Friday, September 2, 2016

VIRAL!!! Siapakah Lelaki Manis Dan Lucu Berpakaian Pelajar Sekolah Ini?

Selalu ada saja idea kreatif seorang jurugambar dalam mencipta karya. Itulah yang dilakukan oleh Piyapat Supatkosit. Jurugambar yang digelar 'Art' ini ingin mencipta sesuatu yang lain, sesuatu yang berbeza.

Bersama rakannya, Toffie, Art mewujudkan fenomena baru. Ia meminta Toffie berpakaian seperti pelajar sekolah Jepun, tanpa mencukur kumis, jambang, maupun bulu kaki temannya itu. Ditambah sentuhan wig, jadilah Toffie seorang pelajar yang ceria, namun juga membuat banyak orang tertawa dengan posenya.


Dipetik dari World of Buzz, dengan janggut hitamnya, foto-foto Toffie yang diambil oleh Art berhasil memikat banyak orang. Bermula dengan latar belakang padang bunga matahari, album foto Art di Facebook dengan tajuk 'Sunflower Girl', telah dikongsikan lebih daripada 14,000 kali.

Kepopularan Toffie mencapai Vietnam, Malaysia, Taiwan, Filipina, hingga Indonesia. Rakan Toffie di Facebook pun bertambah setiap hari setelah mengetahui siapa lelaki di sebalik gadis berjanggut yang ceria itu.

"Saya datang dengan idea kerana saya fikir itu menarik dan lucu. Sesuai dengan kata 'kawaii' dari Jepun pula," terang Art.

"Saya dapat merasakan emosi feminin di mata model saya. Anda boleh melihatnya bila tidak mempedulikan janggut hitam Toffie," tambah dia.

Terkejut Saat Fotonya Viral

Foto seorang lelaki berpakaian pelajar sekolah tersebar luas. Siapa lelaki lucu itu sebenarnya?

Apabila ditanya sama ada beliau pernah terfikir foto-foto yang dia buat akan viral, Art mengaku tidak. Sampai sekarang, Art mengaku agak terkejut dengan betapa popularnya mereka berdua. Semua orang ingin berteman dengannya dan Toffie di Facebook.
Memenuhi hasratnya, Art membuat tiga album dengan tiga konsep berbeza. Tentu, semuanya dengan model yang sama: Toffie. Lucunya, Art mengaku bahawa dia hanyalah seorang amatur yang suka mengambil gambar walau banyak orang yang memuji foto-fotonya.


Netizen yang melihat gambar-gambar tersebut menyukai karya Art tersebut. Menurut mereka, Toffie sangat lucu dan manis. Malah mereka mesti melihat dua kali untuk meyakinkan diri kalau model cantik nan lucu tersebut adalah seorang lelaki.

"Wow, dia begitu manis dan comel. Di mana saya boleh bertemu dengannya?" tulis salah satu netizen.