Showing posts with label info hiburan. Show all posts
Showing posts with label info hiburan. Show all posts

Friday, March 3, 2017

12 Fakta Hebat Tentang Tan Sri Jins Shamsuddin.

Allahyarham Jins Shamsuddin menghembuskan nafas terakhir pada 1 Mac 2017 pada kira-kira jam 5.45 petang, nyata satu kehilangan besar buat negara kerana kita tidak dapat lagi tonton pelakon klasik Melayu yang berkarisma sepertinya. 


Biarpun sudah diiktiraf sebagai Seniman Negara, kegigihan dan kesungguhan beliau melengkapkan pengajian dalam Ijazah Doktor Falsafahnya menjadikan beliau satu tokoh yang perlu dikagumi oleh anak seni yang lain.

Seniman Lagenda Jins Shamsuddin disifatkan sebagai insan yang sangat merendah diri walaupun dengan kedudukan beliau sebagai lagenda seni.

Sempena memperingati jasanya dalam dunia seni, berikut adalah beberapa fakta berkenaan Allahyarham Seniman Jins Shamsuddin.

1. Berasal dari Taiping Perak, Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsuddin merupakan seorang pelakon, penggiat seni, pengarah filem serta senator Malaysia.

2. Allahyarham memperoleh diploma dalam pengajian Motion Picture Technology dari paripada London Film School. 

3. Beliau mula bergiat dalam bidang seni mulai tahun 1956 – selepas menjalani uji bakat yang diadakan oleh P.Ramlee.

4. Allahyarham kemudian diterima sebagai pelakon tambahan, dan mula melibatkan diri dalam kira-kira 40 filem hitam putih.

5. Beliau menerima popularati selepas berlakon dalam filem arahan P. Ramlee, Pancha Delima sebagai pelakon utama dan juga dalam siri filem Hong Kong.
6. Bakat Allahyarham terserlah selepas beliau menjadi sutradara, pelakon serta pengarah untuk filem Bukan Salah Ibu Mengandong dan Di Belakang Tabir. 

7. Beliau telah mengarah kira-kira sembilan filem, antaranya ialah Menanti Hari Esok, Tiada Esok Bagimu, Ali Setan dan Balada. 

8. Allahyarham turut meraih pelbagai anugerah, termasuk Anugerah Seniman Negara pada tahun 2009, 
Anugerah Seniman Veteran bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Silver Crane Award" dalam Pesta Filem Asia Pasifik.

9. Beliau menerima pingat Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran 'Datuk' oleh Paduka Seri Sultan Perak pada tahun 1990.

10. Pada tahun 1999, Allahyarham menerima Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan daripada Universiti Sains Malaysia. Pada tahun 2004, beliau menerima Ijazah doktor falsafah (PhD) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM). 

11. Pada tahun 1961, beliau berkahwin dengan seniwati Rahmah Rahmat dan dikurniakan seorang anak lelaki. Pasangan itu kemudian berpisah pada tahun 1963.

12. Allahyarham kemudian berkahwin buat kali kedua dengan Puan Sri Halijah Abdullah dan dikurniakan dua orang anak lelaki, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.

Sumber: aa

Monday, February 27, 2017

Senarai Pemenang Anugerah Oscar 2017.

Majlis gilang-gemilang Anugerah Oscar merupakan acara penghargaan tertinggi dalam industri perfileman Hollywood yang juga dikenali sebagai Anugerah Akademi, bakal bersiaran bermula Ahad, 26 Februari bertempat di Dolby Theatre di Hollywood, California.


Penonton di Malaysia boleh menonton siaran langsung acara Anugerah Oscar 2017 pada Isnin, 27 Februari bermula jam 9.30 pagi.

Dipersembahkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS), Oscar edisi ke-89 pada tahun 2017 ini akan dihoskan pelawak terkenal Jimmy Kimmel.

Acara tahunan kalendar hiburan Hollywood ini adalah bagi memberi penghargaan kepada filem-filem terbaik sepanjang tahun 2016 dalam kategori-kategori yang dipertandingkan.

1. Berikut merupakan senarai pencalonan bagi kategori utama dan pemenang Anugerah Oscar 2017:

1. Filem Terbaik
  • "Arrival"
  • "Fences"
  • "Hacksaw Ridge"
  • "Hell or High Water"
  • "Hidden Figures"
  • "La La Land"
  • "Lion"
  • "Manchester by the Sea"
  • "Moonlight" (Pemenang)
2. Pelakon Lelaki Terbaik
  • Casey Affleck, "Manchester by the Sea" (Pemenang)
  • Denzel Washington, "Fences"
  • Ryan Gosling, "La La Land"
  • Viggo Mortensen, "Captain Fantastic"
  • Andrew Garfield, "Hacksaw Ridge"
3. Pelakon Wanita Terbaik
  • Isabelle Huppert, "Elle"
  • Ruth Negga, "Loving"
  • Natalie Portman, "Jackie"
  • Emma Stone, "La La Land" (Pemenang)
  • Meryl Streep, "Florence Foster Jenkins"
4. Pengarah Terbaik
  • Denis Villeneuve, "Arrival"
  • Mel Gibson, "Hacksaw Ridge"
  • Damien Chazelle, "La La Land" (Pemenang)
  • Kenneth Lonergan, "Manchester by the Sea"
  • Barry Jenkins, "Moonlight"
5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
  • Mahershala Ali, "Moonlight" (Pemenang)
  • Jeff Bridges, "Hell or High Water"
  • Lucas Hedges, "Manchester by the Sea"
  • Dev Patel, "Lion"
  • Michael Shannon, "Nocturnal Animals"
6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
  • Viola Davis, "Fences" (Pemenang)
  • Naomie Harris, "Moonlight"
  • Nicole Kidman, "Lion"
  • Octavia Spencer, "Hidden Figures"
  • Michelle Williams, "Manchester by the Sea"
7. Lakon Layar Asal Terbaik
  • "Hell or High Water" - Written by Taylor Sheridan
  • "La La Land" - Written by Damien Chazelle
  • "The Lobster" - Written by Yorgos Lanthimos, Efthimis Filippou
  • "Manchester by the Sea" - Written by Kenneth Lonergan (Pemenang)
  • "20th Century Women" - Written by Mike Mills
8. Lakon Layar Adaptasi Terbaik
  • "Arrival" - Screenplay by Eric Heisserer
  • "Fences" - Screenplay by August Wilson
  • "Hidden Figures" - Screenplay by Allison Schroeder and Theodore Melfi
  • "Lion" - Screenplay by Luke Davies
  • "Moonlight" - Screenplay by Barry Jenkins; Story by Tarell Alvin McCraney (Pemenang)
9. Filem Animasi Terbaik
  • "Kubo and the Two Strings"
  • "Moana"
  • "My Life as a Zucchini"
  • "The Red Turtle"
  • "Zootopia" (Pemenang)
10. Filem Bahasa Asing Terbaik
  • "Land of Mine," Denmark
  • "A Man Called Ove," Sweden
  • "The Salesman," Iran (Pemenang)
  • "Tanna," Australia
  • "Toni Erdmann," Germany
11. Filem Dokumentari Terbaik
  • "Fire at Sea"
  • "I Am Not Your Negro"
  • "Life, Animated"
  • "O.J.: Made in America" (Pemenang)
  • "13th"
12. Lagu Asal Terbaik
  • "Audition (The Fools Who Dream)" - "La La Land." Music by Justin Hurwitz, Lyrics by Benji Pasek and Justin Paul
  • "Can't Stop The Feeling" - "Trolls." Music and lyrics by Justin Timberlake, Max Martin, and Karl Johan Schuster
  • "City of Stars" - "La La Land." Music by Justin Hurwitz, Lyrics by Benji Pasek and Justin Paul (Pemenang)
  • "The Empty Chair" - "Jim: The James Foley Story." Music and lyrics by J. Ralph and Sting
  • "How Far I'll Go" - "Moana." Music and lyrics by Lin-Manuel Miranda
2. Berikut pula adalah senarai penuh pencalonan dan keputusan pemenang piala Anugerah Oscar 2017:

BEST PICTURES
  • Moonlight - Adele Romanski, Dede Gardner and Jeremy Kleiner
ACTOR IN A LEADING ROLE
  • Casey Affleck (Manchester by the Sea)
ACTRESS IN A LEADING ROLE
  • Emma Stone (La La Land)
DIRECTING
  • Damien Chazelle (La La Land)
FILM EDITING
  • Hacksaw Ridge - John Gilbert
CINEMATOGRAPHY
  • La La Land - Linus Sandgren
VISUAL EFFECT
  • The Jungle Book - Robert Legato, Adam Valdez, Andrew
WRITING (ADAPTED SCREENPLAY)
  • Moonlight by Barry Jenkins; Story by Tarell Alvin McCraney
WRITING (ORIGINAL SCREENPLAY)
  • Manchester by the Sea - Kenneth Lonergan
ANIMATED FEATURE FILM
  • Zootopia - Byron Howard, Rich Moore and Clark Spencer
COSTUME DESIGN
  • Fantastic Beasts and Where to Find Them, Colleen Atwood
MAKEUP AND HAIRSTYLING
  • Suicide Squad, Alessandro Bertolazzi, Giorgio Gregorini and Christopher Nelson
SOUND EDITING
  • Arrival, Sylvain Bellemare
SOUND MIXING
  • Hacksaw Ridge, Kevin O'Connell, Andy Wright, Robert Mackenzie and Peter Grace
MUSIC (ORIGINAL SCORE)
  • La La Land - Justin Hurwitz
MUSIC (ORIGINAL SONG)
  • City Of Stars (La La Land)
ACTOR IN A SUPPORTING ROLE
  • Mahershala Ali (Moonlight)
ACTRESS IN A SUPPORTING ROLE
  • Viola Davis (Fences)
PRODUCTION DESIGN
  • La La Land - David Wasco
DOCUMENTARY FEATURE
  • O.J .: Made in America
DOCUMENTARY (SHORT SUBJECT)
  • The White Helmets - Orlando von Einsiedel and Joanna Natasegara
FOREIGN LANGUAGE FILM
  • The Salesman (Iran); Directed by Asghar Farhadi
SHORT FILM (ANIMATED)
  • Piper - Alan Barillaro and Marc Sondheimer
SHORT FILM (LIVE ACTION)
  • Sing - Kristof Deák and Anna Udvardy
Semoga terhibur.

Sumber: aa

Sunday, February 26, 2017

10 Wanita Berstatus Selebriti Paling HOT Di Indonesia 2017.

Seperti kata pepatah Inggeris ‘sex sells’ (seks melariskan) kerana artis-artis ini mempertaruhkan keseksian serta tubuh badan yang menggiurkan untuk mendapat tempat di dalam industri hiburan Indonesia.

Meskipun merupakan negara yang mempunyai populasi Muslim terbesar di dunia, namun Indonesia tidak ‘sunyi’ daripada kisah-kisah 'panas' selebriti wanita mereka yang tidak segan-silu bergaya erotik sama ada di dalam media tempatan mahupun media antarabangsa.

Ini merupakan senarai 10 artis wanita paling seksi di Indonesia:

1. Aura Kasih


Sanny Aura Syahrani atau lebih dikenali di Indonesia sebagai Aura Kasih ini memulakan kariernya sebagai finalis dalam pertandingan ratu cantik Miss Indonesia 2007, sebelum terjun ke dunia nyanyian.

Keseksian Aura ini mungkin menyebabkan dia dikhabarkan menjadi pencetus keruntuhan rumahtangga Pasha Ungu dan isterinya serta Mike Lewis dan Tamara Bleszynski.

2. Farah Quinn


Farah Farhanah atau Farah Quinn merupakan chef selebriti Indonesia, pemilik restoran dan personaliti media yang popular dengan rancangan masakan.

Farah meminjam nama keluarga bekas suaminya yang berwarganegara Amerika Syarikat, Carson Quinn.

3. Indah Kalalo


Indah Kalalo merupakan pelakon, pengacara dan model seksi yang terkenal dengan filem-filem dan sinetron seperti Pesan Dari Surga, Belahan Jiwa, Aku Bukan Aku, Taubat, Malin Kundang dan Miss Lina.

Indah sudah berkahwin dengan jejaka Australia bernama Ibrahim Justin Werner dan merupakan ibu kepada tiga orang anak iaitu Ayanna Rose Werner, Byron Benjamin Werner dan Tigerlily Grace Werner.

4. Sandra Dewi


Monica Nicholle Sandra Dewi Gunawan Basri atau Sandra Dewi merupakan model dan pelakon Indonesia yang berbangsa Cina dan Jepun. Dia juga sering dipilih menjadi duta produk-produk tempatan dan Asia Tenggara.

Selain bergelar anak hiburan, Sandra Dewi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Perhubungan daripada Universiti London ini juga memegang jawatan pengarah syarikat hartanah PT Paramount Land.

5. Dwi Putrantiwi


Dwi Putrantiwi ialah seorang aktres dan model dan mula mendpaat perhatian peminat menerusi filem seram Tali Pocong Perawan dan beberapa sinetron tempatan. Wanita berusia 33 tahun ini sudah menikah dengan vokalis kumpulan Tiket, Christian Baskara.

6. Julia Perez


Julia Perez atau lebih popular sebagai Jupe merupakan aktres, penyanyi dangdut, model, DJ radio dan calon parti politik.

Sememangnya digelar simbol seks Indonesia oleh kerana gaya ‘berani mati’nya sama ada di atas pentas, di dalam kaca televisyen ataupun di muka depan majalah, khususnya majalah untuk lelaki seperti FHM dan Maxim.

Malah, Jupe pernah dicalonkan sebagai salah seorang daripada 100 Wanita Terseksi Dunia.

7. Sarah Azhari 


Sarah Azhari merupakan seorang pelakon serta model dan merupakan salah seorang daripada empat beradik Azhari iaitu Ayu Azhari, Ibra Azhari dan Rahma Azhari.
Kesemuanya berkecimpung dalam bidang seni. Sarah lebih dikenali sebagai model berbanding berlakon atau menyanyi.

Sarah sering mencetuskan kontroversi kerana gemar berpakaian ‘tidak cukup kain’ selain penyebaran gambar bogelnya beberapa tahun lalu.

8. Tiara Lestari


Tiara Ayu Lestari ialah seorang model wanita yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Namanya mula menjadi perbualan hangat di Indonesia pada tahun 2005 apabila perkhabaran mengenai Tiara bergambar dalam keadaan telanjang untuk majalah Playboy dan Penthouse tersebar.

9. Ratu Felisha


Ratu Felisha memulakan kariernya sebagai model, sebelum terjun ke dunia sinetron. Namanya mulai dikenali ramai selepas gambar-gambarnya beraksi nakal di dalam majalah FHM.

Selepas membintangi beberapa buah sinetron, namanya mulai melambung apabila filemnya, Buruan Cium Gue mengundang kritikan orang ramai pada tahun 2004 lalu kerana dilihat sebagai memberi pengaruh yang buruk kepada belia.

10. Cynthiara Alona


Cynthiara Alona merupakan seorang model dan aktres. Dia memulakan kariernya ketika berusia 17 tahun dengan menjadi model dan bintang iklan sebuah produk bank. Dari situ namanya mulai menyinar sebagai model.

Kemudian dia terjun ke dalam dunia lakonan dengan membintangi filem Kutunggu Jandamu dan sinetron Cinta Jangan Buru-Buru bersama Nia Ramadhani dan Mike Lewis.

Sumber: Mynewshub

Saturday, February 18, 2017

Terimalah Kenyataan Nur Sajat Itu Adalah Seorang Wanita Semulajadi.

Nur Sajat, suatu ketika pernah popular di kalangan pengguna internet apabila dia membuat keputusan untuk berhijab selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya malah dia juga mengejutkan dunia media sosial apabila mendedahkan dia dilahirkan sebagai seorang khunsa.


Sejak daripada itu, namanya kian viral dengan spekulasi bahawa dia adalah seorang lelaki yang kepingin menjadi seorang wanita. Pelbagai kutukan dan cacian oleh netizen kepadanya sama ada di Facebook mahupun media sosial yang lain.
Namun baru-baru ini, Nur Sajat berkongsi sesuatu yang bakal memberi tamparan buat hatersnya. Di Instagram, dia telah berkongsi laporan rasmi pakar perubatan yang mengesahkan dia adalah seorang perempuan.


| SBP

Thursday, February 16, 2017

Inilah Fakta Yang Disembunyikan Oleh Mia Khalifa Dari Peminatnya...Kamu Pun Ikut Memanas Kalau Tahu Kisahnya...

Mia Khalifa adalah artis pendatang baru dalam filem biru tapi namanya melonjak dengan begitu cepat. Namun ada rahsia yang disimpan serta sensasionalnya nama Mia Khalifa yang telah dikenali umum. 


Berikut sepuluh fakta tersembunyi tentang Mia Khalifa.

1. Mia adalah keturunan Lubnan di Timur-Tengah yang tidak lagi diiktiraf sebagai sebahagian dari warganegara Lubnan.

Mia berpindah ke Amerika pada tahun 2000. Dia lalu berkecimpung dalam industri filem biru pada bulan Oktober 2014. Warga Lubnan pun membenci malahan menolak mengakuinya sebagai sebahagian dari Lebanon. Mia juga mendapat ancaman bunuh setiap hari.

2. Dia adalah golongan yang berpendidikan.

Berbeza daripada pendapat kebanyakan orang yang berkata bintang porno adalah orang tidak terdidik. Mia sendiri merupakan sarjana sejarah dari Universiti Texas di El Paso. Wanita ini mempunyai gelaran "Bachelor of Arts". Mia dilahirkan pada 10 Februari 1993 di Beirut, Lubnan.
3. Semua masalah berpunca pada salah satu video hasil kerjanya.

Ancaman bunuh yang diterima Mia setiap hari, sebenarnya berpunca pada video hasil kerja di awal kerjayanya. Dalam video tersebut, Mia mengenakan hijab. Padahal hijab adalah simbol suci penutup kepala wanita muslim.

4. Dia kini tidak diiktiraf oleh seluruh bahagian dari masa lalunya.

Semenjak Mia bercakap lantang mengenai kerjayanya, ibubapanya sendiri tidak mau mengakui Mia sebagai anak. Kini, dia tidak mempunyai ikatan lagi dengan masa lalunya.

5. Khabarnya dia juga pernah berkahwin, ketika usianya 18 tahun.

Ada khabar yang bertiup bahawa Mia sebenarnya sudah berkahwin. Dia dikatakan berkahwin pada tahun 2011 pada usia 18 tahun. Lelaki yang menjadi suaminya adalah anggota tentera Amerika Syarikat. Sayangnya, bukti gambarnya tidak terlalu jelas.

6. Mia mempunyai tatu sebagai bentuk solidariti.


Tatu tersebut berada di bawah lengannya. Ia mentatu dirinya sebagai bentuk keperihatinan kita terhadap pengeboman yang berlaku di Lebanon pada tahun 2012. Tatu tersebut adalah sebuah tulisan yang kalau dibaca merupakan baris pembuka lagu kebangsaan Lebanon.

7. Bagi yang tidak tahu, Mia Khalifa mempunyai nama lain.

Mia mempunyai nama lain yang tidak terlalu berbeza dengan nama asalnya. Menurut Mia, nama tersebut digunakan sebagai nama glamour. Nama glamour Mia Khalifa adalah Mia Callista.

8. Dia bukanlah muslim, Mia Callista berpindah agama menjadi penganut Kristian.

Keluarganya telah berkata, anaknya berubah semenjak perpindahan mereka ke Amerika. Keluarga Mia adalah penganut muslim dari Lebanon. Tapi Mia kemudiannya berpindah kepercayaan sebagai penganut Kristian.

9. Walaupun memiliki fizikal yang banyak dipuja kaum Adam, Mia masih tidak menganggap dirinya sempurna.

Buktinya Mia masih mengidolakan Kim Kardashian dan Sofia Vergara.

10. Dia menjadi bintang porno kurang-lebih hanya selama satu setengah tahun.

Mia masuk ke industri filem biru pada kira-kira semester kedua tahun 2014. Pada awal tahun 2016, dia berhenti menjadi bintang porno dan beralih bidang menjadi seorang buzzer media sosial. Namun foto-foto Mia yang teredar di media sosial tetaplah sangat "berbahaya".

Itulah 10 fakta tersembunyi tentang Mia Khalifa..best tak...Silakan kongsi maklumat ni yee...

| SBP

Monday, February 13, 2017

Korang Nak Tahu Siapa Balqis Mentor Milenia 2017? Jom Tengok Biodatanya...

Siapa gadis cantik molek bernama Balqis, peserta Mentor Milenia 2017? Kalau dipandang wajahnya memang ada pakej untuk menjadi selebriti tanah air. Korang nak tahu siapa Balqis Mentor Milenia?


Sebenarnya Nor Balqis adalah bekas peserta program realiti kanak-kanak, Idola Kecil 3 di TV9. Kalau korang perasan masa dia kecik-kecik dulu pun memang dah comel. Dah besar remaja memang fuyoooo... Di bawah ini biodata Balqis serba ringkas.

Biodata Balqis Mentor Milenia 2017:
Nama Penuh: Nor Balqis binti Ahmad Tajudin
Nama Komersial: Balqis
Umur: 18 tahun (2017)
Adik-beradik: 2 daripada 3 beradik
Asal: Kemaman, Terengganu
Bakat: Penyanyi
Program Realiti: Idola Kecil 3, Mentor Milenia 2017

Thursday, February 2, 2017

Semua Orang Tahu Lagu Ini, Tetapi Hanya Segelintir Saja Yang Tahu Siapa Penyanyinya.

Israel Ka'ano'i Kamakawiwo'ole adalah seorang pemuzik Hawaiian yang menghasilkan lagu-lagu dengan iringan gitar ukulele Hawaii. Selain aktiviti muzik, individu yang berbakat ini juga aktif dalam menyokong kemerdekaan kaumnya.


Israel sering dipanggil "The Gentle Giant", kerana tertekan dengan saiz badannya, dia menyanyi dengan suara yang amat halus dan tajam. Israel sentiasa diingati dan akan kekal selama-lamanya sebagai seorang legenda.
Jom tonton lagu popular beliau ~ 'Somewhere Over The Rainbow' dibawah: