Showing posts with label unik. Show all posts
Showing posts with label unik. Show all posts

Thursday, February 23, 2017

Lolita - Si Gadis Hitam Berwajah Sangat Cantik Seperti Patung Barbie Dan Digelar 'The Black Barbie'.

Kebanyakan negara di seluruh dunia mempunyai ‘piawai’ kecantikan yang hampir sama. Dan ramai juga yang menganggap kulit yang cerah menjadikan seseorang itu lebih cantik.


Walaupun tanggapan ini dipercayai ramai, ia tidak semestinya benar. Dan individu yang mencabar stereotaip ini ialah seorang gadis berkulit hitam bernama Lolita.


Rupa bentuk wajahnya sangat cantik - seperti patung Barbie.


Ramai yang meminatinya setelah melihat wajahnya di internet.

Lolita menggelarkan dirinya The Black Hannah Montana.


Ada juga di antara peminatnya yang memanggilnya The Black Barbie.


Kisah Lolita menunjukkan kepada kita bahawa kita tidak perlu mengikut ‘piawaian’ yang ditetapkan orang ramai untuk kelihatan cantik.

| SBP

Wednesday, February 22, 2017

Pasangan Jepun Ini Kahwin Cara Tradisi Rungus Dan Berbulan Madu Di Kudat, Sabah.

Pasangan Jepun iaitu Tomoya dan Saaya berpeluang melangsungkan perkahwinan mereka mengikut tradisi Rungus di Monungkus, Kg. Inukiran, Kudat, Sabah pada 27 Januari 2017 yang lalu.


Pasangan Jepun ini berkenalan buat kali pertamanya di Kg. Inukiran ketika mereka menghadiri program pelajar Jepun yang diadakan di Sabah pada tahun 2009.

Dari situ Tomoya dan Saaya mula mengenali antara satu sama lain dan membuka lembaran baru kisah kehidupan mereka berdua.



Selepas pulang ke Jepun, pasangan ini memulakan percintaan mereka dan akhirnya mereka berkahwin pada Disember 2016 yang lepas.
Jadi, Monungkus, Kg Inukiran, Kudat, Sabah tempat dimana mereka telah dipertemukan dan membawa kepada ikatan kasih antara dua pasangan ini telah menjadi salah satu destinasi honeymoon pilihan mereka.



Pada 27 Januari 2017, Monungkus yang menerima kehadiran pasangan ini telah mengaturkan pakej istimewa buat pasangan ini, meraihkan detik yang istimewa dalam hidup mereka dengan mengadakan majlis perkahwinan tradisi Rungus.

Sumber: Borneodihati.org

Monday, February 20, 2017

3500 Penduduk Mendiami Bandar Kecil Bawah Tanah Gurun Di Australia Ini.

Bandar kecil yang berada di bawah tanah Gurun Australia ini dihuni oleh 3,500 penduduk.

Alasan mereka tinggal di bawah tanah adalah untuk melindungi diri dari panasnya suhu udara di wilayah tersebut yang boleh mencapai 50 darjah Celsius.


Bandar ini terletak di bahagian Selatan Australia. Walaupun dikira sebagai bandar kecil, namun ruang yang ada di sana cukup lengkap.

Mulai dari muzium, galeri kesenian, hingga hotel pun tersedia untuk para traveler yang ingin mencuba sensasi hidup di bawah tanah.

Selain bandar bawah tanah, Coober Pedy pun dikenal sebagai kota pembekal batu Opal berkualiti di dunia. Batu opal tersebut jadi mata pencarian utama penduduk yang tinggal di sana.
Daya tarik lain yang ada di bandar unik di Australia ini adalah pelbagai acara tahunan seperti Coober Pedy OZ Mineral Races, Queen of the Desert Festival, dan The Opal Festival.

Setiap tahun, para penduduk berkumpul untuk merayakan waktu berakhirnya musim panas dengan mengadakan perarakan dan aktiviti luar untuk semua usia.



| SBP

Sunday, February 19, 2017

Rumah Kuning Itu Gereja, Yang Biru Itu Surau - Berjiran Dan Berkongsi Pagar Yang Sama.

Cuba tengok betul-betul. Apa yang ISTIMEWA dengan gambar ini, selain awan kumulus yang berpupul putih di langit, dan kehijauan rimba tropika yang begitu mempesona? 


Yang kuning itu gereja, yang biru itu surau - berjiran dan berkongsi pagar yang sama. 

Ini satu manifestasi markat tertinggi keindahan beragama - apabila penganut berlainan saling menghormati hak masing-masing untuk beribadat. 

Dalam Islam, persahabatan tanpa prejudis begini terterap dalam konsep - “lakum dinukum waliyadin”. 

Agama bukan sekadar mendidik kita tentang soal tauhid dan feqah. Tetapi juga tentang akhlak dan ihsan sesama insan. 
Apa guna kita jadikan perbezaan Tuhan sebagai alasan untuk saling membenci dan bermusuhan? Sedangkan tujuan kita semua ber-Tuhan adalah untuk mencari kehidupan yang lebih aman dan sejahtera. 

“Harmoni yang indah. Surau dan gereja bersebelahan. Kg Tinanduk, daerah kecil Pagalungan, Nabawan, Sabah.” 

Oleh Tuan Hj. Samin Ongki

Sunday, February 12, 2017

Legenda Batu Gergasi ‘The Devils Tower’.

CHEYENNE - Satu usaha sedang dijalankan untuk menukar nama lokasi tersebut kepada satu nama yang lebih baik dan bersesuaian. Batu gergasi itu terletak di timur laut Wyoming dan dikenali sebelum ini sebagai ‘The Devils Tower’


Penduduk tempatan Indian Amerika berkata bahawa nama itu adalah tidak sesuai memandangkan menara itu diidentifikasikan sebagai menara keagamaan bagi sesetengah masyarakat di kawasan tersebut. Masyarakat di kawasan tersebut ingin memberikan nama menara itu sebagai ‘Bear Lodge’.

Monumen pertama Amerika Syarikat

Presiden Theodore Roosevelt telah menetapkan bahawa menara ‘The Devils Tower’ adalah monumen pertama kebangsaan Amerika Syarikat pada 24 September 1906 setelah kuasa baru diberikan kepada beliau. Pihak kongres Amerika Syarikat telah meluluskan langkah yang dibuat oleh presiden itu sebagai salah satu usaha untuk melindungi kawasan itu sebagai lokasi yang unik di Amerika Syarikat.
Bagaimanakah ia terjadi?

Antara teori yang diberikan tentang bagaimana menara batu terjadi disebabkan oleh keadaan batu magma bawah tanah yang keluar daripada permukaan bumi menjadi sejuk dan keras serta menjadi sejenis batu yang dikenali sebagai batu igneus. Magma semakin retak dan telah membentuk satu tiang multisided. Disebabkan oleh keadaan cuaca yang sentiasa berubah-ubah sedikit sebanyak telah mendedahkan keadaan batu menara tersebut.

Masyarakat di kawasan tersebut ingin memberikan nama menara itu sebagai ‘Bear Lodge’. -AP

Menara itu menjadi lokasi hebat buat pendaki bukit batu. Beberapa kepingan batu dan runtuhan di kawasan menara tersebut adalah menjadi bukti kepada cebisan batu yang rosak dan runtuh disebabkan oleh pelbagai faktor sama ada dari manusia dan juga keadaan cuaca.

Penduduk tempatan Amerika dan menara tersebut

Dianggarkan lebih daripada dua dozen penduduk suku tempatan mendiami tempat menara itu dan menjadikan menara itu sebagai salah satu budaya di dalam masyarakat mereka. Puak suku asli itu mempunyai cerita mereka tersendiri sejak turun temurun lagi tentang bagaimana pembentukan menara itu dalam tradisi budaya mereka. Malah yang paling terkenal ialah menara itu bersandarkan kepada seekor beruang yang telah mencakar menara itu dan menjadikannya sebagai lokasinya untuk berlindung setelah melarikan diri. Pelbagai nama telah diberikan terhadap menara tersebut antaranya, Bear’s House, Beak Peak, Bear Lodge, Tree Rock, Gray Horn Butte dan Grizzly Bear’s Lodge.

Kenapa ‘Devils Tower’

Menurut Perkhidmatan Taman Negara pada tahun 1874 hingga 1901, satu ekspedisi telah dijalankan bagi mengkaji menara tersebut dan diketuai oleh Kolonel Richard Irving Dodge dan menamakannya sebagai ‘The Devils Tower’. Kumpulan itu telah membawa ahli geologi dan ‘MapMaker’ untuk mengkaji menara itu dan setelah mereka kembali, mereka mengatakan bahawa menara itu sinonim dengan puak asli di kawasan tersebut sebagai sebuah menara untuk membuang benda-benda yang tidak baik malah dikenali sebagai ‘Menara Tuhan yang buruk’. Namun tiada rekod menunjukkan bahawa menara itu dikaitkan dengan ilham roh jahat atau keberadaan satu identiti halus.

Mengubah nama

Para penyokong menukar nama itu telah mengemukakan petisyen kepada lembaga Amerika Syarikat kepada nama yang lebih baik berdasarkan geografinya malah para panel lembaga itu telah menerima beratus-ratus cadangan setiap tahun untuk nama terbaru menara tersebut dan ketika ini masih dalam proses perbincangan. - AP

Tuesday, January 31, 2017

7 Fenomena Unik Yang Ada Dalam Fikiran Kita.

Alam fikiran manusia adalah sesuatu yang unik dan terus menerus berkembang, sehingga selalu saja ada perkara baru untuk dipelajari. Kadang-kadang ada beberapa fenomena fikiran yang dialami manusia, dan di luar pemikiran lazim.

Berikut adalah 7 Fenomena Unik Yang Ada Dalam Fikiran Kita:

1. Prosopagnosia


Prosopagnosia adalah fenomena di mana seseorang tidak mampu mengenali wajah seseorang atau objek yang sepatutnya sudah dikenali. Mereka biasanya mampu menggunakan perasaan lain untuk mengenali orang-orang tersebut seperti dari bau perfume seseorang, bentuk atau gaya rambut, suara, atau gaya berjalan.

2. Fregoli Delusion


Fenomena ini menerangkan di mana seseorang mempercayai bahawa orang-orang yang berbeza itu sesungguhnya adalah satu orang yang sedang menyamar. Hal itu sering dikaitkan dengan paranoid dan kepercayaan bahawa orang yang menyamar itu sedang berusaha untuk menganiaya dirinya.

3. Capgras Delusion


Merupakan fenomena di mana seseorang percaya bahawa sahabat karib atau keluarganya sudah berganti identiti seperti seorang penipu. Fenomena ini paling umum berlaku pada pesakit mental.

4. Presque Vu


Merupakan perasaan yang kuat bahawa anda akan mendapat petunjuk atau ilham akan apa yang terlupa, tetapi tidak pernah datang. Dengan kata lain seperti ungkapan "kalimat yang terasa sudah di hujung lidah". Presque vu dapat meranapkan perasaan dan fikiran, serta seringkali membuat seseorang susah tidur.
5. Jamais Vu


Digambarkan sebagai sebuah situasi sudah pernah dikenali tetapi tidak dapat mengenal pasti. Sering dianggap sebagai kebalikan dari deja vu. Anda tidak mengenali sebuah situasi walaupun mengetahui bahawa sebelum ini anda telah berada dalam situasi seperti itu. Jamais vu dianggap juga sebagai sejenis gejala keletihan otak.

6. Deja Visite


Deja Visite merupakan pengalaman yang melibatkan suatu pengetahuan ghaib akan suatu tempat yang baru, berkaitan dengan geografi dan ruang. Contohnya seseorang sudah mengetahui selok-belok suatu tempat, padahal orang tersebut belum pernah ke sana.

7. Deja vécu


Merupakan pengalaman setelah melihat suatu peristiwa sebelumnya, tetapi hanya dalam butir-butir yang besar, seperti mengenali bau-bauan dan bunyi-bunyian. Hal ini juga biasanya disertai oleh suatu perasaan yang sangat kuat akan pengetahuan sesuatu yang akan datang kemudian. Dan biasanya itu adalah benar.

TAMBAHAN

Deja vu


Ini fenomena yang paling akrab dengan kita. Merupakan pengalaman tertentu akan sesuatu yang sedang berlaku, di mana anda sudah mengalaminya atau melihat situasi baru itu sebelum ini, dan anda merasa seolah-olah sedang mengulangi peristiwa tersebut.

INI PUN MENARIK DIBACA JUGA:

Wednesday, November 16, 2016

Muzium Zakar Terbesar Dunia Yang Terletak Di Iceland Dibuka Secara Rasmi.

Saiz bukanlah ukurannya, demikian slogan Muzium Patologi Iceland yang menyimpan koleksi terbanyak spesimen zakar pelbagai haiwan di dunia. 

PANDANGAN di dalam Muzium Phallological Iceland Reykjavik

"Saya datang untuk memastikan bahawa muzium zakar ini benar-benar wujud di Reykjavik," kata seorang pelancong Amerika, Jerry Anderson kepada AFP, sambil merenung spesimen zakar terbesar milik Paus Sperma di muzium itu. 

Zakar sepanjang 1.70 meter dan berat 75 kilogram itu disimpan dalam cecair formaldehid di dalam bekas plexiglass besar di pintu masuk muzium. 

Dalam beberapa lagi bilik besar di muzium itu juga terdapat zakar dan bahagian-bahagian zakar pelbagai bentuk dan saiz milik pelbagai jenis mamalia besar termasuk ikan paus, beruang, anjing laut, kucing dan juga tikus. 
Ia turut menempatkan pelbagai artifak yang bertemakan kemaluan, antaranya dulang, tiang dan telefon. 

Tidak seperti suasana muzium lain di dunia yang tenang dan aman, rata-rata pengunjung Muzium Patologi ini akan tergelak kecil sambil melihat 286 spesimen biologi yang dipamerkan. 

Sebahagian besar pengunjung adalah warga asing dan lebih daripada 60 peratus adalah wanita. 

Sumber:- AFP | SBP

Saturday, September 24, 2016

Pengantin Kahwin Dalam Terowong.

Sepasang pengantin yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas mengadakan upacara perkahwinan mereka di dalam terowong semata-mata mahu mereka dirasmikan sebagai suami isteri pada waktu yang bertuah. 


Pasangan pengantin itu merancang mengadakan majlis perkahwinan diikuti jamuan makan pada jam 12 tengah hari yang dianggap waktu bertuah untuk mereka, lapor Huanqiu. 
Bagaimanapun, mereka terperangkap di dalam terowong di Ankang bersama 40 rakan dan saudara-mara disebabkan kemalangan jalan raya. 

Sebelum itu, pengantin lelaki terbabit keluar pada jam 5 pagi untuk mengiringi bakal isterinya ke lokasi majlis perkahwinan. 

Pada mulanya mereka menyangka sempat sampai ke tempat berkenaan sebelum jam 12 tengah hari.

Sumber: Agensi | HMetro | SBP

Wednesday, September 21, 2016

Inilah Antara Kolam Lumpur Panas Yang Paling Unik Di Dunia.

Dipercayai lumpur di kolam ini dapat mengubati penyakit ganjil seperti penyakit "mana sudah janji-janji manismu," dan "mana sudah janji terang bulan mu dulu"..

Tiada bayaran dikenakan untuk pengunjung yang ingin berkelah bersama keluarga di sni..masuk adalah percuma..hehehe



**Sila telefon YB kawasan ini untuk mendapat keterangan lanjut...

Sumber: Isiah Heaven | SBP

Friday, September 16, 2016

20 Perkara Lucu Dan Tidak Masuk Akal Ditemui Pada Buku Bacaan.

Semasa admin masih seorang pelajar, saya terpaksa meletakkan sedikit usaha dalam membuat buku teks saya supaya agak lucu, tapi tidak seperti mereka-mereka ini yang begitu mudah mendapatkannya. Seolah-olah seperti penerbit itu sendiri dengan sengaja memastikan bahawa akan ada banyak hiburan antara mukasurat buku tersebut.

Terima kasih kepada orang-orang di Bored Panda, buku teks ini gagal (atau menang sebenarnya) telah terkumpul di satu tempat untuk keseronokan anda. Adakah ini mengingatkan anda mengenai sesuatu dari tahun persekolahan anda? Sila berkongsi cerita anda di ruang komen di bawah!
1. Ditemui di buku 'My Web Design'...saya blur sikijap..ooh ok...


2. Seorang wanita berkata "Hello" dalam Bahasa Perancis kepada Pasangan Di Dalam Semak. OMG...apa diurang buat tu..?


3. Ini dijumpai pada halaman pertama buku teks Statistik. Sedih betul tau ni...


4. Terdapat sesuatu yang ganjil dalam buku 'My Engineering'..adakah anda nampak apa yang saya lihat.


5. Lebih baik belajar ini - Just In Case...bilang urang


6. Terdapat 'Gem' dalam buku teks 'A High School Seks Ed'..Fuh hebatnya buku ni..


7. Dalam buku baca Bahasa Sepanyol, budak lelaki ini membuat panggilan kepada gadis dan bertanya 'Apa Nombor Telefonnya'? Bah ko salin ah...sia x mau ulang..


8. Buku teks Bahasa Perancis ini cuba menerangkan 'Colours', tapi lupa bahawa ianya dalam hitam dan putih.


9. Invisible Man....awesome buku ni tau...kamurang x mau ke?


10. Harimau boleh dipelihara di dalam penjara. Sia suka ni penjara...


11. Saya sedang membaca buku 'My Chemistry'...mmmm...biar betul buku ni...???


12. Ini apa yang ada didalam buku teks Biologi kawan kepada kawan kepada kawan saya. Berapa banyak dah kawan....


13. Uiiii, gambar pada buku teks ini terbaik sepanjang zaman? Ko memang hebat author...sia slut ko...


14. Level buku teks: Chernobyl....bikin takut pulak.


15. Lagi 'Gem' tersembunyi dibelakang buku teks...penerangan tu yang paling manang...sot tau ni...


16. Buku teks Ekonomi saya agak pesimis...bulih juga macam ni...pakar ekonomi kot..


17. Ini satu persoalan yang menarik, buku teks Matematik kawan kepada kawan saya...pun kawan kepada si kawan saya...ini sudah gila...


18. Perkataan 'Trouble' dalam kamus Jerman bersifat perkauman? 1 budak hitam jatuh dalam longkang...tinggal berapa budak hitam?


19. Main dengan baik, buku teks Biologi. Saya sedang melihat apa yang anda tengah buat disana! ni mcm pun ada...ini kali lah...tukar..


20. Buku ujian buta warna...oh tidak..mengapa ini berlaku...mcm mana nak lulus jpj ni...