Saturday, August 20, 2016

Wanita Ini 13 Kali Meninggal Lalu Hidup Lagi.

Kucing sering disebut mempunyai sembilan nyawa. Dan wanita ini boleh dikatakan nyawanya lebih banyak daripada kucing. Dia adalah Rebecca Morris-Roberts yang 13 kali `meninggal` dan secara ajaib hidup kembali.

Ini kerana wanita berusia 28 tahun tersebut mempunyai penyakit sangat jarang berlaku yang disebut kejang anoxic refleks yang membuat jantung dan nafasnya berhenti serta tubuhnya mula kaku.

Tapi dalam beberapa saat selepas setiap serangan menakutkan itu jantungnya secara ajaib berdegup kembali dan dia kembali normal.

"Mata saya menutup, bibir dan wajah saya berubah menjadi biru, badan saya kaku, saya berhenti bernafas dan mula mengejang," katanya seperti dipetik dari Irismirror.

Menurutnya, ketika dinyatakan 'mati' secara klinikal, ia tak tahu apa-apa sehingga sedar. "Ini biasa berlaku dan saya tidak tahu apa puncanya."


Gara-gara Emosi

Kejang Rebecca itu bermula ketika ia berusia 16 tahun dan mencetuskan emosi yang melampau, terutama ketika menghadapi kecemasan. Dan ketika Rebecca memutuskan berkahwin dengan pasangannya Elfyn Morris-Roberts pada April 2014, keluarganya takut Rebecca akan `Mati` saat berjalan menuju altar.

Setelah banyak pertimbangan, Rebecca yang tinggal di Ystradgynlais, memutuskan memakai alat pencetus jantung yang dipasang tiga bulan sebelum hari perkahwinannya.

"Saya pada mulanya tidak mahu memakainya. Secara mental, saya tidak bersedia dengan alat pencetus jantung. Saya tidak ingin melihat kembali foto-foto perkahwinan kami dan berfikir sesuatu yang lain membantu saya hidup. Tetapi kemudian saya diberitahu setiap kali saya mengalami hal itu (mati) maka akan mengurangkan peluang saya untuk pulih sebanyak 10%. Pada masa itulah saya sedar saya sangat egois, jadi saya memutuskan memasangnya, "cerita Rebecca.
Kebimbangan Rebecca akan 'mati' di hari perkahwinannya tak berlaku. Ia mengatakan hari perkahwinannya berlalu tanpa perlu memanggil paramedik.

"Saya selalu mempunyai rasa takut berada di depan orang dan ayah saya mengikuti saya ke mana sahaja kerana ia takut sesuatu akan terjadi," tambahnya.

Rebecca menceritakan kerana keadaannya itu sehingga dulu seorang jururawat pernah ketakutan mengambil darahnya. Kini, ia sudah biasa dengan `kematian` setelah lebih dari sedozen kali dia mengalaminya.

"Saya baik-baik saja dengan kematian tetapi saya mahu berada di sini untuk keluarga saya," katanya.

Rebecca berkata ia percaya masih banyak yang perlu dilakukan untuk mendidik masyarakat tentang keadaannya, yang didakwa hanya dialami oleh empat orang saja di UK.