Thursday, September 15, 2016

Miss Malaysia Earth 2016: Dulu Saya Selalu Diejek Kerana Gemuk.

Kecantikan seorang perempuan boleh muncul dari mana saja. Namun tidak dapat dinafikan bahawa definisi cantik secara umum hanya tertumpu pada tubuh yang seksi dan wajah yang ayu. 

Dan tak jarang pula perempuan berbadan gemuk sering menjadi cemuhan dan bahan ejekan meski dia mempunyai hati dan tingkah laku yang cantik. Seperti yang dialami seorang gadis yang bernama Joanna Joseph ini. Dulu, dia sering diejek kerana badannya yang gemuk. 


Namun, pengalaman pahit di bangku sekolah mendorong Joanna Joseph, peserta kontes kecantikan Miss Malaysia Earth 2016, untuk mengubah dirinya menjadi gadis yang cantik dan dikagumi ramai orang. Kini, dengan mudah ia mampu membuat orang lain terpesona padanya . Ia berjaya mengubah impian menjadi kenyataan. 

"Setiap hari saya mendapat follower baru yang menanyakan tentang diri saya dan banyak lagi. Saya sedang melanjutkan pengajian diploma dalam bidang TESL di MSU, Shah Alam. Selain itu, saya juga suka memberi motivasi dan inspirasi kepada orang ramai," kata Joanna. 

Dulu, dia seperti tak bersemangat dan ada tujuan hidup. Hampir setiap hari dia diganggu oleh rakan-rakan kerana memiliki berat badan berlebihan dan mungkin kelihatan jelek di mata mereka. Kerabatnya juga sama saja. Mereka merasa terpuruk hidup dalam kesengsaraan. 
"Saya lalui pelbagai kesusahan sejak umur 12 hingga 16 tahun, sehingga saya ambil keputusan untuk mengatasi masalah tersebut sendiri. Kerana sedar, jika saya tidak bertindak sekarang, maka saya akan tetap selamanya begitu. Saya perlu memaksa diri dan mengorbankan banyak hal untuk berada di tahap sekarang," kisah Joanna.

"Saya juga berterima kasih pada mereka yang sering mengejek saya dulu. Mungkin jika tidak, saya tidak akan sampai pada tahap seperti sekarang," kata Joanna. 

Orang yang sentiasa berada di sisinya dan memberinya motivasi agar terus melangkah ke depan hanyalah ayah dan Justin. Joanna sering nge-gym, ia melakukan diet yang baik dan tidak minum pil penurun berat badan.


"Saya pernah melihat ibu saya sengsara selepas minum pil pelangsing karena malah tidak mau makan apa-apa. Jadi, saya memutuskan untuk membuktikan bahawa berat badan boleh dikurangkan tanpa mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan," katanya. 

"Saya akan bersukan bila ada masa, dan cuba untuk makan makanan yang sihat. Jika saya boleh melakukannya, mengapa anda tidak? Semuanya bergantung pada pemikiran. Tujuan anda. Usahalah untuk mendapatkannya. Buktikan pada orang sekitar bahawa anda boleh menjadi lebih daripada apa yang mereka bayangkan, "kata Joanna memberi motivasi. 

"Anda boleh melakukannya. anda juga boleh menghantar mesej langsung kepada saya untuk bertanya tentang latihan dan nutrisi makanan yang saya jalani. Mungkin saya akan luangkan masa untuk membalas, tapi saya selalu pastikan untuk membalas. Semoga hari-hari kalian menyenangkan!" tutup Joanna.

Sumber: Seduhkopi | Sentiasabikinpanas