Sunday, August 21, 2016

Ayah Tiri Ini Kejam Betul, Mau Bunuh Anaknya Dengan Cara Dilempar Ke Kolam Buaya.

Seorang lelaki bernama Dereck Dunn (28thn) ditangkap kerana disyaki telah melakukan kekerasan terhadap anak tirinya dan mengancam akan melemparkan anak tirinya itu ke dalam kolam buaya.

Awalnya kanak-kanak 8 tahun itu, ditinggalkan oleh ibu dan datuknya di rumah bersama dengan Dunn, kerana ibu dan datuknya ada keperluan di tempat lain.

Lalu, kanak-kanak itu di seksa di rumahnya oleh Dunn. Kanak-kanak itu ditampar dan ditekan wajahnya ke karpet hingga ia sukar bernafas.

Lalu, kanak-kanak itu lari ke dalam peti pakaian, dan Dunn terus mengejarnya. Di sana Dunn memukulnya dengan ikat pinggang dan menampar dia berkali-kali.


Selepas itu kanak-kanak tersebut dipaksa memakai pakaian wanita dan juga mahkota. Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke laman belakang, diangkat dan diancam akan dilemparkan ke kolam yang ada buayanya di belakang rumahnya.

Terdapat bekas luka di pipi kanan dan bahagian mata serta lebam di punggung, lengan dan kakinya akibat penyeksaan tersebut.

Walaupun sudah tertangkap, Dunn tetap tidak mengakui dia telah melakukan penyeksaan tersebut. Ibu kanak-kanak itu, Andrea Pritchard juga membelanya.

Ia mengatakan kepada polis, yang dia melihat Dunn memukul punggung anak lelakinya dengan menggunakan tangan, bukan tali pinggang.

Dia juga mengatakan, Dunn hanya bergurau semasa memakaikan pakaian perempuan kepada anak lelakinya dan mengancam akan melemparkannya ke kolam buaya.

Namun, walaupun sudah dibela, Dunn tetap di penjara dan hanya boleh dilepaskan jika ia membayar wang jaminan setinggi 7,500 dolar AS.