Showing posts with label cerita semasa interview interview kerja kerani. Show all posts
Showing posts with label cerita semasa interview interview kerja kerani. Show all posts

Thursday, August 25, 2016

Waktu Interview Kerja. Korang Mesti TERKEJUT Apa Yang Bos Melayu Tu Suruh. MENAKUTKAN!!!

Assalamualaikum. Haa kat sini aku nak tanya sikit laa. Pernah ke korg pergi interview, org yg interview korg tu suruh korg buat benda pelik pelik? Okay cerita dia mcm nie, aku baru je lepas balik dari interview kerani dekat 1 company melayu nie. Company dotdotdot. Aku nie ada diploma. Di sebabkan aku dh lama sangat menganggur so aku cuba utk apply jadi kerani kat company tu. Tu pun kawan kepada kawan aku rekemen kan.

Sampai dkt company tu, dia suruh masuk bilik. Dia suruh duduk, then aku duduk la. Baru je duduk dia sua kan mangkuk abu rokok dia, dia suruh aku pergi basuh. Okay aku basuh la. dah settle basuh, aku masuk blik dia balik lepastu dia suruh letak air aku keluar balik then dia suruh isikan air banyak okay fine aku kluar balik isi bagi penuh.


Haa dah settle bab tu, dia pun tanya nama penuh. Aku pun bagitau la sekian sekian, lepastu dia suruh aku nyanyi. Aku segan la dalam hati dh pelik kenapa suruh aku nyanyi. Dia paksa nyanyi. Aku pun nyanyi lagu negara ku. Dah settle. Aku duduk. Dia tanya berat badan aku, dia tanya saiz pinggang then dia tanya saiz dada. eh dalam hati “kenapa ni” tapi aku bagitau la semua.

Settle tu dia suruh nganga mulut nak tgk gigi lubang ke tak, jari ada kudung ke tak. Aku konfius, aku nie mntak kerja kerani ke apa kan. Aku ikutkan jela. Lepastu dia suruh aku tulis karangan 3pages. Selama sejam ! Dia suruh menulis guna tangan. Okay fine. Lepastu dah settle dia suruh taip guna laptop. Interview saja dh makan masa sejam lebih.

Last dia cakap, esok datang lagi utk sambung interview sejam. Hmmm skrg aku nak tanya, mmg macam tu ke proses interview je? Aku keliru sbb sebelum nie tak pernah jadi mcm nie haaaa. Hmm perlu ke aku pergi lagi utk esoknya? - Lily. KREDIT IIUM.