Showing posts with label info terkini. Show all posts
Showing posts with label info terkini. Show all posts

Thursday, September 15, 2016

Punca Dan Cara Merawat Sakit Belakang.

Menurut para pakar perubatan, sakit belakang terjadi menandakan ada sesuatu yang tidak kena dengan saraf kita.


Di antara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sakit belakang adalah kedudukan atau postur yang tidak betul, melakukan aktiviti-aktiviti di luar kebiasaan dan amalan gaya hidup yang tidak aktif atau terlebih rehat. Selain itu, duduk terlalu lama juga boleh menyumbang kepada faktor berlakunya sakit belakang. Ketika kita duduk, kita telah memberi tekanan yang tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang.

Tulang belakang kita terdiri daripada 33 tulang vertebra. Ia dibahagi kepada 3 bahagian iaitu vertebra servikal (7 tulang pertama yang bermula dari bahagian bawah tengkorak), vertebra torasik (12 tulang) dan vertebra lumbar (5 tulang dibahagian bawah belakang badan, 5 tulang sakrum dan 4 tulang koksik yang bercantum).


Di antara setiap tulang terdapat satu cakera yang berfungsi untuk menyerap sebarang hentakan dan menambah keanjalan tulang belakang ntuk dilentur. Selain itu, fungsi cakera pada tulang belakang adalah untuk menyeimbangkan berat badan.

Punca Sakit Belakang

Beberapa punca sakit belakang yang biasa dialami ialah masalah cakera atau diska tergelincir daripada tulang belakang disebabkan posisi badan yang tidak betul. Apabila cakera atau diska tergelincir walau sedikit, ia akan menekan saraf seterusnya menyebabkan rasa sakit.

Selain itu, punca sakit belakang juga disebabkan otot yang terlalu lemah atau terlalu tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang. Satu lagi punca sakit belakang yang biasa ialah mengangkat benda-benda berat dengan cara salah.
Selain itu, lain-lain faktor penyumbang kepada punca sakit belakang ialah Obesiti merokok , tekanan atau stress, keadaan fizikal yang tidak elok, postur atau kedudukan badan yang salah, posisi tidur yang tidak betul, dan tiada sokongan daripada tilam ketika tidur.

Rawatan Sakit Belakang

Kaedah untuk merawat sakit belakang adalah untuk mengawal kesakitan, mengurangkan keradangan, kembalikan fungsi dan kekuatan bahagian belakang dan mencegah kecederaan daripada berulang.

Salah satu cara rawatan sakit belakang adalah dengan menekap bahagian yang sakit dengan ais selama 20 minit beberapa kali sehari. Ini membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan serta membantu sesetengah individu yang mengalami sakit belakang untuk bergerak.

Cara yang paling berkesan untuk rawatan sakit belakang adalah dengan bersenam. Bersenam dapat mempercepatkan penyembuhan kepada masalah sakit belakang disamping menguatkan otot belakang dan abdomen. Antara senaman yang mudah dilakukan ialah senaman regangan, berenang, berjalan atau menjalani terapi pergerakan bagi memperbaiki koordinasi dan keseimbangan untuk postur dan otot.

Bagi sakit belakang yang kronik, doktor akan memberikan ubat selain terapi intervensi (termasuklah suntikan ubat bius steroid pada tisu, sendi atau akar saraf) dan suntikan epidural.

Rawatan sakit belakang secara pembedahan adalah pilihan yang terakhir.

Sumber: Buahtopoh | Sentiasabikinpanas

Antara 31 Ogos vs 16 September.

Lebih kurang dua minggu sudah berlalu rakyat Tanah Malaya dan North Borneo menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-59 dan ke-53 iaitu pada 31 Ogos 2016 (Sarawak sambut Hari Kemerdekaan setiap 22 Julai). Tentunya dipihak kerajaan telah menyiapkan agenda dan aktiviti-aktiviti yang hendak diadakan pada hari tersebut. Seperti lazimnya sambutan akan diadakan diperingkat persekutuan dan juga di peringkat negeri seluruh Tanah Malaya termasuklah Negara Sabah dan Sarawak.

Gambar: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan 'MERDEKA' Tanah Malaya.
Kalau dilihat dari segi sejarah, tanggal 31 Ogos adalah hari kemerdekaan bagi Tanah Melayu dan berkongsi tarikh Negara Sabah (North Borneo) tapi tahun yang berbeza (31 Ogos 1963) dan Sarawak tidak menyambutnya. Ini kerana, Sabah dan Sarawak hanya membantu dalam pembentukan sebuah Negara yang tidak pernah dijajah (macam mana nak sambut merdeka, klu tak pernah dijajah?) yang sekarang ini dinamakan Persekutuan Malaysia dengan Tanah Melayu atau Malaya pada 16 September 1963 seperti yang termaktub dalam lipatan sejarah. 

Persoalannya apakah patut Sabah dan Sarawak bersama-sama menyambut hari kebangsaan 31 Ogos dengan aktiviti serupa di Semenanjung Malaysia? Mungkin perkara ini perlu difikirkan dan diperjelaskan kepada rakyat seluruhnya untuk mengelakkan kekeliruan.

Hari Malaysia 16 September 1963.
Bukanlah niat untuk membina suatu blok perbezaan diantara Tanah Malaya, Sabah dan Sarawak (Borneo), tetapi untuk mencari perkara sebenar agar rakyat dan generasi seterusnya melakukan perkara yang sebenar bukan hanya ikut membuta tuli dengan orang lain yang mungkin tiada kaitan dengannya. 

Seperti yang kita tahu sebelum ini, tanggal 16 September telah diumumkan oleh kerajaan sebagai cuti umum bagi Sabah dan Sarawak atas sebab bersama-sama dalam pembentukan Persekutuan Malaysia. 

Lagi satu persoalan, apakah hari kemerdekaan bagi Sabah dan Sarawak iaitu pada 16 September sama dengan Hari Kebangsaan 31 Ogos? Dari segi tarikhnya, sudah tentu berbeza dan ini mengelirukan rakyat khususnya Sabah dan Sarawak. Itu pun selepas parti pembangkang banyak mempersoalkan perkara ini barulah pihak kerajaan Tanah Malaya memberi perhatian tarikh 16 September ini sekaligus mengistiharkan ia sebagai cuti umum bagi memperingati dan meraikannya. Tanpa prejudis, seolah-olah semacam ada yang tidak betul.
Perlu juga diketahui, bilakah sebenarnya bendera Malaysia Jalur Gemilang dicipta dan secara rasmi dikibarkan sebagai bendera Persekutuan Malaysia? Adakah ketika hari kemerdekaan 31 Ogos 1957, pada 16 September 1963 atau bila? Mungkin ahli dan pakar sejarah atau sesiapa sahaja boleh menyatakan perkara ini.

Semoga Hari Persekutuan Malaysia yang disambut setiap tahun memberi erti sebenar bagi seluruh rakyat Malaysia bukan hanya oleh sesetengah pihak.

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA yang ke-53 pada 16 September 2016.

INI PUN MENARIK DIBACA JUGA:

Video Kontroversi Pengetua Dan Seorang Guru Sekolah Dalam Pejabat Terbongkar!!! Tengok Video Ini Sebelum Di PADAM.

Seorang guru wanita dan juga seorang pengetua di sebuah sekolah menerima padah selepas satu klip rakaman video mereka tersebar di laman sosial baru-baru ini.


Video tersebut di katakan telah di muat naik oleh salah seorang pengguna laman sosial dan mendapat pelbagai respon daripada pengguna-pengguna laman sosial yang lain.

Walaupun rakaman itu telah beberapa tahun di lakukan, namun ada seseorang yang memuat naik semula video tersebut dan menjadi viral di laman sosial.
Rakaman itu dikatakan di lakukan oleh lelaki itu (pengetua), bertujuan untuk koleksi peribadinya bersama guru wanita tersebut yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak.

Namun rakaman tersebut telah di muat naik di internet dan tidak dapat di pastikan, bagaimana rakaman tersebut boleh ada di dalam internet dan kini rakaman tersebut kembali menggemparkan laman sosial.



Spanduk Yang Menginsafkan!!! Yang SETUJU Dengan Kata-Kata Di SPANDUK Ini, Sila SHARE Ya .. ^ _ ^..

Sebahagian Muslim saat ini merasa keberatan meninggalkann aktivitinya ketika seruan untuk solat berkumandang... Sebahagian merasa liat dengan adanya Azan. Sebahagian pula enggan menyegerakan solat berjemaah di Masjid. Bukan kerana malas, tapi seolah-olah imannya-lah yang kurang kuat. Hatinya hampa. Tak ingat Allah Subhanahu Wa Ta'ala. malahan tidak kurang mereka rimas apabila mendengar azan berkumandang ... Gambar sepanduk "Jogging 5 KM kuat ke Masjid 100 M gak kuat apa harus dianter tetangga" tengah hangat diperbincangkan di media sosial.


Gambar sepanduk ini sendiri dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook bernama Raehanul Bahraen. Sepanduk tersebut seolah-olah berisi sindiran bagi orang yang jarang menunaikan solat di Masjid. Memang sering kita saksikan di lingkungan kita, atau mungkin kita sendiri, betapa mudah untuk sukan satu jam, jogging berkilo- kilo meter. Namun, bila Azan tiba kita begitu sukar untuk datang ke Masjid meski 10 minit sahaja. Ada apakah gerangan ..?! Sahabat, kita tentu sudah faham bahawa godaan Syaitan begitu dahsyat. Mereka selalu menggoda umat yang beriman untuk selalu menjauhi dari tuntunan Allah Subhanahu Wa Ta'ala melalui agama Islam ini. Untuk itu kita harus selalu meminta perlindungan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dari godaan Syaitan. 

Sepanduk tersebut tentu saja mendapat komen pelbagai dari pengguna media sosial. Kebanyakan komen mengandungi sokongan terhadap isi mesej yang ada di kain rentang tersebut. "Iya..benar sekali tu tulisan .... klu sudah mati..berdoa..biar kuburannya tak jauh2 ... tak sampai 5 KM ..," ungkap akaun Facebook bernama Avi Arteti Tharmayz. 

"Subhanallah...saling mengingatkan itu baik ... sy sdh lama tak ke Masjid .. jd ingin Sholat ke Masjid .. izin Share ya.," kata akaun Facebook bernama Dwi Anita Sriastuti.
"Ini realiti, bagus untuk bahan renungan bagi kita semua. Semoga lebih baik. Amin.," tutur akaun Facebook milik Yuan. Sementara itu, sejumlah netizen mengakui, mereka termasuk orang yang dimaksudkan dalam kain rentang tersebut. Memang sindiran tersebut menjadi realiti yang sekarang ini ada di masyarakat Malaysia khususnya. Mereka lebih suka solat di rumah, dari di Masjid. 

Uniknya lagi, sepanduk dengan tulisan menyindir tersebut, jarang sekali yang memberi komen pedas. Hampir semua netizen merasa bersalah telah lakukan Solat yang 5 waktu di rumah, walaupun Masjid sangat dekat dari rumahnya, jauh berbeza jika mereka bersenam, puluhan kilo pun akan ditempuhi. Semoga saja, bagi kita semua kata yang ada di kain rentang tersebut memberikan Hidayah, supaya kita lebih semangat lagi berjamaah. Jika belum, jom mulai sekarang perbaiki hubungan kita dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan rajin solat berjemaah di Masjid ... Jika anda setuju sila kongsikan artikel ini. ^ _ ^ .


[Video] Rili Herdalda, Pelajar Cantik Ini Mendadak Popular Setelah Sukses Bikin Netizen 'Diabetes'.

Sejak kebelakangan ini media sosial kecoh dengan sebuah video dari pelajar cantik bernama Rili Herdalda yang mendadak menjadi popular. Malah, sebahagian netizen menyebut video itu boleh menyebabkan 'DIABETES'. Melalui video berdurasi beberapa saat tersebut, gadis cantik ini kelihat an tengah merapikan rambutnya. 

Rili Herdalda begitu terkenal sekarang kerana video miliknya itu dikongsikan di akaun Instagram @raja_ngakak. Masih menggunakan seragam sekolah, nama Rili masih terpampang jelas di seragam sekolahnya. 


Dengan melihat ke arah kamera, Rili Herdalda nampak berpose cantik sambil menyentuh dan membelai model rambutnya. Walaupun temannya yang tengah merakam aktivitinya tersebut mengatakan "Iya cantik tau". 

Seakan mengagumi kecantikannya, Rili Herdalda terus saja menunjukkan pose cantiknya ke arah kanan dan kiri di depan kamera yang merakam. Hingga sesekali gadis cantik ini tersenyum manja ke arah kamera yang tengah merakamnya. 

Malah selepas itu temannya kembali mengatakan bahawa Rili Herdalda kelihatan seperti hantu. "Eiih seperti hantu". Namun Rili hanya menjawabnya dengan sebuah tawa.

Hingga ada teman lain yang dengan tegas mengatakan bahawa kecantikan yang dimiliki Rili bukanlah semulajadi. "Rili cantiknya tak natural". Dengan santai Rili Herdalda menjawab dengan kata-kata yang singkat. "Masa?". Lalu kemudian menghadap ke kiri. Tangannya pun diletakkan ke mulutnya.
Diakhiran videonya itu, dia menuliskan sebuah caption yang membuat netizen teruja. "Aduhh manisnya pasti meletup akaun ig nya," tulis admin @raja_ngakak di caption nya.

Sejak saat itu, video milik Rili Herdalda ini sudah disaksikan lebih dari 200 ribu kali oleh para pengguna media sosial Instagram. Beratus-ratus komen netter sudah memenuhi ruang komennya. Dari beberapa komen, banyak yang menanyakan tentang akaun IG milik Rili.

"Akaun IG nya ditunggu saya," tulis seorang di ruang komen. "apa nama ig nya?" tanya netizen yang lain. 

Setelah diperiksa, ternyata akaun bernama @rilihr benar-benar akaun Instagram milik Rili Herdalda. Terlihat ada 47 posting yang telah mengisi albumnya. Tak hanya itu, akaun ini juga telah diikuti hingga 51 ribu followers. 

Lihat videonya di bawah ini:

Miss Malaysia Earth 2016: Dulu Saya Selalu Diejek Kerana Gemuk.

Kecantikan seorang perempuan boleh muncul dari mana saja. Namun tidak dapat dinafikan bahawa definisi cantik secara umum hanya tertumpu pada tubuh yang seksi dan wajah yang ayu. 

Dan tak jarang pula perempuan berbadan gemuk sering menjadi cemuhan dan bahan ejekan meski dia mempunyai hati dan tingkah laku yang cantik. Seperti yang dialami seorang gadis yang bernama Joanna Joseph ini. Dulu, dia sering diejek kerana badannya yang gemuk. 


Namun, pengalaman pahit di bangku sekolah mendorong Joanna Joseph, peserta kontes kecantikan Miss Malaysia Earth 2016, untuk mengubah dirinya menjadi gadis yang cantik dan dikagumi ramai orang. Kini, dengan mudah ia mampu membuat orang lain terpesona padanya . Ia berjaya mengubah impian menjadi kenyataan. 

"Setiap hari saya mendapat follower baru yang menanyakan tentang diri saya dan banyak lagi. Saya sedang melanjutkan pengajian diploma dalam bidang TESL di MSU, Shah Alam. Selain itu, saya juga suka memberi motivasi dan inspirasi kepada orang ramai," kata Joanna. 

Dulu, dia seperti tak bersemangat dan ada tujuan hidup. Hampir setiap hari dia diganggu oleh rakan-rakan kerana memiliki berat badan berlebihan dan mungkin kelihatan jelek di mata mereka. Kerabatnya juga sama saja. Mereka merasa terpuruk hidup dalam kesengsaraan. 
"Saya lalui pelbagai kesusahan sejak umur 12 hingga 16 tahun, sehingga saya ambil keputusan untuk mengatasi masalah tersebut sendiri. Kerana sedar, jika saya tidak bertindak sekarang, maka saya akan tetap selamanya begitu. Saya perlu memaksa diri dan mengorbankan banyak hal untuk berada di tahap sekarang," kisah Joanna.

"Saya juga berterima kasih pada mereka yang sering mengejek saya dulu. Mungkin jika tidak, saya tidak akan sampai pada tahap seperti sekarang," kata Joanna. 

Orang yang sentiasa berada di sisinya dan memberinya motivasi agar terus melangkah ke depan hanyalah ayah dan Justin. Joanna sering nge-gym, ia melakukan diet yang baik dan tidak minum pil penurun berat badan.


"Saya pernah melihat ibu saya sengsara selepas minum pil pelangsing karena malah tidak mau makan apa-apa. Jadi, saya memutuskan untuk membuktikan bahawa berat badan boleh dikurangkan tanpa mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan," katanya. 

"Saya akan bersukan bila ada masa, dan cuba untuk makan makanan yang sihat. Jika saya boleh melakukannya, mengapa anda tidak? Semuanya bergantung pada pemikiran. Tujuan anda. Usahalah untuk mendapatkannya. Buktikan pada orang sekitar bahawa anda boleh menjadi lebih daripada apa yang mereka bayangkan, "kata Joanna memberi motivasi. 

"Anda boleh melakukannya. anda juga boleh menghantar mesej langsung kepada saya untuk bertanya tentang latihan dan nutrisi makanan yang saya jalani. Mungkin saya akan luangkan masa untuk membalas, tapi saya selalu pastikan untuk membalas. Semoga hari-hari kalian menyenangkan!" tutup Joanna.

Sumber: Seduhkopi | Sentiasabikinpanas

Perokok Terpaksa Menikmati Asap Sendiri Di Jepun.

Inilah satu di antara inovasi yang sudah lama beroperasi di Jepun. Alat ini menjadi penyelesaian bagi orang yang merokok di kafe atau tempat umum. Namanya Smoking Bells, kerana bentuknya memang menyerupai bell atau loceng. 


Alat ini di rekabentuk untuk membuat perokok menikmati asap rokoknya sendiri. Selain itu asap rokok tidak akan mengganggu orang di sekitarnya. demikian seperti yang dilaporkan oleh laman berita Indonesia, Tribunnews.com, kafe dengan ruang terhad tidak perlu menyediakan zon khas untuk perokok. Kawasan Smoking Bells memang amat jarang dijumpai. 
Hanya kafe atau restoran tertentu di negara Sakura yang menggunakan alat ini. Jika diperhatikan di atas alat ini terdapat cerobong yang menuju ke atas seperti tempat pembuangan asap. Apabila makan di tempat ini jangan terkejut ya kalau tiba- tiba dimasukan ke dalam alat menyerupai loceng kaca ini ya.

Mitos Unik Erti Tahi Lalat Di Zaman Dahulu.

Meskipun peradaban manusia sudah semakin moden, namun soal mitos, tahyul masih banyak orang yang tetap mempercayainya sampai saat ini. Bukan hanya tentang fenomena alam tetapi juga bahagian anatomi tubuh kita seperti letak tanda lahir tahi lalat yang konon boleh menggambarkan nasib, daya tarikan sensual, kesihatan, hingga peruntungan seseorang yang sudah digariskan sejak ia baru dilahirkan. 


Percaya atau tidak percaya, banyak sekali mitos unik mengenai erti tahi lalat di zaman kuno dari berbagai wilayah dunia, bermula dari era zaman Rom, China sampai peradaban Eropah kuno.

Erti Tahi Lalat di Tubuh menurut Perempuan Romawi Kuno

Kecantikan dan tubuh mulus bersih adalah segala-galanya bagi perempuan Romawi kuno. Tak hairan jika kehadiran jerawat di wajah saja sudah membuat mereka malu untuk keluar rumah.

Di era tersebut, para remaja perempuan yang sudah memasuki masa akil baligh akan berusaha untuk menghilangkan / menyembunyikan tanda lahir seperti letak tahi lalat di wajah dan tubuh mereka. Kerana hal itu membuat mereka tidak percaya diri ketika bertemu dengan laki-laki.

Untuk menghilangkan tahi lalat yang melekat di tubuh mereka, perempuan Romawi kuno akan menggunakan ramuan abu yang diperbuat daripada cekerang siput.

Namun tak kurang juga diantara mereka nekad melakukan prosedur yang melampau dan rawan jangkitan penyakit, seperti menyayat tahi lalat tanpa pembiusan, dan menggunakan alat bedah steril seperti yang dilakukan oleh para doktor kecantikan di zaman moden.

Sebagai Tanda Fortune, Nasib Baik, Kesihatan di China

Jika masyarakat Romawi lebih mengertikan tahi lalat sebagai momok memalukan, lain halnya bagi masyarakat di China. Mereka sangat percaya tahi lalat yang ada ditubuh manusia bukanlah terjadi secara kebetulan.

Kerana erti tahi lalat boleh menandakan peruntungan, nasib buruk, kesihatan serta gambaran takdir pekerjaan seseorang dimasa depannya.

Ada sebuah tradisi unik yang berlaku di sana, namanya tradisi Moleomancy merupakan ilmu warisan leluhur yang boleh meramal seseorang dengan melihat letak tahi lalat kemenangan di tubuhnya yang menandakan kesihatan, jodoh dan profesion pekerjaan di masa depan.

Tahi lalat yang terletak di wajah ada 9 titik, yang salah satunya boleh mentafsirkan kemakmuran, peruntungan, nasib buruk, kemiskinan serta kesialan berturut-turut.

Jika selepas diramal ada tahi lalat yang hinggap di titik buruk, mereka akan segera menghilangkannya dengan harapan dapat mengubah nasib orang itu nanti. Ramalan di zaman sekarang, titik kemenangan ini mula dibangunkan kurang lebih sebanyak 65 tanda.


Era Ratu Victoria, United Kingdom

Penjelasan makna tahi lalat juga berlaku di era Ratu Victoria, pemerintahan United Kingdom. Dimana ada perkembangan ilmu pengetahuan yang dapat menjelaskan erti tahi lalat melalui ilmu perubatan.

Ilmu perubatan ini dikenali dengan nama Frenologi yang boleh mengetahui tahap kecerdasan, watak keperibadian sampai kecerdasan manusia.

Dalam Ilmu Frenologi ini akan melakukan pengindentifikasian terlebih dahulu yang dinamakan proses Moleoscopy. Dengan langkah ini akan diketahui erti letak tahi lalat di bahagian tubuh seseorang, misalnya tahi lalat yang berada di bahagian dahi kanan alias dahi itu tandanya dia orang bijak.

Sedangkan jika terlihat ada disebelah bahagian dahi kiri, orang tersebut sudah pasti boros dan tidak cekap untuk menetapkan kewangan. Berjalan dari kiri dan kanan ini dilihat dari sisi pemeriksanya.

Peradaban Yunani purba

Mitos unik mengenai tahi lalat selanjutnya juga berlaku pada rakyat Yunani purba. Di era tersebut rakyatnya sangat mengalu-alukan seorang lelaki bernama Melampus, dia adalah jurutulis handalan dari Raja Ptolemy I.

Menurut cerita, Melampus boleh meramal tentang garis hidup seseorang hanya dengan melihat letak tahi lalat itu berada. Contohnya jika letak tahi lalat ada disekitar kawasan pipi baik disebelah kiri ataupun kanan.

Apabila dewasa nanti ia akan bernasib baik, mudah memiliki kekayaan dan dipercayai boleh mendatangkan nasib dalam rumah tangga. Oleh sebab itu, di zaman tersebut para perempuan yang mempunyai tahi lalat di pipi, selalu jadi rebutan para lelaki-lelaki bujang Yunani.

Sedangkan jika seorang wanita atau lelaki mempunyai tanda lahir tahi lalat di bahagian leher belakang. Diramalkan nasibnya akan buruk, hidup sakit-sakitan, sulit mencapai kemakmuran, keluarga tidak harmoni dan ketika tutup usia, akan tewas dengan tragis yakni dipenggal kepalanya.

Ramalan Jodoh, Sahabat Baik dan Rakan Kongsi Perniagaan

Di era kejayaan Renaissance juga tak kalah anehnya tentang erti tahi lalat. Ada sistem ramalan berdasarkan letak tahi lalat yang dicipta oleh tokoh tersohor bernama Quack Richard Sanders.

Di zaman tersebut, jika seorang pasangan lelaki dan wanita yang hendak melangsungkan perkahwinan, mereka akan membaca buku pedoman buatan Richard Sanders. Dimana dalam buku tersebut dijelaskan tentang watak, keperibadian seseorang dilihat dari letak tahi lalat tersebut berada.

Contohnya, jika letak keduanya sama atau serupa itu tandanya mereka berjodoh dan akan menemui kebahagiaan serta kemakmuran dalam rumah tangganya nanti.

Namun jika letaknya berlainan arah misalkan si lelaki disebelah kanan, si wanita disebelah kiri walaupun sama-sama berada di belakang, mesti ada salah satu tahi lalat yang dibuang agar tidak menimbulkan masalah di kehidupan rumah tangga mereka nanti.

Dan bukan hanya sebagai ramalan jodoh sahaja. Mereka yang mempunyai perniagaan dengan seseorang, juga boleh dilihat dari letak tahi lalat kedua-duanya. Apakah nanti boleh berjaya atau tidaknya, begitu juga halnya dengan hubungan persahabatan seseorang, apakah mereka boleh jadi sahabat baik atau hanya teman biasa.

Simbol Kecantikan dan Sensualitas Wanita Masa Kini

Beruntunglah bagi para kaum hawa yang lahir di era tahun 1950 keatas. Sejak nama artis seksi Marilyn Monroe terkenal di dunia. Tahi lalat sudah tidak lagi dianggap sebagai tanda lahir mengaibkan.
Justeru orang ramai terutamanya para wanita berlumba-lumba untuk membuat tahi lalat buatan seperti dengan cara mentato wajahnya.

Tahi lalat seakan sudah menjadi trend berprestij dimasa tersebut, kerana boleh menaikkan tahap keseksian dan keghairahan seorang wanita terutama bagi yang mempunyai tahi lalat di sekitar kawasan bibir. Jadi buat kamu yang punya tahi lalat di dekat bibir bersyukurlah pada Marilyn Monroe hehehe.


Setelah berakhirnya populariti Marilyn Monroe, kerana dia sudah lama meninggal. Mitos unik tahi lalat yang melambangkan keseksian seorang wanita mulai dikembangkan lagi sampai saat ini.

Para penerbit Hollywood berusaha mencipta ikon baru 'wanita seksi' sebagai pengganti Marilyn Monroe. Contohnya artis dunia Cindy Crawford, Eva Mende dan Goldie Hawn.

Sahabat sentiasabikinpanas.com, apakah kamu juga termasuk salah satu pemilik tahi lalat nasib seperti mereka?

Sumber: Kejadiananeh | Sentiasabikinpanas

Wednesday, September 14, 2016

Perbezaan Making Love Dan Having Sex.

Mungkin semua pasti sudah khatam atau mengenal perkataan having s3x dan making lov3. Dua perkataan ini adalah suatu peristiwa s3x yang sama, Namun berbeza dari segi konteks-nya. Anak-anak muda zaman sekarang, terutamannya di Malaysia sering kali menggunakan istilah ML dalam menjelaskan suatu hubungan intim dengan pasangan, baik bukan pacaran, pacaran, atau berkahwin.


Adakah keduanya sama? Jawapannya TIDAK!
1. Having S3x 

Having S3x adalah perbuatan sex (coition) yang dilakukan oleh kedua-dua pihak lawan jenis / sejenis TETAPI tanpa dasar rasa CINTA melainkan hanya perasaan TERTARIK belaka. Kedua-dua pelaku ini melakukan seks hanya berdasarkan naluri birahi. Mau tau ​​kurang lebih rasanya seperti apa? Anda sekalian pasti pernah menonton BLU3 FILM? Pernah anda merasa berpuas hati dengan dengan filem-filem tersebut? Itulah rasanya, puas, selesa tetapi membuat gelisah. Entah kerana perasaan bersalah, ataupun perasaan yang lain. 

2. Making Lov3 

Making Lov3 adalah suatu peristiwa seksual (coitus) yang dilakukan kedua-dua pasangan DIDASARKAN rasa cinta. Perasaan cinta yang mendasari hubungan mereka berdua akan memberikan suatu sensasi yang luar biasa, dan jauh lebih nikmat berbanding dengan having s3x. Perpaduan sentuhan kedua lawan jenis yang saling mencintai akan memberikan suatu kesan kimia pada tubuh kita yang akan memberi kesan memberikan perasaan bahagia, tenang, damai, nyaman, dan luar biasa. Para doktor juga bersetuju bahawa seks kerana cinta boleh membantu meningkatkan daya tahan tubuh seseorang. Mau tau rasanya seperti apa? Cari cinta sejati kalian dan menikahlah! Kerana sebagus apa pun BLU3 FILM yang kamurang tonton, tidak akan dapat menandingi itu semua.

HEBOH!!! Pukau Dengan Bersalam Dan Menghembus Asap ROKOK.

Sepasang laki bini amat bahaya!kegiatan pukau. Koge saya nyaris terkena dikijal xdi hati2 semua. Dgn cara bersalam dgn kedua belah tangan,kedua hembus asap rokok. Selang 2 ari g rumah cite masalh dia keta hilang duit 20ribu, Tuka no plet & kelmarin tuka no lain plk bila siasat terus lari macam ribut! Tujuan saya viral nk semua org hati2.


"Kepada sahabat2 sekalian...tolong viral kn je k... 

Share agar dapat cr...sebenrnya dia seblm ni dh dtg buat baik ngn mak ayh je tp makayh xlyn

N hrni dia dtg lg n ms dia dtg kami dh rs lain...

Dtg cr hilux hilang katanya

N kami soal la dia n bgth knapa hilang hilux dtg cr sini...
So bile soal bnyk n kami xsyak pon,,,rs nk ambk gambar moto dia td...

N dpat tahu lakk seblm ni dia dtg moto sama,tp perasan nombr plat lain2 ms dia dh kabur,,bR perasan moto dia plat lain...

So kiteorg xsempat kene apa2 just nk suh org ramai hati2...

Dh buat report...masih dlm pencarian..."

cp~wan zunaizah | Sentiasabikinpanas



Perbualan Whatsapp Gadis Melayu Yang Membuatkan Anda Geleng Kepala 5 Kali...

Alaahaiii...Pada mulanya Miss tengok status yang dimuat naik oleh minah kat atas tu, ingatkan status biasa-biasa jer.. Tak nampak yang menarik pun! Tapi bila diperhatikan betul-betul gambar yang dimuat naik tu, barulah Miss paham maksud yang cuba disampaikan..


Semakin teruk lah budak-budak sekarang! Korang baca jer lah perbualan mesej-mesej dua orang minah bertudung dalam WeChat tu, tetapi bukan setakat dorang jer yang ada dalam perbualan tu.. Miss tengok satu ‘group’ kekawan perempuan dorang, adalah beberapa orang lagi dalam tu..


Bukan main lagi dorang punya mesej.. Lucah nak mampos! Selamba jer dorang bercerita pasal aksi ‘ringan-ringan’ dan siap sebut nama lelaki mana yang boleh buat kat dorang macam tu.. Lepas tu siap muat naik gambar tak senonoh yang menunjukkan aksi meraba buah dada pulak tu.. Memalukan betul tengok anak dara menggatal macam ni!

Kalau lelaki yang ada group macam tu, tak ada lah yang nak dihairankan sangat.. Ini tidak, perempuan pulak yang menggedik lebih.. Budak perempuan bertudung pulak tu.. Sebab tu orang cakap, kadang-kadang perempuan yang bertudung ni perangai dia lebih teruk dari yang tak bertudung.. Contoh dia, Miss dah tengok sendiri dah..
Sia-sia je pengorbanan mak bapak dorang selama ni, anak-anak bukannya menjadi orang yang berguna tapi memilih menjadi bangang.. Bangga pulak tu buat kegiatan tak bermoral.. Sepatutnya orang macam tu tak patut dilahirkan.. Memalukan mak bapak jer!



Sumber: MissHana/Utaranews | Sentiasabikinpanas

Inilah Jadi Apabila Sifat Malu Makin Hilang!! Tolonglah, Pergi Ke Tempat Yang Lebih Privasi Atau Hotel Untuk Lakukannya...

PADA hari ini, segelintir individu tidak lagi mempunyai rasa malu dan takut untuk melakukan perbuatan tidak bermoral di tempat awam.

Buktinya, beberapa keping gambar dikongsi portal berita Stomp memaparkan perbuatan jijik seorang lelaki dan wanita melakukan aksi lucah di atas bumbung parkir bertingkat di kawasan perumahan MacPherson, Singapura, baru-baru ini.


Menurut portal tersebut, gambar berkenaan dirakam dan dihantar oleh seorang pembaca Stomp yang mendakwa kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang, semalam.

Aksi tidak senonoh pasangan itu dikatakan berlaku selama satu jam, sebelum mereka meninggalkan kawasan tersebut.

Berdasarkan beberapa keping gambar yang dikongsi, pasangan tersebut yang berusia dalam lingkungan pertengahan umur dilihat melempiaskan nafsu mereka di atas kerusi.
Gambar tersebut menunjukkan wanita terbabit melondehkan seluar dan duduk di atas paha pasangannya, sebelum beberapa posisi lain di lakukan oleh pasangan terbabit.

Menurut Stomp lagi, rakaman video aksi lucah pasangan terbabit turut dirakam, namun pihaknya tidak menyiarkan atas sebab kelucahan melampau.

Rata-rata pengguna internet mengecam perbuatan tidak bermoral pasangan terbabit.

“Tolonglah, pergi ke tempat yang lebih privasi atau hotel untuk lakukannya (seks),” selar seorang pengguna laman sosial.

Manakala seorang lagi berkata: “‘Pakcik dan makcik’ ini betul-betul terdesak (tidak boleh tahan nafsu) ke?”

Sumber: mD | Sentiasabikinpanas

Ngeri!!! Pengalaman 3 Lelaki Masuk Ke Dalam SEGITIGA BERMUDA, Lihat Apa Yang Mereka Temui Sungguh Tak Disangka-Sangka!

#Apabila tugasan di mesir sudah tamat pihak SIB diberi tugasan baru dan Major ravi telah mengarahkan aku, bahtiar dan ramzul utk mengendali kes ini. Apabila kami ditugaskan tanpa membuang masa kami terus bersiap utk ke pelabuhan labuan dimana tempat kami akan berlepas. perjalanan menaiki helikopter milik ATM Augusta 109E lancar tanpa sebarang masalah.


#Petang menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo selendang ayu yang difahamkan akan berlayar ke bahamas utk penghantaran perubatan dan keperluan bantuan mangsa ribut disana. pihak Malaysia begitu perihatin utk membantu walaupun bahamas adalah dibawah pemerintahan amerika namun atas dasar keperimanusiaan kerajaan kita tetap membantu.

#Aku, ramzul dan bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan 30 kaki dan berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun bukan 5 star selesa la jugak. tapi salah seorang kene la tidur di lantai berlapikkan kain saja dan orang itu adalah aku sebab memang dah biasa dengan lantai-lantai ni. aku termenung seketika diatas tilam tempat bahtiar berbaring ramzul diatas pon tgh berbaring keadaan aku yang termenung itu disedari bahtiar lalu dia menegur. "weh apsal ko termenung bro"? sapa bahtiar sambil menolak bahuku. "Aku bukan apa aku hairan kenapa sampai nak kene cover kapal ni cube kamu tengok tadi ramai yang jadi pak guard depa senjata pon ada. jawab aku dengan penuh hairan. "Entah la aku pon pelik juga kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah ada yang cover kapal ni"? sampuk ramzul yang aku dan bahtiar ingat dah bermimpi indah. tiba-tiba bahtiar menempik dalam nada yang sederhana "weii.. bukan ke kalau nak ke bahamas to kene lalu segitiga tu baru sampai sana"? "ha ah la mesti kene lalu segitiga setan tu..ahh sudah menyesal la pulak aku join cover ni" kata ramzul.

#Aku hanya boleh membisu dan berfikir. Benar kata-kata bahtiar memang kapal ni akan melalui segitiga bermuda jika mahu sampai ke bahamas.Aku cuma tenteramkan mereka yang nampak gelisah.."segitiga je beb bukan segi empat ke segi lima yang korank risau apehal"? seloroh aku.. "ye la kamu jangan cakap sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat tu". kata-kata ramzul seperti meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang dari tadi seperti gelisah tak tentu pasal. " dah.. cukup dengan segitiga korank.. ingat misi kita apa disini.. kita lakukan dengan profesional pasal dengan tempat puaka tu memang senjata kita tak lut pada mereka tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa? sekuat2 mana jin yang ada didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah ada.. tadah tangan kita mohon dengan penuh yakin pasti Allah tidak akan biarkan hambanya yang didalam kesusahan" madah aku dengan penuh yakin.

#Perjalanan kami ke bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini kerap singgah di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan dan pelepasan dari negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan apa yang kami bawa bukan barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada negara-negara tersebut. apabila tiba di setiap perairan ada saja tentera marin ataupon penguatkuasa laut yang datang utk memeriksa. jika ada keraguan kapal kami ditahan sementara utk pengesahan.

Apabila kapal kami tiba di lautan atlantik satu detik hati yang begitu risau apabila melihat sekitar lautan yang tiada pulau bermakna kami berada di tengah-tengah lautan atlantik yang luas dan menurut kapten kapal inilah dia laluan segitiga bermuda. bahtiar dan ramzul seperti kerisauan melihat sesama sendiri. ketika berada di bilik kawalan kapal saya bertanya kepada kapten yang bernama zulfakar. " apa... kapten tak berasa risau melalui laluan ni"? tanyaku dengan penuh berani.

"Ini pertama kali saya mengikuti laluan ni... sebelum ini kawan saya yang juga kapten kapal bernama john barios penah melalui laluan ini dan selepas dia menghantar barang di miami sesampainya beliau di pelabuhan para petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal yang lain telah tiada walaupon semasa belayar sebanyak 30 crew yang menyertai pelayaran itu dari england.. dan beliau disahkan gila kerana setiap saat beliau mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan laut atlantik seperti menunggu utk membaham kapal-kapal yang melalui laluan ini. sebab itulah saya juga mencari jawapan segala kebenaran yang dia katakan" kata beliau dengan nada yang sedikit kesedihan.

#Aku terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul yang benar2 terasa dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya itu. aku kembali ke bahagian tengah kapal dan melihat ke ke lautan yang sedikit berkabus. sut yang kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg melampau tatkala angin lautan atlantik yang melanda sekala sekala deras.

Ramzul dan bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. kebanyakannya melayu dan seorang adalah berbangsa sigh. dalam penghayatan aku di lautan tiba2 bahtiar menggoncang bahuku dengan laju " weiii.. korang nampak tak kat sana?" tuju jari bahtiar ke selatan laut. aku dan ramzul pantas melihat.. namun aku dan ramzul tak dapat melihat apa2 kecuali kabus yang semakin tebal dan hitam. " mana? tak ada apa2 pon" pintas ramzul. " ada aku mmg nmpak tadi" yakin kata2 bahtiar itu. " apa yang kamu nampak" kata ku. ''aku nmpak kapal'' jawab bahtiar. "Ahhh.. kapal pon mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sini'' pintas ramzul lagi. '' takk..aku nampak kapal zaman portugis'' yakin bahtiar lagi. '' biar betul kamu ni bahtiar''? tanya ku dengan penuh kepastian.

Aku sekali lagi mengaamati betul2 apa yang bahtiar katakan, mataku melihat sekeliling apakah benar dakwaan bahtiar tadi, kabus semakin lama semakin tebal dan hitam. tiba2 mataku terpandang satu objek di selatan laut yang berada di dalam kabus2 semakin lama semakin objek itu menampakkan diri dan sah ianya sebuah kapal perang lama.. " ramzulll.. minorrr'' jerit aku meminta ramzul teropong. ramzul segera memberi padaku beliau pon sudah dapat melihat kapal tersebut. aku melihat kapal tersebut dengan teropong.. semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak satu nama dikapal tersebut aku terus diselubungi keresahan.. mana taknya nama kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal perang yang pernah dinaiki oleh kapten columbus pada tahun 1492 dan pernah melaui perairan atlantik ini utk mendarat di bahamas.

Hati aku sekali lagi berdegup detap apakah ini realiti kerana apa yang ternampak dimata disaksikan juga oleh para krew kapal yang lain.. mereka semua terpegun dengan kapal yang sudah berusia beratus lamanya belayar setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini.. bahkan dari tadi kami rasakan seperti kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo kami ini setara sahaja. sekali lagi teropong diarah ke kapal berusia beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan crew kapal tersebut apakah ada penghuninya. tiada nmpak sebarang kelibat manusia pon didalam kapal tersebut.

#Tiba-tiba siren kapal kargo kami kedengaran.. aku pantas naik ke dek pengemudi yang melihatkan kapten zulfakar dalam keadaan cemas.. '' apa yang terjadi kapten''? "entahlah saya tak pasti tetapi tadi saya ternampak seekor binatang yang besar sedang melintas didepan kapal seperti dinosour tengkuknya panjang dan pantas menenggelamkan diri'' kata kapten zul. aku melihat kembali di luar.. kapal santa maria itu masih ada dan seiring dengan kapal ini. Awan tiba2 gelap di depan kami seperti ada ribut yang mahu melanda petir sekali sekala menyambar disertakan dengan guruh namun tanda2 hujan tidak kelihatan. Ramzul dan bahtiar kedua2anya seperti terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon dari mereka.

Aku turun dan membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka.. alhamdulillah mereka sedar.. ''apa yang kita nak buat ni?'' kata bahtiar. angin semakin kencang.. para krew kapal bertempiaran sesama sendiri mencari perlindungan tatakala kapal seperti hilang keseimbangan... para pasukan keselamatan pon bnyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal aku melihat kedepan '' ahh kapal ni tak bergerak ni.. kabus itu yang datang menghampiri '' kata ku. sebab aku kata begitu kerana melihat di awan terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan masih berada di posisi sama begitu juga kapal santa maria yang seiring dengan kapal kami tidak seperti bergerak langsung. ramzul dan bahtiar masih berpaut dengan senjata masing2 dah jatuh kemana aku pon tak tau dengan keadaan kapal yang tidak stabil. ''ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan ini aku dan rakan2 tetap tabah utk hadapinya" kataku di hati kecil". dengan tak semana2 ada satu gelombang yang muncul didepan kapal merempuh kami dan kesemua krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh dan muntah semuntah2nya ya Allah azab nya keadaan ini seperti nak tercabut nyawa ketika gelombang itu merempuh kapal kami.

Kilat terus sambar menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru kami semua krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu muncul dan menghentam kami.. Ahhh.. terbaring kembali dan muntah2 kami lagi dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu. aku gagahkan utk berdiri tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk berdiri termasuk rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus meluru ke dek kapten melihatkan mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang berselerakan. aku papah kapten zulfakar dan terus kapten itu berkata "cepat AZAN.. tengok tuu" kapten menunjuk jari ke depan.
#Ya Allah kabus hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang besar dengan gagah datang kearah kami.. dengan mulutnya terbuka luas seperti gembira mahu menjamah kami.. tatkala itu muncul satu pusiran air laut yang besar dibelakangnya.. hanya Allah yang mengetahui apa yang terjadi kepada kami ini dan hanya dialah sahaja penyelamat kami. Aku memberanikan diri dan terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu dengan penuh kemarahan yang sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja .. kapal ini tak bergerak. tangan kananku ditekup ke telinga dan dengan nafas panjang aku Azan dengan hati yang berserah padaNYA dan berkata hati ku ALLAH MAHA BESAR... ALLAH MAHA BESAR .. biarlah nyawaku diambil lembaga ini dan selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal ini.. tengahku bertarung nyawa dedepan kapal terdengar pula dibelakang suara yang ramai melaungkan Azan.. wpt.dan apabila didalam kapal itu bergema Azan.. selesai Azan telingaku seperti dengan jelas terdengar dari mana datangnya tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi " Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun " diulang banyak kali dan sememangnya jelas di anak telinga ini dan dengan sepontan aku mengikutinya dan krew2 yang hampir pon melafazkannya dengan izin Allah segala kabus hitam hilang dari pandangan termasuk kapal santa maria yang berada seiring dengan kami diikuti pula cahaya matahari yang terang seperti menghalau kabus2 hitam itu terus menguasai lautan. pusaran air juga hilang dari pandangan yang terlihat hanyalah sebuah lautan yang membiru. aku melutut kesyukuran dengan peluh membasahi seluruh tubuh menadah tangan sambil berkata "TIADA SANGSI LAGI ENGKAULAH MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH SYUKUR KEHADRATMU" krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari bertapa tidak bermayanya aku.

Keadaan pulih seperti biasa ramzul dan bahtiar seperti tidak percaya dengan apa yang aku lakukan diatas kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal kami tiba di pelabuhan bahamas dengan penuh cerita yang terjadi dan mereka juga memahaminya melihat situasi kami yang sedikit tidak teruurus.wpt. apabila barang2 kargo di serahkan kami bermalam hampir tiga hari di bahamas macam-macam cerita yang kami dengar dari mulut penduduk itu sendiri perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang lain dan yang bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu sahaja. lautan atlantik pernah digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang bernama kapten columbus seorang kapten yang pernah mengemudi kapal santa maria yang kami jumpai di tengah lautan atlantik.

#Perjalanan pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew kapal berwirid dan berzikir. kami juga berjemaah beramai2 ditengah2 kapal bacaan yassin juga tidak terlepas dan apabila dibaca ayat 1-9 yassin itulah dia ayat yang didengar dicelah2 telinga semasa berhadapan dengan musibah yang terjadi. yang baiknya apabila ahli pasukan keselamatan yang berbangsa sigh mahu memeluk islam kerana melihat kebesaran yang benar dari Allah yang maha esa sehingga terbuka pintu hatinya utk memeluk islam. syukur alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke tanah air selepas 3 minggu belayar dari bahamas dan membawa pengalaman yang tak ternilai semasa berada di lautan Atlantik.

HEBOH!!! Busuk Sangat Ke Sampai Nak Layan Saya Macam Sampah-sarap!? Sudah 20 Tahun Saya Dengan Awak!, Akhirnya Noorkhairiah Bersuara Juga Selepas Jodohnya Tidak Panjang Dengan...

Tidak tahan dan juga rasa kecewa akhirnya membuatkan pelakon berbakat Noorkhairiah menarik diri daripada dunia seni malah dia juga menyifatkan dirinya sering dilayan seperti sampah oleh syarikat produksi sepanjang 20 tahun berada dalam bidang seni.


"Bukan satu perkara yang mudah sebenarnya untuk saya melepaskan benda yang saya suka buat hampir 20 tahun, tetapi saya sudah tidak larat. Kesabaran setiap manusia itu ada hadnya dan selepas berfikir panjang saya nekad selain yakin rezeki saya dalam bidang lakonan setakat ini sahaja".
"Keputusan ini juga petunjuk daripada Allah dan Insya-Allah akan ada rezeki lain untuk saya. Saya sedar diri saya sudah 'suam-suam kuku' dan sekarang produksi dan stesen televisyen lebih mementingkan populariti untuk menghiasi drama terbitan mereka".

Tetapi jangan salah faham, saya tiada masalah dengan pilihan mereka cuma sebagai orang lama saya sedih kerana sering dianggap macam sampah,"jelasnya kepada mStar Online.

Tambahnya, perkara tersebut bukanlah berlaku kali pertama malah dia sendiri sudah banyak bertolak ansur dan bersabar sepanjang 20 tahun penglibatannya dalam industri seni. | Sentiasabikinpanas

Kisah Selingkuh Atikah Suhaime Dan Idris Khan!! Akhirnya Ammar Alfian Buka Mulut Cerita Perkara Sebenar.

Tiga keping gambar tak senonoh pasangan pelakon popular tersebar di internet semalam hingga membuat ramai pihak menggelengkan kepala.

Dakwa netizen, pelakon tersebut yang tidak mengaku gambar yang tersebar itu milik mereka sebaliknya mendakwa ia adalah gambar yang telah diedit.


Namun begitu, hampir 95 peratus netizen sebaliknya percaya yang ia adalah gambar asli memandangkan tiada kesan edit serta dirakam menggunakan telefon bimbit.

“Jangan kaitkan saya dengan gambar bogel itu. Saya tidak ada kena-mengena,” kata pelakon Ammar Alfian, 28.

Dia mengulas demikian selepas ada yang mengatakannya sebagai dalang tersebarnya beberapa keping gambar bogel didakwa pelakon Atikah Suhaime dan Idris Khan di laman sesawang, semalam.

Ammar yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan skandal video seks bersama dua selebriti itu berkata, dia tidak tahu-menahu mengenai penyebaran gambar bogel itu.
“Saya tidak tahu apa-apa. Saya sibuk dengan perniagaan di Australia dan sekarang di Malaysia untuk sambutan Aidiladha bersama keluarga.

“Jika gambar bogel itu adalah mereka, biar mereka sendiri yang uruskan,” katanya yang kini menetap di Melbourne, Australia.

Katanya, dia tidak akan mengambil peduli terhadap apa yang diperkatakan orang.

“Biarlah orang nak fitnah. Lebih baik saya buat hal sendiri lagi bagus,” katanya menerusi WhatsApp.
Sementara itu, Atikah ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp mengelak daripada menjawab, manakala Idris masih gagal dihubungi untuk penjelasan lanjut mengenai perkara itu.

Sumber: Kisah-viral | Sentiasabikinpanas

Tuesday, September 13, 2016

Kenapa Orang Islam KEJAM Dan GANAS Sangat Ketika BUNUH BINATANG Sewaktu RAYA KORBAN? Soalan Maut Paderi Ni Dijawab Dengan SLUMBER Oleh Seorang Pemuda Islam Hingga PADERI-PADERI Lain Tercengang.

Kejadian ini berlaku di suatu tempat di Benua Amerika, seorang paderi ini sengaja mempermainkan pemuda Islam dengan soalan maut, tapi dengan tenang pemuda itu menjawab sehingga paderi itu terdiam!


1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa lebih banyak disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?

Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?
Firman Allah swt: Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: Jadilah engkau! maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.

6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna Aku, sekejap guna Kami. Kenapa? Bukankah maksud Kami itu mewakili Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)?

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Aku kata jamaknya Kami yang menggambarkan tentang Allah dan keagunganNya. Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna We bukan I?

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?

Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.

9) Sami Buddha menjawab Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar.

Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?

10) Sami Buddha menjawab lagi Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik.

Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.

11) Sami Buddha berkata lagi, Makan binatang akan dapat banyak penyakit.

Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.

(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.

INI PUN MENARIK DIBACA JUGA:

Gambar Dan Biodata Atikah Suhaime, Artis Yang Didakwa Terlibat Dalam Video Luc4h.

Pelakon wanita muda yang berasal dari singapura atikah suhaime baru baru ini di kaitkan dengan sebuah video lucah bersama dua pelakon lelaki Ammar Alfian dan seorang lagi pelakon baru Idris Khan.


Namun ketiga tiga pelakon tersebut menafikan atas dakwaan tersebut.

Menurut kabar angin yang di sebarkan seorang forumer telah mendedahkan bahwa gosip tersebut mulai panas setelah ammar menunjukkan video itu kepada krew-krew semasa shoting,berkemungkinan video itu di simpan ammar katanya.
Berikut biodata Atikah Suhaime:

Nama penuh: Nurul Atikah Mohd Suhaime
Umur: 23 Tahun (2014) Tarikh lahir : 15 Mac 1991
Asal: Tampines, Singapura
Pendidikan: Graduan Diploma Komunikasi Media di Politeknik Singapura
Adik-beradik: Anak kedua dari tiga beradik
Kerjaya: Pelakon/ Model
Hobi: Memanah
Idola: Maya Karin
Kekasih: Belum mempunyai kekasih (solo)
Artis: MIG
Drama: Dewi Lasak, Dikir Puteri dan Delicatessen (Singapura), Rawan (TV9), Rubi (TV3), Bila Hati Berbicara TV3 (2014).
Telemovie : Doa Ibu, Kampung Mangkuk Sengkuang Filem : Lagenda Budak Hostel, Longkai, Cari, Highlands Tower, Banglasia, Gudang Kubur.

Koleksi gambar Atikah Suhaime



Seronok Sangatkah Buat Video Prank Dengan Latar Bunyi S3ks?

Menjatuhkan maruah seseorang dengan suara latar 'seks' apabila video yang tidak berkaitan dibuka. Sesetengah pelaku yang tiada maruah 'memancing' pengguna Facebook untuk memainkan video yang dimuat naik kononnya video itu adalah video kemalangan, video pesakit kronik, video amal kebajikan. Tetapi sebenarnya pengguna dikenakan gurauan kononnya 'prank' dan keluar suara pasangan yang sedang melakukan seks.


1. PRANK

Prank adalah budaya orang kafir yang tiada had menjatuhkan maruah orang lain termasuk emosi, keselamatan dan air muka seseorang individu yang dikenakan. Budaya ini dipraktikkan di negara kafir laknatullah Amerika khasnya dan sebilangan orang Islam telah pun mengikut budaya ini.

Benarlah kata-kata baginda Rasulullah,

"Umatku di akhir zaman akan mengikut Yahudi selangkah demi selangkah, sejengkal demi sejengkal, sehinggakan jika Yahudi masuk ke dalam lubang biawak pun ia akan ikut".

Dan sabit pula dengan hadis yang lain:


Daripada Ibnu Umar R.A berkata: Baginda Rasulullah Saw bersabda, Barang siapa menyerupai kaum itu maka dialah kaum itu.

Keterangan: mengikut akan budaya Mazmumah daripada golongan kafir yang bertentangan dgn syariat Islam serta menjatuhkan air muka seseorang.

2. AIB

Larangan Allah mengaibkan orang lain. Dalam Surah al-Hujurat, ayat 11, Allah SWT dengan jelas melarang umat Islam dari menyatakan keaiban orang lain. Dalam ayat yang sama disebut bahawa mereka yang mengingkari larangan ini, ia menjadi fasik, maka hendaklah ia bertaubat. Larangan ini begitu penting sekali dipatuhi sehingga ia diulangi dalam ayat yang berikutnya,

"... dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang...".

Tidak cukupkah ayat-ayat ini memandu kita ke jalan yang benar? Meskipun ayat itu menyentuh tentang intip dan mencari kesalahan, apakah ia tidak sama dengan menjadikan seseorang itu menanggung aib dan malu jika video bersuara seks itu secara tidak sengaja dimainkan di sebelah sahabat-sahabat atau sanak saudara?
Maka mereka yang melakukan video tersebut adalah golongan fasik dan mereka yang menanggung malu dan jatuh air mukanya akan menuntut bela di mahkamah Robbul Jalil kelak.

"Alaa.. Kecohlah. Orang nak bergurau saja..."

Gurau tok mung sampai jatuh air muka orang lain. Larat ke nak cari seorang-seorang nak minta maaf di Padang Mahsyar kelak? Ingat padang besar court tenis ke? Kenapa jadi begini? Kerana JAHILIYYAH. Kadang-kadang orang boleh kenal kita jahil atau tidak hanya dengan perilaku kita sendiri. - Muhammad Naim Sulaiman | The Reporter


Pengambilan Segelas Dua Bir Sejuk Selepas Kerja Sangat Baik Untuk Kesihatan Anda, Kata Sains.

Minuman beralkohol sering kali dikaitkan sebagai sesuatu yang negatif, kontra, dan memberi kesan buruk bagi kesihatan. Berita baik bagi anda para pencinta bir! Tidak hanya mempunyai rasa yang enak, jenis minuman ini ternyata juga baik untuk anda.


Ternyata bir mempunyai manfaat kesihatan yang nyata, anda tidak percaya? Berikut senarai manfaat bir bagi kesihatan anda:

1. Kurangkan Risiko Serangan Jantung

Lebih daripada 20 kajian antarabangsa menunjukkan keuntungan dari mengambil alkohol dalam jumlah sederhana bagi kesihatan jantung anda. Sebuah kajian oleh National Institute on Alcohol Abuse and Alcoholism (NIAAA) mencatat penurunan penyakit arteri koronari sebanyak 20-40% bagi mereka yang mengambil alkohol dalam jumlah sederhana. Mengambil bir secara 'bertanggunjawab' terbukti menyihatkan, pengambilan alkohol dalam jumlah sederhana dapat meningkatkan HDL (kolesterol baik) dan mengurangkan LDL (kolesterol jahat) sekali gus meningkatkan saiz zarah kedua-dua jenis kolesterol tersbut.

2. Pengambilan Vitamin B6

Penyelidikan di Belanda menunjukan peningkatan vitamin B6 bagi peminum bir mencapai 30%, hal ini cukup beralasan kerana bahan asas bir iaitu buah hop mengandungi jenis vitamin ini. Vitamin B6 sangat berguna membantu mencegah penyakit jantung. Jadi, jika anda mencari pengambilan tambahan vitamin B6 ataupun antioksidan anda boleh berpesta satu atau dua gelas bir sejuk. Cheers to your health!

3. Mengurangi Risiko Batu Ginjal

Sebuah Jurnal Epidemiologi menunjukkan penurunan risiko batu buah pinggang hingga 40% dikalangan para pencinta bir. Yang unik dari penyelidikan ini ialah minuman alkohol lain tidak dijumpai manfaat ini. Jika anda ingin mengelakkan rasa sakit yang hebat akibat batu karang, beberapa gelas bir boleh menjadi penyelesaian yang tepat.

4. Bir Membuat Fikiran Anda Lebih Jernih

Yup, meminum dan menikmati bir dalam jumlah tepat ternyata baik untuk kesihatan mental anda. The New England Journal of Medicine melaporkan bir dapat menjaga kestabilan mental anda. Banyak kajian menunjukkan bahawa pengambilan alkohol secara tepat tidak hanya mengurangkan risiko Alzheimer tetapi juga dapat meningkatkan konsentrasi, ingatan dan daya pemikiran anda.

5. Penurunan Risiko Stroke

Pelbagai kajian secara konsisten menunjukkan penurunan risiko stroke hingga 50% bagi mereka yang mengambil alkohol dalam jumlah sederhana. The American Stroke Association menyatakan 2 gelas minuman beralkohol per hari dapat mencegah anda terkena serangan strok.
Bagaimana? Minum bir ternyata merupakan win-win solution! Selain anda boleh menikmati minuman kesukaan anda, bir juga memberikan tubuh anda pelbagai pengambilan yang bermanfaat bagi kesihatan anda. Namun, perlu diingat manfaat ini boleh anda peroleh hanya dengan mengambil bir dalam jumlah sederhana, yang bererti rata-rata dua gelas bir per hari untuk lelaki dan segelas bir per hari untuk wanita.

Senarai manfaat diatas tidak berlaku jika anda mengambil alkohol secara berlebihan, yang membawa kesan negatif yang serius bagi kesihatan anda. So drink responsibly!