Showing posts with label viral. Show all posts
Showing posts with label viral. Show all posts

Friday, July 29, 2016

Viral: 'Orang Telah Meninggal' Pertahan Najib Di Media Sosial.

Gambar seorang wanita, yang dakwa rakannya telah meninggal dunia tiga tahun lalu, muncul dalam akaun Facebook yang mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Akaun media sosial 'Zunaidah Zain', yang menggunakan potret itu sebagai gambar profil, tidak lagi boleh didapati di Facebook.

Menurut screenshot daripada posting yang sudah tersebar luas itu, 'Zunaidah Zain' berkata rakyat harus menyokong pemimpin, dengan menggunakan hashtag #RespectMyPM #BelieveinPM itu.

Namun, seorang lagi pengguna media sosial menjawab bahawa gambar yang digunakan oleh 'Zunaidah' sebagai gambar profilnya sebenarnya adalah rakannya yang telah meninggal dunia.

"Gambar profile yang Cik Puan gunakan adalah gambar sahabat saya, Syuhada Baharudin. Beliau sudah kembali kepada penciptanya 3 tahun yang lepas," tulis Rita Abdul Rahim.

Semakan di media sosial menunjukkan gambar yang digunakan oleh 'Zunaidah' sepadan dengan gambar yang dimuat naik oleh Syuhada di laman Facebooknya.

Posting terakhir Syuhada di Facebook ialah pada bulan Jun 2014.

Dalam perkembangan yang sama, jurucakap kumpulan belia, Challenger Syed Saddiq Abdul Rahman berkata ini bukan kali pertama akaun palsu diwujudkan bagi memuji Najib secara melambung.

Katanya, gambar pendebat negara, Mifzal Mohammed juga digunakan tanpa kebenaran.

"Gambarnya digunakan oleh pelbagai akaun (media sosial) untuk menyerang saya," kata Syed Saddiq di Facebook.

"Betapa bodohnya mereka? Adakah mereka benar-benar fikir saya tidak mengenali rakan-rakan debat saya?" kata Syed Saddiq yang dinamakan sebagai pendebat terbaik Asia.

Beliau juga memuat-naikkan screenshot 'Nazreev Najeeb' yang membidasnya di Facebook dengan berkata "minda kosong paling banyak membuat bising".

Gambar profil ‘Nazreev’ sepadan dengan gambar profile akaun Google+ pendebat UiTM, Mifzal.

Hashtag pro-Najib, termasuk #BeStrongPM, muncul di media sosial berikutan pengumuman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang memfailkan tindakan undang-undang untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion berkaitan 1MDB.

DOJ mendakwa aset berkenaan dibeli menggunakan dana yang diselewengkan daripada 1MDB.

Antara yang dinamakan dalam saman sivil itu adalah anak tiri Najib, Riza Aziz dan rakan keluarganya, Jho Low. - Malaysiakini

Lalai! Hospital Ini Salah Operasi Lidah Bayi.

Mempunyai seorang anak merupakan sebuah anugerah dan kebahagiaan tersendiri bagi ibu bapa. Namun, rupanya hal tersebut hanya dirasakan sekejap oleh Jennifer Melton, seorang ibu asal Tennesse, Amerika Syarikat, yang baru sahaja melahirkan bayi laki-lakinya, Nate. Apa pasal?

Dipetik dari CNN pada Rabu (10/2), Pusat Kesihatan Universiti di Lubnan, berhampiran Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat, yang tak lain adalah rumah sakit tempat ia melahirkan keliru ketika melakukan operasi lidah pada bayinya. Operasi yang seharusnya dilakukan pada bayi lain malah dilakukan kepada anaknya. 

Sesaat setelah kelahirannya, Jennifer Melton berfikir untuk melakukan pemeriksaan rutin pada anaknya ke rumah sakit. Tapi ketika Melton kembali, ia histeria melihat apa yang terjadi pada bayinya. "Jururawat menyebutkan prosedur yang telah mereka lakukan bahawa mereka telah memotong lidahnya," ungkap Melton pada CNN.

Melton, ibu Nate bimbang akan masa depan anaknya. (Via: cnn.com)
Rupanya Nate telah melakukan satu siri operasi frenulektomi, yakni di mana lipatan kulit di bawah lidah anak dipotong. Prosedur ini biasanya dilakukan ketika lipatan kulit pada lidah terlalu ketat dan boleh menyebabkan gangguan semasa menyusukan serta masalah bercakap. 

"Ini kecuaian. Tidak ada alasan untuk memotong lidah anak yang sihat. Tidak ada alasan untuk mencampur bayi di rumah sakit," ujar Clint Kelly, peguam keluarga Melton kepada CNN. Doktor yang namanya tidak disebutkan, mengakui kesalahannya. "Saya telah mengambil bayi yang salah. Saya mungkin telah melakukan prosedur pada bayi yang bukan saya maksud ... dan saya mengakui kesalahan saya dan meminta maaf," tulisnya.

Atas tragedi itu, kini, Melton dan peguam mereka bimbang akan masa depan Nate. "Kami tidak tahu sama ada Nate akan mempunyai masalah bicara atau masalah makan. Perhatian di sini iaitu Nate adalah bayi yang sihat yang seharusnya meninggalkan rumah sakit, tapi malah dianiaya oleh rumah sakit," kata Kelly.

Thursday, July 28, 2016

Berkat Pokemon GO, Niantic Labs Mendadak Jadi Kaya!

Sudah bukan menjadi rahsia bahawa Pokemon Go telah mendapat kejayaan yang sangat besar semenjak ia diperkenalkan pada 2 minggu lalu. Walaupun permainan tersebut masih mempunyai banyak masalah di dalamnya, Niantic Labs tetap mendapat pendapatan yang sangat banyak berkat game buatan mereka tersebut.

Pelbagai pemerhati percaya yang pencipta Pokemon GO telah mendapat pendapatan melebihi angka US $14 juta, baik dari iOS ataupun Android. Semenjak ia dikeluarkan pada 6 Julai, permainan tersebut telah berjaya menjadi fenomena yang bertaraf antarabangsa.


Pada masa ini ada lebih banyak orang yang bermain game tersebut daripada mereka yang menggunakan aplikasi media sosial seperti Twitter atau Snapchat. Bahkan beberapa orang yang tidak tahu apa-apa mengenai Pokemon atau belum pernah bermain game Pokemon sebelumnya ikut bermain hanya untuk melihat seperti apa cara mainannya.


Apa sebenarnya yang membezakan permainan ini dengan permainan telefon pintar lain seperti Clash of Clans atau Clash Royale? Bukan hanya Pokemon GO menggunakan teknologi "augmented reality" untuk membuat pemainnya merasakan sensasi menangkap Pokemon liar, namun, secara tidak langsung permainan ini juga mengajak para pemainnya untuk pergi keluar dan melihat pelbagai tempat yang belum pernah dikunjungi sebelum ini hingga bersosial dengan pemain lain secara langsung. Walaupun ketika bermain kita tetap harus memperhatikan skrin telefon pintar, kita juga dapat bertemu dengan pelbagai orang baru dan saling membicarakan Pokemon, bahkan beberapa orang mulai membentuk sebuah komuniti untuk saling bekerjasama mencari Pokemon.


Semua orang sudah sangat tidak sabar untuk segera bermain Pokemon GO, dan pelbagai masalah server yang dialami oleh game tersebut tidak menjadi halangan bagi mereka untuk segera menangkap Pokemon. Sekarang Niantic Labs mungkin telah memberikan update terbaru, untuk mengatasi semua masalah tersebut, namun, permainan tersebut masih jauh dari sempurna untuk boleh dimainkan oleh semua orang.


Jadi tidak hairanlah jika Pokemon GO berjaya mendapatkan banyak wang dalam masa yang singkat. Banyak yang meramalkan bahawa populariti dari game ini akan menjadi sangat tinggi hingga akhir musim panas, jadi para developer permainan mudah alih yang lain masih harus bersabar untuk dapat bersaing. Masih ada banyak permainan lain di luar sana yang terus muncul setiap harinya, namun, nampaknya apa yang orang peduli sekarang hanyalah satu hal, Pokemon GO.


Siapapun pasti akan terus ketagihan setelah mereka merasakan sensasi menangkap Pokemon pertama mereka dalam permainan tersebut. Secara perlahan Pokemon GO telah menjadi lebih daripada sekadar permainan mudah alih biasa, dan banyak orang mula memasukan permainan tersebut kedalam rutin kehidupan seharian mereka. Jika hanya dalam waktu yang singkat mereka telah berjaya mendapatkan pendapatan hingga sebesar US14 Juta, maka boleh dipastikan angka tersebut akan terus meningkat secara drastik.


Menurut kamu, sejauh mana Pokemon GO akan terus berkembang? Adakah populariti permainan ini telah mengalahkan permainan mudah alih yang lain? Jangan lupa untuk memberikan pendapat kamurang melalui ruang komen ya!

Masih Belum Terlambat.

Sepasang suami isteri akhirnya mengambil gambar perkahwinan mereka, 80 tahun selepas mereka berkahwin.

Song Qinglin, 102, dan isterinya Song Lishi, 99, terlalu miskin untuk menyambut perkahwinan mereka secara besar-besaran ketika berkahwin pada 1936. Majlis diadakan untuk meraikan mereka ketika itu hanya menyediakan tiga juadah, lapor People's Daily Online.

Pasangan romantik dari wilayah Anhui, timur China itu memakai baju kahwin mereka sambil berpegang tangan sepanjang sesi merakam gambar pada 23 Julai lalu - ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-80.


Gambar disiarkan menunjukkan Lishi memakai gaun kahwin putih dihiasi labuci dan manik, manakala Song memakai baju tradisional, Changshan berwarna merah.

Mereka turut dibantu puluhan sukarelawan yang mahu membantu menjadikan pengalaman itu kenangan indah. - Agensi

Tuesday, July 26, 2016

Gara-gara 1MDB, MALAYSIA Secara Automatik Dikenali Sebagai Negara Pencuri.

Tidak semena-mena perkataan kleptokrasi tiba-tiba popular dan menjadi sebutan ramai di sebalik tindakan menggemparkan dunia yang diambil oleh Jabatan Kehakiman AS mahu menyita harta-harta yang dikaitkan dengan 1MDB.

Menurut kenyataan yang dibacakan oleh Peguam Negara AS, tindakan menyita harta-harta berjumlah kira-kira RM4,000 juta berkaitan 1MDB yang dilakukannya adalah di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptokrasi.

Buat seketika ramai yang tidak tahu apa itu makna kleptokrasi. Barangkali majoriti kita tidak pernah pun mendengar perkataan itu sebelum ini. Setelah ditinjau dalam google dan dicari maklumat dalam wikipedia, kleptokrasi rupa-rupanya memberi makna yang cukup memalukan kepada Malaysia.


Dalam ertikata mudah, kleptokrasi adalah kerajaan pencuri yang mencuri duit rakyat untuk memperkayakan diri sendiri dan kelompok tertentu yang dekat dengan pemimpinnya. Secara langsung ia sangat bertentangan dengan makna dan amalan demokrasi yang dijunjung selama ini. 

Di media-media sosial, barangkali untuk kemudahan pakcik kampung dan makcik Felda memahaminya, kleptokrasi disimpulkan berasal daripada cantuman perkataan "klepet" dan "kelentong" yang berselindung di sebalik demokrasi.

Sebab itu, dalam kenyataan yang disebut oleh Jabatan Kehakiman AS, harta-harta yang disita berkaitan 1MDB itu akan dikembalikan semula kepada pemunya asalnya.


Rupa-rupanya juga, dalam kita bergembira kerana AS mahu mengembalikan semula harta-harta yang disita itu kepada kita, Malaysia juga turut mendapat malu kerana kini lebih dikenali sebagai negara kleptokrasi.

Dalam kenyataan yang disebut oleh Jabatan Kehakiman, selain harta-harta yang bakal disita, mereka juga tanpa ragu-ragu mengatakan wang RM2,600 juta yang dimasukkan ke akuan peribadi Malaysian Official 1 adalah juga berasal daripada 1MDB.

Makna kata, dalam maklumat yang ada dalam tangan Jabatan Kehakiman AS dan FBI, tidak ada sama sekali individu Timur Tengah, anak raja Arab atau sesiapa yang lain yang kononnya pernah ditemui oleh Zahid Hamidi yang dikenalpasti sebagai penderma wang tersebut.

Curi jugalah maksudnya wang RM2,600 juta itu.

Hanya kerana 1MDB, Najib Razak dan Jho Low, seluruh dunia dalam sekelip mata mula mengenali negara kita sebagai negara pencuri. 

Malu beb...melainkan bagi mereka yang sama-sama pencuri.


Keadaan ini, mahu tidak mahu, dengan sendirinya meletakkan beban yang berat kepada seluruh rakyat Malaysia untuk tahun-tahun mendatangnya. Tentunya tidak ada di antara kita yang waras mahu Malaysia terus dikenali sebagai kleptokrasi atau negara pencuri.

Di dunia moden sekarang, tidak ada negara lain yang dilabel sebagai negara pencuri melainkan negara kita. Pelabur dan pelancong tentu saja akan memikir lebih daripada sekali untuk datang ke sini selepas ini.

Kecuali bagi yang tiada rasa malu, tidak terhina walau sedikit pun atau terus bergantung kepada dedak dalam kehidupan, menyingkirkan Najib, sama ada dalam masa terdekat atau ketika pilihanraya nanti, sudah menjadi keutamaan buat semua kita.

Jika tidak, Malaysia akan terus dikenali sebagai negara pencuri untuk selama-lamanya.


Sumber: shahbudindotcom

Monday, July 25, 2016

‘Jangan Putar Belit Cerita, Budak Perempuan Ini Memang Bermasalah’ - Md Sukhairi Osman

Assalamualaikum. Semalam, gempar cerita cikgu tampar budak di Batu Gajah. Ramai yang memberikan komen menyalahkan guru semata-mata. Jadi, saya mendiamkan diri saja dan membaca komen-komen yang diberikan.

Sebenarnya, cerita ini bermula pada hari Selasa lagi. Pelajar tersebut memakai baju yang dikecilkan mengikut body, tudung kecil, dan alis mata diukir.

Cikgu Huslin yang membuat spot check pada masa itu, menahannya dan mengarahkan baju ditetas/dibuka jahitan dan membebel serta kata-kata kesat keluar dari mulutnya. Cikgu Huslin naik marah dan beri penampar yang taklah kuat sangat.


Hari Rabu, dia tidak hadir ke sekolah. Hari Khamis, pelajar itu datang kembali ke sekolah dan berjumpa dengan Pengetua. Maka dia banyak menjawab dengan Pengetua, tidak seperti budak-budak lain.


Gambar yang diviralkan itu adalah gambar lama pelajar ini dimasukkan ke wad kerana terjatuh di bilik air di rumahnya dan mendapatkan rawatan doktor.

Kenyataan mendakwa pelajar itu koman ditampar oleh ustazah Huslin itu adalah tidak benar. Ibu bapanya viralkan kerana tidak berpuas hati dengan Cikgu Huslin dan Pengetua tentang permasalahan disiplin anaknya. Itu ceritanya, tolong forward cerita sebenar.

Sumber : Pixel

Thursday, July 21, 2016

Pelakon Pondan Thailand Jadi Viral.

Kecantikan seorang pelakon Thailand yang muncul hanya satu minit untuk satu babak dan menuturkan cuma sebaris ayat dalam filem China bertajuk ‘Lost in Thailand’ membuatkan sesiapa sahaja yang menonton tertarik padanya.

Ini membuatkan pelakon tersebut menjadi subjek carian paling utama bagi filem berkenaan mengalahkan kesemua pelakon lain termasuk watak utama.

Bagaimanapun, ramai pelayar internet kecewa dan terkejut apabila mengetahui pelakon cantik tersebut adalah salah seorang pelakon pondan terkenal di Thailand.

Lost In Thailand mendapat sambutan hangat penonton malah berjaya mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman di China, mengalahkan The Avatar.


Menurut undang-undang Thailand, pondan atau transeksual masih dikategorikan sebagai lelaki tetapi boleh dirujuk sebagai wanita dalam dunia sosial.

Sebilangan tandas di kawasan awam negara tersebut turut mempunyai tandas khas bagi kaum ini, dikenali sebagai tandas ‘pink lotus’. - sentiasabikinpanas.com


Sumber: Asiaone

Sunday, July 17, 2016

[Viral] ~ Gadis 18 Tahun Kahwin Datuk Tarik Perhatian Netizen.

Makassar (Indonesia): Seorang datuk yang sudah berusia 63 tahun menjadi bualan mulut netizen di Indonesia selepas dia mengahwini seorang gadis berusia 18 tahun. 

Menurut portal tempatan Makassar, Harian Fajar, datuk itu yang dikenali sebagai Nasir, berkahwin dengan gadis pujaannya, Milawati pada Isnin lalu di Desa Suwa. 

Nasir ketika ditemuramah oleh akhbar itu berkata, dia sudah berkahwin sebelum ini namun isterinya meninggal dunia pada Februari lalu akibat sesak nafas. 

Menurutnya, sejak menduda, dia berhasrat untuk berkahwin lagi dan menginginkan bakal isteri yang masih dara. “Alhamdulillah, akhirnya doa saya dimakbulkan,” katanya. 


Nasir berkata, dia bertemu dengan Milawati sebanyak dua kali sebelum bertandang ke rumah gadis itu untuk meminang. Bapa kepada Milawati, Nasaruddin, 48, berkata dia menerima lamaran Nasir selepas anaknya itu bersetuju. 

“Tiada paksaan dalam perkahwinan ini. Apabila kedua-duanya bersetuju saya hanya memberi restu,” jelasnya. 

Milawati berkata, biarpun jarak usia yang jauh, dia tiada masalah untuk berkahwin dengan Nasir. 

“Banyak orang yang menghina kami, tetapi inilah jodoh dan saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang,” katanya.

Thursday, May 26, 2016

Kemaluan Lelaki Digigit Ular, Sehingga Dia Pengsan Di Dalam Tandas.

Lelaki itu segera memanggil isterinya yang meminta bantuan jiran-jiran untuk menyelamatkan mangsa.

Seorang lelaki di Thailand nyaris maut apabila kemaluannya digigit seekor ular sawa sepanjang 3.5 meter dalam tandas.

Kejadian ngeri itu berlaku di wilayah Chachoengsao, timur Bangkok kira-kira jam 6.30 pagi semalam ketika Atthaporn Boonmakchuay, 38, duduk di atas mangkuk tandas sebelum diserang reptilia itu.

Akhbar The Sun yang berpangkalan di United Kingdom memetik laporan Bangpakong News sebagai berkata, lelaki itu segera memanggil isterinya yang meminta bantuan jiran-jiran untuk menyelamatkan mangsa.

Mereka kemudiannya berjaya mengikat kepala ular sawa itu.

Namun, mangsa yang terpaksa bergelut dengan reptilia berkenaan pengsan akibat kehilangan terlalu banyak darah sebelum dikejarkan ke hospital.

Anggota kecemasan terpaksa memecahkan mangkuk tandas itu untuk mengeluarkan ular sawa yang bersembunyi di dalamnya sebelum dilepaskan ke hutan.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan bagaimana reptilia itu masuk ke dalam mangkuk tandas di rumah mangsa.

Monday, May 23, 2016

Ludah Semasa Proses Pembungkusan, Peniaga Buah Durian Akan Dipanggil Polis.

Malaysia: Susulan viral satu video seorang individu yang dituduh orang ramai kerana seolah-olah meludah pek buah durian ketika proses pembungkusan, pihak polis akan memanggil peniaga durian tersebut untuk memberi keterangan.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata tindakan akan diambil jika ada kesalahan yang dilakukannya.

"Kami akan memanggil peniaga berkenaan dan akan siasat perkara ini. Jika didapati melakukan kesalahan, tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada.

"Setakat ini tiada laporan polis dibuat dan tiada penahanan. Unit peronda sudah memantau lokasi malam tadi tetapi peniaga berkenaan sudah tiada," katanya lapor Harian Metro.

Sejak petang semalam, rakaman video yang didakwa berlaku di Taman Sri Gombak itu menjadi viral di media sosial.

Akibat serangan orang ramai secara terus ke kedainya itu, peniaga tersebut sudah tidak lagi berniaga di situ.

Seorang lelaki yang enggan dikenali ketika ditemui oleh Harian Metro di lokasi berkata, gerai berkenaan sudah beroperasi lebih 10 tahun di situ, dan berlaku sedikit kekecohan, kira-kira 9 malam tadi.

"Selepas rakaman itu viral petang tadi (semalam), orang ramai datang dan marah-marah. Mereka pun berkemas bawa semua barang jualan masuk ke dalam lori," katanya.

Selain itu, pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Gombak turut kelihatan membuat tinjauan di kawasan tersebut.

Sumber: HMetro

Lelaki Ini Selamba Membeli - Belah Di Pasaraya Dengan Berpakaian Seksi.

Lelaki ini memang berani kerana sanggup memakai pakaian seksi tanpa mempedulikan reaksi orang ramai ketika mengunjungi sebuah pasaraya di Shenzhen, China.

Dengan berkasut but dan seluar dalam yang mendedahkan punggungnya, dia dengan selamba memilih barang.

Mungkin lelaki ini sengaja menagih perhatian dan atas sebab itu dia tidak kisah dengan renungan ramai.

Kelibatnya yang bersahaja dan tanpa rasa malu itu telah menarik perhatian ramai hinggakan gambarnya dirakamkan dan dimuatnaik dalam media sosial.

Gambar tersebut bagaimanapun mendapat reaksi yang pelbagai daripada orang ramai, dengan ada yang memuji keberaniannya berpakaian seperti itu, tidak kurang pula yang menghentamnya.

Keadaan itu juga mengakibatkan pengguna media sosial di China, kini berdebat mengenai etika pemilihan pakaian dan sama ada pakaian seperti itu sesuai dipakai di khalayak ramai.
- sentiasabikinpanas.com

Tuesday, May 17, 2016

Wanita Ini Ditangkap Kerana Melakukan Seks Dengan Anjing.

Australia: Seorang wanita dari Queensland, bakal dihadapkan ke mahkamah selepas pihak polis berjaya menahannya atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadap anjing peliharaannya.

Pada mulanya, Jenna hanya ditahan kerana disyaki menjual bahan terlarang dadah jenis kanabis namun selepas memeriksa telefon bimbitnya, pihak polis menemui tiga rakaman video menunjukkan dia sedang melakukan hubungan seks dengan binatang tersebut.

Dia kini sedang menghadapi kedua-dua pertuduhan iaitu melakukan hubungan seks dengan anjing dan mengedar dadah.

Menurut wakil pusat penjagaan haiwan peliharaan RSPCA Queensland, perbuatan jijik yang dilakukan Jenna adalah sama sekali tidak masuk akal.

“Perbuatannya bukanlah satu perkara yang biasa, ia adalah sesuatu yang sangat luar biasa.

“Dalam Akta Perlindungan Haiwan Peliharaan, serangan seksual tidak termaktub dalam akta itu. Maka untuk memindahkan anjing milik Jenna kami perlukan bukti bahawa suspek pernah dera ataupun abai binatang peliharaanya itu.

“Kami akan cuba sedaya mungkin untuk menyelamatkan anjing terbabit (daripada pemilik yang tidak bertanggungjawab).” 

Sumber: mynewshub.cc

Pengantin Lelaki Telan Pil Kuda Supaya Malam Pertamanya Luar Biasa!

Seorang pengantin lelaki bertindak di luar dugaan apabila sanggup mengambil pil kuda semata-mata ingin menjadikan malam pertamanya luar biasa.

Bagaimanapun tindakan lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori hantu itu membawa padah apabila dia dicekup polis, dua hari selepas dia bergelar pengantin baru.

Pemuda berusia 25 yang baru naik pelamin bersama gadis pilihannya berasal dari Kampung Delong dalam satu majlis persandingan yang difahamkan berlangsung di Kampung Nibong itu ditahan dalam serbuan polis kira-kira jam 2 petang.

Dia ketika itu dipercayai berkunjung ke rumah rakannya untuk mengambil dadah.

Suspek yang mempunyai ahli keluarga berasal dari Bachok, Kelantan ketika ditemui turut mengakui menjadi penagih sejak beberapa tahun lalu dan pernah ditahan lebih dua kali sebelum ini.

Gambar hiasan
Pengantin baru ini dicekup di tapak projek dekat kampung Tokkah dibawa ke ibu pejabat polis daerah setelah dicekup bersama rakannya kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Katanya, dia berjaya memujuk gadis yang kini menjadi isterinya untuk berkahwin setelah mendakwa sudah insaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya.

“Sebelum ini isteri saya tahu bahawa saya seorang penagih, akan tetapi demi cinta suci kami, dia sanggup melayari bahtera dengan berkahwin dengan saya.

“Namun dia tidak mengetahui bahawa saya ada mengambil dadah sehari sebelum naik pelamin sehinggalah saya ditangkap petang tadi,” katanya yang didapati positif dadah jenis methampethamine.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik itu dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sunday, May 15, 2016

[Viral] Budak Diajar Guna Pistol Oleh Bapanya.

SEORANG lelaki di Turki dikecam netizen selepas tersebarnya video yang mengajarkan anaknya menggunakan sepucuk pistol.

Difahamkan klip video yang berdurasi 52 saat itu dirakam di bandar Kofrez yang terletak di wilayah barat laut Marmara dan dimuat naik oleh lelaki itu sendiri.

Malah melalui klip itu juga dapat dilihat si bapa mengisi beberapa biji peluru kedalam senjata api yang akan digunakan oleh anaknya yang berusia lima tahun itu.

“Tunjukkan kepada saya bahawa kamu adalah anak lelaki bapa,” jerit si bapa kepada anaknya.

Si bapa turut mengarahkan anaknya memegang senjata api itu menggunakan kedua-dua belah tangan sebelum anaknya perlahan-lahan mengangkat senjata api itu lalu melepaskan lima das tembakan.

Si bapa yang bangga dengan pencapaian anaknya itu berteriak keseronokkan dan teruja.

“Tarik picu pistol itu, tarik,” jerit si bapa.

Rata-rata netizen yang melihat aksi itu mempersoalkan kredibiliti lelaki itu sebagai seorang bapa kerana sanggup membahayakan anaknya.

- sentiasabikinpanas.com

(Video) Dapat Peti Ais Baru; Kerana 'Peti Ais Bodoh'.

Gelagat dua beradik yang kecoh apabila pintu peti ais di rumah mereka tercabut menjadi viral sejak minggu lalu.

Gelagat melucukan itu mencuit hati netizen yang menonton kesungguhan mereka cuba memperbetulkan semula pintu peti ais tersebut, namun dalam masa yang sama masih sempat 'bercekau' antara mereka.

Selain dari dua beradik itu, turut kelihatan seorang kanak-kanak lagi, dipercayai adik mereka turut sama 'sibuk' melihat apa yang berlaku.

Turut kedengaran ibu kanak-kanak tersebut yang memarahi mereka kerana merosakkan peti ais tersebut.

Si abang dilihat cuba membetulkan pintu peti ais yang dirosakkan adiknya, sambil mulutnya membebel memarahi si adik yang asyik menuduh peti ais itu sebagai 'bodoh'.

"Yang hang pi hempas kuat-kuat pasai apa? Dok kata peti ais bodoh, dia yang bodoh,” bebel si abang dalam loghat utara.


Namun kini mereka sudah boleh bergembira dengan peti baharu selepas menjadi tetamu rancangan Meletop Kebaboom pada dua hari lalu.

"Dua beradik yang tengah viral gara-gara kerana sebuah peti ais!! Terima kasih datang dari jauh Kedah ke Kuala Lumpur untuk muncul di Meletop Kebaboom!! Sebagai hadiah, Meletop Kebaboom turut memberikan hadiah saguhati sebuah peti ais kepada dua beradik ni! #meletopkebaboom", tulis Meletop Kebaboom di laman Instagram mereka.


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tentu sekarang mereka bergembira dengan peti ais baru mereka.  - sentiasabikinpanas.com

Saturday, May 14, 2016

(Video) Bekas Gangster Kongsi Kisah Hidupnya Dahulu.

Sebelum ni viral kisah Abang Long Fadzil yang merupakan bekas anggota kongsi gelap atau gangster Singapura di mana beliau telah menerima hidayah Allah.

Beliau kini telah berhijrah ke jalan dakwah dengan memberi ceramah kepada golongan-golongan muda supayan kembali ke jalan Allah.

Di dalam ceramahnya, beliau menceritakan pengalaman hidupnya semasa bergelar gangster kepada orang ramai di mana kisah hidupnya itu dijadikan sebagai pengajaran kepada umat Islam yang lain.

Menurut Abang Long Fadzil, beliau telah memperoleh hidayah pada awal tahun 2015 hanya kerana dari mimpi yang dialamainya.

Ternyata doa ibunya yang berterusan mendoakan anaknya itu berubah dan tidak putus harapan dimakbulkan Allah.

Apapun, semoga perjalanan beliau dalam dakwah ini sentiasa diberkati dan dirahmatiNya.

[Viral] Manusia Ditelan Ular Di Perak Adalah PALSU! - Bomba

Perak, 13 Mei - Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak hari ini menafikan viral kononnya seorang wanita ditelan ular sawa di Taiping.

Menurut pengarahnya, Datuk Yahya Madis, perkara tersebut tidak benar dan pihaknya tidak pernah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden terbabit.

"Mesej mengenai manusia telah ditelan ular sawa di Jalan Aulong, Taiping tersebut ‎adalah palsu. Gambar tersebut pernah diviralkan dahulu dan kini disebarkan semula," katanya sebagaimana laporan Bernama.

Viral itu memaparkan gambar seekor ular sawa yang ditangkap oleh bomba selain berita yang menyatakan reptilia itu telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak. - sentiasabikinpanas.com

Friday, May 13, 2016

TMJ Hanya Salah Faham?

Isu berhubung kenyataan TMJ yang tidak senang dengan tindakan Cawangan Khas Bukit Aman memantau pergerakan dan ‘mencuri’ dengar perbualan telefon baginda hanyalah salah faham, kata Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata pihaknya telah memberi penjelasan kepada Tunku Ismail berhubung perkara itu dalam pertemuan satu jam kira-kira pukul 10 pagi tadi di Istana Bukit Pelangi di Johor.

“Pagi tadi saya telah pergi menghadap baginda (Tunku Ismail) di Istana Bukit Pelangi, Johor dan sebenarnya ada sedikit salah faham … itu saja dan tiada apa-apa.

“Saya sudah menjelaskan perkara ini kepada baginda dan tidak ada apa-apa masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas kejohanan ragbi Piala Rujirawongse 2016 di padang Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Jalan Semarak.

Sebelum itu, Facebook ‘Johor Southern Tigers’ memuat naik status berkaitan wawancara bersama Tunku Ismail. Dalam wawancara itu, Tunku Mahkota Johor tidak faham mengapa pergerakan baginda dipantau dan perbualan telefon dicuri dengar Cawangan Khas.

Berikutan itu, Tunku Ismail meluahkan rasa ‘tidak faham’ mengapa dirinya menjadi sasaran pihak SB.

“Saya tidak faham mengapa telefon saya dicuri dengar. Saya tidak faham mengapa pergerakan saya dipantau oleh SB.

“Saya tidak faham mengapa mereka perlukan fail mengenai saya dan ayahanda saya di Bukit Aman,” titahnya dalam satu temu bual bersama wartawan di Facebook Johor Southern Tigers.

Pada masa yang sama, Tunku Ismail menegaskan bahawa baginda bukanlah pengganas sebaliknya adalah seorang yang prihatin terhadap rakyat.

“Saya bukannya pengganas. Saya tidak berbahaya.

“Saya tidak pernah membunuh sesiapa kecuali ‘membunuh’ bola sepak Malaysia,” titahnya. 

Sumber: mynewshub