Thursday, September 1, 2016

Hotel Mewah 10 Ribu Bilik di Kota Suci Mekah Diselubungi Kontroversi Panas.

Sebuah hotel bernama Abraj Kudai di Saudi Arabia disebut-sebut akan menjadi hotel terbesar sedunia. Betapa tidak, bangunan itu mempunyai 45 tingkat dan mempunyai 10,000 bilik.

Dipetik dari News.com.au, bangunan yang diibaratkan sebagai 'permata' pada mahkota Kota Suci Mekah ini akan dibuka tahun depan. Namun bukan tanpa cabaran.


Ada beberapa masalah berkaitan dengan pembangunan hotel mewah ini. Mulai dari jatuhnya kren hingga tuduhan pencabulan Kota Suci. Baru-baru ini mencuat juga keraguan tentang masa depan yang besar itu.

Ketika diungkap pada tahun lalu, rancangan-rancangan Abraj Kudai sangat mengesankan. The Guardian  mengistilahkan seakan-akan, bangunan itu direka oleh pengasas Disneyland.

Hotel kolosal ini mempunyai 12 menara yang mengelilingi podium 10 tingkat dengan keluasan ruang sehingga 1.4 juta meter persegi. Gayanya pun seperti "benteng gurun pasir".

Pada akhirnya, bangunan ini akan menaungi 70 restoran, sebuah pusat membeli-belah dan beberapa kawasan kuliner. Lalu ada sebuah stesen bas, empat landasan helikopter (helipad), balai pertemuan mewah, pusat persidangan dan 10 ribu bilik tetamu.

Para pemerhati bimbang tentang kesan hotel yang seperti kota itu terhadap warisan kota suci Mekah. (Sumber Dar Al-Handasah)

Ada 5 tingkat yang bukan untuk umum kerana dikhususkan bagi keluarga kerajaan Saudi. Semua bangunan dalam kompleks menawarkan penginapan bintang empat atau lima.

Hotel ini terletak di Daerah Manafia yang berjarak kira-kira 2 kilometer dari Masjidil Haram dan dirancang untuk melayani 2 juta jemaah yang datang ke masjid selama ibadah haji.

Dar Al-Handasah Group, sebuah syarikat konglomerasi global, adalah pihak yang melakukan perancangan. Pembiayaan sendiri berasal dari Menteri Kewangan Saudi Arabia. Hotel ini nantinya jauh lebih besar daripada First World Hotel di Malaysia yang mempunyai 'hanya' 7,300 bilik tamu.

Ancaman Bagi Kesucian Mekah?

Ketika rancangan Abraj Kudai diumumkan kira-kira 2 tahun lalu, keluhan pun bermunculan.

Para pemerhati bimbang tentang kesan hotel yang seperti kota itu terhadap Kota Suci Mekah. Bandar itu sendiri sekarang mempunyai bangunan ke tiga tertinggi sedunia, iaitu menara jam Abraj al-Bait setinggi 600 meter.

Menara jam itu pun sudah membayangi Masjidil Haram. Di Jeddah, tak jauh dari Mekah, sedang berlangsung pembangunan Menara Jeddah yang digadang-gadang menjadi bangunan tertinggi sedunia.

Abraj al-Bait, menara jam setinggi 600 meter di Mekah. Para pemerhati bimbang tentang kesan hotel yang seperti kota itu terhadap warisan kota suci Mekah. (Sumber foundtheworld.com)

Irfan Al-Alawi, pengarah Islamic Heritage Research Foundation yang berpusat di Inggeris, menjelaskan kepada The Guardian, "Segala sesuatu disingkirkan untuk memberi tempat kepada hotel-hotel mewah yang malah mencemar kesucian tempat ini dan 'menyingkirkan' para jemaah biasa."

"Ini adalah hari-hari terakhir Mekah. Ibadah haji seharusnya menjadi simbol ketabahan dan kesederhanaan, tetapi malah menjadi pengalaman yang lebih mirip dengan Las Vegas yang tak terjangkau oleh kebanyakan jemaah."

Ziauddin Sardar, penulis buku "Mecca: The Sacred City" memberi amaran kepada pembangunan yang amat besar sejenis Abraj Kudai di Saudi telah mengubah kota suci "menjadi Disneyland".

Ia berkata pihak Saudi penggusuran bangunan-bangunan lama yang menjadi ciri seni bina khas Mekah dan diganti dengan "metropolis mewah" serta "kerlap-kerlip seni bina".

Keraguan Masa Depan

Bandar ini muncul beberapa soalan tentang berhasilnya pembangunan Abraj Kudai. Sejak satu tahun terakhir, ada sejumlah masalah besar yang melibatkan rakan kongsi pembangunan ini, The Saudi Binladin Group.

The Saudi Binladin Group adalah salah satu syarikat terbesar bidang pembinaan di negeri tersebut, antara lain melalui pembangunan projek mega King Abdullah Economic City dekat Mekah dan lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur di Malaysia.
Pada 11 September tahun lalu, ketika sedang dilakukan pekerjaan pembangunan di Masjidil Haram, salah satu alat kerek milik syarikat itu roboh dilanda badai sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 107 orang dan mencederakan lebih daripada 400 orang lain.

The Saudi Binladin Group memecat beribu-ribu pekerja untuk mengelakkan bencana kewangan. Kemudian, para pekerja di Jeddah, Mekah, dan Riyadh melakukan protes kerana belum mendapat gaji. Sebuah bas syarikat sempat dibakar.

Persoalan yang menghantui syarikat itu semakin parah dengan merosotnya harga minyak bumi yang membawa kesan berantai kepada ekonomi Saudi.

Tumbangnya alat kren milik kontraktor, Binladin Group. Para pemerhati bimbang tentang kesan hotel yang seperti kota itu terhadap warisan kota suci Mekah. (Sumber Al Jazirah Online)

Kerajaan melakukan penjimatan sehingga masa depan The Saudi Binladin Group pun boleh dipersoalkan. Para ahli ekonomi mempersoalkan projek ini.

Tarik Dogru, pembantu profesor kewangan dan perakaunan hospitalitas di Boston University menduga projek itu tidak akan siap sekurang-kurangnya hingga 2018.

Katanya kepada Forbes, "Keputusan mengenai bila dan bagaimana menyelesaikan Abraj Kudai bergantung kepada kerajaan, dan mungkin akan menjadi petunjuk penting tentang bagaimana penstrukturan semula ekonomi Saudi Arabia."

Sehubungan dengan tragedi alat kren tersebut, keluarga bin Laden dilarang ikut dalam projek-projek baru dan diminta menghentikan projek-projek yang sedang berlangsung, termasuk hotel Abraj Kudai. Demikian juga dengan projek Menara Jeddah.