Showing posts with label viral. Show all posts
Showing posts with label viral. Show all posts

Thursday, September 8, 2016

Lepas Mengandung Sebab TERLANJUR Dengan Dia. Aku NEKAD Tinggalkan Family, Tapi Apa Yang Terjadi Buat Aku MENYESAL!!!

Assalamualaikum...Saya nak berkongsi cerita saya dan hope boleh jadi pengajaran untuk anda. Saya bercinta dengan 'A' selama 3 tahun. Saya memang terlalu sayangkan dia sehingga saya ketepikan parents saya. Parents saya memang tak sukakan dia sebab dia terlalu cemburu buta, panas baran dan terlalu mengontrol hidup saya. Tapi saya tak kisah semua tu, saya terlalu sayangkan dia.


Kami terlanjur dan perkara itu telah menyebbabkan saya mengandung. Masa tu perasaan saya berkecamuk buntu takut, saya pernah terfikir nak gugurkan tapi semua usaha saya untuk gugurkan anak dalam kandungan tak berjaya. Dalam masa yang sama waktu itu parents saya melarang saya untuk bertemu lagi dengan 'A'.

Saya membuat keputusan yang dangkal, saya telah lari mengikut 'A'. Bodohnya saya masa tu, sebab terlalu sayang saya jadi bodoh dan buta, sedangkan 'A' waktu itu tidak bekerja. Family saya terlalu risaukan saya sehingga sakit2. Ya Allah berdosanya saya. Dalam masa tiga hari mereka menemui saya yang bersembunyi di rumah 'A' tanpa pengetahuan keluarga 'A'. Saya berterus terang yang saya telah mengandung, menangis mereka depan saya waktu Itu. Allah waktu tu terasa menyesalnya saya manakala 'A' hanya diam.

Mereka pon menikahkan kami dua minggu selepas itu. Saya ingatkan lepas kahwin kami akan bahagia dan 'A' boleh ubah sikapnya, malangnya sama saja. Dia bekerja sebulan berhenti dan tukar kerja lain, begitulah sehinggalah saya melahirkn anak tersebut.

Dia tetap dengan perangainya yang cemburu buta dan sering menuduh saya yang bukan2. Semasa anak saya berusia 3 bulan dia pernah menuduh saya berzina dengan sepupu saya sendiri. Luluh hati saya, tapi saya tetap memberi dia peluang sebab sayang.
Kami selalu bergaduh, boleh kira berapa hari saja yang baik sehinggakan hari2 saya terfikir nak bercerai. Bila bergaduh dia akan keluar dari rumah kadang2 sampai seminggu baru balik. Hati saya sakit tak pernah dia peduli dan keadaan ini berlarutan sehingga saya hamil anak kedua. Saya terbaca whattsap dia dengan adik dia mengutuk saya. saya sedih sgt2, saya beritahu ibu saya dan ibu saya sangat marah sebab dia mengeluarkan perkataan2 yang tak sepatutnya kepada seorang isteri.

Saya jadi tawar hati dengan dia, lepas tu kami dah tak tinggal sebumbung lagi sampai sekarang dah setahun lebih. Anak saya pon dah lahir(kini berusia 8bln) satu nafkah apa pun dia tak pernah bagi untuk anak2. Segala keperluan parents saya yang tanggung, duit brim pun saya tak pernah rasa, saya rasa sedih sangat2.

Dia gantung saya tak bertali dan enggan lepaskan saya secara baik dan tak pernah contact saya langsung. Family dia pun tak pernah ambil tahu pasal saya dan anak-anak. Saya menyesal sangat kerana saya terlalu ikut perasaan sayang saya sampai apa yang IBU saya nasihat saya tak dengar langsung. Betul lah orang cakap seorang IBU tahu apa yang terbaik untuk anak2 dia..maafkan saya mama..Abah..:-( 

Kredit:- KRT

Gambar Ular Menelan Burung Yang Paling Istimewa.

Australia: Mackenzie Stuart menangkap beberapa gambar yang menarik dan dimuatnaik ke media sosial Facebook, dimana kejadian berlaku di rumah mereka di Bandar Pelancongan Agnes Water terletak di Central Queensland.


Gambar menunjukkan ular dalam keadaan yang condong turun dari bumbung sedang membelit dan menelan burung yang besar. Mackenzie berkata beliau sentiasa mendapat imej ular menelan banyak hidupan liar, tetapi gambar ini "yang paling istimewa" mengalahkan semua gambar yang pernah diambilnya.


Mackenzie berkata, "Dia tidak boleh membuat sebarang kesimpulan, tetapi beliau berpendapat mungkin ular itu berumur 5 hingga 6 tahun, kerana ia mempunyai panjang sehingga 2 meter.


Wednesday, September 7, 2016

Kisah Benar.. Orang Kampung HEBOH Bila Jenazah Wanita Ini DITOLAK Bumi Kerana.....

Sebuah kejadian yang pelik terjadi dalam proses pemakaman seorang wanita yang berasal dari sebuah daerah di Malaysia yang sangat sulit saat hendak dimasukkan ke dalam liang lahat. Kisahnya bermula dengan sejumlah penduduk menghantarkan jenazah yang telah dimasukkan ke dalam keranda.

#Meski telah diangkat oleh enam orang lelaki dewasa dengan formasi dua di depan dua di tengah dan dua dibelakang, tapi keranda itu masih terasa sangat berat.

$ehingga ditambah dua orang lelaki lagi untuk membantu mengangkat keranda dan akhirnya keranda itu pun dapat dibawa ke Tempat Perkuburan Awam (TPA).


Setelah jenazah sampai di TPA, terjadi sedikit masalah semasa hujan turun yang membuat tanah menjadi licin dan beberapa penduduk sempat tergelincir.
#Sepanjang proses pemakaman, kuburan dipenuhi isak tangis keluarga dan sanak saudara.

Si penggali kuburan yang berusia 55 tahun sudah melakukan pekerjaan itu selama 20 tahun dan sudah sangat berpengalaman dalam menentukan lokasi dan ukuran jenazah yang akan dimasukkan dalam liang lahat.

#Allohu Akbar! Allohu Akbar! Allohu Akbar! ! kata-kata itu keluar dari mulut hampir semua yang hadir dalam pemakaman tersebut setelah satu kejadian aneh terjadi.

Jenazah wanita yang diketahui bernama Simati sudah 3 kali dimasukkan dalam liang lahat namun tidak muat, padahal si penggali kubur sudah melebarkan dua kali dari ukuran asal.

Setelah gagal dalam hal tersebut seorang ustaz menyuruh anggota keluarga untuk azan dipengebumian itu. Dan barulah jenazah selamat dimakamkan.

#Menurut jiran tetangga si mati, almarhumah adalah wanita yang suka mengumpat serta memfitnah tanpa bukti, dan almarhumah juga tidak pernah menutup auratnya selama hidup, dia suka memakai pakaian seksi menampilkan bentuk tubuhnya.

"Kami sebagai tetangga pernah menegur kelakuannya itu, namun kami di caci maki serta dilempari dengan sepatu lantaran dia lebih kaya dari kami," ungkapnya....

Jadikan ini pelajaran bagi kita agar kita pun tak menjadi umat seperti ini. Silakan share jika menganggap ini penting dan wajib dibaca banyak orang...semoga bermanfaat.

#TOLONG JANGAN ABAIKAN SETELAH MEMBACA ARTIKEL INI, BAGIKAN KEPADA TEMAN ANDA DI MEDIA SOSIAL SEMOGA ANDA MEMPEROLEH PAHALA KEBAIKAN AMIIN...

"Barangsiapa menunjukkan suatu kebaikan, baginya seperti pahala yang melakukannya." (HR. Muslim). 

Kredit:- blogsantai

KERANA SAYANGKAN DATUKNYA!!! Wanita Cantik Ini Sanggup Membuat Tatu Di Belakang Dengan Gambar Datuknya.

Walaupun konsep tatu berbeza daripada masa lalu yang memberikan persepsi negatif dan kebanyakan orang berfikir apabila melihat seseorang yang mempunyai tatu percaya mereka adalah kelas yang tidak baik. Tetapi tidak bagi seorang gadis cantik ini, baginya tatu adalah seni dan menjadi satu peringatan yang kekal.


Dalam sudut pandangan orang lain, tidak kiralah sama ada seseorang itu baik atau tidak orang tetap akan memberikan tangapan yang negatif.
Seperti wanita ini, jika anda mempunyai sebarang hasrat untuk mengekalkan memori, apakah kaedah yang anda lakukan?





Adakah cara ini sesuai ataupun tidak?

Tuesday, September 6, 2016

VIRAL!! Berpakaian Super Seksi Perempuan Ini Curi Perhatian Di Pasaraya.

Seorang perempuan memakai pakaian unik mencuri perhatian di sebuah pusat membeli-belah di Namibia, Afrika. Perempuan dengan usia kira-kira dua puluh tahun itu memasuki pusat membeli-belah dengan pakaian khas dari daerah asalnya. Perempuan yang tak disebutkan identitinya ini hanya memakai selembar pakaian yang terbuat dari kulit binatang.


Perempuan itu menggendong bayinya yang kurang lebih berusia setahun. Selain hanya memakai selembar kulit yang menutupi alat vit4lnya, perempuan tersebut juga meluluri seluruh tubuhnya dengan lumpur untuk melindungi sengatan matahari.

Dia juga tidak memakai sandal atau kasut. Kakinya yang jenjang dibiarkan tel4njang menyentuh lantai seramik yang putih bersih. Hal ini berbeza dengan kulitnya yang hitam. Yang tak kalah mencuri perhatian adalah dandanan rambutnya.


Agar tampak indah, perempuan itu juga mengikat rambutnya menjadi beberapa bahagian. Tiap bahagian rambutnya yang kerinting itu dia lapisi dengan lumpur yang berwarna merah bata.

Perempuan dari suku Himba di Namibia Afrika ini menarik perhatian jurugambar Sweden Bjorn Persson. Bjorn berada di daerah itu untuk membuat sebuah filem dokumentari. Matanya tiba-tiba tertuju pada kedatangan wanita Himba yang ingin membeli-belah.
"Pada mulanya dia tidak melihat saya, namun beberapa saat kemudian ia menyedari apa yang saya lakukan," katanya.


Bjorn mengagumi wanita Himba kerana mereka selalu berpakaian khas sesuai daerahnya, tidak kira sama ada mereka berada di rumah di desa mereka atau melawat bandar-bandar besar.

Dilihat perempuan tersebut sedang mengambil detergen dan barang-barang lain sesuai keperluannya.

"Mereka sangat mencuri perhatian. 'Bagi saya, melihat mereka boleh memunculkan banyak pesoalanan dan tanda tanya," katanya mengakhiri.

INI PUN MENARIK DI BACA JUGA:

Monday, September 5, 2016

Gambar Haiwan Di Samping Orang Sedang Solat Ini Bikin Netizen Heboh.

Haiwan merupakan salah satu makhluk hidup yang diciptakan Allah SWT. Haiwan ini boleh dikatakan makhluk yang tidak punya fikiran, hati dan perasaan.


Tapi, bukan bererti haiwan tidak boleh bersujud pada Sang Pencipta ya. Buktinya beberapa haiwan berikut ini mengikuti pemiliknya bersujud kepada Allah SWT.

Hal ini terlihat dalam beberapa foto yang dimuat naik oleh pengguna media sosial. Gambar-gambar ini pun menjadi sangat viral di media sosial dan menjadi perbincangan hangat.

Dalam akaun Facebook bernama Maklumat Wong Solo yang dimuat naik oleh Nogox Ardiningrat, terdapat gambar aksi beberapa haiwan yang tengah meniru orang bersujud.
Aksi haiwan-haiwan ini pun menjadi perbincangan netizen. Banyak netizen yang mengulas mengenai kekaguman mereka terhadap haiwan-haiwan tersebut.

"Malu pada diriku sendiri .." tulis seorang netizen.

"Subahanalloh ... binatang saja boleh ... .. (bersujud),"

Nah, berikut ini gambar-gambar haiwan yang ikut bersujud kepada Allah SWT, seperti yang dilaporkan oleh Tribunnews.com.



Bikin PANAS, Gadis Seksi Ini Jadi Pemandu Teksi TERPANAS Di Dunia.

Tak boleh dinafikan rasa kesal apabila terjebak kesesakan di jalanan kota besar seperti Kuala Lumpur dapat membuat semangat kita hilang. Selain membuat suasana hati tidak menentu, tersekat juga selalu membuat masalah dengan terlambat ke sekolah ataupun sampai ke pejabat.


Namun apa jadinya jika pada masa lalu lintas padat, kamu ditemani pemandu teksi berparas cantik? Pasti kamu tak akan keberatan untuk bersesak dan tersekat dijalanan, kan?

Baru-baru ini, khususnya para pengguna rangkaian sosial, digegarkan dengan munculnya pemandu berwajah cantik bernama Ikuta Kana.

Kepopularannya di internet bermula ketika netizen penasaran dengan kisah kehidupan yang dilalui perempuan asal Jepun itu.


Kehidupan seharian gadis berusia 24 tahun ini dihabiskan dengan bekerja sebagai model sambilan dan menjadi pemandu teksi untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Banyak netizen yang membincangkan tentang Kana dan kini dia digelar sebagai pemandu teksi yang paling hangat di Jepun, atau mungkin juga dunia.


Dilaporkan, Kana memilih menjadi pemandu teksi sebagai pekerjaan keduanya kerana kerjayanya sebagai model tak menjamin kewangannya stabil.

Ikuta Kana telah menjadi pemandu teksi selama satu tahun setengah dan memandu dengan laluan Shibuya, Ebisu dan Naka-Meguro.

INI PUN MENARIK DIBACA JUGA:

Gambar Duduk Silang Kaki Aneh Jadi Viral Di Internet, Berani Cuba?

Jika aktif di media sosial akhir-akhir ini, anda pasti tahu gambar yang menunjukkan kaki seorang wanita yang sedang duduk di dalam kereta. Sekilas pandang, gambar itu kelihatan biasa sahaja.


Namun, jika diperhatikan lagi, gaya duduk wanita itu sungguh aneh. Ia menyilangkan kaki, tetapi menyilangkan lagi kaki lain ke kaki yang sudah disilang. Kakinya dua kali menyilang.
Ternyata, setelah menjadi viral di media sosial, gambar itu juga dibuat mimik lucu. Seperti seorang lelaki menunjukkan kepada kekasihnya sebuah kejutan dan ternyata adalah gaya duduk wanita misteri itu.


Ada pula yang menyamakan gaya duduk wanita itu dengan anjing yang juga sedang menyilangkan kakinya. Ada pula seorang wanita yang memakai kaki yang sebelum diletakkan di atas sebuah peti. Ini sebagai sindiran betapa anehnya seseorang memperlakukan kakinya.


Tak hanya mimik, ternyata banyak pula orang yang mengikuti gaya duduk wanita itu. Mereka beramai-ramai memuat naik gambar di media sosial.



Walaupun begitu, hampir tidak ada dari mereka yang menyamar menyilangkan kaki sempurna seperti si wanita misteri. Bagaimana dengan anda, sudah kah anda mencubanya?

Sunday, September 4, 2016

Pasangan Ini Berkahwin Dengan Mas Kahwin RM7.74 Dan Hidangan Pisang Goreng. Netizen KAGUM Melihatnya!!!

Kebanyakan pemuda pada masa ini enggan berkahwin hanya kerana tidak ada wang untuk kos perkahwinannya.


Kerana kebanyakan orang menganggap perkahwinan itu memerlukan banyak persiapan dan juga memakan banyak kos.

Padahal, tanpa wang pun boleh berkahwin. Masih ingat dengan cerita Rasulullah SAW yang menikahkan pasangan dengan mahar sandal jepun. Kisah itu ternyata menjadi inspirasi oleh pasangan yang satu ini.

Mereka tidak memusingkan bayaran untuk berkahwin. Cukup dengan mahar wang Rp25 ribu (RM7.74) dan hidangan pisang goreng serta teh manis, mereka sah menjadi pasangan suami isteri.


Pasangan ini berasal dari Kendari, Sulawesi Tenggara. Kisah mereka boleh menampar siapa pun yang masih suka menunda perkahwinan dengan alasan bajet.

Kisah inspiratif ini ternyata diceritakan oleh laman Facebook Hadis Shahih. Pemuda bernama Rizki Ramadhan tersebut menikahi si pujaan hati hanya dengan mahar sebesar RM7.74.


Tak hanya itu, hidangan yang disajikan bukanlah daging lembu atau pun ayam dengan lauk pauk yang enak, tetapi hanyalah pisang goreng dan juga teh manis hangat.

Nah, berikut ini adalah posting Hadis Shahih tentang pasangan tersebut, seperti yang dilaporkan oleh Tribunnews.com
"Mereka yg lemah mungkin akan berkata, tidak akan mungkin berkahwin dengan wang Rp.25.000 (RM7.74), tidak akan mungkin hidangan walimahan hanya dengan pisang goreng dan teh panas..?

Masyaallah Di usia 25 thn, malam ini telah nyata soalan diatas terjawab, perkahwinan itu terjadi.

Di mana harga androidmu jauh lebih mahal daripada mahar pengantin ini.

Tak ada daging, tak ada menu resepsi, bahkan pakej datamu lebih mahal daripada hidangan walimahan ini.

Pemuda ini telah memberi pembelajaran untuk kita semua bahawa pintu nikah itu mudah tanpa menyusahkan diri.

Mudahkan lah nikah janganlah menyusahkan memusingkan diri dengan pacaran yang jelas ke haramannya, jangan mempersulit diri dengan muka juta ataupun perarakan adat!

Ketika ada kemudahan di dalam Islam tetapi mengapa sebahagian lain menyulitkan dirinya.

Di hari ini Doakanlah mereka semoga Allah memberkahi mereka yg berusaha menjaga kesucian dirinya menyegerakan diri melalui jalan yg halal dengan perkahwinan...

Semoga Allah merahmati, di berikan kelapangan rezeki, diberikan keturunan yg soleh.

Mungkin hanya ini yang pantas kami ucapkan untukmu "Baarakallahu laka wabaraka 'alaiyka wa jama'a baiynakuma fii khoir".

Semoga menjadi pelajaran untuk kita semua."

Sejak di posting, kisah ini menjadi viral di media sosial dan banyak mengundang komen kagum dari netizen.

- sentiasabikinpanas.com

Saturday, September 3, 2016

Gambar Pernikahan Ini Jika Di Zoom, Ada Sesuatu Yang Boleh Bikin Anda Meremang!!!!

Sebuah gambar perkahwinan yang menggunakan konsep outdoor ini telah menarik perhatian sejumlah netizen.


Jika dilihat secara sepintas lalu, gambar perkahwinan tersebut memang tak ada apa-apanya. Dan semuanya kelihatan seperti biasa sahaja. Di mana ada sepasang pengantin, dan para tamu undangan.

Tetapi setelah foto tersebut di-zoom-in, maka kamu akan mencari sesuatu yang akan membuatkan anda meremang.

Dalam foto perkahwinan yang diambil oleh seorang jurugambar dari atas bangunan itu berjaya menangkap sebuah penampakan yang mengerikan. Penampakan itu menggunakan baju panjang berwarna coklat dan penutup kepala warna hitam.

Penampakan itu tidak hanya seorang, tetapi ada banyak kira-kira 12 penampakan.

Gambar penampakan ini terus menjadi viral di media sosial selepas dimuat naik oleh Haidar Tweets. Kerana seramnya, foto ini dibanjiri komen dan telah dikongsikan lebih daripada 5,000 kali. Malah, salah satu netizen ada yang menyebut foto perkahwinan itu proses penggambaran dari conjuring ketiga.
"Omg, apakah ini proses penggambaran dari conjuring yang lain (lol)?" Komen Mahnoor Ejaz.

Tertanya dengan foto penampakan tersebut? Baiklah lihat fotonya di bawah ini:


Tertidur Akibat KEPENATAN. Gambar Wanita Ini Dijadikan Mimik Dan Viral Di Media Sosial.

Seiring perkembangan teknologi, banyak orang yang suka membuat jenaka dari sebuah gambar. Aplikasi mengedit foto yang telah disediakan membuat banyak orang berkarya untuk mengekspresikan seni yang pada akhirnya hasil seni tersebut boleh menjadi bahan senda gurau.

Dan kali ini ada gambar seorang wanita yang menjadi korban seni sebagai bahan guruan. Gambar yang memperlihatkan wanita sedang tidur dengan gaya tak keruan ini pun terus dijadikan bahan editan. Hasilnya, dari satu foto boleh menjadi banyak gambar editan.

Dikatakan, wanita tersebut kelihatan terlalu mengantuk dan tertidur mungkin akibat dari kepenatan di sofa perpustakaan.

Salah satu temannya yang nakal pun mengabadikan gambar tidurnya hingga disunting dalam segala bentuk.

Kamurang ingin lihat hasil editannya?

Seperti yang dipetik dari Tribunnews.com, inilah dia diantaranya:

1. Ini gambar asalnya


Dan ini 8 jenis foto editan dari foto tidur gadis yang dirahsiakan identitinya itu:








Bagaimana pendapat kamurang? Editannya hebat jugakan, tapi kasian si perempuan jadi bahan gambar gurauan.

Friday, September 2, 2016

VIRAL!!! Siapakah Lelaki Manis Dan Lucu Berpakaian Pelajar Sekolah Ini?

Selalu ada saja idea kreatif seorang jurugambar dalam mencipta karya. Itulah yang dilakukan oleh Piyapat Supatkosit. Jurugambar yang digelar 'Art' ini ingin mencipta sesuatu yang lain, sesuatu yang berbeza.

Bersama rakannya, Toffie, Art mewujudkan fenomena baru. Ia meminta Toffie berpakaian seperti pelajar sekolah Jepun, tanpa mencukur kumis, jambang, maupun bulu kaki temannya itu. Ditambah sentuhan wig, jadilah Toffie seorang pelajar yang ceria, namun juga membuat banyak orang tertawa dengan posenya.


Dipetik dari World of Buzz, dengan janggut hitamnya, foto-foto Toffie yang diambil oleh Art berhasil memikat banyak orang. Bermula dengan latar belakang padang bunga matahari, album foto Art di Facebook dengan tajuk 'Sunflower Girl', telah dikongsikan lebih daripada 14,000 kali.

Kepopularan Toffie mencapai Vietnam, Malaysia, Taiwan, Filipina, hingga Indonesia. Rakan Toffie di Facebook pun bertambah setiap hari setelah mengetahui siapa lelaki di sebalik gadis berjanggut yang ceria itu.

"Saya datang dengan idea kerana saya fikir itu menarik dan lucu. Sesuai dengan kata 'kawaii' dari Jepun pula," terang Art.

"Saya dapat merasakan emosi feminin di mata model saya. Anda boleh melihatnya bila tidak mempedulikan janggut hitam Toffie," tambah dia.

Terkejut Saat Fotonya Viral

Foto seorang lelaki berpakaian pelajar sekolah tersebar luas. Siapa lelaki lucu itu sebenarnya?

Apabila ditanya sama ada beliau pernah terfikir foto-foto yang dia buat akan viral, Art mengaku tidak. Sampai sekarang, Art mengaku agak terkejut dengan betapa popularnya mereka berdua. Semua orang ingin berteman dengannya dan Toffie di Facebook.
Memenuhi hasratnya, Art membuat tiga album dengan tiga konsep berbeza. Tentu, semuanya dengan model yang sama: Toffie. Lucunya, Art mengaku bahawa dia hanyalah seorang amatur yang suka mengambil gambar walau banyak orang yang memuji foto-fotonya.


Netizen yang melihat gambar-gambar tersebut menyukai karya Art tersebut. Menurut mereka, Toffie sangat lucu dan manis. Malah mereka mesti melihat dua kali untuk meyakinkan diri kalau model cantik nan lucu tersebut adalah seorang lelaki.

"Wow, dia begitu manis dan comel. Di mana saya boleh bertemu dengannya?" tulis salah satu netizen.

Gambar Perkahwinan Pembaca Berita RTM Dengan Sultan Selangor.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berusia 70 selamat diijab kabul dengan pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Norashikin Abdul Rahman di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, pada 31 Ogos lepas.


Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani dalam satu kenyataan berkata, Sultan Sharafuddin dan Norashikin dinikahkan oleh Mufti Selangor Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid dalam majlis pernikahan yang sederhana dan ringkas atas titah baginda.

Munir berkata pernikahan turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Selangor Dr Anhar Opir; Al Fadil Imam Paduka Mohd Rasid Mahful; Bekas Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar; Ahli Majlis Agama Islam Selangor Datuk Salehuddin Saidin dan bapa serta anggota keluarga pengantin perempuan.

Sultan Sharafuddin dilahirkan di Istana Jema'ah Klang (kini Kolej Islam Sultan Alam Shah) pada 24 Dis 1945.

Ini adalah pernikahan ketiga Sultan Selangor selepas mendirikan rumah tangga dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal pada 1968 tetapi bercerai pada 1986 dan kemudian berkahwin dengan Puan Nur Lisa Abdullah (rakyat Amerika) tetapi berpisah pada 1997.
Baginda mempunyai dua puteri dan seorang putera iaitu Tengku Zerafina,Tengku Zatashah dan Tengku Amir (kini Raja Muda Selangor).

Norashikin, 45, yang berasal dari Kuala Lumpur adalah anak bongsu daripada tiga beradik.

Beliau pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada 2005 (ASA2005).

Mari kenali profil peribadi Norashikin Abdul Rahman isteri sah kepada Sultan Selangor. 

Biodata Norashikin Abdul Rahman


Nama Penuh: Norashikin Abdul Rahman
Umur: 45 Tahun
Status: Janda (Pernah berkahwin dan sudah mempunyai 2 orang cahaya mata)
Asal: Kuala Lumpur
Bilangan Adik Beradik: Anak bongsu daripada tiga beradik
Pekerjaan: Penyampai Berita RTM TV1
Anugerah: Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005)

Gambar Pernikahan Norashikin Abdul Rahman Dan Sultan Selangor


Kenyataan Akhir Pernikahan Sultan Selangor Dan Norashikin Abdul Rahman


Semoga perkahwinan ini bahagia sehingga ke akhir hayat. Amiin.

Berani Betul, Wanita Cantik Buang Air Besar Dalam Lif.

Cantik dan menawan, tak menjamin seorang wanita tidak bertindak di luar batas kewajaran. Misalnya, seorang wanita cantik yang terakam kamera CCTV buang air besar di dalam lif ini.


Dalam rakaman CCTV itu, kelihatan perempuan berpakaian putih, memakai rok, dan kasut tinggi memasuki lif dan menekan butang tingkat yang ingin ia tuju. Beberapa saat kemudian, wanita yang memakai beg putih itu kelihatan gelisah.

Pada mulanya wanita itu mungkin berusaha menahan rasa memulas di perutnya. Namun kerana tingkat yang dia tuju masih jauh, ia akhirnya menyerah.

Perempuan berambut panjang itu lalu menurunkan kainnya, mencangkung, dan mula buang air besar di lantai lif tersebut. Setelah selesai, ia menaikan semula kainnya sambil melihat ke sana-ke mari. Mungkin mencari kamera yang merakam aksinya.
Wanita itu lalu berdiri dan merapikan lagi pakaiannya. Setelah lif terbuka, ia melangkah keluar dan mengabaikan tumpukan kotoran yang dia buang di belakangnya.

Rakaman CCTV itu dipercayai diambil di sebuah lif di China. Meskipun demikian, tidak dijelaskan apakah insiden tersebut berlaku di dalam bangunan pejabat atau di pusat beli-belah. Juga tidak dijelaskan apakah perempuan tersebut ditangkap atas perbuatannya tersebut atau tidak.


Inilah Pengorbanan Seorang Anak Perempuan Berumur 13 Tahun Kepada Keluarga Yang Buat Anda TERSENTUH!!!

Anak saya yg bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di Perlis, balik bercuti hujung minggu dengan membawa seorang kawan sekelas berumur 13 tahun. Keluarganya tinggal di Sidam, Kedah. Anak ini nampak sangat bersopan. Setelah semalam bermalam dirumah saya, saya bercadang menghantarnya balik ke rumahnya bersama emak ayah berbuka. Lagipun tentu emak ayahnya teringatkan anaknya tiap kali berbuka, samalah seperti kami yg teringat anak di asrama tiap kali berbuka.


Bila saya mempelawanya untuk hantar dia balik rumah, dia berkata, "Pak Cik, emak tak bagi balik, sebab kalau balik habis duit banyak. Emak hanya buat capati dan ayah menumpang jual dikedai di kampung. "Tergamam saya mendengarnya. Saya pujuk untuk beri belanja, tapi dia tetap berkeras tidak mahu balik. Dia tetap berkata, "Mak tak bagi balik. "Patuh sungguh dia kpd arahan ibunya. Arahan ini membayang betapa susahnya hidup mereka, hingga dua tiga puluh ringgit pun perlu dijimat dg menahan rindu dendam. Semuda usia begini, mereka kena berkongsi kesusahan hidup keluarga. Pada riak wajahnya tetap nampak tersimpan sesuatu yg tidak terlahirkan. Saya tidak menghantarnya balik bila memikir wajibnya anak ini patuh pada perintah ibu. Saya pula yg terpaksa menelan kesedihan.

Ketika kita yg sedikit berada,sentiasa mengharap ada cuti supaya anak boleh bersama keluarga,ada insan yg terpaksa tidak membenar anaknya pulang, sedang hakikatnya jauh dilubuk hatinya, ibu mana yg tidak rindukan anak. Ketika kita bila teringat anak, terus memulas stereng meredah puluh bahkan ratus kilometer, mereka yg tidak berada berendam air mata, tetap teguh dengan pesan jangan balik, banyak belanja, emak tak ada duit. Mengikut kawan balik bercuti adalah jalan keluar bagi anak ini, dan berapa ramai lagi pelajar yg tidak mampu yg memandang dg penuh sayu kekawan lain dijemput ibubapa untuk bercuti dirumah, kerana pesan emak agar jangan balik bercuti, emak tak ada duit. Pada anda yg pernah menjadi penghuni asrama mungkin punya nostalgia, kengkawan yg tidak boleh balik bercuti kerana tak mampu.
Saya ingin mengajak anda menginsafi betapa mereka yg miskin bukan saja dituntut berkorban tenaga tetapi juga perasaan, anak anak juga dididik untuk menelan kepahitan, dimana boleh menumpanglah kesenangan orang. Jika anda ada anak diasrama, didiklah mereka untuk bersimpati dan menghulur tangan bagi meringan bebanan hidup mereka, berkongsi susah senang. Suruhlah anak membawa kawan yg dari keluarga yg kurang berada ke rumah mereka sehari dua,apa lagi jika yatim atau miskin, untuk merasa sedikit kemewahan kita, bilik berhawa dingin, menumpang kereta besar, menjamah hidangan yg tak termimpi dirumah sendiri.

Sumber:- Abd Ghani Haron

Thursday, September 1, 2016

Kaji selidik: 70 Peratus Penduduk Switzerland Setuju Larangan Burka.

Kurang lebih 70 peratus penduduk Switzerland menginginkan adanya larangan memakai burka. Hal tersebut terungkap melalui kajian yang diterbitkan dalam Le Matin Dimanche minggu lalu.

Dipetik dari The Local pada Rabu (31/8/2016), kajian melibatkan 15,824 penduduk di seluruh Switzerland. Kira-kira 55 peratus responden sepenuhnya menyokong gagasan larangan itu dan kira-kira 16 peratus menyatakan setuju.


Sokongan terhadap larangan itu berada pada tahap yang sama, yakni kaum lelaki dengan kira-kira 73 peratus suara dan kaum wanita dengan 69 peratus.

Tahap sokongan juga tidak terlalu berbeza-beza di seluruh negeri, kira-kira 72 peratus penduduk Switzerland berbahasa Jerman dan 70 peratus penduduk berbahasa Perancis adalah mereka yang bersetuju dengan larangan tersebut.

Namun perbezaan ketara kelihatan dalam sisi politik.

Kira-kira 96 peratus penyokong Parti Rakyat Switzerland (SVP) yang berhaluan kanan meluluskan larangan burka. Sokongan juga datang dari 73 peratus penyokong parti Liberal-radikal dan 75 peratus penyokong parti Kristian-Demokrat.

Sebaliknya, hanya 33 peratus penyokong Parti Hijau yang bersetuju dengan larangan tersebut. Sedangkan Parti Sosialis masih terbelah dua untuk urusan ini, kira-kira 47 peratus bersetuju dengan larangan dan 49 peratus menyatakan tidak setuju.

Sementara itu pada Mac lalu jawatankuasa di Egerkingen telah melancarkan kempen demi terlaksananya referendum untuk memperluaskan larangan burka ke seluruh negeri.

Di Ticino, sebuah kawasan di selatan Switzerland larangan penggunaan burka telah berlaku sejak 1 Julai lalu.

Masih Perlu 100 Ribu Tanda Tangan

Pada awal bulan ini, Christian Levrat, Presiden Parti Sosialis, mengatakan kepada La Liberté bahawa burka adalah 'penjara berpindah' ​​bagi kaum wanita dan harus dihapuskan melalui "pendidikan dan sokongan".

Jawatankuasa Egerkingen mempunyai masa hingga September 2017 untuk mengumpulkan 100 ribu tanda tangan yang diperlukan agar masalah ini dapat mencetuskan pungutan suara nasional.
Inisiatif ini bermula pada Mac lalu oleh Walter Wobmann, seorang ahli parlimen dari SVP. Menurutnya inisiatif ini meniru larangan di Ticino dan bermaksud mengajukan larangan setiap bentuk penutupan wajah di tempat-tempat umum.

Mengutip keputusan dari Dewan Eropah untuk Hak Asasi Manusia, jawatankuasa itu mengatakan bahawa penutupan wajah di depan umum 'merupakan percanggahan cara hidup bersama secara liberal dalam masyarakat yang bebas.'

Menurut jawatankuasa tersebut, larangan menutup wajah bukanlah sebuah diskriminasi.

Larangan yang dikemukakan nantinya diterapkan bukan hanya untuk burka, tetapi juga penutup wajah bagi orang-orang yang berniat melakukan kejahatan, seperti vandal atau mereka yang terlibat dalam demonstrasi yang 'berpengalaman' kekerasan.

Menurut jawatankuasa tersebut ada beberapa pengecualian, misalnya berkaitan isu kesihatan dan keselamatan, cuaca buruk, atau kerana kebiasaan setempat (tempatan), seperti misalnya topeng dalam festival.

Masalah burka telah mendominasi pemberitaan di Switzerland berikutan debat panas berkaitan isu sama yang tengah berlaku di negara jiran, Perancis.

Beberapa pantai di Perancis telah melarang penggunaan Burkini, yang dipandang sebagai versi burka untuk berenang.

Foto polis menjatuhkan denda pada perempuan yang mengenakan Burkini mencetuskan kontroversi di Perancis (CNN)

Sunday, August 28, 2016

Nampak Seorang Wanita Sedang Mendukung Anak Dan Suami Menolak Motor Jam 4 PAGI. Rupa-Rupanya Ini Yang BERLAKU!!!

Pernah sekali saya pulang lewat malam, jam 4 pagi. Di tepi jalan, ada seorang wanita berjalan sambil mendukung anaknya dan suaminya berada tidak jauh di depan menolak motosikal.

“Ini mesti kes kehabisan minyak,”

Kebetulan tidak beberapa jauh di depan ada stesen Shell, lalu saya berpatah balik dan menegur wanita itu.

“Kak, balik mana? Nak tumpang ke?”

“Tak apalah, abang ada di depan tu,” jawabnya yang kelihatan penat mendukung anak yang sedang tidur lena.


Terus saya memecut ke depan sambil melihat suaminya, lalu saya menegur suaminya.

“Ini apa kes bang? Habis minyak? Ada Shell di depan tu. Kasihan tengok akak. Apa kata saya tumpangkan akak sampai di Shell supaya mereka boleh tunggu di sana sambil itu saya belikan minyak untuk abang. Abang tunggu sajalah di sini, penat jalan kan?” saya cadang pada dia.

“Minyak ada sikit lagi, cukup untuk perjalanan balik. Tapi tayar pancit,” katanya.

Sekali tengok kat tayar, “Alamak!? Tengah malam buta begini, mana ada workshop buka bang,”

“Tak apalah, pelahan-lahan kami jalan sampailah di rumah nanti,” katanya menolak pelawaan aku sekali lagi.

“Beginilah bang, abang tolak motor ini sampai di Shell. Saya dengan kakak sama anak abang tunggu di sana. Nanti saya sembang dengan tauke Shell itu, motosikal abang simpan di sana. Esok pagi abang datang ambil semula motosikal dengan bawa pomen sekali. Sekarang, saya hantar abang dan akak pulang dulu. Malam-malam begini, itulah cara yang terbaik bang,” kata saya yang cuba menyakinkan dia.

“Tetapi, kami seganlah encik. Itu kereta BMW, kereta mewah. Kami orang susah, kutip kotak cardboard saja,” katanya.

“Apalah abang ni, time ni tak kiralah semua itu, yang penting akak sama anak dah penat, kita settlekan dulu ye,” balas saya.

Sekali saya hantar mereka pulang, punyalah jauh abang ni dari Persiaran Raja Muda Musa sampai ke Pulau Indah. Kalau jalan kaki, memang sampai matahari terbit barulah tiba di rumah. Jadi, nak cerita bab KFC lah, kami lalu KFC Port Klang, anak dia tiba-tiba teriak.

“Abah! Adik nak KFC!”

Lantas si ibu lekas-lekas menutup mulut anaknya.

“Abang dah makan ke belum?”

“Tak apa encik, kami tak lapar,” jawabnya dalam nada segan.

Hati jadi sebak, saya terus buang U-Turn dan berhenti di KFC. Bawa si kecil masuk dan memesan makanan. Manakala ibu bapanya tunggu di dalam kereta.

“Adik nak makan apa?”

“Abang kita suka ayam,” katanya.

Aduhai, rupa-rupanya ada abang seorang lagi di rumah pun belum makan. Jadi saya pesan satu tong besar ayam goreng, kentang, roti dan Pepsi sebotol besar. Bila masuk balik kereta, ibu bapanya terharu sungguh melihat tangan kami penuh dengan plastik KFC.

Sampai di rumah, saya hulurkan wang RM300 pada lelaki itu, buat ganti tayar dan isi minyak motosikal. Selebihnya buat duit dapur bagi isterinya.
Saya juga memberikan alamat kedai saya agar dia boleh datang ke sana untuk mengambil kotak cardboard yang bertimbun-timbun tingginya hingga ke siling. Kalau dijual di kedai, boleh dapat RM1,500. Wang itu saya bagi saya taklah seberapa tetapi pada mereka, ianya besar dan memang rezeki mereka. Saya beritahu mereka, saya halalkan saja.

Sesungguhnya kami orang Cina Malaysia tidak benci pada orang Melayu. Saya sayang pada orang Melayu, rindu dengan kawan-kawan Melayu. Tetapi kita semua dipolitikkan untuk membenci antara satu sama lain demi kepentingan politik mereka.

Yang paling saya benci, kaki rasis yang suka menghasut orang. Kami Cina bukan benci Islam, Islam itu indah kata Cikgu Nik Aziz, cuma secara kebetulan kerajaan kita itu Melayu dan kami hanyalah menentang korupsi, penyelewengan, penindasan dan penipuan. Kalau kerajaan kita itu Cina, kami tetap lawan menentang! Cina haprak kami bantai, MCA Gerakan pun kami hentam ye tak? Jadi, mana ada cerita Cina lawan Melayu? Itu semua poyo.

Ini pesan bagi orang yang benci Cina, korang belum lagi kenal saya, belum jodoh kita bertemu. Jauh perjalanan, luas pengalaman, jangan dek ego kaum, musnah harapan bangsa Malaysia.

Salam dari Australia. - Wayne Phang.