Walaupun zaman terus menerus berkembang, ada saja bahagian dari masyarakat yang memunculkan kefahaman dan ritual-ritual yang bertentangan dengan ajaran agama yang sudah ada. Tidak boleh dinafikan ia boleh dikatakan sebagai bahagian dari akal dan logik berfikir manusia.
Tujuannya hanya satu, yakni 'mencapai kemuliaan'
1. Ritual Penyaliban Asli
Ritual ini dianggap sebagai ritual keagamaan di Filipina. Setiap tahun, menjelang Paskah, mereka akan mempraktikkan seksaan yang dialami Yesus Kristus. Si peserta secara sukarela disebat badannya, ditikam lambungnya, sampai disalibkan. Para peserta yang berperanan sebagai Isa ini percaya apa yang mereka lakukan adalah tindakan mulia dan menunjukkan kepercayaan mereka pada Tuhan.
Uniknya, walaupun ritual tersebut boleh meragut nyawa manusia seseorang, masih banyak pengunjung yang hadir untuk menyaksikannya. Bahkan, ada gerai-gerai didirikan yang memenuhi lokasi ritual untuk berniaga.
2. Ritual Membuang Bayi
Sebuah bandar di India, Karnataka, masyarakat berkumpul setiap tahun di pusat bandar untuk melakukan ritual mengerikan. Ritual seperti apa? Mereka berkumpul untuk menyaksikan seorang pendeta melempar bayi dari ketinggian 30 kaki atau hampir 10 meter. Ritual ini dipercayai akan meningkatkan keadaan kesihatan si bayi serta rezeki yang melimpah untuk keluarganya.
Para bayi ini akan ditangkap dengan selimut dan kain tebal yang telah dibentangkan oleh masyarakat. Kemudian bayi yang sudah sampai ke bawah akan diarak oleh ratusan ribu orang hingga dipertemukan kembali dengan ibu bapanya yang ada di barisan paling belakang.
3. Ritual Kerasukan
Proses pengusiran syaitan atau iblis memang menjadi perdebatan yang tidak pernah berkesudahan. Namun, terdapat sejumlah tempat ibadah yang menyetujui proses pengusiran syaitan atau iblis yang biasa disebut exorcism . Biasanya, orang-orang yang bersedia atau sukarela dijadikan sebagai objek perantara syaitan atau iblis. Kemudian, mereka lambat laun akan mengalami perubahan secara fizikal dan mental, salah satunya menyakiti diri sendiri.
Akan tetapi, terdapat pula bahawa orang-orang yang jadi objek exorcism ini merupakan penghidap kelainan jiwa. Coraknya sama, mereka akan mengalami perubahan, namun yang berbeza adalah pengendalian selepas upacara selesai. Orang-orang biasa akan diberikan masa dan didoakan agar lebih tenang, sementara mereka yang menderita kelainan jiwa tidak dipedulikan dan dibiarkan begitu sahaja selepas upacara selesai.
4. The Manson Family
Charles Manson dipercayai sebagai seorang immortal (manusia yang boleh hidup abadi). Hal tersebut adalah berkat tindakan keluarganya yang merupakan pengikut ajaran sesat pada tahun 1960-an. Keluarga Charles menganggapnya sebagai tuhan ketika dirinya menyampaikan 'pencerahan' yang didapatnya tentang perang suku. Perang tersebut disebut sebagai "Helter Skelter". Menurut Charles hal tersebut akan menjadi awal dari akhir dunia.
Keluarganya pun percaya dengan ucapan itu dan mengikuti apa mahunya, iaitu melakukan beberapa pembunuhan kejam yang tuduhannya dilempar ke orang kulit hitam sebagai pelaku. Salah satu pembunuhan yang dilakukan adalah terhadap Sharon Tate dan kandungannya. Sejumlah ahli keluarga Manson akhirnya dan dipenjarakan, meski sampai saat ini mereka percaya bahawa Charles adalah tuhan.
5. Peoples Temple
Pada tahun 1955, seorang lelaki bernama Jim Jones, dihantar ke sebuah projek pertanian di Guyana yang bertujuan untuk mendidik masyarakat dalam bidang pertanian. Salah satu lokasi projek ini diberi nama Jonestown yang dihuni oleh lebih daripada 1,000 orang. Tidak lama kemudian, seorang ahli parlimen bernama Leo Ryan melakukan siasatan di lokasi tersebut kerana adanya isu keganasan terhadap sejumlah keluarga.
Pada 1978, tidak lama selepas kunjungan dan siasat keatasnya, terdapat laporan masyarakat yang ingin meninggalkan lokasi itu. Leo dan pasukannya kembali ke Jonestown untuk menyelamatkan mereka. Walau bagaimanapun, pegawai-pegawai keselamatan yang menjaga di lokasi tersebut diperintahkan untuk membunuh Leo dan pasukannya ketika menuju ke bandar kecil tersebut.
Keesokan harinya, Jones yang menjadi pemimpin di lokasi tersebut mengajak para masyarakat untuk 'berkorban' kepada Tuhan dengan cara bunuh diri. Jones memaksa seluruh masyarakat untuk meminum anggur yang telah dicampur dengan Sianida. Lebih 918 orang meninggal dunia, termasuk anak-anak yang merengek untuk tidak diberi minuman tersebut ketika upacara berlangsung.
6. Digambara
Sebuah ajaran dalam mazhab yang dikenali masyarakat di beberapa bahagian di India. Sekte tersebut mengaku mengambil ajaran dari Dewa Mahavira, di mana para ahli sekte dianggap tidak perlu berpakaian. Para ahli ini telanjang bulat ketika berada di mana pun, mereka menganggap bahawa mereka adalah sebahagian daripada alam, maka alam yang akan jadi 'pakaian' mereka. Penganut Digambara ini mengaku bahawa bila mereka berpakaian, mereka akan melanggar apa yang diajarkan Mahavira. Penganut mazhab ini percaya dua hal yang akan melindungi diri manusia, yakni bulu merak dan kendi minuman.
7. Spiritualism
Ajaran ini dipercayai dapat membuat penganutnya bertemu dengan orang-orang yang telah tiada. Keinginan untuk bertemu dengan saudara-mara yang sudah meninggal dunia, membuatkan ajaran ini terkenal di tahun 1800. Ajaran ini pula yang menjadi kemunculan seances (bentuk dari sebuah wadah untuk berhubungan dengan makhluk di frekuensi berbeza) terawal dan pertunjukan silap mata awam. Salah satunya aksi Harry Houdini ketika cuba menempuh medium roh.
Tindakan utama dalam ajaran ini adalah ketika para objek ritual telah dirasuk oleh roh-roh yang dianggap sebagai kerabat dari pengikut yang ingin bertemu kenalannya. Uniknya, para medium roh ini seperti benar-benar berubah secara jiwa dan keadaan badan. Contohnya, medium perempuan akan mempunyai suara mirip laki-laki ketika dirasuk oleh arwah laki-laki.
8. Haitian Voodoo
Ritual Voodoo memang sudah tidak asing lagi di telinga kita. Salah satu negara yang masih melakukannya sampai sekarang ini adalah Haiti. Negara ini percaya akan pemujaan roh-roh leluhur dan dewa yang dipercaya selalu memerhatikan mereka. Roh-roh tersebut bernama Loa yang bergantung pada korban dari manusia yang memujanya.
Korban-korban seperti kambing dan ayam dipercayai menjadi simbol pembalasan atas kebaikan Loa kepada masyarakat dan dirinya akan semakin kuat selepas menerima korban. Bukan hanya dari haiwan, tetapi juga ada orang yang secara sukarela menjadi objek kerasukan. Objek spiritual tersebut setelah dirasuk oleh Loa akan memberikan sejumlah nasihat dan peringatan, serta ramalan masa depan.
Para sukarelawan tersebut, pasrah dengan tubuhnya dikawal oleh Loa. Kerana pilihan mereka hanya dua, berjaya dilepaskan Loa untuk hidup lagi atau secara keseluruhan nyawanya akan diambil oleh roh yang merasuk.
9. Satanisme Laveyan
Pada 1966, seorang lelaki bernama Anton Lavey menubuhkan sebuah kumpulan baru, iaitu Gereja Syaitan. Dirinya pun membuat kitab iblis. Ajaran Lavey bertumpu pada bagaimana seorang makhluk hidup, terutama manusia, hidup seutuhnya sebagai makhluk sempurna. Ajaran ini juga mengutamakan individualisme dan materialisme.
Secara sederhana, para pengikut diajarkan untuk mementingkan diri sendiri dan menganggap diri sebagai Tuhan yang dapat melakukan segala hal. Kemudian, kitab iblis-iblis pun mengajarkan segala perkara yang merupakan keterbalikan daripada ajaran Kitab Suci penganut Nasrani.
Namun, yang paling mengerikan dari ajaran ini adalah sebuah ritual yang membenarkan para pengikutnya untuk membunuh dan menyeksa orang-orang yang dibencinya. Mulai dari boneka voodoo, menulis dan menggambarkan penyeksaan terhadap musuh, sehingga amalan santet.
10. Heaven 's Gate
Ajaran ini mengutamakan pemujaan terhadap UFO. Sekte ini dibentuk oleh Marshall Applewhite pada 1970. Kemudian, seiring dengan perkembangan zaman, ajaran ini semakin lama mengumpul banyak pengikutnya. Sampai pada 1997, Marshall mengajarkan kepada para pengikutnya bahawa mereka akan boleh selamat apabila diangkut oleh UFO yang datang ke bumi.
Pada masa itu sebuah komet bernama Hale-Bopp jatuh ke bumi dan Marshall menganggap bahawa ada UFO yang dibawa oleh komet tersebut. Maka, cara para pengikutnya agar dapat diambil oleh para UFO untuk menuju dunia baru dan lebih baik adalah bunuh diri dalam tempat pemujaan mereka. Hasilnya, sebanyak 38 pengikutnya secara sukarela melakukan bunuh diri beramai-ramai.
Bila dilihat tujuannya, semuanya berhasrat untuk membawa manusia ke tempat yang lebih suci, membersihkan manusia dari dosa, tapi cara-cara tersebut terlalu ekstrim dan tidak sesuai dengan nurani.
|
Sentiasabikinpanas