Showing posts with label info terkini. Show all posts
Showing posts with label info terkini. Show all posts

Thursday, December 29, 2016

Cara Mudah Hilangkan Batuk Berkahak Pada Bayi Dan Kanak-kanak.

Sebagai ibubapa, apabila anak-anak mengalami batuk sudah tentu amat merisaukan lebih-lebih lagi jika anak itu masih bayi. Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan kepada bayi sehingga boleh memudaratkan bayi itu dan ada pula yang tidak memberi ubat yang cukup sehingga kita sebagai ibu bapa tidak berpuas hati dengan rawatan yang diberi.


Di sini ada beberapa kaedah atau cara mudah hilangkan batuk dan kahak pada bayi dan kanak-kanak.
  1. Pastikan anak-anak mendapatkan rehat yang secukupnya.
  2. Jika anak-anak masih menyusu, berikan susu dalam jumlah yang banyak.
  3. Berikan sedikit madu pada anak-anak. Jika anak menyusu botol, campurkan sedikit madu ke dalam susu yang diminum.
  4. Bagi anak yang berusia 1 tahun ke atas, berikan anak itu minum air suam bercampur sedikit madu dan lemon.
  5. Jika anak berumur 1 tahun ke atas dan kita mempunyai pemanas air di dalam bilik air, buka shower mandian beserta air panas. Biarkan bilik air berwap. Masukkan anak itu ke dalam bilik air untuk beberapa ketika. Tapi ingat jangan mandikan anak dengan air panas. Dengan menghidu wap-wap air panas akan membantu melegakan kahak.
  6. Jika anak anda bayi berusia 1 tahun ke bawah, jangan sesekali menggantikan susu dengan memberi air kosong. Ini akan memudaratkan bayi anda.
  7. Jika anak anda berusia 1 tahun ke atas dan mengalami batuk dan selsema, bolehlah diberi ubat paracetamol dalam dos yang ditentukan oleh doktor.
  8. Kalau bayi anda dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis setiap hari.
  9. Jika anak atau bayi anda mengalami batuk dan selsema, ambil dan ramas daun kaduk. Kemudian sapukan daun itu ke dada dan perut bayi anda.
  10. Ambil kunyit hidup dan gosok pada permukaan yang kasar untuk diambil serbuknya. Campurkan serbuk kunyit ke dalam minyak masak dan sapukan ke dada bayi.
Tapi jika bayi atau anak anda yang berusia 1 tahun ke bawah mengalami batuk dan selsema seperti dinyatakan di bawah, bawa bayi atau anak anda segera ke klinik:
  1. Batuk dan selsema melebihi 5 hari.
  2. Mengalami batuk dan selsema sehingga sukar bernafas.
  3. Batuk dan selsema beserta demam. (suhu melebihi 38°C bagi bayi 6 bulan ke bawah dan 39°C bagi berusia 1 tahun ke bawah)
  4. Kahak hijau atau kuning.

Tuesday, November 15, 2016

6 Manfaat Kepada Isteri Apabila Suami Menyusuinya Setiap Malam.

1. Payudara yang sering dihisap, keseimbangan sistem kardiovaskular (jantung) kewanitaannya dapat terjaga. Apabila lelaki menghisap payudara wanita dalam waktu yang lama, maka degupan jantung wanita meningkat sehingga 110 degupan/minit. Hal ini boleh menjadi latihan bagus bagi kesihatan jantung.


2. Menghisap payudara juga dapat membuatkan berat badan wanita lebih stabil, bahkan berkurang. Hal ini disebabkan, payudara yang dihisap selama 3 minit dapat membakar lemak lebih kurang 12 kalori.

3. Ingin wajah lebih cantik dan menawan? Kalau begitu jangan risau untuk selalu dihisap payudaranya. Dengan dihisap payudara, maka lebih daripada 30 otot wajah wanita bergerak, sehingga berguna untuk meningkatkan aliran darah di kulit wajah, dan menghaluskan kulit.
4. Selama ini menghisap payudara dianggap sebagai perkara yang kurang sopan atau bunyinya seperti perkara luc4h. Tapi pada kenyataanya menghisap payudara dapat membuatkan wanita lebih awet muda, merupakan ubat yang merangsang sistem kekebalan tubuh, kesannya adalah penghasilan antibodi yang mampu melindungi dari virus dan penyakit. Proses ini disebut cross-imunoterapi.

5. Ketika payudara dihisap, biasanya nafas wanita jadi lebih cepat...Kebanyakannya ketika payudara dihisap, wanita akan menyedut dan menghembus nafas 60 kali dalam satu minit. Padahal dalam keadaan normal hanya 20 kali tiap satu minit. Menyedut dan menghembus nafas akan mencegah berbagai gangguan penyakit pada paru-paru.

6. Payudara yang dihisap lebih dari 5 minit akan membuatkan tubuh wanita lebih santai, dapat menghasilkan rantai kimiawi yang akan menghancurkan pelbagai hormon yang menjadi penyebab stress.

Kongsikan pengetahuan ini kepada wanita-wanita yang anda kenal untuk membantu mereka lebih sihat dan awet muda sekarang juga! | SBP

Monday, November 7, 2016

Manfaat PINANG Untuk Kesihatan Tubuh Badan Anda.

Pinang adalah sejenis tumbuhan palma yang tumbuh di kawasan Pasifik, Asia serta Afrika timur. Pinang juga merupakan nama buah yang didagangkan orang. Pelbagai nama mengikut daerah dan berbeza-beza sebutan namun kata Pinang pasti tidak asing lagi. 


Tanaman Pinang atau dalam bahasa Latin dikenali dengan nama Areca catechu L, sudah banyak digunakan untuk rawatan tradisional sejak dahulu. Buah itu dihasilkan oleh pohon yang batangnya lurus tinggi lampai. Daunnya yang bersirip agak melengkung membentuk judul dihujung batang. 

Dulu, masa nenek moyang kita belum mengetahui pinang merah dan beberapa jenis palma hiasan yang lain, pinang sirih Areca Catechuc L banyak digunakan sebagai penghias kebun pekarangan. Sebagai tanaman yang agak kekeringan, pinang sirih ini sesuai sekali dengan keadaan laman bandar-bandar besar. 

Pinang mempunyai sebahagian karakter yang boleh mengubati beberapa penyakit. Buah ini antara lain berbentuk anthelmintica yang bermanfaat membunuh cacing dan adstringensia untuk mengecilkan membran mukus. Selain itu, pinang juga berbentuk merangsang (stimulansia), hentikan pendarahan (haermostatica), dan antisifilis. 

Di bawah ini beberapa manfaat biji pinang dan cara menggunakannya: 

1. Meningkatkan ghairah 

Ambil satu biji buah pinang yang belum mengeras. Potong kecil-kecil lalu kunyah serta makan. Cara lain, ambil satu biji buah pinang lalu hancurkan serta rebus dalam dua gelas air. Tunggu hingga jadi satu gelas. Kedua-duanya mempunyai manfaat yang sama. 

2. Mengubati kulit luka

Caranya isi buah pinang yang masih muda ditumbuk hingga halus, lalu ditampalkan pada bahagian tubuh yang terluka. 

3. Ubat cacing 

Sediakan satu perempat potongan buah pinang, 1/2 jari temulawak, serta 1/2 jari kunyit. Semua bahan itu di rebus lalu ditapis. Minum air hasil saringan itu untuk menangani masalah cacing. 

4. Menguatkan gigi serta gusi 

Ambil sebahagian biji buah pinang. Hiris menjadi beberapa bahagian, lalu kunyah hirisan itu. 

5. Air rebusan biji pinang juga dipakai untuk menangani penyakit seperti haid dengan darah berlebihan, hidung berdarah, bisul dan jerawat. 

6. Sakit pinggang 

Ambil beberapa helai daun pinang. Tumbuk daun itu dan hangatkan. Daun pinang yang telah ditumbuk disapukan ditempat yang sakit. 

7. Kudis 

Parut satu biji buah pinang. Campur dengan seperempat sudu teh kapur sirih serta air seperti yang diperlukan. Sapukan dibahagian yang berkudis. 

8. Difteria 

Sediakan dua biji buah pinang lalu rebus dalam dua gelas air. Tunggu hingga menjadi 1 1/2 gelas. Tambah satu sudu makan madu serta kacau rata. Minum perlahan-lahan untuk merawat difteria. 
9. Biji pinang muda digunakan kaum hawa untuk memperkecil rah*m sesudah melahirkan. Caranya masak buah pinang muda lalu airnya diminum sehingga rahim kembali ke bentuk normal. 

10. Untuk merawat rabun mata. Cukup hanya terus dikunyah serta airnya ditelan. 

11. Dan yang terakhir, manfaat pinang iaitu menyembuhkan telinga bernanah. 

Caranya, ambil akar buah pinang muda seperti yang diperlukan, tumbuk halus, perah untuk mendapatkan airnya. Bersihkan terlebih dulu telinga anak yang sakit dengan kapas, setelah itu titis dengan air perahan pinang di bahagian telinga yang sakit sebanyak 3 titis. Sumbat telinga dengan kapas agar air titisan tak mengalir keluar. Lakukan sehari-hari secara teratur hingga sembuh. Semoga maklumat tentang manfaat serta kandungan biji pinang ini berguna untuk anda.

Sunday, October 9, 2016

Bajet 2017: Harapan Rakyat Negara-negara Borneo.

Apabila Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat 21 Oktober nanti, jangan lupa masih ada penduduk di negara Sabah dan Sarawak yang mendengar ucapan beliau melalui radio yang menggunakan kuasa bateri dan minum air dari sungai atau telaga.


Pada waktu yang sama, sebahagian lagi rakyat di Tanah Malaya mengikutinya melalui televisyen, radio dalam kereta mewah atau rumah mewah, dan portal berita melalui jalur lebar dari telefon bimbit canggih. Meskipun sudah mencapai kemerdekaan selama 53 tahun, Sarawak dan Sabah masih lagi terkebelakang dari segi kemudahan prasarana dan kemudahan asas yang lain.

Di kedua-dua negara borneo ini masih ramai yang hidup dalam keadaan tidak selesa kerana tiadanya kemudahan asas seperti di negeri-negeri di Tanah Malaya lain, terutamanya di luar bandar, sedangkan mereka ialah penyokong kuat kerajaan. 

Malah, pembangunan boleh disifatkan sebagai industri yang gagal, terutama di luar bandar sebagai akibat daripada dasar yang memihak kepada bandar dan kota, ketirisan dalam prses pelaksanaan, serta pengagihan sumber dan projek pembangunan yang tidak seimbang.

Elit politik tidak seharusnya hanya memberi tumpuan kepada kawasan tertentu atas kepentingan politik semata-mata; sebaliknya rakyat Sarawak dan Sabah tanpa mengira kaum dan kawasan berhak merasai nikmat daripada dasar pembangunan kerajaan.

Setiap kali mengikuti ucapan bajet, seperti pemimpin politik dan Ahli Parlimen dari kedua-dua negara borneo ini, penduduk di luar bandar terbabit juga mengharapkan agar peruntukan yang lebih besar disalurkan untuk pembangunan asas dan ekonomi penduduk luar bandar. 

Bagi negara-negara borneo yang membantu merealisasikan pembentukan gagasan Persekutuan Malaysia pada 1963 itu, permintaan tersebut tidaklah keterlaluan, kerana mereka turut ingin menikmati hasil daripada sokongan, perjuangan dan pengorbanan mereka selama ini.

Adakah sesuatu yang keterlaluan jika rakyat dan pengundi yang telah berdiri teguh di belakang kerajaan diberi ganjaran dan imbalan yang sewajarnya? Jika tidak, sampai bilakah kerajaan boleh memujuk supaya mereka bersabar atas alasan bahawa ia tidak dapat melaksanakan pembangunan sekali gus kerana peruntukan dan dananya terbatas? 

Apatah lagi, isu pembangunan sentiasa hangat dijaja dan dieksploitasikan oleh pihak pembangkang dalam kempen menjelang pilihan raya. Isu pembangunan dijangka akan terus dimanipulasikan dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Bagi pihak kerajaan, ia menegaskan telah berjaya membawa pembangunan kepada rakyat dan kawasan luar bandar, tetapi bagi pembangkang, pembangunan adalah tidak bersekadar dengan peruntukan yang telah disalurkan selama kemerdekaan dan sumbangan negeri ini kepada Kerajaan Persekutuan, terutama dari segi pendapatan daripada petroleum. 
Perdana Menteri yang telah banyak kali berkunjung ke Sarawak sekurang-kurangnya 50 kali, termasuk ke kawasan pedalaman, faham akan denyut nadi, masalah dan aspirasi penduduk di kedua-dua negara borneo ini.

Bajet 2017 bukan sahaja perlu membuktikan pengagihan yang adil kepada kedua-dua negara borneo itu tetapi memperlihatkan komitmen jitu untuk melihat bahawa penduduk Sabah dan Sarawak dapat berdiri sama tinggi dengan mereka di Tanah Malaya. Peruntukan yang bakal diumumkan itu akan dapat meneruskan projek pembangunan prasarana yang masih belum dinikmati oleh semua penduduk, terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar meskipun kita menyedari kekangan dihadapi kerajaan disebabkan pendapatan daripada hasil minyak sudah jauh menurun.

Dengan terlaksananya projek kemudahan asas dan prasarana dengan lebih berkesan tanpa ketirisan, diharapkan mereka tidak lagi mendengar ucapan dari radio yang menggunakan kuasa bateri ketika mendengar Bajet 2020 apabila negara kita sepatutnya sudah mencapai status negara maju. Sebaliknya, diharapkan mereka akan menonton Perdana Menteri menyampaikan ucapan dari Dewan Rakyat melalui kaca televisyen, sambil menghirup teh daripada air bersih yang disalurkan terus ke rumah atau rumah panjang mereka.

Sumber: Sarawakvoice | SBP

Thursday, October 6, 2016

Tanda-Tanda Anda Menghidap Kanser Payudara.

Kanser payudara adalah antara kanser yang paling utama di Malaysia. Di Malaysia, golongan wanita berumur dalam lingkungan usia 50-59 tahun adalah golongan yang kerap mengidap kanser payudara. 95% pengidap kanser payudara adalah dari kalangan wanita yang berumur lebih dari 40 tahun. Kaum lelaki juga berisiko mengidap kanser payudara tetapi insidennya terlalu rendah iaitu cuma 1% daripada keseluruhan kes kanser payudara.


Berikut adalah tanda-tanda kanser payudara:
  • Terdapat ketulan pada payudara dan perubahan permukaan payudara yang menjadi tidak rata.
  • Kulit pada payudara kelihatan berbintik, kemerahan dan keras.
  • Keluar darah ataupun lendir berdarah dari puting susu.
  • Puting susu tenggelam ke dalam payudara.
  • Terdapat saluran darah yang menonjol di permukaan kulit payudara.
  • Luka yang tidak sembuh pada permukaan payudara
  • Terasa ada biji atau ketulan di bahagian ketiak
  • Hilang selera makan dan turun berat badan
  • Tanda-tanda kanser merebak ke organ-organ lain badan seperti ke paru-paru menyebabkan sukar bernafas dan batuk berdarah, sakit tulang, sakit kepala dan lain-lain lagi.
Jika terdapat tanda-tanda di atas ke atas diri anda, segeralah berjumpa pakar perubatan.

Sunday, October 2, 2016

Gejala Dan Tanda-tanda Bayi Akan Tumbuh Gigi.

Untuk ibu yang pertama kali mempunyai anak, sudah tentu belum mengetahui secara pasti mengenai gejala tumbuh gigi pada bayi, sebab bagi bayi yang tumbuh gigi, akan ada beberapa tanda dan ciri-ciri yang akan sedikit mengganggu kesihatan bayi anda. Agar para ibu tidak panik, maka sangat penting agar mengetahui gejala tumbuh gigi yang akan bayi alami.


Secara normal, gigi bayi akan tumbuh pada usia 8 bulan atau 1 tahun. Dan pertumbuhan gigi pada bayi ini akan ada gejala yang perlu ibu-ibu tahu.

Berikut ini adalah gejala dan tanda-tanda bayi akan tumbuh gigi:

1. Sukar tidur ketika malam hari

Kerana merasa sakit akan tumbuh gigi, bayi jadi merasa tidak selesa dan boleh menjadikannya tidak selesa ketika tidur. Rasa sakit pada gusi akibat akan tumbuh gigi boleh membuat bayi susah terlelap pada malam hari. Biasanya, ibu boleh mengatasinya dengan cara menyusukan. Namun kadang-kadang boleh membuatkannya semakin sakit akibat geseran antara puting ibu dan gusi bayi.

2. Demam ringan

Sakit seperti demam pada bayi juga boleh menjadi petanda bayi akan tumbuh gigi. Gejala bayi tumbuh gigi ini kerap disalahertikan oleh orang tua sehingga panik berlebihan ketika mendapati anaknya demam. Padahal demam ringan ini boleh sembuh dengan sendirinya ketika fasa pertumbuhan gigi sudah berakhir. Apabila bayi mengalami tumbuh gigi, maka kekebalanya akan semakin menurun dan terdedah kepada penyakit. Tapi tak perlu bimbang kerana kekebalan tubuh bayi akan kembali normal selepas itu.

4. Menolak semasa diberi makanan dan disusui

Biasanya, bayi yang cerewet itu kerana merasa lapar. Jadi si ibu akan memberinya makanan atau dengan menyusuinya. Namun pada masa akan tumbuh gigi, bayi akan menolak apabila diberi makan atau susu ibu kerana rasa sakit pada gusi.

5. Mudah marah

Ekspresi marah pada bayi juga akan mudah terjadi ketika dia merasakan sakit akan tumbuh gigi. Mulut bayi yang kurang sihat ini akan membuatnya jadi kecoh sehingga mudah marah. Beberapa bayi biasanya akan mengalami ini sehingga beberapa hari.

6. Sering menggigit saat menyusu

Ungkapan ini kerana dia merasa geli pada gusinya akibat gigi yang akan tumbuh. Apabila anda menyusui si bayi, dan dia menggigit, ini merupakan tanda bayi tumbuh gigi. Tekanan oleh gigi yang menyembul dari bawah gusi boleh membuatnya menjadi ingin menggigit apa-apa jua yang ada di sekitarnya. Ketika dia menyusu, maka dia akan menggigit puting ibunya.
7. Batuk-batuk

Selain demam ringan, kadang-kadang bayi juga mengalami batuk. Air liur yang terlalu banyak boleh membuat bayi jadi batuk dan sering muntah. Batuk ini terjadi kerana disebabkan oleh air liur yang terlalu banyak. Jadi tak perlu merasa takut berlebihan ketika bayi mengalami batuk seperti ini. Namun jika gejala batuk terus berlanjutan, boleh jadi memang anak anda mengalami batuk kerana dijangkiti virus / bakteria.

8. Ruam pada wajah dan dagu

Pada masa bayi akan tumbuh gigi, kadang-kadang juga menimbulkan tanda-tanda seperti ruam pada wajah serta dagu. Kulit pada kawasan mulut akan jadi mudah kering dan pecah-pecah.

9. Pendarahan di bawah gusi

Gejala dan tanda tumbuh gigi pada bayi yang sudah jelas iaitu terjadinya pendarahan pada bawah gusi. Pendarahan ringan ini sering membuat orang tua bimbang. Padahal gejala ini tidak perlu dirisaukan kerana akan sembuh dengan sendirinya apabila gigi sudah tumbuh.

Itulah beberapa gejala tumbuh gigi pada bayi pada umumnya. Untuk tumbuh gigi pada bayi berapa bulan? Pada umumnya gigi pada kanak-kanak akan berkembang antara 8 bulan hingga 1 tahun, untuk itu jika ada tanda-tanda perubahan seperti diatas, sebaiknya ibu-ibu tidak perlu panik. Dan segera rujuk kepada doktor atau bidan terdekat jika terdapat sebarang masalah berat terhadap bayi anda.

SBP

Pakatan Harapan/Rakyat Dan BN Kian Terpinggir Di Bumi Sabah??

Perdebatan politik diantara Parti Cinta Sabah (PCS) dan Democratic Action Party (DAP) semakin rancak diperbualan media hasil susulan daripada kenyataan rasmi daripada Presiden Parti PCS, Dr.Nicholas James Guntabon yang merungkai muslihat Barisan Nasional (BN) melalui sudut perundangan Kerajaan Negeri Sabah.


Perlembagaan Kerajaan Negeri Sabah telah memperuntukkan dengan jelas dan nyata bersuluh pada artikel 6 (3) dan 6 (7) bahawa hanya parti-parti tempatan negeri Sabah sahaja yang layak membentuk Kerajaan Negeri Sabah. Ini secara langsung telah memberi tamparan yang hebat untuk membuka mata parti-parti Malaya seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP) dan Amanah.

Walaupun parti-parti malaya mampu memenangi kerusi DUN Sabah yang banyak, namun diakhir kepada saat untuk membentuk Kerajaan, mereka tidak menepati syarat yang tertulis dalam undang-undang negeri Sabah yang hanya memberikan keistimewaan kepada parti-parti tempatan sahaja.

Susulan daripada kenyataan tersebut, parti-parti malaya telah terdiam seribu bahasa kerana baru tersedar akan perkara ini dan membuatkan ramai penyokong-penyokong parti-parti malaya telah beralih sokongan kepada parti-parti tempatan Sabah yang kini sangat terkenal dengan nama Perikatan Sabah Bersatu (United Sabah Alliance).

Kritikan ahli pemimpin DAP yang kini dilihat berusaha untuk menumpukan dikawasan Keningau telah menelanjangkan diri-sendiri apabila tidak mampu untuk menangkis hujah berfakta yang berlandaskan kepada kebenaran yang telah disampaikan oleh seorang pemimpin PCS iaitu Hasmin Azroy Abdullah. Junz Wong yang terkenal dengan seorang kaki tabur fitnah terhadap Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee telah kalah dimakhamah dan telah disaman malu kini memulakan rentaknya semula untuk menabur fitnah terhadap kepimpinan PCS.
Difahamkan sokongan rakyat khususnya dikalangan Generasi Muda di negeri Sabah kini semakin beralih kepada parti-parti tempatan yang berada didalam Perikatan Sabah Bersatu. Ini kerana kepimpinan dan keberanian dalam memperjuangkan hak rakyat sangat jelas kelihatan dan berjaya menambat hati generasi muda.

Sementara itu, Parti Bersatu Sabah, United Pasok Kadazan Organisation (UPKO), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Liberal Democratic Party (LDP) kini kelihatan terpinggir dimata rakyat negeri Sabah. Mereka dilihat sebagai “dysfunctional parties” (parti-parti yang tidak berfungsi) kerana tidak mampu berjuang untuk rakyat tetapi hanya sebagai boneka atau dengan lebih tepat lagi seperti kerbau-kerbau ternakan umno. Hidung yang tercucuk dan hanya mengikut arahan. Itulah definisi yang ringkas diberikan oleh kebanyakan anak-anak muda yang kini mendominasi populasi negeri Sabah.

United Sabah National Organisation (USNO) pula kini dilihat seperti parasit yang hanya menunggu peluang untuk masuk ke arena Barisan Nasional. Difahamkan bahawa kepimpinan USNO adalah orang-orang yang Pro kepada Yahya Hussein (UMNO).

INI PUN MENARIK DIBACA JUGA:
Sumber: Bobohizan