Thursday, October 6, 2016

Perkembangan Kes Jufazli Shi Ahmad VS Musa Aman (Ketua Menteri Sabah)

Bismillah...


Inspektor Nur Intan Jamrin (Pegawai Penyiasat Jenayah) IPD Tawau akan mula menyiasat saya dan mengambil kenyataan penuh berkenaan pendedahan skandal wang rasuah kayu balak Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pada 7 Oktober 2016 (Jumaat). Siasatan ini akan dilakukan pada jam 3.00 petang di Kuala Lumpur. 
Sebagai Pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah, saya masih begitu yakin bahawa Musa Aman perlu didakwa akibat skandal rasuah ratusan jutaan ringgit sejak beliau menjadi Ketua Menteri Sabah. Jika Musa Aman terus terlepas bebas, itu adalah tidak adil untuk rakyat Sabah kerana wang tersebut sepatutnya bukan milik Musa Aman. Tetapi itu milik rakyat Sabah.

Saya akan terus melawan Raja Korup Sabah ini dan saya pasti menang. Insya Allah.

#SELAMATKAN SABAH

JUFAZLI SHI AHMAD
PENGASAS GERAKAN ANAK MUDA SELAMATKAN SABAH
PENGANALISIS POLITIK
4 OKTOBER 2016 (SELASA)