Sunday, May 15, 2016

[Viral] Budak Diajar Guna Pistol Oleh Bapanya.

SEORANG lelaki di Turki dikecam netizen selepas tersebarnya video yang mengajarkan anaknya menggunakan sepucuk pistol.

Difahamkan klip video yang berdurasi 52 saat itu dirakam di bandar Kofrez yang terletak di wilayah barat laut Marmara dan dimuat naik oleh lelaki itu sendiri.

Malah melalui klip itu juga dapat dilihat si bapa mengisi beberapa biji peluru kedalam senjata api yang akan digunakan oleh anaknya yang berusia lima tahun itu.

“Tunjukkan kepada saya bahawa kamu adalah anak lelaki bapa,” jerit si bapa kepada anaknya.

Si bapa turut mengarahkan anaknya memegang senjata api itu menggunakan kedua-dua belah tangan sebelum anaknya perlahan-lahan mengangkat senjata api itu lalu melepaskan lima das tembakan.

Si bapa yang bangga dengan pencapaian anaknya itu berteriak keseronokkan dan teruja.

“Tarik picu pistol itu, tarik,” jerit si bapa.

Rata-rata netizen yang melihat aksi itu mempersoalkan kredibiliti lelaki itu sebagai seorang bapa kerana sanggup membahayakan anaknya.

- sentiasabikinpanas.com