Tuesday, January 31, 2017

7 Fenomena Unik Yang Ada Dalam Fikiran Kita.

Alam fikiran manusia adalah sesuatu yang unik dan terus menerus berkembang, sehingga selalu saja ada perkara baru untuk dipelajari. Kadang-kadang ada beberapa fenomena fikiran yang dialami manusia, dan di luar pemikiran lazim.

Berikut adalah 7 Fenomena Unik Yang Ada Dalam Fikiran Kita:

1. Prosopagnosia


Prosopagnosia adalah fenomena di mana seseorang tidak mampu mengenali wajah seseorang atau objek yang sepatutnya sudah dikenali. Mereka biasanya mampu menggunakan perasaan lain untuk mengenali orang-orang tersebut seperti dari bau perfume seseorang, bentuk atau gaya rambut, suara, atau gaya berjalan.

2. Fregoli Delusion


Fenomena ini menerangkan di mana seseorang mempercayai bahawa orang-orang yang berbeza itu sesungguhnya adalah satu orang yang sedang menyamar. Hal itu sering dikaitkan dengan paranoid dan kepercayaan bahawa orang yang menyamar itu sedang berusaha untuk menganiaya dirinya.

3. Capgras Delusion


Merupakan fenomena di mana seseorang percaya bahawa sahabat karib atau keluarganya sudah berganti identiti seperti seorang penipu. Fenomena ini paling umum berlaku pada pesakit mental.

4. Presque Vu


Merupakan perasaan yang kuat bahawa anda akan mendapat petunjuk atau ilham akan apa yang terlupa, tetapi tidak pernah datang. Dengan kata lain seperti ungkapan "kalimat yang terasa sudah di hujung lidah". Presque vu dapat meranapkan perasaan dan fikiran, serta seringkali membuat seseorang susah tidur.
5. Jamais Vu


Digambarkan sebagai sebuah situasi sudah pernah dikenali tetapi tidak dapat mengenal pasti. Sering dianggap sebagai kebalikan dari deja vu. Anda tidak mengenali sebuah situasi walaupun mengetahui bahawa sebelum ini anda telah berada dalam situasi seperti itu. Jamais vu dianggap juga sebagai sejenis gejala keletihan otak.

6. Deja Visite


Deja Visite merupakan pengalaman yang melibatkan suatu pengetahuan ghaib akan suatu tempat yang baru, berkaitan dengan geografi dan ruang. Contohnya seseorang sudah mengetahui selok-belok suatu tempat, padahal orang tersebut belum pernah ke sana.

7. Deja vécu


Merupakan pengalaman setelah melihat suatu peristiwa sebelumnya, tetapi hanya dalam butir-butir yang besar, seperti mengenali bau-bauan dan bunyi-bunyian. Hal ini juga biasanya disertai oleh suatu perasaan yang sangat kuat akan pengetahuan sesuatu yang akan datang kemudian. Dan biasanya itu adalah benar.

TAMBAHAN

Deja vu


Ini fenomena yang paling akrab dengan kita. Merupakan pengalaman tertentu akan sesuatu yang sedang berlaku, di mana anda sudah mengalaminya atau melihat situasi baru itu sebelum ini, dan anda merasa seolah-olah sedang mengulangi peristiwa tersebut.

INI PUN MENARIK DIBACA JUGA: