Friday, September 23, 2016

10 Jenis Kereta Menjadi Sasaran Pencuri Kereta Di Malaysia.

Senarai yang dikeluarkan oleh PIAM mendedahkan sebanyak 11,796 buah kenderaan dicuri bermula dari Januari sehingga Jun tahun ini berbanding dengan 12,412 buah kenderaan dicuri dalam tempoh yang sama pada 2015.


Ini bermaksud 60 buah kenderaan dicuri setiap hari di Malaysia, menurut data yang dikeluarkan oleh General Insurance Association of Malaysia (PIAM).


Selain itu, PIAM juga turut mengeluarkan senarai kereta yang menjadi kegemaran pencuri kenderaan pada tahun 2015 dan 2014.
Menerusi data di dalam senarai itu, dilihat Proton Wira menjadi 'pisang goreng panas' untuk pencuri kenderaan bagi kedua-dua tahun tersebut diikuti dengan Toyota Hilux dan Proton Iswara.


10 Kereta Kegemaran Pencuri pada 2015
  • Proton Wira (1,214)
  • Toyota Hilux (595)
  • Proton Iswara (552)
  • Perodua Kancil (550)
  • Proton Waja (538)
  • Perodua Myvi (379)
  • Proton Saga (318)
  • Proton Satria (238)
  • Nissan Vanette (208)
  • Honda Civic (200)
10 Kereta Kegemaran Pencuri pada 2014
  • Proton Wira (1,268)
  • Toyota Hilux (762)
  • Proton Iswara (717)
  • Proton Waja (694)
  • Perodua Kancil (638)
  • Perodua Myvi (477)
  • Proton Saga (414)
  • Proton Satria (273)
  • Toyota Vios (252)
  • Proton Perdana (243)
Sumber: Thestar | Siakapkeli