Showing posts with label bikin panas. Show all posts
Showing posts with label bikin panas. Show all posts

Tuesday, October 18, 2016

Kisah Sedih Dua Remaja Yang Sedang Menunggang Motorsikal Di Rempuh Oleh Seorang Wanita.

Dua remaja masuk ke Balai Polis dalam keadaan luka untuk membuat laporan.



Remaja: Tuan, kami sedang menunggang motosikal dan seorang wanita tiba-tiba melanggar kami..

Polis: Wanita tu bawa kereta ke motor ?

Remaja: Wanita tu berjalan kaki, tuan...

Polis: Maknanya awak berdualah yang melanggar wanita tu.

Remaja: Tidak tuan. Tuan mungkin tak percaya, tengok video dibawah nii.....


Thursday, October 6, 2016

Cerita Mengandung Sebelum Kahwin..

Ada ni bapa sama mama talampau marah sebab anak durang bulum kawin tapi kana kasi mengandung..


Bapa: Siapa tu lalaki kurang ajar tu? panggil dia sini!!!

Tu anak pun telepon tu lelaki suruh pigi rumah dia. lapas stangah jam,ada kreta ferarri merah branti dapan rumah tu prempuan trus keluarla lalaki dakat stangah umur suda. dia jumpa urang tua tu prempuan yg dia kasi mengandung.
Lubi: Sia lah urang yg kasi mengandung anak kamu tapi trus tarang sia tia buli kawin dia sebab bini sia nda kasi banar. tapi sia akan tatap betanggungjawap...

1. Kalau dia branak anak prempuan,sia akan kasi wasiat dia 2 buah kadai,1supermaket sama 5 juta ringgit..

2. Kalau dia branak anak lalaki sia akan kasi wasiat dia 2 kilang minyak, 2 supermaket,2 hotel sama 10 juta ringgit.......tapi.....

3. Kalau tu anak gugur,sia pun tia tau apa perlu sa buat.. Tu bapa bepikir panjangggg.. tu mama branti menangis..last2 tu bapa tepuk bahu si Lubi....

Bapa: kalau gugur................ko bikin lagi bah arrr....

Tuesday, October 4, 2016

[PANAS] Kumpul RM50 Juta, Pengarah Dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Ditahan SPRM. RM3 Juta Tunai Dirampas!

Akhirnya tembelang Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Ag. Mohd. Tahir B. Mohd. Talib sejak 2010 terburai jua. Begitu juga Teo Chee Kong yang dulu Jurutera Bekalan Air Sabah yang kini Timbalan Pengarah JANS. Sejak 2011 dikatakan laporan telah dibuat kepada SPRM namun tiada dakwaan sehinggalah hari ini pegawai kanan itu ditahan menyalahgunakan kuasa dengan memonopoli dan memberikan projek-projek yang dikendalikan jabatan tersebut kepada sanak saudara mereka.

Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Ag. Mohd. Tahir B. Mohd. Talib

Kedua-duanya yang berusia 54 dan 51 itu ditahan di pejabat mereka di Kota Kinabalu, Sabah kira-kira pada jam 9.15 pagi tadi.

Turut dirampas wang tunai bernilai lebih kurang RM3 juta yang disimpan dalam peti besi di pejabat salah seorang pegawai kanan tersebut.

Ag. Mohd. Tahir B. Mohd. Talib Pengarah dan Teo Chee Kong Timbalan Pengarah JANS

Menurut sumber, kedua-dua pegawai kanan yang berjawatan pengarah dan timbalan pengarah di jabatan kerajaaan yang mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010 itu telah memonopoli kesemua projek dan diserahkan kepada adik-beradik mereka.

Untuk rekod JANS telah memulakan Perkhidmatan Pengurusan Loji Rawatan Air (LRA) secara khidmat luar di Loji Rawatan Air Segaliud, Sandakan sehingga seluruh negeri Sabah. Laporan Audit Negara 2014 Siri 2, pernah melaporkan terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaannya termasuk peralatan yang rosak dan tidak dibaiki. Pelupusan peralatan, bahan kimia dan enapcemar juga tidak dibuat, serta pegawai kimia tidak mencukupi untuk memantau LRA yang dikendalikan kontraktor, kata Laporan itu.
Hasil penyalahgunaan kuasa ini yang dipercayai bermula sejak tahun 2010 hingga kini, siasatan awal mempercayai mereka telah mengumpul harta kekayaan melebihi RM50 juta.

Tambah sumber, peruntukan RM3.3 bilion ini hanya merupakan peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan dan tidak termasuk peruntukan kerajaan negeri.

Beberapa siri serbuan telah dibuat SPRM di beberapa tempat termasuk agensi terbabit dan syarikat-syarikat kontraktor yang terlibat.

Rumah adik Ag Mohd Tahir yang sedang dalam pembinaan di Kg Sri Serbang. Seorang Kontraktor yang mendapat kerja di Jabatan Air Negeri Sabah.

Mereka disiasat dibawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram.

Ag. Mohd. Tahir B. Mohd. Talib Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah sekarang berasal dari Daerah Bongawan Sabah. Adiknya yang mendapat kontrak dari JANS memang kaya raya. Rumah Banglo adiknya sahaja menggambarkan kekayaan keluarganya.




**NOTA: Ini bukan kisah ahli politik rasuah. Ini kisah penjawat awam yang kenyang makan akhirnya disalahkan kerajaan. Tahniah SPRM!

Kredit: Captain M | SBP

Thursday, September 29, 2016

Sampai Hati Abang Buat Saya Macam Ni...Tak CUKUP Kah Dengan Saya, Sampai Abang Makan Luar...

Kehidupan suami isteri tidak dinafikan akan berhadapan dengan pelbagai cubaan, tetapi apa yang paling mengecewakan ialah pasangan kita curang dengan darah daging sendiri. Inilah kisah yang dikongsi oleh seorang isteri berkenaan suaminya curang dengan adik kandungnya.


"Assalammualaikum....saya harap kisah saya ini akan menjadi teladan buat isteri2 di luar sana..suami saya curang dgn adik kandung saya sndri..mmg saya rasa sedih, mara, kecewa sgt sbb saya percya dekat mereka berdua..

Saya tahu mungkin ada isteri yg mengalami situasi yg lebih teruk dr saya..sepanjang saya menjadi isterinya saya dilayan seperti tunggul yg xad perasaan..semua yg saya nk lakukan dgn die tak boleh..smpai nk simpan gmbr kami berdua pon tak boleh..kne sorok Jgn smpai adik saya nampak..keluar berdua memang tak boleh..sbb adik saya akn marah suami saya dn suami saya akn marah saya..yela stress bergaduh dgn makwe..
Allah tu maha adil..saya dpt baca wassup mereka berdua..hancur hati saya tgk dorang berwassup cmtu..pergi bercuti sibuk msg adik saya bg laporan..dh smpai mana..dekat mana..isteri mana yg akn rasa gembira ble diperlakukan cmni..saya pon ad perasaan..saya sedih sebab adik saya tak pernah pikir pasal kakak die ni..

Kerana kesilapan dorang saya yg merana..saya mmg tak dilayan cm seorang isteri patut dilayan..salah saya jgk sbb saya tak pernah nk suarakan hak saya sebagai isteri..terlalu takot nk bersuara smpai kne tipu hidup-hidup dgn org yg saya percaya..saya sudah berpisah dgn suami saya..dan saya pon x tau dorang masih lagi berhubung atau tidak..

Adik saya ckp sbb suami saya dh xad perasaan kt saya tp layakah saya dilyn cm Bkn isteri die hnya sbb dh xada perasaan..mmg saya hnya menangis spnjg perkahwinan ini..saya mohon hanya Allah sahaja yg dpt membalas ape yg dorang buat kt saya ni".. 

Sumber:- KRT

Kejamnya Ayah...Dia Jadikan Aku Seperti 'BININYA' Yang Sah Dan Aku Hamil 6 Bulan Hasil Dari Perbuatannya.

Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.


“SAYA anak tunggal. Ayah dan ibu berpisah ketika saya berusia lima tahun dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa ibu. Menurut nenek, ibu berlaku curang, menyebabkan hak penjagaan saya diserahkan kepada ayah.

Saya juga diberitahu, ibu berkahwin lain dan ada keluarga sendiri. Bagaimanapun, ayah tidak pernah berkahwin lagi. Berikutan ayah sibuk dengan perniagaannya, saya dipelihara nenek di kampung manakala ayah tinggal di Kuala Lumpur. Seingat saya sejak kecil, ayah sering bertukar pasangan tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Hubungan ayah dengan semua kekasihnya juga tidak lama, antara dua hingga tiga bulan saja.

Ayah pernah membawa pulang beberapa kekasihnya untuk diperkenalkan kepada saya dan nenek, tetapi saya tidak sempat rapat dengan mereka. Ini kerana ketika mula hendak rapat dengan mana-mana ‘auntie’ (kekasih), ayah bertukar pasangan dan memperkenalkan kekasih baru

Ayah memang banyak kekasih tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Mungkin ayah kecewa dengan perkahwinan pertamanya, tetapi saya tidak tahu jawapan sebenar kerana setiap kali bertanya, ayah berdalih kononnya tiada jodoh.

Saya tidak tahu sama ada ayah berdendam dengan ibu hingga menjadikan saya sebagai mangsa atau ayah benar-benar cintakan saya. Ini kerana menurut nenek, rupa saya ‘sebiji’ (sama) dengan ibu. Perubahan layanan ayah terhadap saya berlaku ketika saya di tingkatan lima. Jika ketika kecil ayah hanya melawat saya seminggu sekali, tetapi ketika di tingkatan lima, ayah semakin kerap menjenguk saya.

Kadangkala empat lima hari seminggu berikutan rumah nenek hanya 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Ayah juga kerap bertanya mengenai hubungan saya dengan lelaki. Dia Meminta saya berterus-terang dan berjanji bersikap terbuka. Yang menghairankan, semua teman lelaki saya ditolaknya kerana ada saja yang tidak kena baginya. Ini menyebabkan saya marah, tetapi ayah memang ‘pakar psikologi’. Dia pandai bermain dengan perasaan orang. Mungkin itu kelebihannya hingga ada ramai kekasih.

Dia memperbetulkan fokus saya daripada remaja yang ghairah ingin bercinta kepada pelajar yang tekun. Ketika itu saya yakin keputusan ayah kerana dia inginkan yang terbaik untuk saya kerana saya satu-satu anaknya. Bagaimanapun, saya mula berasa hairan apabila selepas tingkatan lima walaupun memperoleh keputusan cemerlang, ayah tidak mengizinkan saya melanjutkan pelajaran.

Lebih menghairankan, beberapa rombongan meminang saya juga ditolaknya, sebaliknya dia meminta saya membantunya dalam perniagaan. Bukan sebagai pekerja, sebaliknya saya hanya diminta menemaninya ke majlis tertentu.

Saya seolah-olah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi ayah. Apabila dia menghadiri majlis atau meraikan rakan niaganya, dia membawa saya.

Ketika itu saya mula berasa layanan berbeza daripada ayah. Pada mulanya saya bosan kerana perlu menemani ayah ke sana sini, tetapi lama-kelaman saya gembira kerana ayah membelikan barangan mahal.

Hubungan kami juga banyak berubah kerana ayah kerap membelai dan memeluk saya. Percakapan ayah juga lain dan romantis. Dia juga kerap memberikan hadiah.

Malah, saya pernah menemui sajak dan puisi ayah yang ditulis di kertas dan surat khabar. Antaranya bertajuk cinta terlarang yang ditujukan kepada saya dalam bahasa puitis. Seperti saya katakan, ayah pandai bermain psikologi. Mungkin ini jerat ayah. Akhirnya saya menjadi lemah dengan pujukan dan kasih-sayangnya dan ayah yang sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi kekasih saya.

Daripada hubungan ayah dan anak, kami semakin intim dan bercinta. Ayah melayan saya seperti kekasihnya dan mungkin kerana ketandusan kasih-sayang sejak kecil, saya terjerat dan merelakan hubungan ini.

Akhirnya kami terlanjur. Saya tidak ingat berapa kali kerana ia kerap berlaku. Kami hidup seperti suami isteri dengan saya sering bermalam dirumah ayah di Kuala Lumpur.

Kalau ayah ada urusan kerja di luar daerah, saya ikut dan tinggal bersamanya di hotel. Hasil hubungan kami yang tidak lagi terkawal menyebabkan saya hamil empat kali.
Bagaimanapun, saya sempat menggugurkan tiga kandungan awal kerana ketika itu ayah mengambil berat keadaan saya. Apabila haid saya tidak dating dua bulan, dia bawa saya berjumpa doktor untuk menggugurkan kandungan.

Beberapa rakan mengesyaki hubungan kami kerana melihat cara ayah memegang saya kadang-kala keterlaluan, tetapi saya memberi alasan saya anak tunggal.

Kuasa Tuhan menentukan ketika hamil kali keempat, ayah sibuk dengan perniagaan. Dia tiada banyak masa dengan saya. Alih-alih apabila sedar, kandungan berusia enam bulan.

Saya terpaksa mendapatkan bantuan beberapa rakan baik. Mereka mengesyaki hubungan saya dengan ayah dan saya cuba berdalih dengan lelaki lain, tetapi mereka tahu ia angkara ayah kerana saya tidak pernah ada teman lelaki.

Akhirnya saya mengaku dan berterus-terang, menyebabkan saya kini disembunyikan. Hampir sebulan saya tidak berjumpa ayah dan saya tidak mahu dia tahu di mana saya sekarang.

Saya kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan dan mendalami ilmu agama sebelum melahirkan anak tidak lama lagi. Saya sungguh menyesal dengan perbuatan saya.

Saya memohon keampunan daripada Allah, tetapi pada masa ini saya tidak sanggup bersemuka dengan ayah. Saya belum ada kekuatan kerana perasaan cinta terhadapnya masih kuat.

Saya tahu perasaan ini salah di sisi agama, sebab itu saya menjauhinya bagi menghimpun kekuatan untuk menghadapi masa depan tanpa ada hubungan terkutuk dengan ayah. Jika ayah membaca artikel ini, saya berharap ayah faham dan saya ingin menjadi anak, bukan kekasih ayah. 

Kredit:- Tawaurians

Apakah Jawapan Yang Betul?


Jawapan?





Friday, September 23, 2016

10 Jenis Kereta Menjadi Sasaran Pencuri Kereta Di Malaysia.

Senarai yang dikeluarkan oleh PIAM mendedahkan sebanyak 11,796 buah kenderaan dicuri bermula dari Januari sehingga Jun tahun ini berbanding dengan 12,412 buah kenderaan dicuri dalam tempoh yang sama pada 2015.


Ini bermaksud 60 buah kenderaan dicuri setiap hari di Malaysia, menurut data yang dikeluarkan oleh General Insurance Association of Malaysia (PIAM).


Selain itu, PIAM juga turut mengeluarkan senarai kereta yang menjadi kegemaran pencuri kenderaan pada tahun 2015 dan 2014.
Menerusi data di dalam senarai itu, dilihat Proton Wira menjadi 'pisang goreng panas' untuk pencuri kenderaan bagi kedua-dua tahun tersebut diikuti dengan Toyota Hilux dan Proton Iswara.


10 Kereta Kegemaran Pencuri pada 2015
  • Proton Wira (1,214)
  • Toyota Hilux (595)
  • Proton Iswara (552)
  • Perodua Kancil (550)
  • Proton Waja (538)
  • Perodua Myvi (379)
  • Proton Saga (318)
  • Proton Satria (238)
  • Nissan Vanette (208)
  • Honda Civic (200)
10 Kereta Kegemaran Pencuri pada 2014
  • Proton Wira (1,268)
  • Toyota Hilux (762)
  • Proton Iswara (717)
  • Proton Waja (694)
  • Perodua Kancil (638)
  • Perodua Myvi (477)
  • Proton Saga (414)
  • Proton Satria (273)
  • Toyota Vios (252)
  • Proton Perdana (243)
Sumber: Thestar | Siakapkeli

Thursday, September 22, 2016

PANAS!!! Ratusan Pekerja Petronas Akan Hilang Kerja.

Ratusan pekerja Petronas mungkin terpaksa mencari kerja baru tidak lama lagi susulan langkah pengurangan pekerja syarikat gas dan minyak itu.


Memetik sumber, The Wall Street Journal melaporkan Petronas sedang meneliti untuk memotong lebih 700 kerja susulan harga minyak yang terus-terusan rendah.

Ia juga memetik kenyataan Petronas Selasa lalu yang menyebut syarikat itu akan terus menyemak semula strategi perniagaan dan tahap-tahap perjawatan untuk menyesuaikan dengan perubahan itu.
“Amalan transformasi” itu melibatkan keseluruhan kumpulan Petronas, termasuk di peringkat anak syarikat.

“Lebih banyak maklumat akan didedahkan pada masa yang sesuai,” Petronas dilaporkan sebagai berkata.

Syarikat itu pada Mac lalu mengumumkan bahawa lebih 1,000 kerja bertindih bawah amalan transformasi itu dan usaha sedang dilakukan untuk menempatkan semula pekerja-pekerja terjejas.

Menurut WSJ, Petronas mempunyai 53,000 pekerja setakat penghujung tahun lalu, berdasarkan laporan tahunannya.

Pada Ogos lalu, sebanyak 96 peratus keuntungan Petronas berkurangan pada suku terakhir susulan harga minyak yang murah.

Sumber: Malaysiakini | SBP

Wednesday, September 21, 2016

'Kelab Tiada Dara', Ikuti Luahan Bangga Gadis Ini Menyertainya.

Mereka golongan terpelajar dan menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan tersebut.


Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak ingin melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.
Malah, sesiapa yang masih dara akan dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.

Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.

| Sentiasabikinpanas

Mimpi Ngeri Untuk Ibubapa, Hampir 60% Gadis Malaysia Tiada Dara!

Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.

Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.


Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.

“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.

“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.

Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.

“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.

“Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.

Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.

“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya,” katanya.

Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.

Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.

“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa… kawan menjadi penyelamat.

“Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain,” katanya.

Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.

“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.

“Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.

Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.

“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.

“Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah,” katanya.

Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.
Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.

Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.

“Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.

“Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,” katanya yang telah melahirkan anak luar nikah.


Thursday, September 15, 2016

Wanita Trauma Hampir Dilarikan Bersama Keretanya!!! Ikuti Luahannya, Bikin Takut Betul....

Peristiwa ptg tadi...pengajaran dan peringatan buat semua...pastikan lock kereta walau sekejap mana pun meninggalkan kereta...lagi2 dgn keadaan enjin hidup...masih trauma dengan peristiwa di mana saya hampir dilarikan oleh org yg tak dikenali...Allah masih sygkan saya...sempat menjerit pgl husband kt dlm bank...tragis sket la sbb ade adegan t'seret kt pintu sbb nk rampas kunci..

Alhamdulillah, kuasa jeritan bekas koperal kadet polis ni dpt tarik perhatian org ramai utk tlong...penjenayah bjaya ditahan...skali ngan kreta2 pun kne tgl kt balai...huhu...skarang still trauma dgn lebam2 kt bdn yg confirm xdpt tido la mlm ni...😅 husband lebam teruk kt tgn atas usaha nk lunyaikan penjenayah..**xpnah nengok husband ngamok sedemikian rupa...ingat ya semua! Dlu saya selalu baca kes2 mcm ni kt fb...skarang sy alami sendiri...beringat sebelum kena.


Tuesday, September 6, 2016

Lelaki Ini Ingin Buktikan Keajaibannya. Wanita Ditindih Dengan Speaker, Hasilnya Jadi Seperti Ini. Sungguh NGERI...!!!

Seorang lelaki bernama Rabalango berasal dari Afrika Selatan ingin membuktikan jika keajaiban itu benar adanya. Lalu ia menindih seorang wanita dengan menggunakan pembesar suara atau speaker yang berukuran sangat besar dan hasilnya sangat mengejutkan.


Dalam suatu majlis di gereja Bukit Sion Majelis, lelaki itu meminta beberapa orang penonton untuk naik ke atas pentas.

Setelah dipilih-pilih, lalu dapatlah seorang penonton wanita. Wanita yang tidak disebutkan namanya itu disuruh berbaring di lantai.


Kemudian ia menyuruh beberapa orang untuk meletakkan speaker bersaiz sangat besar diatas tubuh wanita tersebut.
Speaker itu kelihatan sangat berat sehingga wanita itu tak berdaya saat tertindih. Namun, Rabalango menambahnya dengan duduk diatas speaker itu dalam beberapa minit, sambil berdoa dan membentangkan pelbagai kebesaran yang telah dialaminya.

Lalu, Rabalango turun dan speaker itu diangkat. Penonton mula panik melihat wanita itu tidak sedarkan diri. Kemudian pertolongan kecemasan datang dan wanita itu sedar.

Tapi, ia mengeluh sakit pada tulang rusuknya yang patah. Wanita itu pun dikejarkan ke hospital, tapi melaporkan wanita itu meninggal dunia kerana mengalami pendarahan di dalam tubuhnya yang sangat parah.

Saturday, September 3, 2016

LUCU TAPI BENAR. Manusia Itu Aneh?

Manusia Itu Aneh?


Saat tidak ada wang, kerja seperti kerbau..

Saat ada wang, piara anjing..

Saat tak ada wang ingin kawin..

Saat ada wang ingin cerai..

Saat miskin isteri di jadikan setiausaha..

Saat kaya, setiausaha di jadikan isteri..

Saat tidak ada wang pura-pura kaya..

Saat kaya pura-pura miskin..

Wahai manusia..

Bilang saham racun, tapi terus main saham..

Bilang wang itu dosa, tapi semuanya cari

Bilang gadis malapetaka, tapi mau..

Bilang minuman keras dan rokok bikin rosak kesihatan, tapi tidak mau berhenti..

Bilang surga paling indah, tapi tak mau ke sana..

Dunia saat ini, si miskin makan daging, si kaya makan sayur, yang laki kepingin tinggi, yang perempuan kepingin kurus, anjing disuruh pakai baju, orang pula tak pakai baju..

Di desa kalau pagi "ayam" bangunkan orang

Di kota kalau gadis-gadis jalan malam, orang panggil "ayam"

Jarak yang terjauh di dunia ini adalah:

Saya berada di samping kamu, dan engkau sedang bermain Hp!
Ini akan membuat orang tidak senang!

Di sebuah Cafe terdapat suatu pemberitahuan :

Kami tidak ada WIFI, bicaralah dengan orang yang berada disisi kalian!
Pada masa yang akan datang, masalah perceraian mungkin di sebabkan oleh HP dan bukan kerana kecurangan.....
Sekarang, ramai-ramai pergi makan bersama, akan tetapi masing-masing sibuk pula pada WhatsApp, rakam suara, ganti photo, hati tidak terkonsentrasi!!

Sedih menyelimuti dihati, melihat para teman sekalian sedang sibuk main Hp, terpaksa kita juga ikut main, untuk menghindari kecanggungan.

Setelah pulang, dirumah juga begitu, tidak ada komunikasi antara sesama suami isteri, kadang-kadang lambat makan malam kerana lupa masak, kerana masing-masing lagi sibuk main Hp. Seperti kamu yang sedang baca blog ini....😂😂😂

Jangan marah, gurau saja 😜😜😜

Friday, September 2, 2016

KES TERBARU!! Hati-Hati Naik Teksi Di Kuala Lumpur, Terutamanya Di Waktu MALAM!!!

Kejadian malang ini terjadi pada hari Khamis alias mlm Jumaat lalu, demi melindungi mangsa, kita sebut saja namanya Noor.

Sebab ada pekerjaan yg harus diselesaikan, mlm tu Noor bekerja sampai larut mlm di office di depan Masjid India...


Kira-kira jam 11 mlm, Noor memesan teksi utk menghantarnya pulang ke rumah sewanya.

“Stadium Merdeka ya bang?” ujar Noor.

Pemandu teksi itu hanya menggangguk & terus memandu teksinya.

Selama perjalanan tdk terjadi percakapan antara Noor & pemandu teksi.

Mungkin Noor merasa letih kerana bekerja sampai larut mlm.

Pemandu teksi juga tdk berniat utk berkomunikasi.

Sekitar 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba2 Noor ingat jika dia tdk bawa cukup duit utk bayar tambang.

Di dompetnya cuma ada sekitar 8 ringgit saja & Noor cemas, takut x cukup.

Noor lalu menepuk belakang pemandu Teksi dgn maksud berhenti dulu di kawasan Ampangan utk mengeluarkan duit di ATM.

Tapi setelah blkg nya di tepuk tiba2 pemanduTeksi itu secara melulu & memutarkan stering ke kanan ke kiri sambil berteriak histeria...

Sampai akhirnya Teksi itu melanggar pembahagi jalan & pokok mangga..

Untung Noor & pemandu Teksi tdk mengalami luka parah.

Pemandu Teksi itu kemudian menoleh & bercakap dgn Noor:

“Maaf saudari... saudari x apa-apa kan? Saudari tepuk blkg sy td... terkejut sy setengah mati!!”

“Laaa, tepuk blkg bahu pun x blh?!” jwb Noor hairan.

“Masalahnya ini hari pertama sy jadi pemandu teksi.”

“Sebelum ni kerja apa Cikkk ?” tanya Noor turut terkejut.

"Sy kerja 20 tahun jadi pemandu Van jenazah” jawabnya...

"Tu la terkejut sgt sy tu...😄😄😄

Thursday, September 1, 2016

Hotel Mewah 10 Ribu Bilik di Kota Suci Mekah Diselubungi Kontroversi Panas.

Sebuah hotel bernama Abraj Kudai di Saudi Arabia disebut-sebut akan menjadi hotel terbesar sedunia. Betapa tidak, bangunan itu mempunyai 45 tingkat dan mempunyai 10,000 bilik.

Dipetik dari News.com.au, bangunan yang diibaratkan sebagai 'permata' pada mahkota Kota Suci Mekah ini akan dibuka tahun depan. Namun bukan tanpa cabaran.


Ada beberapa masalah berkaitan dengan pembangunan hotel mewah ini. Mulai dari jatuhnya kren hingga tuduhan pencabulan Kota Suci. Baru-baru ini mencuat juga keraguan tentang masa depan yang besar itu.

Ketika diungkap pada tahun lalu, rancangan-rancangan Abraj Kudai sangat mengesankan. The Guardian  mengistilahkan seakan-akan, bangunan itu direka oleh pengasas Disneyland.

Hotel kolosal ini mempunyai 12 menara yang mengelilingi podium 10 tingkat dengan keluasan ruang sehingga 1.4 juta meter persegi. Gayanya pun seperti "benteng gurun pasir".

Pada akhirnya, bangunan ini akan menaungi 70 restoran, sebuah pusat membeli-belah dan beberapa kawasan kuliner. Lalu ada sebuah stesen bas, empat landasan helikopter (helipad), balai pertemuan mewah, pusat persidangan dan 10 ribu bilik tetamu.

Para pemerhati bimbang tentang kesan hotel yang seperti kota itu terhadap warisan kota suci Mekah. (Sumber Dar Al-Handasah)

Ada 5 tingkat yang bukan untuk umum kerana dikhususkan bagi keluarga kerajaan Saudi. Semua bangunan dalam kompleks menawarkan penginapan bintang empat atau lima.

Hotel ini terletak di Daerah Manafia yang berjarak kira-kira 2 kilometer dari Masjidil Haram dan dirancang untuk melayani 2 juta jemaah yang datang ke masjid selama ibadah haji.

Dar Al-Handasah Group, sebuah syarikat konglomerasi global, adalah pihak yang melakukan perancangan. Pembiayaan sendiri berasal dari Menteri Kewangan Saudi Arabia. Hotel ini nantinya jauh lebih besar daripada First World Hotel di Malaysia yang mempunyai 'hanya' 7,300 bilik tamu.

Ancaman Bagi Kesucian Mekah?

Ketika rancangan Abraj Kudai diumumkan kira-kira 2 tahun lalu, keluhan pun bermunculan.

Para pemerhati bimbang tentang kesan hotel yang seperti kota itu terhadap Kota Suci Mekah. Bandar itu sendiri sekarang mempunyai bangunan ke tiga tertinggi sedunia, iaitu menara jam Abraj al-Bait setinggi 600 meter.

Menara jam itu pun sudah membayangi Masjidil Haram. Di Jeddah, tak jauh dari Mekah, sedang berlangsung pembangunan Menara Jeddah yang digadang-gadang menjadi bangunan tertinggi sedunia.

Abraj al-Bait, menara jam setinggi 600 meter di Mekah. Para pemerhati bimbang tentang kesan hotel yang seperti kota itu terhadap warisan kota suci Mekah. (Sumber foundtheworld.com)

Irfan Al-Alawi, pengarah Islamic Heritage Research Foundation yang berpusat di Inggeris, menjelaskan kepada The Guardian, "Segala sesuatu disingkirkan untuk memberi tempat kepada hotel-hotel mewah yang malah mencemar kesucian tempat ini dan 'menyingkirkan' para jemaah biasa."

"Ini adalah hari-hari terakhir Mekah. Ibadah haji seharusnya menjadi simbol ketabahan dan kesederhanaan, tetapi malah menjadi pengalaman yang lebih mirip dengan Las Vegas yang tak terjangkau oleh kebanyakan jemaah."

Ziauddin Sardar, penulis buku "Mecca: The Sacred City" memberi amaran kepada pembangunan yang amat besar sejenis Abraj Kudai di Saudi telah mengubah kota suci "menjadi Disneyland".

Ia berkata pihak Saudi penggusuran bangunan-bangunan lama yang menjadi ciri seni bina khas Mekah dan diganti dengan "metropolis mewah" serta "kerlap-kerlip seni bina".

Keraguan Masa Depan

Bandar ini muncul beberapa soalan tentang berhasilnya pembangunan Abraj Kudai. Sejak satu tahun terakhir, ada sejumlah masalah besar yang melibatkan rakan kongsi pembangunan ini, The Saudi Binladin Group.

The Saudi Binladin Group adalah salah satu syarikat terbesar bidang pembinaan di negeri tersebut, antara lain melalui pembangunan projek mega King Abdullah Economic City dekat Mekah dan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur di Malaysia.
Pada 11 September tahun lalu, ketika sedang dilakukan pekerjaan pembangunan di Masjidil Haram, salah satu alat kerek milik syarikat itu roboh dilanda badai sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 107 orang dan mencederakan lebih daripada 400 orang lain.

The Saudi Binladin Group memecat beribu-ribu pekerja untuk mengelakkan bencana kewangan. Kemudian, para pekerja di Jeddah, Mekah, dan Riyadh melakukan protes kerana belum mendapat gaji. Sebuah bas syarikat sempat dibakar.

Persoalan yang menghantui syarikat itu semakin parah dengan merosotnya harga minyak bumi yang membawa kesan berantai kepada ekonomi Saudi.

Tumbangnya alat kren milik kontraktor, Binladin Group. Para pemerhati bimbang tentang kesan hotel yang seperti kota itu terhadap warisan kota suci Mekah. (Sumber Al Jazirah Online)

Kerajaan melakukan penjimatan sehingga masa depan The Saudi Binladin Group pun boleh dipersoalkan. Para ahli ekonomi mempersoalkan projek ini.

Tarik Dogru, pembantu profesor kewangan dan perakaunan hospitalitas di Boston University menduga projek itu tidak akan siap sekurang-kurangnya hingga 2018.

Katanya kepada Forbes, "Keputusan mengenai bila dan bagaimana menyelesaikan Abraj Kudai bergantung kepada kerajaan, dan mungkin akan menjadi petunjuk penting tentang bagaimana penstrukturan semula ekonomi Saudi Arabia."

Sehubungan dengan tragedi alat kren tersebut, keluarga bin Laden dilarang ikut dalam projek-projek baru dan diminta menghentikan projek-projek yang sedang berlangsung, termasuk hotel Abraj Kudai. Demikian juga dengan projek Menara Jeddah.

Friday, August 26, 2016

Gadis Ini Kongsi Kisah Hitam, Yang Pasti Akan Membuat Anda Lebih BERHATI-HATI Dengan Keluarga Sendiri!!!

Salam encik azmi....Nama saya as on fb. Regarding case yg tgh encik bangkitkan, i would like to share my own experience with you. Im going to write in malay so everyone (terutama org kampung kita) can understand and i wish they "terhantuk dan terjaga".

Please hide my indentiti ye....

Masa umur saya 2 tahun bapa saya meninggal jadi mak saya kena kerja. Mak saya tinggalkan saya dengan nenek. Di sinilah mula sejarah hitam bila nenek saya selalu tinggalkan saya main dengan pakcik saya. Saya tak tau umur dia berapa. Dia akan ajak saya main dalam bilik upah keropok. Masa tu umur saya 3 atau 4 tahun. Pakcik saya suruh hisap kemaluan dia, dia cakap akan bagi upah keropok. Saya ambik keropok dan lari sekuat hati keluar rumah pergi rumah kawan.


Bila malam, nenek suruh tidur dengan pakcik, saya tanak, saya nagis lepas tu nenek pukul. Saya tak kisah, saya tidur depan bilik tidur nenek saya, asalkan bukan dengan pakcik. Pakcik selalu suruh duduk atas peha tapi saya tanak. Semua orang cakap saya budak jahat. Dorang kata saya budak degil. Tak menurut cakap. Saya nak mengadupun mesti dorang tak percaya jadi saya diamkan je.

Tapi..

Cerita saya tak habis kat situ je.

Saya cakap dengan mama, saya nak ikut kerja, tanak dah tinggal dengan nenek. Mungkin nama saya kesian, jadi setuju bawa saya sekali.

Masa tinggal dengan mama abang sulung selalu ada kat rumah sebab dia taknak pergi sekolah, dia bergaul dengan budak budak dari indonesia pekerja ladang kat kampung kami, orang2 tu tengok video lucah dia pun tengok.

One day, saya terjaga sebab saya rasa ada orang tarik seluar saya, saya terus bangun lari keluar rumah. So dia gagal hari tu.

Saya bagitau mama, mama tak percaya. Mama cakap saya buat cerita. Mama suruh saya tidur dengan abang sulung lagi. Sebab saya takde kakak kat rumah, kakak saya kat asrama. Saya tanak, saya nagis dan kena pukul lagi.

Bulan demi bulan abang sulung try lagi buat benda yg sama. Saya nagis kuat kuat sampai mama terjaga. Mama pukul lagi. Haih..

Akhirnya saya dah darjah 1 dan sya dapat duduk asrama. Rumah dengan sekolah jauh so sekolah sediakan asrama. Memang sangat gembira jauh dari semua lelaki jahat. Tapi.. kat sekolah saya semua cikgu lelaki. Ada sorang cikgu tu dia memang gatal, nak minta cium la apa la. Pernah sekali dia nak raba pelajar perempuan. Emm.. sory to say la tapi budak kampung memang naif tak reti apa, budak tu biar je. Dia darjah 6 saya baru darjah 1 time tu. Saya geram saya lapor kat warden asrama. Tapi tak taulah ada tindakan ke takde.

Saya pindah sekolah, ikut mama ke kuala lumpur sebab dia kawin baru. Alhamdulillah.. jauh dari dorang semua. Mama saya dah balik semula ke kampung tapi saya taknak ikut, mama saya tak kasi duduk sini tapi saya cakap saya tanak jumpa sesiapa kat kampung. Saya tak bagitau la pasal apa yang mereka buat sebab tau dah mama takan percaya.

Saya ambil keputusan kahwin even baru 18 tahun time tu sebab better kahwin ada orang lindungi saya daripada balik sana jumpa manusia manusia yang bersifat haiwan.

Mereka berani buat jahat sebab ibu bapa bukan percayapun kalau budak2 bagitahu. Dorang akan pukul kata budak jahat dan macam2.

Saya taklah benci mak dan nenek saya tapi sebab mereka tidak peka benda benda macam ni boleh jadi kat saya.

Patutnya adik beradik lelaki dan perempuan pisahkan bilik dan awasi pergualan mereka. Begitu juga dengan pakcik semua tu. Tolonglah jangan percaya dorang jaga anak kita.

Berpuluh tahun saya simpan rahsia ni sebab taknak malu, tapi benda ni makin serius dan ada yang tak percaya benda ni jadi. Mereka ingat rogol semua ni cuma orang luar je boleh buat. Mereka terlalu percayakan ahli keluarga sendiri sampai lupa nak lindungi kanak-kanak.

Alhamdulillah.. Allah lindungi saya. Saya tak jadi mangsa rogol sebab saya jenis degil, kalau orang buat saya nagis je, takpun saya jerit atau gigit lepas tu lari.

Apa jadi kalau saya bukan jenis yang degil? Bukan jenis suka melawan?

Saya nak share detail cerita tapi pahit sgt nak kenang. Bila teringat rasa meluap luap benci kat mereka.

Terima kasih encik azmi. Keep the good work encik. Semoga Allah menerima segala kebaikan yang encik buat :).

Please share this for our Malay readers as requested by the original writer. Please change your setting to public to increase the awareness. 


Sumber:- Syed Azmi

Thursday, August 25, 2016

Waktu Interview Kerja. Korang Mesti TERKEJUT Apa Yang Bos Melayu Tu Suruh. MENAKUTKAN!!!

Assalamualaikum. Haa kat sini aku nak tanya sikit laa. Pernah ke korg pergi interview, org yg interview korg tu suruh korg buat benda pelik pelik? Okay cerita dia mcm nie, aku baru je lepas balik dari interview kerani dekat 1 company melayu nie. Company dotdotdot. Aku nie ada diploma. Di sebabkan aku dh lama sangat menganggur so aku cuba utk apply jadi kerani kat company tu. Tu pun kawan kepada kawan aku rekemen kan.

Sampai dkt company tu, dia suruh masuk bilik. Dia suruh duduk, then aku duduk la. Baru je duduk dia sua kan mangkuk abu rokok dia, dia suruh aku pergi basuh. Okay aku basuh la. dah settle basuh, aku masuk blik dia balik lepastu dia suruh letak air aku keluar balik then dia suruh isikan air banyak okay fine aku kluar balik isi bagi penuh.


Haa dah settle bab tu, dia pun tanya nama penuh. Aku pun bagitau la sekian sekian, lepastu dia suruh aku nyanyi. Aku segan la dalam hati dh pelik kenapa suruh aku nyanyi. Dia paksa nyanyi. Aku pun nyanyi lagu negara ku. Dah settle. Aku duduk. Dia tanya berat badan aku, dia tanya saiz pinggang then dia tanya saiz dada. eh dalam hati “kenapa ni” tapi aku bagitau la semua.

Settle tu dia suruh nganga mulut nak tgk gigi lubang ke tak, jari ada kudung ke tak. Aku konfius, aku nie mntak kerja kerani ke apa kan. Aku ikutkan jela. Lepastu dia suruh aku tulis karangan 3pages. Selama sejam ! Dia suruh menulis guna tangan. Okay fine. Lepastu dah settle dia suruh taip guna laptop. Interview saja dh makan masa sejam lebih.

Last dia cakap, esok datang lagi utk sambung interview sejam. Hmmm skrg aku nak tanya, mmg macam tu ke proses interview je? Aku keliru sbb sebelum nie tak pernah jadi mcm nie haaaa. Hmm perlu ke aku pergi lagi utk esoknya? - Lily. KREDIT IIUM.

Tuesday, August 23, 2016

Ubat-ubatan Asal China Ini Dibuat Dari Daging Bayi Manusia. Hati-hati Jangan Sampai Anda Memakannya.

Hati-hati dengan ubat-ubatan berasal dari China saat ini. Kerana di Korea Selatan sudah ditemui ubat-ubatan berupa penyembuh segala macam penyakit dan penguat stamina yang diperbuat daripada daging manusia.

Ubat-ubatan ini seolah-olah memang tidak ada yang aneh, hanya saja setelah diperiksa lebih lanjut, ternyata pihak berkuasa mendapat bukti yang cukup mengejutkan.

Para penyelidik kesihatan dan kastam meradang, mereka mendapati bukti bahawa ubat-ubatan itu mengandungi unsur manusia, iaitu daging manusia.

Ubat-ubatan itu diperbuat daripada daging manusia iaitu daripada bayi-bayi hasil pengguguran dan bayi yang sudah mati. Mayat bayi-bayi itu dibawa ke sebuah padang di mana mereka disejukkan, dan kemudian dimasak dalam microwave pengeringan perubatan. Ketika kulit bayi telah benar-benar kering, mereka kemudian menghancurkannya hingga menjadi serbuk.

Setelah menjadi serbuk, barulah daging bayi itu dijadikan kapsul dan diberi tambahan herba untuk menyembunyikan bahan sebenarnya dari uji klinikal penyelidik kesihatan dan pegawai kastam.

Plasenta bayi memang banyak dicari, kerana diyakini mempunyai kandungan yang mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat. Namun faktanya, kapsul daging manusia mengandungi bakteria super, dan bahan-bahan berbahaya lain.

Sunday, August 21, 2016

Ayah Tiri Ini Kejam Betul, Mau Bunuh Anaknya Dengan Cara Dilempar Ke Kolam Buaya.

Seorang lelaki bernama Dereck Dunn (28thn) ditangkap kerana disyaki telah melakukan kekerasan terhadap anak tirinya dan mengancam akan melemparkan anak tirinya itu ke dalam kolam buaya.

Awalnya kanak-kanak 8 tahun itu, ditinggalkan oleh ibu dan datuknya di rumah bersama dengan Dunn, kerana ibu dan datuknya ada keperluan di tempat lain.

Lalu, kanak-kanak itu di seksa di rumahnya oleh Dunn. Kanak-kanak itu ditampar dan ditekan wajahnya ke karpet hingga ia sukar bernafas.

Lalu, kanak-kanak itu lari ke dalam peti pakaian, dan Dunn terus mengejarnya. Di sana Dunn memukulnya dengan ikat pinggang dan menampar dia berkali-kali.


Selepas itu kanak-kanak tersebut dipaksa memakai pakaian wanita dan juga mahkota. Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke laman belakang, diangkat dan diancam akan dilemparkan ke kolam yang ada buayanya di belakang rumahnya.

Terdapat bekas luka di pipi kanan dan bahagian mata serta lebam di punggung, lengan dan kakinya akibat penyeksaan tersebut.

Walaupun sudah tertangkap, Dunn tetap tidak mengakui dia telah melakukan penyeksaan tersebut. Ibu kanak-kanak itu, Andrea Pritchard juga membelanya.

Ia mengatakan kepada polis, yang dia melihat Dunn memukul punggung anak lelakinya dengan menggunakan tangan, bukan tali pinggang.

Dia juga mengatakan, Dunn hanya bergurau semasa memakaikan pakaian perempuan kepada anak lelakinya dan mengancam akan melemparkannya ke kolam buaya.

Namun, walaupun sudah dibela, Dunn tetap di penjara dan hanya boleh dilepaskan jika ia membayar wang jaminan setinggi 7,500 dolar AS.

Thursday, July 28, 2016

Sadisnya... Suami GILA Gam TUT-TUTTTTTT Isterinya!

Seorang suami kuat cemburu yang mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain telah merancang untuk membalas dendam dengan meletakkan 'superglue' di alat tut-tut isterinya.

Lelaki itu begitu obses dengan 'naluri hatinya' mengesyaki wanita berusia 40 tahun itu 'tidur' dengan bapa saudaranya setelah dia menghantar isterinya itu ke rumah lelaki berkenaan di Afrika Selatan. Lelaki berusia 45 tahun itu mengurung mangsa di dalam bilik dan memaksanya membuka kesemua pakaian sambil mengugut mahu memenggal kepala mangsa dengan parang jika arahannya tidak dituruti. 


"Dia mengarahkan saya baring dan mengangkang sebelum dia meletakkan 'superglue' di bahagian alat sulit saya. Saya menangis meminta dia menghentikan perbuatan itu tetapi dia tidak mengendahkan rayuan saya. Saya tidak tahu mengapa dia tergamak membuat saya seperti itu." 

Mangsa kemudian cuba membuang gam itu dan bimbang dia tidak dapat membuat hubungan kelamin serta menderita kesakitan. Mangsa mahu lelaki itu ditangkap oleh polis namun bimbang suaminya akan kembali mengancamnya. 

"Saya mahu buat dakwaan tetapi dia telah melarikan diri dan tidak pernah muncul selepas kejadian itu. "Saya takut dia akan kembali bila-bila masa dan memenggal kepala saya," katanya. KREDIT THEHYEPMEDIA