WALAUPUN berkawan baik dengan Uqasha Senrose, pelakon Mia Ahmad memberitahu bahawa dia tetap merasakan tindakan kawan baiknya itu membuka tudung adalah salah.
Menurut Mia, ketika mendapat tahu tentang perkara itu, dia segera menghubungi Uqasha kerana tidak menyokong tindakan tersebut.
“Selepas isu buka tudung, saya terus menghubungi Uqasha. Saya tidak setuju dengan apa yang dia buat. Tetapi sebagai kawan, saya mahu dia kuat.
Dia perlu kuat terutamanya apabila berdepan dengan komen peminat yang pedih. Kita semua manusia, dan pasti akan buat silap. Mana tahu dengan nasihat dia akan fikir mana yang terbaik.
“Saya, Fathia dan Elfira Loy sependapat mendoakan Uqasha agar dapat menempuhi hari-hari yang mendatang dengan lebih baik. Saya takut jika bercakap soal istiqamah.
“Saya tak mahu jawapan saya mengguris mana-mana pihak. Kita semua lemah, dan mudah terpengaruh,” katanya kepada Projek MMO.
Tambah Mia, dia tidak layan menghakimi Uqasha kerana dia juga masih di dalam proses memperbaiki dirinya.
Sumber: Mynewshub | Sentiasabikinpanas