Tallaght, Dublin Selatan, Ireland.

Saturday, July 16, 2016

Misteri Kemunculan 'wajah' di Gunung Kinabalu.

KOTA KINABALU: Kemunculan imej yang menyerupai 'wajah' pada permukaan puncak St John di Gunung Kinabalu mengejutkan pendaki dan pengguna media sosial.

Imej pemandangan unik berkenaan kini menjadi viral.

Pengurus Taman Kinabalu, Yassin Miki berkata lakaran 'wajah' dapat dilihat dengan jelas dalam keadaan pencahayaan tertentu di atas gunung."Ia hanya dapat dilihat selepas matahari terbit. Pemandangan wajah tersebut akan menjadi ketara," katanya.

Sesetengah pendaki yang pernah melihat pembentukan 'wajah' itu berkata ia lengkap dengan mata, hidung dan mulut.

Yassin berkata pembentukan 'wajah' berkenaan adalah ketara sejak sebelum kejadian gempa bumi tahun lalu. - Mstar Online

Saturday, May 21, 2016

Roh Zona Datang Dalam Mimpi Ibu, Cerita Punca Kematiannya!

Bulan Oktober 1896, bibit percintaan mula bersemi antara seorang gadis dan pemuda yang datang menetap ke bandar Greenbrier, barat Virginia, Amerika Syarikat.

Gadis tempatan itu bernama Elva Zona Heaster. Manakala pemuda yang bekerja sebagai tukang besi itu adalah Erasmus Stribbling Trout Shue yang juga dikenali sebagai Edward.

Sekelip mata jatuh cinta, pasangan itu mengambil keputusan berkahwin, walaupun hubungan itu ditentang oleh Mary Jane Heaster, ibu Zona. Jauh disudut hati, Mary merasakan Edward bukan lelaki yang baik.

Tidak sampai tiga bulan hidup bersama, satu tragedi menimpa pada tanggal 23 Januari 1897. Seorang budak lelaki yang datang ke rumah pasangan itu setelah disuruh Edward untuk melihat isterinya, dikejutkan dengan penemuan mayat Zona yang terbaring kaku di kaki katil.

Perkahwinan Zona dan Edward Ditentang ibunya.

Budak itu berlari pulang memberitahu ibunya tentang Zona, lalu si ibu menghubungi Dr. George W. Knapp. Hanya sejam kemudian, baru doktor itu tiba di rumah Zona.

Ketika itu, Edward sudah pulang. Dia telah mengangkat mayat isterinya dan dibaringkan di atas katil. Dia turut membersih dan menukar pakaian Zona, memakaikan mayat isterinya dengan gaun berkolar tinggi.

Edward terus memangku leher Zona dan menangis teresak-esak ketika Dr. Knapp menjalankan pemeriksaan ke atas mayat itu.


Namun, apabila hendak memeriksa bahagian leher dan kepala mayat, pemeriksaan Dr. Knapp terhalang kerana Edward tidak mahu berenggang daripada mayat isterinya.

Keesokannya, mayat Zona sedia untuk dikebumikan. Namun, tindakan Edward agak pelik. Dia sentiasa berdiri disamping keranda Zona dan tidak membenarkan pelawat datang terlalu dekat dengan keranda.

Dia turut menyangga kepala mayat isterinya dengan bantal. Edward turut menutup bahagian leher mayat itu dengan mengikatkan sehelai selendang yang tidak sesuai. Bila ditegur, Edward berkeras mengatakan itu adalah selendang kegemaran isterinya.

Dari pandangan orang luar, mereka menyangka itu adalah tanda kasih sayang Edward terhadap isterinya. Tetapi tidak bagi Mary, ibu Zona. Dari awal lagi, naluri keibuannya kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kematian anaknya.

Apatah lagi sewaktu membasuh kain pelapik keranda, Mary terhidu bau yang kurang menyenangkan. Air basuhan dalam besen bertukar kemerahan seketika sebelum jernih semula.

Kejadian aneh itu meyakinkan hati Mary bahawa Zona sebenarnya telah dibunuh. Lalu, setiap malam Mary akan berdoa meminta anaknya 'kembali' untuk menceritakan perkara sebenar.

Empat minggu kemudian, doa Mary dijawab. Zona hadir dalam mimpi Mary selama empat malam berturut-turut. Dalam mimpi itu, Zona menceritakan bahawa dia telah diseksa oleh Edward.

Zona.

Pada malam sebelum kematiannya, berlaku pertengkaran hanya kerana berang dengan masakan Zona, Edward menyerang dan memusingkan leher isterinya sehingga patah dan menemui ajal!

Hanya berdasarkan penceritaan daripada 'roh' anaknya, Mary bersungguh-sungguh meyakinkan John Alfred Preston, seorang pendakwa untuk membuka kertas siasatan baru.

Walaupun teragak-agak dan belum pernah dibuat dakwaan berdasarkan kejadian yang diceritakan oleh 'hantu', namun Preston setuju membantu.

Dr. Knapp dipanggil semula dan mengakui tidak dapat menjalankan pemeriksaan lengkap pada mayat Zona kerana tingkah laku Edward yang tidak mahu melepaskan mayat isterinya ketika itu.

Lantas, Preston mendapatkan arahan agar mayat Zona digali semula untuk dilakukan autopsi menyeluruh. Pada 22 Februari 1897, mayat Zona dikeluarkan walaupun ditentang keras oleh Edward.

Hasil pemeriksaan mendapati, leher Zona mengalami kecederaan parah. Ligamennya terkoyak dan pecah. Pada bahagian kerongkongnya, terdapat bekas jari menandakan dia turut dicekik.

Berdasarkan hasil autopsi, ditambah dengan cerita jiran tentang kelakuan pelik Edward sewaktu majlis pengebumian Zona, akhirnya Edward ditahan dan dihadapkan ke muka pengadilan atas tuduhan membunuh isterinya.

Sewaktu Edward dalam tahanan menanti perbicaraan, siasatan terus dilakukan terhadap masa silamnya. Didapati, Edward pernah berkahwin dua kali sebelum itu.

Perkahwinan pertama berakhir dengan perceraian. Bekas isterinya menceritakan, Edward seorang yang kejam dan suka mengasarinya. Perkahwinan kedua pula hanya bertahan kurang dari setahun apabila isterinya mati dalam keadaan misteri.

Atas segala bukti dan fakta yang berjaya dikumpulkan, Preston berjaya mengaitkan penglibatan Edward dengan kematian Zona.

Tanda peringatan bagi memperingati kes Zona.

Setelah mendengar segala keterangan, para juri sepakat mendapati Edward bersalah lalu menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat. Edward menemui ajal dalam penjara pada September 1916 angkara wabak penyakit yang menyerang pada zaman itu.

Kes ini mendapat liputan meluas kerana untuk pertama kalinya disebut dalam perbicaraan tentang 'hantu' yang membantu merungkai punca kematian tersebut. 
Malah, kerana bantuan 'hantu' juga, pesalah akhirnya berjaya didakwa dan dijatuhkan hukuman.


Kerana itu, satu tanda peringatan telah didirikan berhampiran kubur Zona. Pada papan tanda itu tertulis kisah Zona, gadis yang ditemui mati pada tahun 1897 sebelum rohnya muncul dalam mimpi ibunya, memberitahu tentang perbuatan suaminya yang kejam.

Kisah Zona turut dikenali dengan julukan The Greenbrier Ghost! - sentiasabikinpanas.com