Thursday, October 6, 2016

Tanda-Tanda Anda Menghidap Kanser Payudara.

Kanser payudara adalah antara kanser yang paling utama di Malaysia. Di Malaysia, golongan wanita berumur dalam lingkungan usia 50-59 tahun adalah golongan yang kerap mengidap kanser payudara. 95% pengidap kanser payudara adalah dari kalangan wanita yang berumur lebih dari 40 tahun. Kaum lelaki juga berisiko mengidap kanser payudara tetapi insidennya terlalu rendah iaitu cuma 1% daripada keseluruhan kes kanser payudara.


Berikut adalah tanda-tanda kanser payudara:
  • Terdapat ketulan pada payudara dan perubahan permukaan payudara yang menjadi tidak rata.
  • Kulit pada payudara kelihatan berbintik, kemerahan dan keras.
  • Keluar darah ataupun lendir berdarah dari puting susu.
  • Puting susu tenggelam ke dalam payudara.
  • Terdapat saluran darah yang menonjol di permukaan kulit payudara.
  • Luka yang tidak sembuh pada permukaan payudara
  • Terasa ada biji atau ketulan di bahagian ketiak
  • Hilang selera makan dan turun berat badan
  • Tanda-tanda kanser merebak ke organ-organ lain badan seperti ke paru-paru menyebabkan sukar bernafas dan batuk berdarah, sakit tulang, sakit kepala dan lain-lain lagi.
Jika terdapat tanda-tanda di atas ke atas diri anda, segeralah berjumpa pakar perubatan.