Showing posts with label balik buka puasa. Show all posts
Showing posts with label balik buka puasa. Show all posts

Friday, September 2, 2016

Inilah Pengorbanan Seorang Anak Perempuan Berumur 13 Tahun Kepada Keluarga Yang Buat Anda TERSENTUH!!!

Anak saya yg bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di Perlis, balik bercuti hujung minggu dengan membawa seorang kawan sekelas berumur 13 tahun. Keluarganya tinggal di Sidam, Kedah. Anak ini nampak sangat bersopan. Setelah semalam bermalam dirumah saya, saya bercadang menghantarnya balik ke rumahnya bersama emak ayah berbuka. Lagipun tentu emak ayahnya teringatkan anaknya tiap kali berbuka, samalah seperti kami yg teringat anak di asrama tiap kali berbuka.


Bila saya mempelawanya untuk hantar dia balik rumah, dia berkata, "Pak Cik, emak tak bagi balik, sebab kalau balik habis duit banyak. Emak hanya buat capati dan ayah menumpang jual dikedai di kampung. "Tergamam saya mendengarnya. Saya pujuk untuk beri belanja, tapi dia tetap berkeras tidak mahu balik. Dia tetap berkata, "Mak tak bagi balik. "Patuh sungguh dia kpd arahan ibunya. Arahan ini membayang betapa susahnya hidup mereka, hingga dua tiga puluh ringgit pun perlu dijimat dg menahan rindu dendam. Semuda usia begini, mereka kena berkongsi kesusahan hidup keluarga. Pada riak wajahnya tetap nampak tersimpan sesuatu yg tidak terlahirkan. Saya tidak menghantarnya balik bila memikir wajibnya anak ini patuh pada perintah ibu. Saya pula yg terpaksa menelan kesedihan.

Ketika kita yg sedikit berada,sentiasa mengharap ada cuti supaya anak boleh bersama keluarga,ada insan yg terpaksa tidak membenar anaknya pulang, sedang hakikatnya jauh dilubuk hatinya, ibu mana yg tidak rindukan anak. Ketika kita bila teringat anak, terus memulas stereng meredah puluh bahkan ratus kilometer, mereka yg tidak berada berendam air mata, tetap teguh dengan pesan jangan balik, banyak belanja, emak tak ada duit. Mengikut kawan balik bercuti adalah jalan keluar bagi anak ini, dan berapa ramai lagi pelajar yg tidak mampu yg memandang dg penuh sayu kekawan lain dijemput ibubapa untuk bercuti dirumah, kerana pesan emak agar jangan balik bercuti, emak tak ada duit. Pada anda yg pernah menjadi penghuni asrama mungkin punya nostalgia, kengkawan yg tidak boleh balik bercuti kerana tak mampu.
Saya ingin mengajak anda menginsafi betapa mereka yg miskin bukan saja dituntut berkorban tenaga tetapi juga perasaan, anak anak juga dididik untuk menelan kepahitan, dimana boleh menumpanglah kesenangan orang. Jika anda ada anak diasrama, didiklah mereka untuk bersimpati dan menghulur tangan bagi meringan bebanan hidup mereka, berkongsi susah senang. Suruhlah anak membawa kawan yg dari keluarga yg kurang berada ke rumah mereka sehari dua,apa lagi jika yatim atau miskin, untuk merasa sedikit kemewahan kita, bilik berhawa dingin, menumpang kereta besar, menjamah hidangan yg tak termimpi dirumah sendiri.

Sumber:- Abd Ghani Haron