Showing posts with label dota 2. Show all posts
Showing posts with label dota 2. Show all posts

Monday, August 22, 2016

Suami PELIK Isteri Tak Keluar Bilik, Rupanya KANTOI Isteri Tengah MAIN….

Dulu, aku kuat main game especially Dota. Lepas itu, acah-acah nak kapel dengan awek gamer juga. Tetapi hidup berkurung dalam bilik, makan maggie, menganggur pula sampai berbulan-bulan lamanya. Mak pun dah mula bising.

Selepas itu, aku nekad mahu berubah, tinggalkan duniawi (game je pun haha!) cari kerja, ubah life style, tak berkurung sangat dan berdoa juga agar mendapat isteri kaki gamer (kononnya!). Aku suruh mak berdoa juga. Haha!

Dapat kerja, aku bagi duit sikit pada mak, ayah dan adik beradik dan buatlah apa yang patut kan. Walaupun ia mengambil masa dalam dua tahun untuk berubah.


Dipendekkan cerita, mak berkenan dengan seorang perempuan ini. Aku pun berkenalan dalam WhatsApp dan Facebook saja. Comel dan lawalah juga orangnya. Dia nampak normal, tetapi bagi aku, macam jenis bosan sikit, tak banyak bercakap, cakap pun sepi-sepi. Entah apa kena dengan perempuan ini.

Dipendekkan lagi cerita, kami pun berkahwin sebab masing-masing sudah boleh menerima diri masing-masing. (Menipu sangat!)

Selepas berkahwin, hish! Seganlah. Dia lagi segan kot? Asyik lari masuk bilik dia saja. Lepas itu, malam-malam, masing-masing buat kerja dalam bilik. Aku tak tahu dia buat apa tetapi aku dok berdota dalam bilik. Bosan kot kalau dah isteri pun mengurung dirinya dalam bilik?

Aku pula jenis bengap tak reti berkata-kata, sampailah satu ketika ada masa aku main Dota di depan TV.


"Eh? Abang main Dota ke? Nickname abang ####$$$ ek?" tegurnya.
Aku terkejut! Dia kata dia main game Dota juga. Rupanya malam kelmarin kami satu party kot main sama. Hahaha! Tak pernah aku sangka orang rumah aku main Dota gak, satu party pula tu. Rupa-rupanya dia mengurung diri dalam bilik main game juga rupanya. Ceh! Aku ingatkan dia segan dengan aku bagai. Patutlah kadang-kadang terdengar ada jeritan "Noob!!!" di rumah.

Apa-apa pun selepas itu, kami sangat kamcing. Dia pun gamer juga rupanya dan kami pun mula rapat dan banyak topik nak dibualkan. Serius rasa heaven. Hahaha! Saya pun apa lagi, try la nak dapat rampage setiap game, dia punya happy perghh!

"Abang ni Pro la..."

She is the best supporter. Haha! Apa-apa pun terima kasihlah pada mak yang mendoakan saya. Doa saya yang bertahun-tahun lepas itu pun Allah makbulkan. Ubah diri kita dulu, barulah perkara yang kita nak itu, datang dok? Haha" - PIXEL MEDIA

Saturday, July 30, 2016

Pecah Rekod, Jumlah Hadiah Dota 2: The International 2016 Capai $18,738,720.00!

Pecahkan rekod tahun lalu, Dota 2: The International 2016 yang merupakan bertandingan keenam, rasmi menjadi pertandingan e-Sports terbesar sedunia! Hadiahnya mencapai RM76 juta!

Pertandingan tahunan Dota 2: The International memang dikenali sebagai pertandingan e-Sports paling megah sejagat. Bukan hanya dari segi jumlah peserta yang terlibat, jumlah penonton yang menonton baik secara langsung atau live streaming di seluruh dunia dan megahnya venue pertandingan saja, akan tetapi juga dari segi jumlah hadiah yang ditawarkan. Tahun lalu, jumlah keseluruhan hadiah Dota 2: The International 2015 mencapai angka US18.4 juta atau lebih daripada RM74 juta. Bagaimana dengan tahun ini?

Tahun ini dipastikan pertunjukan Dota 2: The International 2016 yang merupakan pertunjukan keenam akan lebih megah dari tahun lalu. Dilihat dari segi jumlah hadiah sahaja, prize pool tahun ini sudah menyentuh angka US18.7 juta atau lebih daripada RM76 juta! Dengan pertandingan yang akan berlangsung kurang lebih dua minggu lagi, tentu ada kemungkinan jumlah ini terus bertambah. Hal ini semakin menegaskan bahawa event ini semakin glamor dari tahun ke tahun.



Disebut prize pool kerana jumlah sebesar ini bukan hanya disediakan oleh pihak developer saja. Ingin tahu jumlah hadiah asal dari developer? "Hanya" US1.6 juta atau kira-kira RM6.5 juta. Selebihnya, US17 juta lebih datang dari hasil jualan Battle Pass kepada para pemain Dota 2 di seluruh dunia. Yup, 25% daripada hasil jualan Battle Pass akan terus dimasukkan ke prize pool Dota 2: The International 2016 ini. Semakin banyak Battle Pass yang terjual, maka jumlah keseluruhan hadiah yang dipertandingkan dalam pertandingan ini akan semakin besar!

Beberapa kandungan dalam Battle Pass
Harga Battle Pass yang mengandungi pelbagai macam reward dan ciri in game, berbeza-beza bergantung levelnya. Anda boleh membeli Battle Pass Level 1 dengan harga US9.99 atau sekitar RM40. Kamurang juga boleh membeli Level 50 dengan harga US26.69 atau sekitar RM108. Daripada jumlah jualan di seluruh dunia, 25% akan dimasukkan ke prize pool Dota 2: The International 2016 yang akan bermula kurang dua minggu lagi.

Evil Geniuses, juara Dota 2 The International tahun 2015 lalu
Imbas kembali Dota 2: The International kelima tahun 2015 lalu, banyak berlaku kejutan selama pertandingan berlangsung. Evil Geniuses sendiri berjaya menjadi juara, dan berhak membawa pulang hadiah US6.6 juta. The International keenam tahun 2016 akan diadakan mulai dari tarikh 3 hingga 11 Ogos 2016. Pertandingan finalnya sendiri akan diadakan pada tarikh 12 dan 13 Ogos 2016, bertempat di KeyArena, Seattle Amerika Syarikat.


Sumber: Dota 2 / VG247