Thursday, July 28, 2016

Berkat Pokemon GO, Niantic Labs Mendadak Jadi Kaya!

Sudah bukan menjadi rahsia bahawa Pokemon Go telah mendapat kejayaan yang sangat besar semenjak ia diperkenalkan pada 2 minggu lalu. Walaupun permainan tersebut masih mempunyai banyak masalah di dalamnya, Niantic Labs tetap mendapat pendapatan yang sangat banyak berkat game buatan mereka tersebut.

Pelbagai pemerhati percaya yang pencipta Pokemon GO telah mendapat pendapatan melebihi angka US $14 juta, baik dari iOS ataupun Android. Semenjak ia dikeluarkan pada 6 Julai, permainan tersebut telah berjaya menjadi fenomena yang bertaraf antarabangsa.


Pada masa ini ada lebih banyak orang yang bermain game tersebut daripada mereka yang menggunakan aplikasi media sosial seperti Twitter atau Snapchat. Bahkan beberapa orang yang tidak tahu apa-apa mengenai Pokemon atau belum pernah bermain game Pokemon sebelumnya ikut bermain hanya untuk melihat seperti apa cara mainannya.


Apa sebenarnya yang membezakan permainan ini dengan permainan telefon pintar lain seperti Clash of Clans atau Clash Royale? Bukan hanya Pokemon GO menggunakan teknologi "augmented reality" untuk membuat pemainnya merasakan sensasi menangkap Pokemon liar, namun, secara tidak langsung permainan ini juga mengajak para pemainnya untuk pergi keluar dan melihat pelbagai tempat yang belum pernah dikunjungi sebelum ini hingga bersosial dengan pemain lain secara langsung. Walaupun ketika bermain kita tetap harus memperhatikan skrin telefon pintar, kita juga dapat bertemu dengan pelbagai orang baru dan saling membicarakan Pokemon, bahkan beberapa orang mulai membentuk sebuah komuniti untuk saling bekerjasama mencari Pokemon.


Semua orang sudah sangat tidak sabar untuk segera bermain Pokemon GO, dan pelbagai masalah server yang dialami oleh game tersebut tidak menjadi halangan bagi mereka untuk segera menangkap Pokemon. Sekarang Niantic Labs mungkin telah memberikan update terbaru, untuk mengatasi semua masalah tersebut, namun, permainan tersebut masih jauh dari sempurna untuk boleh dimainkan oleh semua orang.


Jadi tidak hairanlah jika Pokemon GO berjaya mendapatkan banyak wang dalam masa yang singkat. Banyak yang meramalkan bahawa populariti dari game ini akan menjadi sangat tinggi hingga akhir musim panas, jadi para developer permainan mudah alih yang lain masih harus bersabar untuk dapat bersaing. Masih ada banyak permainan lain di luar sana yang terus muncul setiap harinya, namun, nampaknya apa yang orang peduli sekarang hanyalah satu hal, Pokemon GO.


Siapapun pasti akan terus ketagihan setelah mereka merasakan sensasi menangkap Pokemon pertama mereka dalam permainan tersebut. Secara perlahan Pokemon GO telah menjadi lebih daripada sekadar permainan mudah alih biasa, dan banyak orang mula memasukan permainan tersebut kedalam rutin kehidupan seharian mereka. Jika hanya dalam waktu yang singkat mereka telah berjaya mendapatkan pendapatan hingga sebesar US14 Juta, maka boleh dipastikan angka tersebut akan terus meningkat secara drastik.


Menurut kamu, sejauh mana Pokemon GO akan terus berkembang? Adakah populariti permainan ini telah mengalahkan permainan mudah alih yang lain? Jangan lupa untuk memberikan pendapat kamurang melalui ruang komen ya!