Thursday, February 23, 2017

Lolita - Si Gadis Hitam Berwajah Sangat Cantik Seperti Patung Barbie Dan Digelar 'The Black Barbie'.

Kebanyakan negara di seluruh dunia mempunyai ‘piawai’ kecantikan yang hampir sama. Dan ramai juga yang menganggap kulit yang cerah menjadikan seseorang itu lebih cantik.


Walaupun tanggapan ini dipercayai ramai, ia tidak semestinya benar. Dan individu yang mencabar stereotaip ini ialah seorang gadis berkulit hitam bernama Lolita.


Rupa bentuk wajahnya sangat cantik - seperti patung Barbie.


Ramai yang meminatinya setelah melihat wajahnya di internet.

Lolita menggelarkan dirinya The Black Hannah Montana.


Ada juga di antara peminatnya yang memanggilnya The Black Barbie.


Kisah Lolita menunjukkan kepada kita bahawa kita tidak perlu mengikut ‘piawaian’ yang ditetapkan orang ramai untuk kelihatan cantik.

| SBP