Showing posts with label unik. Show all posts
Showing posts with label unik. Show all posts

Saturday, September 24, 2016

Pengantin Kahwin Dalam Terowong.

Sepasang pengantin yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas mengadakan upacara perkahwinan mereka di dalam terowong semata-mata mahu mereka dirasmikan sebagai suami isteri pada waktu yang bertuah. 


Pasangan pengantin itu merancang mengadakan majlis perkahwinan diikuti jamuan makan pada jam 12 tengah hari yang dianggap waktu bertuah untuk mereka, lapor Huanqiu. 
Bagaimanapun, mereka terperangkap di dalam terowong di Ankang bersama 40 rakan dan saudara-mara disebabkan kemalangan jalan raya. 

Sebelum itu, pengantin lelaki terbabit keluar pada jam 5 pagi untuk mengiringi bakal isterinya ke lokasi majlis perkahwinan. 

Pada mulanya mereka menyangka sempat sampai ke tempat berkenaan sebelum jam 12 tengah hari.

Sumber: Agensi | HMetro | SBP

Wednesday, September 21, 2016

Inilah Antara Kolam Lumpur Panas Yang Paling Unik Di Dunia.

Dipercayai lumpur di kolam ini dapat mengubati penyakit ganjil seperti penyakit "mana sudah janji-janji manismu," dan "mana sudah janji terang bulan mu dulu"..

Tiada bayaran dikenakan untuk pengunjung yang ingin berkelah bersama keluarga di sni..masuk adalah percuma..hehehe



**Sila telefon YB kawasan ini untuk mendapat keterangan lanjut...

Sumber: Isiah Heaven | SBP

Friday, September 16, 2016

20 Perkara Lucu Dan Tidak Masuk Akal Ditemui Pada Buku Bacaan.

Semasa admin masih seorang pelajar, saya terpaksa meletakkan sedikit usaha dalam membuat buku teks saya supaya agak lucu, tapi tidak seperti mereka-mereka ini yang begitu mudah mendapatkannya. Seolah-olah seperti penerbit itu sendiri dengan sengaja memastikan bahawa akan ada banyak hiburan antara mukasurat buku tersebut.

Terima kasih kepada orang-orang di Bored Panda, buku teks ini gagal (atau menang sebenarnya) telah terkumpul di satu tempat untuk keseronokan anda. Adakah ini mengingatkan anda mengenai sesuatu dari tahun persekolahan anda? Sila berkongsi cerita anda di ruang komen di bawah!
1. Ditemui di buku 'My Web Design'...saya blur sikijap..ooh ok...


2. Seorang wanita berkata "Hello" dalam Bahasa Perancis kepada Pasangan Di Dalam Semak. OMG...apa diurang buat tu..?


3. Ini dijumpai pada halaman pertama buku teks Statistik. Sedih betul tau ni...


4. Terdapat sesuatu yang ganjil dalam buku 'My Engineering'..adakah anda nampak apa yang saya lihat.


5. Lebih baik belajar ini - Just In Case...bilang urang


6. Terdapat 'Gem' dalam buku teks 'A High School Seks Ed'..Fuh hebatnya buku ni..


7. Dalam buku baca Bahasa Sepanyol, budak lelaki ini membuat panggilan kepada gadis dan bertanya 'Apa Nombor Telefonnya'? Bah ko salin ah...sia x mau ulang..


8. Buku teks Bahasa Perancis ini cuba menerangkan 'Colours', tapi lupa bahawa ianya dalam hitam dan putih.


9. Invisible Man....awesome buku ni tau...kamurang x mau ke?


10. Harimau boleh dipelihara di dalam penjara. Sia suka ni penjara...


11. Saya sedang membaca buku 'My Chemistry'...mmmm...biar betul buku ni...???


12. Ini apa yang ada didalam buku teks Biologi kawan kepada kawan kepada kawan saya. Berapa banyak dah kawan....


13. Uiiii, gambar pada buku teks ini terbaik sepanjang zaman? Ko memang hebat author...sia slut ko...


14. Level buku teks: Chernobyl....bikin takut pulak.


15. Lagi 'Gem' tersembunyi dibelakang buku teks...penerangan tu yang paling manang...sot tau ni...


16. Buku teks Ekonomi saya agak pesimis...bulih juga macam ni...pakar ekonomi kot..


17. Ini satu persoalan yang menarik, buku teks Matematik kawan kepada kawan saya...pun kawan kepada si kawan saya...ini sudah gila...


18. Perkataan 'Trouble' dalam kamus Jerman bersifat perkauman? 1 budak hitam jatuh dalam longkang...tinggal berapa budak hitam?


19. Main dengan baik, buku teks Biologi. Saya sedang melihat apa yang anda tengah buat disana! ni mcm pun ada...ini kali lah...tukar..


20. Buku ujian buta warna...oh tidak..mengapa ini berlaku...mcm mana nak lulus jpj ni...



Thursday, September 15, 2016

Mitos Unik Erti Tahi Lalat Di Zaman Dahulu.

Meskipun peradaban manusia sudah semakin moden, namun soal mitos, tahyul masih banyak orang yang tetap mempercayainya sampai saat ini. Bukan hanya tentang fenomena alam tetapi juga bahagian anatomi tubuh kita seperti letak tanda lahir tahi lalat yang konon boleh menggambarkan nasib, daya tarikan sensual, kesihatan, hingga peruntungan seseorang yang sudah digariskan sejak ia baru dilahirkan. 


Percaya atau tidak percaya, banyak sekali mitos unik mengenai erti tahi lalat di zaman kuno dari berbagai wilayah dunia, bermula dari era zaman Rom, China sampai peradaban Eropah kuno.

Erti Tahi Lalat di Tubuh menurut Perempuan Romawi Kuno

Kecantikan dan tubuh mulus bersih adalah segala-galanya bagi perempuan Romawi kuno. Tak hairan jika kehadiran jerawat di wajah saja sudah membuat mereka malu untuk keluar rumah.

Di era tersebut, para remaja perempuan yang sudah memasuki masa akil baligh akan berusaha untuk menghilangkan / menyembunyikan tanda lahir seperti letak tahi lalat di wajah dan tubuh mereka. Kerana hal itu membuat mereka tidak percaya diri ketika bertemu dengan laki-laki.

Untuk menghilangkan tahi lalat yang melekat di tubuh mereka, perempuan Romawi kuno akan menggunakan ramuan abu yang diperbuat daripada cekerang siput.

Namun tak kurang juga diantara mereka nekad melakukan prosedur yang melampau dan rawan jangkitan penyakit, seperti menyayat tahi lalat tanpa pembiusan, dan menggunakan alat bedah steril seperti yang dilakukan oleh para doktor kecantikan di zaman moden.

Sebagai Tanda Fortune, Nasib Baik, Kesihatan di China

Jika masyarakat Romawi lebih mengertikan tahi lalat sebagai momok memalukan, lain halnya bagi masyarakat di China. Mereka sangat percaya tahi lalat yang ada ditubuh manusia bukanlah terjadi secara kebetulan.

Kerana erti tahi lalat boleh menandakan peruntungan, nasib buruk, kesihatan serta gambaran takdir pekerjaan seseorang dimasa depannya.

Ada sebuah tradisi unik yang berlaku di sana, namanya tradisi Moleomancy merupakan ilmu warisan leluhur yang boleh meramal seseorang dengan melihat letak tahi lalat kemenangan di tubuhnya yang menandakan kesihatan, jodoh dan profesion pekerjaan di masa depan.

Tahi lalat yang terletak di wajah ada 9 titik, yang salah satunya boleh mentafsirkan kemakmuran, peruntungan, nasib buruk, kemiskinan serta kesialan berturut-turut.

Jika selepas diramal ada tahi lalat yang hinggap di titik buruk, mereka akan segera menghilangkannya dengan harapan dapat mengubah nasib orang itu nanti. Ramalan di zaman sekarang, titik kemenangan ini mula dibangunkan kurang lebih sebanyak 65 tanda.


Era Ratu Victoria, United Kingdom

Penjelasan makna tahi lalat juga berlaku di era Ratu Victoria, pemerintahan United Kingdom. Dimana ada perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat menjelaskan erti tahi lalat melalui ilmu perubatan.

Ilmu perubatan ini dikenali dengan nama Frenologi yang boleh mengetahui tahap kecerdasan, watak keperibadian sampai kecerdasan manusia.

Dalam Ilmu Frenologi ini akan melakukan pengindentifikasian terlebih dahulu yang dinamakan proses Moleoscopy. Dengan langkah ini akan diketahui erti letak tahi lalat di bahagian tubuh seseorang, misalnya tahi lalat yang berada di bahagian dahi kanan alias dahi itu tandanya dia orang bijak.

Sedangkan jika terlihat ada disebelah bahagian dahi kiri, orang tersebut sudah pasti boros dan tidak cekap untuk menetapkan kewangan. Berjalan dari kiri dan kanan ini dilihat dari sisi pemeriksanya.

Peradaban Yunani purba

Mitos unik mengenai tahi lalat selanjutnya juga berlaku pada rakyat Yunani purba. Di era tersebut rakyatnya sangat mengalu-alukan seorang lelaki bernama Melampus, dia adalah jurutulis handalan dari Raja Ptolemy I.

Menurut cerita, Melampus boleh meramal tentang garis hidup seseorang hanya dengan melihat letak tahi lalat itu berada. Contohnya jika letak tahi lalat ada disekitar kawasan pipi baik disebelah kiri ataupun kanan.

Apabila dewasa nanti ia akan bernasib baik, mudah memiliki kekayaan dan dipercayai boleh mendatangkan nasib dalam rumah tangga. Oleh sebab itu, di zaman tersebut para perempuan yang mempunyai tahi lalat di pipi, selalu jadi rebutan para lelaki-lelaki bujang Yunani.

Sedangkan jika seorang wanita atau lelaki mempunyai tanda lahir tahi lalat di bahagian leher belakang. Diramalkan nasibnya akan buruk, hidup sakit-sakitan, sulit mencapai kemakmuran, keluarga tidak harmoni dan ketika tutup usia, akan tewas dengan tragis yakni dipenggal kepalanya.

Ramalan Jodoh, Sahabat Baik dan Rakan Kongsi Perniagaan

Di era kejayaan Renaissance juga tak kalah anehnya tentang erti tahi lalat. Ada sistem ramalan berdasarkan letak tahi lalat yang dicipta oleh tokoh tersohor bernama Quack Richard Sanders.

Di zaman tersebut, jika seorang pasangan lelaki dan wanita yang hendak melangsungkan perkahwinan, mereka akan membaca buku pedoman buatan Richard Sanders. Dimana dalam buku tersebut dijelaskan tentang watak, keperibadian seseorang dilihat dari letak tahi lalat tersebut berada.

Contohnya, jika letak keduanya sama atau serupa itu tandanya mereka berjodoh dan akan menemui kebahagiaan serta kemakmuran dalam rumah tangganya nanti.

Namun jika letaknya berlainan arah misalkan si lelaki disebelah kanan, si wanita disebelah kiri walaupun sama-sama berada di belakang, mesti ada salah satu tahi lalat yang dibuang agar tidak menimbulkan masalah di kehidupan rumah tangga mereka nanti.

Dan bukan hanya sebagai ramalan jodoh sahaja. Mereka yang mempunyai perniagaan dengan seseorang, juga boleh dilihat dari letak tahi lalat kedua-duanya. Apakah nanti boleh berjaya atau tidaknya, begitu juga halnya dengan hubungan persahabatan seseorang, apakah mereka boleh jadi sahabat baik atau hanya teman biasa.

Simbol Kecantikan dan Sensualitas Wanita Masa Kini

Beruntunglah bagi para kaum hawa yang lahir di era tahun 1950 keatas. Sejak nama artis seksi Marilyn Monroe terkenal di dunia. Tahi lalat sudah tidak lagi dianggap sebagai tanda lahir mengaibkan.
Justeru orang ramai terutamanya para wanita berlumba-lumba untuk membuat tahi lalat buatan seperti dengan cara mentato wajahnya.

Tahi lalat seakan sudah menjadi trend berprestij dimasa tersebut, kerana boleh menaikkan tahap keseksian dan keghairahan seorang wanita terutama bagi yang mempunyai tahi lalat di sekitar kawasan bibir. Jadi buat kamu yang punya tahi lalat di dekat bibir bersyukurlah pada Marilyn Monroe hehehe.


Setelah berakhirnya populariti Marilyn Monroe, kerana dia sudah lama meninggal. Mitos unik tahi lalat yang melambangkan keseksian seorang wanita mulai dikembangkan lagi sampai saat ini.

Para penerbit Hollywood berusaha mencipta ikon baru 'wanita seksi' sebagai pengganti Marilyn Monroe. Contohnya artis dunia Cindy Crawford, Eva Mende dan Goldie Hawn.

Sahabat sentiasabikinpanas.com, apakah kamu juga termasuk salah satu pemilik tahi lalat nasib seperti mereka?

Sumber: Kejadiananeh | Sentiasabikinpanas

Sunday, September 11, 2016

Tupai Jinak Tolong Cabut Gigi Seorang Budak Perempuan.

Gigi yang goyah dan perlu dicabut adalah perkara yang wajar. Jika pada umumnya kita memilih menunggu gigi yang longgar itu tercabut sendiri, pergi ke doktor gigi, atau melakukan cara-cara lazim sama, tapi lain halnya dengan sepasang ayah dan anak di bawah ini.


Sepasang ayah dan anak yang tinggal di bandar Montreal, Canada ini meminta bantuan seekor tupai untuk mencabut gigi.

David Freiheit dan anak perempuannya, memilih cara "unik" untuk mencabut gigi. Mereka berdua meminta bantuan tupai jinak yang tinggal di taman berdekatan bandar untuk mencabut gigi. Tidak menggunakan cakar tajam tupai tentunya, namun menggunakan bantuan benang gigi.

Tupai cerdik itu menghampiri sepasang ayah anak di taman tersebut setelah diumpan dengan makanan. Lalu benang gigi yang terikat pada gigi longgar anak perempuan David Freiheit, diikatkan dengan sepotong kuih yang menjadi kesukaan tupai.
Yup, tupai menghampiri kuih dan menariknya. Dan gigi yang goyah pun berjaya dicabut. Si tupai mendapat kuih, dan David Freiheit bahagia gigi goyah anaknya berjaya dicabut.

"Tidak banyak orang boleh mengatakan mereka melakukan sesuatu untuk pertama kalinya dalam sejarah," kata Freiheit di laman UPI.

"Hari ini, anak saya dan saya boleh mengatakan bahawa kami yang pertama mengajak tupai untuk mencabut gigi," katanya.

Video lucunya sila klik dibawah ini:

Thursday, September 1, 2016

Gaun Cantik Dan Mahal Berubah Menjadi Patung Kristal Terkena 'Sihir' Laut Mati.

Sebuah pameran menakjubkan baru-baru ini mendedahkan betapa tingginya kadar garam di Laut Mati. Hal tersebut ditunjukkan oleh seniman bernama Sigalit Landau dengan menenggelamkan sebuah gaun hitam bermodel 1920-an selama dua bulan pada 2014.

Ketika gaun hitam diangkat dari Laut Mati, bentuknya berubah menjadi berkilauan seperti patung kristal - namun ini terbentuk hasil daripada tindak balas garam.

Gaun berubah dilontarkan selepas dua bulan direndam di Laut Mati (Studio Sigalit Landau)

Gaun yang digunakan Landau dalam pameran merupakan replika yang dikenakan watak dalam cerita hantu Yahudi Hasidim, Dybbuk. Dalam kisah tersebut, pengantin perempuan bernama Leah, dirasuk roh jahat lelaki yang meminangnya, namun meninggal dunia sebelum kedua-duanya sempat berkahwin.

Selain gaun tersebut, Landau juga diilhamkan daripada keunikan alam sekitar Laut Mati pada karya seninya yang telah lampau, seperti lampu dan tali gantung bertabur kristal garam serta pulau kristal yang diperbuat daripada kasut.

Gaun yang berubah layaknya patung kristal.

"Selama bertahun-tahun, saya mempelajari lebih dan lebih lagi tentang tempat yang dalam dan aneh ini. Dan sihir masih ada di sana menunggu kita: eksperimen, idea, dan pemahaman baru," ujar Landau ketika bercerita tentang kekaguman beliau terhadap Laut Mati.

"Rasanya seperti bertemu dengan sistem masa dan logik berbeza, seperti berada di planet lain. Ia kelihatan seperti salji, gula, paggilan kematian; air mata yang membeku," ujarnya dalam satu kenyataan seperti dipetik dari Live Science.

Gambar-gambar yang mengabadikan transformasi kimia di Laut Mati itu, ketika ini sedang dipamerkan di Muzium Marlborough Contemporary, London, hingga 3 September 2016.

Transformasi Pakaian Menjadi 'Kristal'

Laut Mati merupakan salah satu perairan dengan kandungan garam yang tinggi di Bumi. Dengan tahap kemasinan 34 peratus, ia beberapa kali lebih masin berbanding lautan terbuka.

Setiap tahun permukaan air di tempat tersebut menurun sebanyak 1.5 meter kerana penyejatan - yang membuatnya bertambah masin. Hipersalinitas di Laut Mati menyebabkan airnya mempunyai kepadatan lebih tinggi sehingga membuat orang dapat mengapung.

Hipersalinitas juga menjadi penyebab gaun hitam berubah menjadi gaun putih berkilauan.

Mengapung, sensasi yang boleh dicicip di Laut Mati. (Curiousmindbox.com)

Berdasarkan penjelasan dalam sebuah artikel di Journal of Physical Chemistry Letters pada 2012, garam cenderung didapati dari larutan yang sangat masin dan biasanya berpunca di tempat-tempat yang mempunyai kepekatan lebih masin daripada air di sekitarnya.

Pada mulanya sumber atau teras kristal garam masih mengandungi cukup banyak air. Namun kerana makin banyak garam tersimpan dan kristal tumbuh, air meresap keluar dari matriks kristal.

Awalnya gaun tersebut meerangkap sedikit garam dan menyebabkan kepekatan garam tempatan menjadi lebih tinggi, hal tersebut mencetuskan molekul garam membentuk kristal yang berkembang dan berubah menjadi gaun bertatahkan kristal.

Tuesday, August 23, 2016

5 Peraturan Paling Unik Di Negara Komunis.

Komunisme awalnya adalah sistem yang ditujukan para ahli falsafah dan berwawasan untuk menangani jurang antara golongan borjuis dan rakyat jelata. Tetapi seiring perkembangan waktu sistem yang dilatari cita-cita utopia akan kesaksamaan umat manusia ini justeru berkembang menjadi sistem pemerintahan diktator dan autoritarian yang menjauhkan warganya dari kesejahteraan. Negara-negara yang mengamalkan falsafah komunis seringkali menetapkan peraturan ketat bagi warganya, yang dinilai ekstrem oleh negara lain. 

Berikut adalah 5 Peraturan Paling Unik Di negara Komunis yang dirangkum dari laman The Richest.

1. Dasar satu anak - China


Sebagai bentuk kawalan terhadap kadar populasi di China, pada tahun 1979 presiden Deng Xiaoping menetapkan dasar satu anak bagi setiap keluarga di Republik Rakyat China. Yang jadi masalah, peraturan ini, mengakibatkan ketidakseimbangan penduduk di China. Kerana pemikiran tradisional China umumnya lebih menghargai lelaki berbanding perempuan, banyak keluarga yang lebih memilih mempunyai anak lelaki daripada anak perempuan. 

Usaha pengguguran dan pengabaian kanak-kanak perempuan terjadi selama beberapa dekad terakhir mengakibatkan jumlah penduduk wanita di China dewasa ini dikurangkan secara drastik. Kerana itulah sekarang banyak warga China yang kesulitan mencari pasangan. Tetapi seiring berlalunya waktu, peraturan ini disertai dengan beberapa pengecualian. Warga China dibenarkan mempunyai anak lebih dari satu jika anak pertama mereka cacat atau kedua orang tua adalah anak tunggal.

2. Wajib mengikuti kegiatan parti komunis - Cuba


Sebagai parti yang mendominasi pemerintahan, automatik Parti Komunis Cuba punya akses untuk menentukan warga negara yang pernah dipimpin Fidel Castro tersebut. Kononnya warga Cuba wajib mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang diadakan oleh parti. Jangan sampai sakit atau tidur saat pada hari peringatan penubuhan parti atau perarakan sambutan. Sebab menurut laman web The Guardian, warga yang tidak hadir perarakan atau demonstrasi yang dianjurkan parti akan dicap antisosial dan mendapat dakwaan berat.

3. Hukuman tiga generasi - Korea Utara


Korea Utara, negara komunis paling kontroversi di zaman moden ini melaksanakan hukuman tiga generasi untuk pelaku jenayah berat. Hukuman tiga generasi ini bermakna si pelaku beserta seluruh keluarganya dihantar ke kem buruh paksa. Kesalahan ini juga dikenakan terhadap dua generasi seterusnya. 

Jadi satu kejahatan di Korea Utara boleh membuat anak dan cucu ikut menderita. Tetapi tentu saja kewujudan peraturan ini tidak pernah disahkan kebenarannya oleh kerajaan Korea Utara.

4. Pelaku jenayah wajib dibela peguam negara - Vietnam


Menjadi pelaku kejahatan yang didakwa di Vietnam boleh dikatakan sama sahaja dengan menemui jalan buntu. Sebablnya suspek jenayah di negara ini hanya boleh dibela oleh peguam yang sudah dilantik oleh negara. Dengan pengaturan seperti ini, boleh dibayangkan bagaimana nasib si suspek. Tertuduh sudah hampir pasti dikenakan ditindakan bersalah. Dilaporkan laman Viet Tan, pembela suspek hanya cuma diberi kesempatan untuk bicara selama 15 minit di persidangan.

5. Pengundi dengan satu calon - Korea Utara


Lagi-lagi dari Korea Utara. negara yang dipimpin oleh Kim Jong-un ini ternyata mengenali pilihan raya. Setiap warga wajib mengikuti pemilihan kepala negara ini. Yang jadi masalah, calon presiden yang boleh dipilih hanya ada satu. Pengundi boleh saja memberikan suara untuk nama lain. Tetapi untuk itu, pegundi harus melakukannya di bilik khas di mana ia akan diawasi dengan ketat.