Showing posts with label info global. Show all posts
Showing posts with label info global. Show all posts

Saturday, July 30, 2016

Pecah Rekod, Jumlah Hadiah Dota 2: The International 2016 Capai $18,738,720.00!

Pecahkan rekod tahun lalu, Dota 2: The International 2016 yang merupakan bertandingan keenam, rasmi menjadi pertandingan e-Sports terbesar sedunia! Hadiahnya mencapai RM76 juta!

Pertandingan tahunan Dota 2: The International memang dikenali sebagai pertandingan e-Sports paling megah sejagat. Bukan hanya dari segi jumlah peserta yang terlibat, jumlah penonton yang menonton baik secara langsung atau live streaming di seluruh dunia dan megahnya venue pertandingan saja, akan tetapi juga dari segi jumlah hadiah yang ditawarkan. Tahun lalu, jumlah keseluruhan hadiah Dota 2: The International 2015 mencapai angka US18.4 juta atau lebih daripada RM74 juta. Bagaimana dengan tahun ini?

Tahun ini dipastikan pertunjukan Dota 2: The International 2016 yang merupakan pertunjukan keenam akan lebih megah dari tahun lalu. Dilihat dari segi jumlah hadiah sahaja, prize pool tahun ini sudah menyentuh angka US18.7 juta atau lebih daripada RM76 juta! Dengan pertandingan yang akan berlangsung kurang lebih dua minggu lagi, tentu ada kemungkinan jumlah ini terus bertambah. Hal ini semakin menegaskan bahawa event ini semakin glamor dari tahun ke tahun.



Disebut prize pool kerana jumlah sebesar ini bukan hanya disediakan oleh pihak developer saja. Ingin tahu jumlah hadiah asal dari developer? "Hanya" US1.6 juta atau kira-kira RM6.5 juta. Selebihnya, US17 juta lebih datang dari hasil jualan Battle Pass kepada para pemain Dota 2 di seluruh dunia. Yup, 25% daripada hasil jualan Battle Pass akan terus dimasukkan ke prize pool Dota 2: The International 2016 ini. Semakin banyak Battle Pass yang terjual, maka jumlah keseluruhan hadiah yang dipertandingkan dalam pertandingan ini akan semakin besar!

Beberapa kandungan dalam Battle Pass
Harga Battle Pass yang mengandungi pelbagai macam reward dan ciri in game, berbeza-beza bergantung levelnya. Anda boleh membeli Battle Pass Level 1 dengan harga US9.99 atau sekitar RM40. Kamurang juga boleh membeli Level 50 dengan harga US26.69 atau sekitar RM108. Daripada jumlah jualan di seluruh dunia, 25% akan dimasukkan ke prize pool Dota 2: The International 2016 yang akan bermula kurang dua minggu lagi.

Evil Geniuses, juara Dota 2 The International tahun 2015 lalu
Imbas kembali Dota 2: The International kelima tahun 2015 lalu, banyak berlaku kejutan selama pertandingan berlangsung. Evil Geniuses sendiri berjaya menjadi juara, dan berhak membawa pulang hadiah US6.6 juta. The International keenam tahun 2016 akan diadakan mulai dari tarikh 3 hingga 11 Ogos 2016. Pertandingan finalnya sendiri akan diadakan pada tarikh 12 dan 13 Ogos 2016, bertempat di KeyArena, Seattle Amerika Syarikat.


Sumber: Dota 2 / VG247

Billionair Cabar Anak Lelaki 'Survive' Sendiri, Tanpa Guna Pengaruh Bapa Dengan Hanya RM 423.

Ini adalah cerita sebenar yang selalu ditunjukkan dalam drama dan filem iaitu di mana bapa seorang yang kaya paksa anak hidup sendiri tanpa bantuan ibu bapa. 

Seorang lelaki billionair dari Gujarat, India telah mencabar anaknya lakukan sesuatu yang mungkin tak disangka-sangka iaitu menyuruh anaknya hidup sendirian di Kochi kerana ingin mengajar anaknya bagaimana rasanya hidup susah dan miskin. 

Lelaki tersebut bukan calang-calang orang kerana beliau merupakan pemilik kepada syarikat Hare Krishna Diamond Exports yang bernilai RM 3.6 billion. 


Ada beberapa syarat yang dikenakan kepada anaknya Dravya, 21 yang sekarang sedang cuti semester dari mengambil MBA di Amerika Syarikat. Tiga syarat tersebut adalah dia tak boleh langsung gunakan nama dan pengaruh ayahnya, tak boleh bekerja di sesuatu tempat lebih dari seminggu dan dia hanya boleh gunakan RM 423 yang diberi ayahnya untuk kecemasan sahaja. 

"Saya mahu dia faham bagaimana orang miskin berhempas pulas untuk dapatkan kerja dan duit. Tak ada universiti yang boleh mengajar skil kehidupan ini melainkan pengalaman.", kata Savji Dholakia semasa dihubungi Times of India. 

Dugaan besar apabila berada di Kochi adalah mereka menggunakan bahasa Malayam dan Davya menggunakan bahasa Hindi. 

"Selama lima hari saya tidak ada kerja atau tempat untuk tinggal. Saya sangat kecewa kerana saya ditolak untuk bekerja sebanyak 60 kali, memandangkan tidak ada seorang pun yang kenal saya di sini.

"Saya faham perasaan apabila ditolak dan betapa bernilainya sesebuah pekerjaan", kata Dravya, yang menipu bos-bosnya di Kochi dengan berkata bahawa dia datang dari keluarga yang miskin di Gujarat.

Hasil titik peluh Dravya, dia berjaya mendapat RM 242 selama sebulan selepas bekerja di sebuah kilang roti, di sebuah pusat panggilan telefon , kedai kasut dan McDonalds.

"Sebelum ini saya tidak pernah risau tentang duit dan di sini saya terpaksa bersusah payah untuk mendapatkan makanan Rs 40 (RM 2.50). Saya juga perlukan Rs 250 (RM15) sehari untuk membayar tempat tinggal", kata Dravya yang berjaya menamatkan cabaran tersebut. 

Sumber: Times of India Oleh: Aimi Nordin

Friday, July 29, 2016

Risiko Kematian, Pesakit Skoliosis Ini Terima Tawaran Operasi Pembedahan.

Tulang belakang yang menyokong tubuhmu agar tetap tegak dan kuat seharusnya tidak melengkung. Tapi, seorang gadis dari India, Preeti Kumari Rai, telah didiagnosis dengan skoliosis kongenital. Tulang belakangnya tak hanya melengkung tapi, lebih parah dari itu, memutar belit. Sehingga, gadis yang baru berusia 17 tahun ini tak boleh berdiri atau duduk dengan tegak. 

Pada awalnya, Preeti kecil tak ada bezanya dengan anak-anak sebaya dengannya.Tubuhnya masih boleh berdiri tegak dan tak ada sedikit pun lengkungan pada tulang belakangnya. Tapi, Daily Mail menulis, tulang belakang Preeti mula berubah apabila dia berusia 8 tahun. Gadis yang tinggal di Faridabad, India bahagian selatan, mengaku semua keluarganya tak ada yang mengerti apa yang jadi penyebabnya. 

"Kita tidak tahu apa yang berlaku," katanya kepada Daily Mail. Malah, 10 orang doktor telah menyerah dan menyatakan tidak sanggup menangani skoliosis bawaan ini. Ibunya, Devi, telah berusaha membawa Preeti ke beberapa doktor. "Kami berharap ada satu orang yang boleh membawa harapan bagi anak perempuan kami. Tetapi malangnya, mereka semua tak boleh melakukan apa-apa. Bahkan jika kami mempunyai semua wang yang ada di seluruh dunia pun," katanya. 

Walaupun begitu, Devi dan ahli keluarga lain sangat menyayangi Preeta. Mereka tak mau menyerah begitu saja. Selain itu, Preeti yang sangat yakin pasti ada jalan keluar, mendorongnya untuk terus mencari doktor yang punya penyelesaian. Seperti mimpi, Preeti akhirnya menemui seorang doktor yang bersedia untuk pembedahan tulang belakangnya. Tapi risikonya sangat tinggi mulai dari kematian hingga cacat fizikal. 

Walaupun begitu, Preeti mengaku kepada Daily Mail tak merasa cemas dan gugup. Dia yang mempunyai cita-cita menjadi seorang ahli politik selepas lulus dari Delhi University dan Karnataka University, sangat ingin hidupnya kembali nomral.

"Saya masih ingat kehidupan normal saya ketika masih kecil. Saya boleh berlari, duduk dengan tegak, dan mudah bercakap dengan orang lain. Sekarang, beberapa orang bahkan merasa tidak selesa ketika bercakap kepada saya. Saya ingin menghentikan mimpi buruk ini dengan satu harapan," katanya kepada Daily Mail. Kini, Preeti sedang fokus mempersiapkan segala keperluan dan syarat-syarat untuk operasi tulang belakang bulan ini.

Wednesday, July 27, 2016

Senarai Pengundi Jadi 'Rokok'.

Rayong (Thailand): Seorang lelaki ditangkap polis selepas dia mengoyak dan menggulung sekeping senarai pengundi sebelum menghisap kertas itu seperti rokok.

Tindakan lelaki itu dirakam kamera keselamatan di sebuah dewan bandar Map Ta Phut malam Jumaat lalu dan dia ditangkap pagi kelmarin.

Jurucakap polis, Khonsan Chaicharoensilp berkata, suspek yang dikenali sebagai Nattawut Boonma, 25, mengaku bersalah dan memberitahu dia mabuk ketika melakukan perbuatan itu.

Nattawut menunjukkan bagaimana dia mengoyak kertas untuk dijadikan rokok.
Nattawut memberitahu polis, dia dan seorang rakannya minum arak pada petang Jumaat lalu dan pergi ke sebuah tali air di hadapan dewan itu untuk memancing ikan.

Apabila tiba di sana dia berasa mahu menghisap rokok, tetapi tidak mempunyai rokok.

Dia kemudian pergi ke dewan itu dan mengoyak sehelai kertas yang ditampal di papan kenyataan tanpa menyedari ia senarai daftar pengundi.

Katanya, dia tidak menyedari melanggar undang-undang sehinggalah beberapa anggota polis datang ke rumahnya untuk menahannya. - Agensi

Sunday, July 24, 2016

6 Kisah Mengejutkan Yang Berlaku Kerana WhatsApp.

Dalam zaman yang serba moden ini, penggunaan gadget memang menjadi sebuah perkara yang begitu normal. Bahkan kebergantung seseorang akan gadget, dia kerap kehilangan saat bersama orang yang ada di dekatnya. 

Walaupun mempunyai kesan negatif dan positif, pelbagai aplikasi yang tersedia dalam sebuah peralat an memang mau tak mau membuat orang semakin mudah melakukan sesuatu. Jika dulu aplikasi menghantar mesej hanyalah SMS, saat ini sudah semakin banyak perisian lain dibangunkan. 

Salah satu aplikasi pemesejan yang kini cukup popular adalah WhatsApp. Memakai internet sebagai cara menghantar mesej, WhatsApp amat digemari, namun tahukah kamu banyak sekali cerita-cerita di sebalik penggunaan WhatsApp, berikut kisahnya.


1. Lapor isteri kepada Polis

Tahap ketagihan WhatsApp di kawasan Indore, India sepertinya sudah tidak terkawal. Bahkan seorang suami sampai melaporkan isterinya sendiri ke polis kerana sang isteri tidak melayani dirinya dan terlalu fokus dengan WhatsApp. Lelaki yang melaporkan isterinya sendiri itu adalah Vijay Nagar, seorang jurutera perisian yang mengaku sang isteri, Payal, tidak mempunyai masa lagi dengan keluarga. 

Menurut Nagar, saat dirinya pulang dari pejabat, sang isteri bahkan tidak mempersiapkan makanan atau minuman untuknya dan lebih fokus pada HP melakukan perbincangan panjang di WhatsApp. Payal tidak keluar rumah dan tidak peduli dengan sesiapa. Setelah dipanggil polis, Payal justeru balik melaporkan diri kepada Nagar. Sungguh, macam-macam ya.

2. Dilarikan ke UGD

Seorang wanita yang terlalu fokus dengan WhatsApp semasa cuti Krismas 2013 lalu harus merasakan kenyataan pahit yakni dilarikan ke rumah sakit. Wanita berusia 34 tahun yang juga sedang hamil 27 minggu (lebih daripada enam bulan) itu harus masuk ICU kerana mengalami sakit parah di pergelangan tangannya. 

Sebelumnya dia tidak mengalami gangguan pada aktiviti fizikalnya sehingga akhirnya lebih dari enam jam memegang HP dan menghantar mesej melalui WhatsApp pada cuti Krismas itu. Nah, masih mau ketagih dengan HP?

3. Kabur dari penjara

Seorang pegawai di sebuah penjara Zimbabwe harus menghadapi hukuman selepas dua banduan melarikan diri dari penjara dengan tahap keselamatan tinggi, Chikurubi lantaran terlalu fokus dengan perbualan di WhatsApp. Petugas bernama Guni itu sebenarnya bertugas mengawasi lima banduan ketika mereka melakukan kerja sosial. Namun Guni yang sedang sibuk dengan WhatsApp, tidak menyedari ada banduan yang lari. 

Pada masa Guni sedang asyik, para tahanan itu mengambil kesempatan dengan menyerangnya dan mengikatnya ke pohon. Bahkan mereka juga merampas HP dan wang dari dompet pekerja malam. Salah satu tahanan melucutkan pakaian seragam dan memakai pakaian seragam itu untuk berpura-pura keluar dari penjara.

4. Kena Undang-undang

Pada Julai 2014, sebuah mahkamah di Arab Saudi menjatuhkan hukuman 10 hari penjara dan 10 kali sebatan kepada dua orang wanita lantaran dinyatakan bersalah sudah membuat sumpah di WhatsApp. Hakim mahkamah pelabuhan Laut Merah di Jeddah ini berusaha mendamaikan kedua-dua wanita itu tetapi mereka saling mempertahankan pendapat masing-masing. 

Oleh itu hakim tidak mempunyai pilihan lain selain menjatuhkan hukuman tersebut. Nah, kamu jangan mudah mengucapkan sumpah-sumpah yang tak boleh diwujudkan ya.

5. Pencuri ditangkap

Pada Oktober 2013, seorang pelukis ditangkap dan didakwa merompak sebuah HP BlackBerry dari seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. Suspek yang bernama Daniel Smith dan masih berusia 23 tahun ini ditahan selepas polis mendapati laporan jaring sosial yang mengenali dirinya. 

Kejadian itu bermula ketika mangsa berjalan di dekat stesen bawah tanah yang tiba-tiba dirampas oleh Daniel. Dan entah kenapa, Daniel sang pencuri ini malah menyiarkan gambar dirinya sendiri ke HP dengan salah satunya dipamerkan di WhatsApp sehingga ibu mangsa boleh melaporkannya kepada polis dan menahannya.

6. Selamat dari musibah

Pernah menonton filem 127 HOURS? Di mana James Franco sampai harus bergantungan di tebing dan memotong tangannya agar selamat? Rasanya perkara itu dialami Gaurav Arora, seorang jurutera perisian berasal dari Delhi yang terjebak lebih dari 10 jam selepas terjatuh dari ketinggian 91 meter saat memanjak tebing di Madhugiri, 60 kilometer dari Bangalore. 

Apa yang membuat Arora selamat adalah dia menghantar gambar lokasi terjebak kepada temannya melalui WhatsApp. Atas kejadian itu, Arora berjaya ditemui beberapa jam kemudian dengan keadaan penuh luka. Arora sendiri menghantar fotonya itu kepada Priyank Sharma, rakannya yang juga ikut mendaki tetapi berhenti ke jalan. Berkat foto itu, Arora boleh diselamatkan.

Friday, July 22, 2016

Terseksa Kerana Bersin 8,000 Kali Sehari.

London: Ira Saxena berusia sembilan tahun yang tinggal di Colchester, bersin 8,000 kali sehari sejak tiga minggu lalu, dan kini setiap seminit, dia akan bersin 10 kali.

Ibunya, Priya Saxena, berkata doktor berasa pelik dengan keadaan anaknya itu dan buat masa ini, menganggap ia akibat selsema kerana alahan.

Budak itu hanya tidak bersin ketika tidur namun sebagai terjaga, akan bersin tidak berhenti-henti menyebabkan dia tidak dapat ke sekolah.

Ibunya sudah membawa Ira membuat pemeriksaan di hospital, pakar dan klinik persendirian namun tiada yang dapat mengatasi masalah anaknya.


Menurutnya, sebelum ini anaknya tidak mempunyai sebarang alahan dan doktor memberi pelbagai ubat, termasuk semburan hidung namun tidak berkesan.

Dia kini mahu menggunakan kaedah homeopati bagi merawat Ira dan berharap dapat menemui penyelesaian masalah itu segera.

Pada 2009, Lauren Johnson, 12, dari Virginia, Amerika Syarikat, juga bersin ribuan kali sehari dan doktor mendapati sistem imunisasi tubuhnya berhenti berfungsi akibat jangkitan tekak. - Daily Mail

Saturday, July 16, 2016

Lelaki Kejam Sepak Kemaluan Isteri Sehingga Mati.

JAKARTA – Ketika umat Islam bergembira merayakan Hari Raya Aidilfitri, nasib malang menimpa seorang wanita berusia 21 tahun, Elin yang maut akibat didera kejam oleh suaminya sendiri. 

Pada awalnya mangsa hanya mengalami lebam di bahagian muka akibat dipukul dengan tangan kosong oleh suspek dan geram dengan tindakan itu, Elin dikatakan membuat aduan di sebuah balai polis tempatan. 

Media Indonesia melaporkan, Elin dalam aduan itu menyatakan kejadian tersebut menimpa dirinya ketika dia bersama-sama anaknya yang berkunjung ke rumah orang tuanya untuk menyambut Hari Raya Puasa. 

Semasa membuat laporan, rupa-rupanya suami Elin turut mengekorinya dan menunggu hingga balik ke rumah, namun setibanya di lokasi kejadian terjadi sedikit pergaduhan mulut antara pasangan tersebut. 

Akibat tidak dapat menahan emosi, lelaki berusia 23 tahun tersebut menghayunkan tangan mengenai wajah mangsa yang tidak sempat mengelak ketika wanita itu memegang anaknya yang masih lagi berumur 2 tahun. 

Elin dilaporkan tersungkur ke tanah, namun sebaik melihat isterinya rebah, suspek tanpa belas kasihan menyepak bahagian kemaluan wanita itu hingga membuatkan mangsa menjerit kesakitan sebelum tidak sedarkan diri. 

Setelah puas, lelaki berkenaan kemudian meninggalkan isteri dan anakya sebelum menyerahkan diri ke sebuah balai polis dengan mengaku bahawa dia sengaja menyepak kemaluan isterinya sebanyak enam kali. 

Selain itu, suspek memukul wanita tersebut di bahagian pipi dan muka serta kepala. Elin yang dikejarkan ke sebuah hospital didapati mengalami pendarahan rahim yang teramat teruk hingga nyawanya gagal diselamatkan. 

Sementara itu, jurucakap polis Prabumulih di Wilayah Sumatera Selatan, Andi Supriadi mengesahkan kes tersebut dan menjelaskan, suspek sudah membuat pengakuan dan menjalani proses hukuman.

Thursday, July 14, 2016

Putus Asa Siasat Kes Rampasan Kapal Terbang.

Washington: Kes seorang perampas terjun dari sebuah pesawat dengan payung terjun bersama wang tebusan kira-kira 45 tahun lalu kekal menjadi jenayah paling menghairankan dan membingungkan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).

Sejak kejadian itu, tiada sebarang berita mengenai lelaki pertengahan umur yang berpakaian kemas berkenaan.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) kelmarin berkata, kes itu membabitkan siasatan yang dianggap antara paling lama dan meletihkan dalam sejarah agensi berkenaan.

Kini, selepas beberapa tahun, agensi itu tidak lagi secara aktif menyiasat kes lelaki yang menggelar dirinya Dan Cooper dan dikenali sebagai DB Cooper itu.

FBI dalam satu kenyataan memberitahu, selepas melihat semua petunjuk yang boleh dipercayai, siasatan terpaksa dihentikan.

Semua dana yang digunakan dalam kes Cooper disalurkan untuk memberi tumpuan kepada penyiasatan yang lebih utama.

Suspek yang memakai kot dan bertali leher itu merampas sebuah pesawat penerbangan Northwest Orient jenis Boeing 727 pada 24 November 1971 yang ketika itu dalam penerbangan dari Portland, Oregon ke Seattle, Washington.

Selepas pesawat itu mendarat dengan selamat, dia mengambil payung terjun dan wang tebusan $200,000 (RM800,000) sebelum membebaskan 36 penumpang.

Pesawat itu kemudian berlepas sekali lagi bersama anak kapal sebagai tebusan, kali ini menuju ke Mexico.

Tidak lama selepas itu, dia melompat keluar dari bahagian belakang pesawat menggunakan payung terjun dengan memeluk wang tebusan dalam keadaan udara malam yang sejuk membeku.

Kes itu menerima banyak petunjuk tetapi semuanya tidak mendatangkan sebarang hasil positif. Suspek sehingga kini tidak pernah ditemui dan identitinya kekal misteri. - AFP

Saturday, July 9, 2016

Perompak Guna Kertas Merompak Bank.

Singapura: Polis Singapura memburu seorang lelaki yang merompak sebuah bank dan melarikan wang tunai berjumlah S$30,000 (RM89,571) dengan menggunakan sekeping kertas.

Lelaki Kaukasia itu dilaporkan masuk ke sebuah bank Standard Chartered pada waktu tengah hari kelmarin dan menyerahkan sekeping nota tuntutan kepada seorang petugas.

Satu sumber berkata, beberapa minit kemudian, lelaki itu keluar dengan membawa wang tunai berjumlah S$30,000.

Jurucakap polis semalam mengesahkan rompakan berkenaan dan memberitahu tiada senjata digunakan dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan isi kandungan nota yang diserahkan suspek kepada petugas bank.


Akhbar Straits Times melaporkan, pihak berkuasa memburu suspek yang dipercayai seorang lelaki warga Australia.

Rompakan bank sangat jarang berlaku di Singapura yang mempunyai undang-undang ketat dan larangan keras terhadap pemilikan senjata api menjadikan bandar itu antara paling selamat di Asia.

Rompakan terakhir berlaku pada November 2008, apabila seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita mengancam juruwang dengan mendakwa membawa beg kertas mengandungi bom.

Namun, juruwang berkenaan tidak mempercayai dakwaan lelaki itu yang kemudian ditangkap petugas bank terbabit. - AFP

Wednesday, July 6, 2016

Kayu Penyepit Terbenam Selama Sebulan Di Dalam Tangan.

Beijing: Seorang lelaki dari Xiamen baru-baru ini mendapati sisa kayu penyepit terbenam di dalam lengannya selama lebih sebulan selepas digunakan untuk cuba membuka botol bir.

Taihainet melaporkan, lelaki bernama Zeng itu cedera secara tidak sengaja ketika keluar minum bersama rakannya apabila lengannya tertusuk kayu penyepit.

Zeng yang ketika itu mabuk mengeluarkan sebahagian kayu penyepit berkenaan dari lengannya tanpa menyedari sebahagian kayu itu tertinggal di dalam.

Zeng mencuci lukanya dan menganggap tiada masalah. Bagaimanapun, selepas beberapa hari lengannya mula membengkak dan bernanah.


Apabila keadaannya semakin teruk, Zeng memutuskan mendapat rawatan di hospital.

Doktor yang memeriksanya terkejut apabila mendapati serpihan kayu penyepit sepanjang lapan sentimeter terbenam di dalam lengannya. - Agensi

Monday, July 4, 2016

Sembunyi Untuk Mengelak Dari Di Tangkap Suami Kekasih

Beijing: Seorang lelaki terpaksa berpaut pada alat pendingin udara di tingkat lapan sebuah bangunan apartmen dalam keadaan hampir berbogel kerana melarikan diri selepas suami kekasihnya tiba-tiba pulang.

Lelaki itu dipercayai memanjat keluar dari tingkap apartmen kekasihnya untuk mengelak terserempak dengan suami wanita berkenaan.

Rakaman disebarkan di LiveLeak menunjukkan dia berpaut pada alat pendingin udara hampir tanpa seurat benang kecuali cebisan kain kecil yang menutup kemaluannya.

Video dipercayai dirakam penduduk bangunan di hadapan apartmen berkenaan di China itu turut menunjukkan orang ramai di bawah bangunan itu berjalan tanpa menyedari drama yang berlaku di atas.


Tidak jelas berapa lama lelaki itu terpaksa berpaut di situ, atau sama ada dia berjaya masuk semula ke dalam rumah berkenaan. - Agensi

Sunday, July 3, 2016

Nombor Bertuah Yang Membawa Malang.

Beijing: Selepas membeli kereta berharga 30,000 yuan (RM18,100), seorang lelaki membelanjakan 1 juta yuan (RM605,000) untuk memiliki nombor pendaftaran 88888 dengan harapan dia bebas daripada sebarang masalah di jalan raya.

Bagaimanapun, tindakan lelaki yang dikenali sebagai Liu itu memakan dirinya apabila dia ditahan lebih lapan kali oleh polis tempatan.

Portal berita NetEase melaporkan, masalah itu bukan berpunca daripada gaya pemanduan Liu, sebaliknya plat ‘bertuahnya,’ yang polis dakwa palsu.

Di China, ‘8’ dianggap nombor paling bertuah. Ini kerana sebutannya dalam bahasa Mandarin kedengaran seperti ‘kemakmuran’ atau ‘kekayaan,’ begitu juga dengan Kantonis yang kedengaran seperti ‘nasib yang baik.’


Ini bermakna, plat kenderaan yang mempunyai beberapa nombor ‘8’ dianggap simbol status kerana untuk memilikinya memerlukan perbelanjaan yang besar dan kadang kala lebih mahal daripada kereta.

Liu ditahan polis kerena mereka tidak percaya dia yang memandu kereta murah mampu membeli nombor pendaftaran itu.

Dan setiap kali dia ditahan, polis dikatakan kelihatan terkejut apabila memeriksa lesen memandu Liu dan sijil pendaftaran keretanya. - Agensi

Tuesday, June 28, 2016

Kaki Mereput Akibat Ketagihan Melampau Bermain Game Online.

Hangzhou, China: Seorang remaja yang ketagih permainan video ditemui dengan tapak kaki berdarah dan hampir reput selepas bermain permainan berkenaan selama enam hari tanpa henti.

Remaja berusia 19 tahun itu ditemui terbaring oleh polis berhampiran landasan kereta api di bandar ini pada Rabu lalu.

Ketika ditemui remaja itu berada dalam keadaan lemah dan tapak kakinya dilihat berdarah serta hampir reput akibat dijangkiti kuman.

Remaja itu memberitahu polis, dia tidak makan selama tiga hari kerana tidak mempunyai wang dan tiada tempat untuk dituju.


Katanya, semua wangnya dihabiskan dengan bermain permainan video dalam talian di sebuah kafe Internet selama enam hari tanpa henti. - Agensi

Kepala Ditusuk Playar.

Beijing: Seorang wanita warga emas terselamat selepas playar yang terjatuh dari tingkat 31 sebuah apartmen jatuh ke atas kepalanya dan menusuk tengkorak ketika dia berjalan di luar bangunan itu.

Wang Youfang, 58, sedang berjalan dengan cucunya keluar dari pintu pagar belakang bangunan apartmen itu apabila tiba-tiba playar berkenaan jatuh dari tingkat 31 bangunan berkenaan dan tertusuk di kepalanya, Jumaat lalu.

Chengdu Business Daily melaporkan, mangsa masih sedar ketika orang ramai menghubungi ambulans, tetapi disebabkan kecederaan teruk dialaminya, dia terpaksa dipindahkan hospital dua kali sebelum dapat dibedah.

Playar itu dilaporkan tertanam 15 sentimeter ke dalam otaknya selama kira-kira 14 jam sebelum akhirnya dikeluarkan melalui pembedahan.


Polis kini menyiasat kes berkenaan dan seorang suspek sudah ditahan. Difahamkan, kejadian berlaku akibat projek pengubahsuaian pada bangunan itu.

Wanita itu dilaporkan masih tidak sedarkan diri dan doktor berkata, dia masih berisiko tinggi terkena jangkitan kuman disebabkan playar berkenaan kotor selain luka dialaminya terlalu dalam sehingga sukar dibersihkan.

Sumber: hmetro.com.my

Saturday, May 21, 2016

Gara-Gara Kesilapan Lalu, Adik-Beradik Terkahwin Sesama Sendiri!

Sepasang suami isteri yang bahagia melayari rumah tangga terpaksa menerima berita yang menghancurkan hati masing-masing, yang mereka adalah sebenarnya adik-beradik!

Kisah yang bagai dalam drama ini berlaku di wilayah Jiangxi, China. Wei dan Qing, yang menetap di pekan sama tinggal berdekatan dan saling mengenali. Wei berusia empat tahun lebih muda daripada Qing.

Mereka mula berkenalan seterusnya mengikat cinta juga bagai dalam drama cinta. Segala-galanya bermula apabila kawan-kawan sering mengejek mereka berdua kerana mempunyai wajah seiras.

Daripada situ Qing sering mengambil berat tentang Wei hingga mereka sama-sama jatuh cinta. Hubungan yang terjalin sejak alam remaja itu berjalan dengan baik hingga mereka memutuskan untuk berkahwin tahun lalu.

Sesudah berkahwin pun, kawan-kawan dan orang sekeliling masih tidak dapat berhenti daripada menegur wajah mereka sangat seiras. Perkara itu tidak dipedulikan dan mereka hidup bahagia sebagai suami isteri.

Hinggalah baru-baru ini, Qing dan Wei akhirnya memutuskan mereka sudah bersedia untuk menimang cahayamata.

Saat berita gembira ini dikongsikan dengan keluarga, bapa Qing, Bao mula menunjukkan rasa tidak selesa dan bersikap pelik.

Akhirnya dia membuka rahsia yang selama ini menekan jiwa iaitu Wei kemungkinan besar adalah anak kandungnya juga.

Ini kerana dia pernah menjalinkan hubungan sulit dengan mendiang ibu Wei, 20 tahun dulu.

Hubungan itu hanya terhenti selepas dia berkahwin dengan ibu Qing.

Berita ini mengejutkan Wei dan Qing lalu mereka mengambil keputusan untuk melakukan ujian DNA dengan harapan ia tidak memberitahu mereka sesuatu yang sukar diterima akal.

Tapi seperti dijangka, keputusan mengesahkan mereka adalah adik beradik. Dr. Huang Jian dari Pusat Forensik Furong mengesahkan keputusan DNA Wei dan Qing kepada media tempatan, 20 November lalu.

Begitu pun, dia menyatakan tidak tahu apakah penyelesaian yang akan dilakukan pasangan suami isteri muda yang sangat menyayangi satu sama lain itu.

Kasihan, inilah sebabnya mengapa zina diharamkan.

Ia membawa akibat yang amat buruk bukan saja pada diri sendiri tapi juga keturunan.

Thursday, May 19, 2016

Wanita Bertelanjang Kerana Pasangan Enggan Memenuhi Permintaannya Melakukan Sex.

Seorang wanita di Arizona, Amerika Syarikat, Ashley Marie Prenovost, yang sedang ghairah dan mahu membuat seks menjadi hilang akal dan mengamuk sakan apabila teman lelakinya enggan menuruti kehendaknya.

Mengikut laporan The Associated Press, apabila pasanganya menolak, wanita berusia 24 tahun itu mendukung anak mereka yang berusia 4 bulan dan berlari bogel di sekeliling rumah sambil menjerit, dalam kejadian Isnin lalu.

Pihak polis Glendale berkata, ketika pihak itu tiba di kediaman Prenovost, wanita berkenaan berada dalam keadaan bogel dan diliputi darah dipercayai kerana menumbuk dinding.


Wanita gersang berkenaan kemudian ditahan pihak polis atas beberapa kesalahan termasuk penderaan kanak-kanak.

Sumber: Mynewshub.my

Tuesday, May 17, 2016

Suami Saman Dan Cerai Isteri, Kerana Terlalu Hodoh.

China: Seorang lelaki bernama Jian Feng, telah menceraikan dan menyaman isterinya sebanyak $120,000 dan beliau menangi kes tersebut.

Feng yang tinggal bersama isterinya yang cantik, hidup bahagia sehinggalah mereka dikurniakan seorang bayi perempuan yang kelihatan sedikit pun tidak sama dengan mereka berdua. Bayi tersebut juga dilaporkan hodoh dan mengejutkan beliau.

Gambar hiasan
Beliau menuntut supaya isterinya memberitahu siapakah bapa sebenar bayi perempuan yang dilahirkan itu. Setelah didesak berulangkali, isterinya pun mengaku telah membuat rawatan pembedahan plastik di Korea Selatan dengan mengubah keseluruhan mukanya menjadi cantik.

Menurut laporan, Feng telah menyaman dibawah terma isterinya telah menipu beliau sehingga mengahwininya dalam rupa yang palsu.

*Mmmm...ini lah jadi apabila tidak bersyukur dengan apa yang ada... - sentiasabikinpanas.com

Sunday, May 15, 2016

(Video) Ternyata Mereka Telah Dianiaya Kumpulan Abu Sayyaf.


JAKARTA: Sebanyak 4 tebusan WNI yang berada di tangan Abu Sayyaf sejak 15 April lalu akhirnya dapat dibebaskan pada 11 Mei lalu. Tekanan saat berada di tangan kumpulan Abu Sayyaf selama 26 hari, masih kekal diingatan para korban. Berikut ini video cerita 4 tebusan WNI. 


(Video) Rusuhan 1998: 1.217 Orang Tewas, 31 Korban Hilang Dan 52 Wanita Cina Diperkosa.

Menurut beberapa catatan sejarah, 15 Mei adalah puncak rusuhan yang terjadi pada 12-15 Mei tahun 1998.


Tim Gabungan Pencari Fakta (TGPF) Peristiwa 13-15 Mei 1998 mencatatkan, sebanyak 1.217 orang tewas terbakar, 31 orang hilang, dan 52 perempuan etnik Tionghoa diperkosa.

Rusuhan ini berlaku di beberapa bandar, seperti Jakarta, Solo, Medan, dan Yogyakarta.

Rusuhan ini dicetuskan oleh beberapa faktor, seperti krisis kewangan Asia, satu per empat mahasiswa Trisakti yang ditembak ketika melakukan demonstrasi 12 Mei, kemudian rakyat dan mahasiswa berusaha menutup jabatan Presiden Soeharto.
Pada rusuhan ini banyak kedai, kenderaan, dan syarikat dizarah dan dihancurkan oleh amuk rakyat.

Amuk rakyat ini membuat para pemilik kedai di kedua-dua bandar tersebut ketakutan dan menulis di muka kedai mereka dengan tulisan "Milik pribumi" atau "Pro-reformasi". | SBP

Saturday, May 14, 2016

Lelaki Singapura Menjadi Mangsa Virus Zika.

Singapura, 13 Mei: Seorang lelaki warga Singapura menjadi mangsa pertama di negara itu selepas, dia dilaporkan dijangkiti virus Zika.

Lelaki berusia 48 tahun itu dikatakan telah melancong ke Sao Paulo, Brazil pada 27 Mac hingga 7 Mei lalu.

Kementerian Kesihatan dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura dalam satu kenyataan mengesahkan menerima laporan tentang perkara itu hari ini.

Channel News Asia melaporkan lelaki itu kini berada dalam kuarantin dan sedang dirawat di Hospital Mount Elizabeth Novena.

Lelaki berkenaan didapati mengalami beberapa gejala virus itu sejak Selasa lalu dan disahkan positif jangkitan Zika hari ini.

"Pesakit itu didapati positif virus Zika pada 13 Mei. Dia akan dipindahkan ke Communicable Diseases Centre di Hospital Tan Tock Seng untuk rawatan dan pengasingan bagi meminimakan kebarangkalian digigit nyamuk dan menyebarkan infeksi itu kepada komuniti. Pesakit itu kini dalam keadaan baik dan semakin pulih. Dia akan dibenarkan keluar selepas diuji negatif dengan virus Zika", tulis kenyataan itu.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan akan menjalankan ujian imbasan ke atas ahli keluarga lelaki berkenaan. - sentiasabikinpanas.com