Thursday, September 15, 2016

Perokok Terpaksa Menikmati Asap Sendiri Di Jepun.

Inilah satu di antara inovasi yang sudah lama beroperasi di Jepun. Alat ini menjadi penyelesaian bagi orang yang merokok di kafe atau tempat umum. Namanya Smoking Bells, kerana bentuknya memang menyerupai bell atau loceng. 


Alat ini di rekabentuk untuk membuat perokok menikmati asap rokoknya sendiri. Selain itu asap rokok tidak akan mengganggu orang di sekitarnya. demikian seperti yang dilaporkan oleh laman berita Indonesia, Tribunnews.com, kafe dengan ruang terhad tidak perlu menyediakan zon khas untuk perokok. Kawasan Smoking Bells memang amat jarang dijumpai. 
Hanya kafe atau restoran tertentu di negara Sakura yang menggunakan alat ini. Jika diperhatikan di atas alat ini terdapat cerobong yang menuju ke atas seperti tempat pembuangan asap. Apabila makan di tempat ini jangan terkejut ya kalau tiba- tiba dimasukan ke dalam alat menyerupai loceng kaca ini ya.