Wednesday, September 21, 2016

Inilah Tanda-Tanda Seorang Itu Berbohong.

Sebuah kajian dari Northwestern University mendapati, 20 minit berlatih berbohong boleh membuat seseorang mengatakan fakta palsu menjadi sangat mudah, seperti berkata jujur.


Kajian yang dilakukan terhadap 32 orang, menyuruh peserta mengingat 3 identiti palsu iaitu nama baru, tarikh lahir, dan kota kelahiran. Hasilnya, orang yang dilatih untuk berbohong boleh mengatakan fakta yang tidak benar dengan lancar hanya dengan berlatih 20 minit.

Kenapa perlu berlatih untuk berbohong? Kerana hal ini memerlukan latihan mental. Ketika bohong, anda harus memegang 2 fakta yang bertentangan, dan menyembunyikan mana yang benar. Namun, 20 minit merupakan masa yang cukup untuk mengingat kebohongan, dan mengatakan seakan perkara itu benar. 
Agar anda tidak tertipu dengan kata-kata bohong, ketahui beberapa tanda jika seseorang bertindak balas seperti beberapa poin berikut.

1. Lama memberi jawapan

Jika seseorang memerlukan masa yang lama untuk menjawab soalan mudah, anda perlu curiga. Sebuah kajian membandingkan dua jenis soalan, satu yang akan dijawab jujur, dan satu yang mungkin diberi jawapan bohong. Jika jawapan yang kedua memerlukan waktu lebih lama, besar kemungkinan jawapan tersebut bohong. Misalnya, jika anda bertanya tarikh lahir seseorang dan warna kegemarannya, tapi jawapan tersebut memakan waktu yang sama untuk dijawap.

2. Anak mata membesar

Perubahan anak mata menjadi lebih besar adalah indikator seseorang berkata bohong. Membesarnya anak mata adalah tanda bahawa otak bekerja lebih keras, yang biasa berlaku ketika anda berbohong. Jika anda melihat anak mata seseorang membesar ketika menjawab soalan, boleh menjadi petanda bahawa mereka sedang mereka-reka. 

3. Apa yang dikatakan tidak masuk akal

Kecurigaan seseorang akan meningkat ketika apa yang diceritakan kepadanya susah digambarkan. Misalnya, seorang rakan anda biasa bercerita sesuatu dengan dengan terperinci tentang apa yang dia lihat dan dia dengar. Namun, dia tidak boleh menyebut nama bar tempat ia bertemu Brad Pitt, ini mungkin dia sedang berbohong.