Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Thursday, September 29, 2016

Kisah Si Pencuri Kuih Yang Tak Tahu Berterima Kasih.

Suatu hari, seorang wanita sedang menunggu di lapangan terbang. Masih ada masa beberapa jam lagi sebelum jadual penerbangannya tiba. Untuk membuang masa, dia membeli buku dan seplastik kuih di kedai lapangan terbang, lalu mencari tempat untuk duduk. Sambil duduk wanita tersebut membaca buku yang baru saja dibelinya. 

Dalam keasyikannya, dia melihat ada seorang lelaki di sebelahnya dengan begitu berani ikut menikmati kuih yang berada diantara mereka. Tak mau ambil pusing, wanita tersebut cuba mengabaikan agar tidak berlaku kekecohan.


Dia tetap membaca, mengunyah kuih sambil sesekali melihat jam. Sementara si Pencuri Kuih yang berani menghabiskan bekalannya. Dia semakin kesal sambil menunggu minit-minit berlalu. Wanita itupun sempat berfikir kalau aku bukan orang baik, sudah ku tampar dia! 

Setiap dia mengambil satu kuih, si lelaki juga mengambil satu. Ketika tinggal hanya satu kuih terakhir, dia bertanya-tanya apa yang akan dilakukan lelaki itu. Dengan senyum tawa di wajahnya dan tawa gugup, si lelaki mengambil kuih terakhir dan membahaginya menjadi dua. 

Si lelaki menawarkan separuh miliknya, sementara dia makan yang separuhnya lagi. Si wanita pun merebut kuih itu dan berfikir, "ya ampun orang ini berani sekali dan dia juga kasar, malah dia tidak kelihatan ingin berterima kasih sama sekali". 

Belum pernah rasanya dia sekesal itu. Dia menarik nafas lega apabila nombor penerbangannya diumumkan. Dia mengumpulkan barang miliknya dan menuju pintu masuk. Kerana masih kesal, ia menolak untuk menoleh pada si 'pencuri yang tak tahu terima kasih'.
Setelah sampai di dalam pesawat dan duduk di kerusinya. Dia pun mencari buku yang hampir selesai dibacanya. Apabila dia membuka tasnya, dia menahan nafas dengan penuh kaget. Matanya terbeliak melihat apa yang ada di dalam begnya, disitu ada sebuah seplastik kuihnya. 

"Apa, kuih milikku ada di sini," berbisik dengan patah hati. "Jadi kuih tadi memang miliknya dan dia cuba berkongsi". Terlambat untuk minta maaf, dia bersandar sedih. Bahawa sesungguhnya dialah yang kasar, dialah yang harusnya ditampar dan dialah si pencuri kuih yang tak tahu terima kasih itu. 

Dalam hidup ini kisah pencuri kuih seperti tadi sering terjadi. Kita sering berprasangka dan melihat orang lain dengan kacamata kita sendiri (subjektif), serta kita selalu saja berprasangka buruk terhadap orang lain.

Orang lainlah yang selalu salah, orang lainlah yang patut disingkirkan, orang lainlah yang tak tahu diri, orang lainlah yang berdosa, orang lainlah yang selalu bikin masalah, orang lainlah yang perlu diberi pelajaran, orang lainlah yang selalu bikin panas

Padahal kita sendiri yang mencuri kuih tadi. Kita sering mempengaruhi, memberi komen, mencemuh pendapat, penilaian atau gagasan orang lain sementara sebetulnya kita tidak tahu betul permasalahannya. Semoga menjadi renungan untuk kita semua :) | SBP

Tuesday, September 27, 2016

Sindrom Hikikomori - Fenomena Manusia Yang Memilih Untuk Hidup Menyendiri Tanpa Menghiraukan Hidup Bermasyarakat.

Hikikomori adalah satu istilah di dalam Bahasa Jepun yang memberi maksud fenomena manusia yang memilih untuk menyendiri serta menarik diri daripada kehidupan bermasyarakat. Mereka memilih untuk mengasingkan diri dan tidak keluar rumah berbulan-bulan lamanya dan hanya akan keluar rumah jika ada keperluan yang mendesak.


Istilah ini merujuk kepada situasi di Jepun. Dr Tamaki Saito, pakar psikiatri berkaitan Hikikomori berpendapat, punca kepada fenomena ini berakar umbikan sejarah dan struktur sosial masyarakat Jepun.Ini kerana puisi-puisi dan muzik tradisional Jepun sering mengagung-agungkan pemencilan diri.

Tapi bagaimana pula situasinya dengan anak bangsa kita? Agak-agaknya ada tak golongan hikikomori dalam kalangan generasi muda kita sekarang?
Suatu hari di hari raya,
Mak Su: Kak Ngah, mana abang long? Dari tadi mak su tak nampak pun batang hidungnya. Saudara mara tengah ramai ni pun dia boleh menghilang. Dia balik cuti kan?
Kak Ngah: Abang long dalam bilik dia mak su. Dia balik je dari asrama semalam terus masuk bilik. Mengadap laptop dia la tu. Siapkan assignment katanya. tak pun tengah berkepit dengan PS2 dia.
Mak Su: Tapi kan ni hari raya. Saudara mara tengah ramai datang nak melawat ni boleh pulak dia duduk terperap dalam bilik. Pergi panggil dia keluar. Mak Su nak jumpa semua anak sedara mak su.
Kak Ngah: Baiklah Mak Su.
Abang Long keluar dengan telinga disumbat earphone, memegang ipod barunya. Setelah bersalaman dan menjawab sepatah dua soalan dari sedara mara, masuk bilik balik.
Rasanya ini adalah fenomena biasa di kalangan muda mudi kita. Memang tak dinafikan bagi pelajar di sekolah berasrama penuh, kadang-kadang kita kekok untuk bergaul dengan saudara mara yang jarang bersua muka. 

Kita lebih suka memilih untuk berdiam diri dan melakukan kerja sendiri daripada bertegur sapa dengan tetamu/sedara mara. 

Mungkin ada yang bertanya tak bosan ke duduk sorang-sorang? Bosan. 

Sebab tu mereka sentiasa bersama ipod, mp3 dan apa-apa gadget yang menemani. Tapi tak rasa ke sedikit sebanyak masyarakat muda mudi kita semakin ke arah pembentukan individu hikikomori tu? 


Tak percaya cuba tengok generasi adik-adik kita. Antara mp3, mp4, ipod, PS2 dengan galah panjang, bola beracun, congkak yang mana mereka tahu dan akan pilih? Rasanya ipod dan PS2 tu lebih menarik daripada mencari kawan-kawan baru ketika bermain galah panjang.

Menggusarkan bukan? Generasi kita semakin ke arah individualistik. Mungkin suatu hari nanti perkataan masyarakat hanya tinggal perkataan sahaja. Tiada lagi makna dan situasi kemasyarakatan itu.
Tapi, apa sebenarnya yang menjadi faktor ini?

Faktornya adalah kerana tiada tujuan hidup yang jelas. Betul. TIADA TUJUAN HIDUP YANG JELAS. 

Mungkin ada yang menjawab, mereka ada tujuan hidup. 

Tapi adakah tujuan itu jelas? dan jika ianya jelas, neraca apa yang diguna untuk menjadikan tujuan hidup itu jelas?

Akhir kata, jangan biarkan diri diselubungi sikap hikikomori. Dan rancanglah kehidupan yang baik untuk bakal anak-anak.

Jauhi hikikomori dari diri mereka. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak-anak. Fikir banyak kali dan fikirkan sekali batas-batas sebelum membelikan anak-anak gadget berunsur 'pengasingan diri'.

Sumber: TD

Monday, September 26, 2016

Hidup Ini Hanya Sementara Kawan. Kejarlah Akhirat Sebelum Tertiarap.

Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.


Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta, rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.
Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Tuhan masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Hidup ini hanya sementara kawan. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. Semoga kita semua kekal dalam keberkatan, keredaan dan kasih sayang Tuhan.

| SBP

Sunday, September 25, 2016

Isteri Yang Merasa Gemuk Ini Meminta Jurugambar Mengedit Gambarnya, Namun Reaksi Suaminya Sungguh Tak Diduga!!!

Kecantikan seseorang itu secara perlahan memang akan menghilang seiring dengan bertambahnya usia. Di bawah ini ada seorang wanita 40 tahun yang mencari seorang jurugabar dan berharap dapat membantu beliau mengabadikan beberapa keping gambar. Ia juga meminta agar gambarnya disunting menjadi lansing dan seksi agar suaminya mendapat satu kejutan. Jurugambar ini pun akhirnya bersetuju.


Akhirnya mereka melakukan sesi pengambaran di sebuah hotel dan memakan masa kurang lebih satu setengah jam. Berdasarkan keinginan wanita ini, jurugambar akan membuang bahagian lemak yang berlebihan berserta kedutan wajahnya sehingga dia akan kelihatan muda dan seksi. Wanita ini pun sangat berpuas hati akan hasilnya dan bercadang menjadikannya hadiah natal bagi suami tercinta.
Pada mulanya, jurugambar ini merasa tugasnya telah selesai, namun tanpa diduga 3 hari kemudian, suami wanita ini menghantar surat padanya.

Isinya sangatlah membuatnya merasa bersalah.

"Perkenalkan saya adalah suami dari XXXXX. Saya menuis surat ini kerana baru-baru ini saya menerima gambar yang anda buat untuk isteri saya.

Pertama-tama, saya menulis surat ini bukan untuk mengeluh, hanya kerana ada beberapa pandangan.

Sejak berusia 18 tahun, saya sudah bersama-sama dengannya. Kami mempunyai dua anak yang lucu dan telah bersama-sama melalui pelbagai liku-liku kehidupan bersama. Saya tahu, isteri saya melakukan semua pengambaran ini untuk memberikan sedikit kejutan untuk saya. Kadangkala dia sering mengeluh dirinya tidak lagi cantik, malahan mengatakan kalau saya mencari gadis cantik lagi dia tidak akan menyalahkan saya.

Tapi apabila saya menerima gambar-gambar ini, saya pun terpegun. Semua gambar ini diambil dengan sangat cantik, saya yakin anda adalah jurugambar yang boleh dipercayai. Namun saya ingin mengatakan, ini bukanlah isteri saya. Anda menghilangkan semua kekurangannya. Saya tahu, dialah yang meminta anda melakukannya, namun semua ciri khasnya menghilang, semua liku-liku kehidupan kami pun ikut hilang.

Sewaktu anda mengedit gambarnya, anda juga menghilangkan kenangan indah ketika dia hamil dan melahirkan. Apabila anda mengedit kedutannya, anda juga menghapuskan semua senyuman dan tangisan yang kami lalui selama 20 tahun ini. Apabila anda mengedit lemaknya, anda juga menghapuskan kenangan kami menikmati banyak makanan dan kesenangan bersama-sama.

Saya tidak mengkritik apa-apa, ini adalah pekerjaan anda. Saya menulis surat ini untuk mengucapkan terima kasih. Kerana apabila saya menerima album tesebut, saya merasa sangat bersalah. Saya tidak membuat isteri saya merasa saya sangat mencintainya dengan keadaannya sekarang.

Saya tidak melakukan dengan baik, sehingga dia merasa gambar ini yang saya inginkan. Mulai hari ini saya akan menjadi lebih baik dan membuat isteri saya mengetahui bahawa semua kelemahannya adalah yang saya inginkan. Perkara ini benar-benar mengingatkan saya."





Surat ini benar-benar mengubah pandangan jurugambar tersebut. Semua kekurangan ini merupakan perkara yang sangat dicintai pasangannya. Hebatkan..jom share kisah ni!!!

Adab Murid Tahun 1880 Yang Menunduk Kepala Masa Berselisih Dengan Guru, Adab Murid Sekarang?

Gambar yang ada di arkib negara Belanda di bawah ini di ambil pada sekitar tahun 1880-1910 di Jawa. Berbeza dengan sekarang krisis moral dan seolah tidak lagi menghormati guru, hingga tidak lagi mempunyai wibawa. Padahal para guru adalah pengajar ilmu, dengan mereka kita menuntut ilmu.


Bukannya kita kembali ke zaman feudal, melainkan apa jadinya jika yang muda sudah tidak ada rasa hormat kepada yang tua, terutama para pendidik, tempat menimba ilmu? Adakah budaya bergiat aktif dan kurang ajar yang patut kita lestarikan meski bertentangan dengan adab ketimuran, ataukah kita memakai identiti sendiri sebagai masyarakat nusantara yang menjunjung tinggi etika dan nilai-nilai moral.
Mari renungkan sebentar, dan jadikan gambar ini sebagai pelajaran. Apabila yang muda sudah tidak hormat lagi kepada yang tua dan yang tua sudah tidak menyayangi yang muda, bagaimana masa depan bangsa kita...Sila berkongsi dengan yang lain.

Sunday, September 18, 2016

Wanita Ini Batal Niat Gugurkan Bayi Yang Ada Di Perutnya Gara-gara Terbaca Kalimat Seperti Ini. Bikin Insaf...

Sebuah kisah benar tentang pengguguran yang mungkin boleh menyedarkan orang-orang yang hendak melakukan pengguguran. Kisah ini datang dari seorang wanita muda dari Amerika Syarikat.

Dua tahun lalu, wanita muda yang dirahsiakan namanya ini hamil di luar nikah. Dia mengandung anak dengan kekasihnya. Namun malangnya, kekasih yang telah menghamilkannya itu berlaku curang.


Pada masa itulah fikirannya mula bercelaru. Jalan pintas untuk membuang bayi yang ada di dalam kandungannya sudah terdetik difikirannya.

Hingga suatu ketika, dia pun datang ke sebuah klinik pengguguran. Pada masa duduk di bangku menunggu barisan, dia sangat bingung dan cemas dengan keputusannya itu. Malah dia sempat menangis.

"Hari itu, swaktu di klinik pengguguran saya begitu bingung. Teman lelaki saya berlaku curang pada saya. Sedangkan saya sedang mengandung anaknya. Saya terus mengatakan pada diriku sendiri, aku sendirian saya perlu melakukan ini (pengguguran)," dia mengimbas kembali saat itu.

Hingga akhirnya namanya dipanggil untuk masuk ke dalam ruangan pengguguran. Perasaan cemas dan bingungnya itu semakin menjadi saat dia masuk ke bilik. Namun keputusannya tetap dibuat.
Sebelum melakukan pengguguran, seorang wanita yang memanggilnya tadi mengajaknya berbincang sambil mengambil dompetnya. Apabila mengambil dompet, tiba-tiba saja sebuah kad terjatuh dan dia mengambilnya.

Wanita itu berkata, "Simpan saja itu untukmu!" Ujarnya lalu pergi.

Di atas kad itu terdapat tulisan yang berjaya mengurungkan niat wanita tersebut.

"Jangan takut, banyak orang tercinta menyertai kamu. Jangan berkecil hati, kerana orang-orang terdekat kamu mencintaimu. Aku akan menguatkan kamu dan membantu kamu," demikian bunyi tulisan dalam kad itu.

Wanita itu terus tersentak. Dia terus sedar bahawa keputusannya itu adalah satu kesilapan besar. Dia pun berlalu pergi dan memutuskan untuk melahirkan bayinya dan menjaganya hingga besar.

Kini, kanak-kanak yang ingin dibuangnya itu telah lahir ke dunia dan diberi nama Vaida.

"Saya fikir itu adalah cara Tuhan menunjukkan kepada saya bahawa rencana-NYA tak akan pernah terduga," tuturnya. | Sentiasabikinpanas

Friday, September 16, 2016

Doktor Kongsi Pengalaman PELIK Di Hospital Lama Alor Setar Bila Di Datangi 1 Keluarga Dengan Masalah Yang Buat Dia TERKEDU!!!

Cerita ini berlaku lama dahulu, semasa saya baru setahun jagung bekerja sebagai pegawai perubatan di Hospital Alor Setar pada waktu malam. Pada waktu itu Jabatan Kecemasan tidak mempunyai pakar dan seorang doktor bertugas untuk keseluruhan jabatan pada waktu malam dan merawat kesemua kes kecemasan dan pesakit rawatan luar. Kini Hospital Alor Setar telah berpindah ke Hospital Sultanah Bahiyah dengan kelengkapan moden berserta pakar-pakar yang berwibawa. 'Anything & Everything'.


Di dinding bilik rawatan Jabatan Kecemasan, jam menunjukkan lewat 12 tengah malam. Sejak aku memulakan syif malam berseorangan untuk keseluruhan jabatan beberapa jam sebelum itu, pesakit tidak putus datang. Tepat jam tengah malam lima pesakit asma yang datang dengan nafas sesak segera diberikan gas nebulizer di zon asma. Dalam masa yang sama, seorang pakcik datang dengan sesak nafas sambil tekanan darah menunjukkan 215/120. "Tarik nafas pakcik," seraya itu telingaku menangkap bunyi kasar seperti air bergelegak apabila hujung stetoskop dikenakan pada belakang dadanya. Sah air memenuhi paru-parunya kerana tekanan darah terlalu tinggi. Segera aku mengarahkan pembantu jururawat menyuntik ubat frusemide dan glyceryl nitrate sambil oksigen diberi. Perlahan-lahan pakcik terasa dapat bernafas lega dan bacaan oksigennya meningkat dari 89% kepada 100%. Pakcik itu stabil kembali lalu kusegerakan catatan dalam dokumen perubatan lalu pakcik pun dimasukkan ke wad. Sementara pakcik diuruskan untuk dimasukkan ke wad, seorang lagi datang kerana motosikalnya terlanggar kereta. Aku segera meminta X-ray dibuat memandangkan semua pemeriksaan pernafasan dan kitaran darahnya bagus. Setelah X-Ray menunjukkan patah tulang peha, dia kumasukkan ke wad untuk pembedahan oleh pasukan pakar tulang.

'Tension'

Suasana menjadi aman seketika. Tatkala itu, aku melihat 2 kad diletakkan serentak di atas mejaku. Aku melihat ruangan masalah dan melihat perkataan 'Tension'. Aku fikir mungkin masalah darah tinggi atau 'hypertension'. Memandangkan tiada lagi pesakit, aku meminta petugas memanggil pesakit kad pertama masuk. "Ahmad bin Ibrahim, sila masuk" Masuk seorang lelaki berumur 56 tahun seperti yang tertera pada kad bersama seorang gadis jelita berumur dua puluhan. Mereka berdua berdiri di sebelahku . Aku melihat mereka saling berpandangan. "Ya Encik boleh duduk. Encik ada darah tinggi ke," soalku. Mereka sekali lagi berpandangan lalu gadis cantik itu memandangku dan berkata, "Maaf doktor. Sebenarnya ini Abah saya. Masalahnya, kami berdua bertengkar dari pagi sampai malam. Kami dah tak tahu nak buat apa. Akhirnya kami buat keputusan untuk berjumpa doktor," katanya serius. Barulah aku sedar ketika itu bahawa kad yang satu lagi juga bertulis 'Tension' di ruangan masalah dan namanya adalah Rozita binti Ahmad berumur 21 tahun. Ketika itu lalu seorang doktor dari disiplin surgery yang terdengar aduan 'pesakit' ini. "Send them away," bisik doktor itu sambil dia berlalu setelah memandang mereka dengan pandangan yang sinis.

Bapa Vs Anak

Aku melihat bapanya, Encik Ahmad seakan sedikit malu. Anaknya memandangku dengan harap. Kemudian masuk ibunya lalu dia pula berkata, "Maaf doktor, saya dah tahu nak buat apa. Anak saya dan suami saya berdebat tidak henti-henti dari pagi hingga malam." Aku mempunyai pilihan sama ada untuk menghantar mereka pulang kerana Jabatan Kecemasan bukanlah untuk kes-kes 'Tension' sebegini. Tetapi jauh di sudut hati, aku rasakan sedikit simpati. Memandangkan yang tinggal hanyalah pesakit asma yang kesemuanya hanya menunggu gas nebulizer disempurnakan, aku mendapat satu idea.

Dua Helai Kertas

Aku mengambil dua helai kertas lalu kuhulurkan kepada Encik Ahmad dan anaknya, CIk Rozita. "Begini, saya mohon adik ni dan encik Ahmad setiap seorang senaraikan apa yang tak puas hati. Saya nak selesaikan pesakit asma saya sementara senarai ini ditulis." Mereka berdua keluar dari bilik rawatan.

Aku mula memeriksa pesakit-pesakit di zon asma. Kelima-lima pesakit asma yang kulihat tidak lagi sesak nafas dan stetoskopku yang setia membisikkan bunyi pernafasan yang normal lalu kesemua mereka kubenarkan pulang setelah preskripsi ubat kutulis. Setelah preskripsi terakhir selesai kutulis, Encik Ahmad dan CIk Rozita pun masuk semula. Kali ini kulihat, terdapat dua senarai yang tertulis di atas kertas.

Aku menjemput kedua-dua mereka untuk duduk di atas kerusi.

'Senarai Tak Puas Hati'

Aku mulakan dengan senarai dari Encik Ahmad. Kubacakan satu-persatu dengan memulakan senarai si bapa.

"Ok Cik Rozita, ini apa yang ditulis oleh bapa ya....."

Sementara senarai kubaca, Encik Ahmad menambah, "Doktor, tolonglah, ini satu-satunya anak saya. Saya tak ada yang lain. Dia pelajar di Kolej Perguruan. Baru pulang bercuti. Adakah patut, sampai saja dengan bas, dia terus ajak saya untuk beli tiket bas. Dia baru saja balik bercuti. Macam tak sempat-sempat nak tinggalkan kami. Lagi satu, saya rasa dia kena buatan orang. Dia boleh tahu rahsia orang. Kemudian asyik lawan cakap saya. Dulu dia ada bertunang. Mungkin dia kena buatan orang,"

Aku mendengar rintihan Encik Ahmad. Aku menoleh ke arah CIk Rozita. Orangnya kecil. Kulitnya putih melepak dan rambutnya diikat di belakang. Dia memakai seluar jeans dan bajut T. Aku melihat air mata bercucuran dari matanya yang lentik. Untuk seketika, aku terasa seakan melihat satu episod drama swasta. Lalu, aku meminta komen darinya berdasarkan senarai yang diberi.

Senarai Bapa

"Senarai bapa, 1. Anak kena 'buatan orang' - selalu melawan cakap bapa," Aku memandang ke arah CIk Rozita dengan pandangan meminta penjelasan. Dia seakan faham lalu berkata,

"Laa doktor.....macam mana saya tak lawan. Bapa saya bawa bomoh, kononnya untuk berubat. Tiap-tiap malam ada bomoh berlainan. Kalau sampai sebulan macam-macam bomoh Abah bawa, dan macam-macam air saya kena minum, tentulah saya melawan. Bila saya lawan, bomoh cakap 'memang bapa jin ada dalam badan dia. Tu yang dia melawan'. Bukan jin doktor....saya yang penat dan marah."

Aku menoleh ke arah bapa yang memandang ke bawah. Air mata bercucuran lagi. Aku fikir kalau ada produser drama atau filem tentu Cik Rozita sudah ditawarkan untuk berlakon.

"Okay, seterusnya saya bacakan perkara kedua dalam senarai bapa Cik...2. Anak ada kebolehan 'tahu rahsia orang,'" sekali lagi aku memandang Cik Rozita lalu dia memeberikan penjelasan, "Doktor, saya duduk dalam bilik saya. Kaum keluarga datang semua cerita masalah dan rahsia kepada Abah. Semunya saya dengar. Jadi bila saya marah, tentulah saya buka cerita semua. Habislah satu persatu saya buka rahsia mereka. Mak dan Abah terkejut bagaimana saya boleh tahu segala cerita. Padahal dinding bilik saya bukannya tebal sangat atau kedap udara. Semua cerita ada dalam kepala saya!"

Encik Ahmad kelihatan terkejut tetapi wajahnya seperti baru kini memahami misteri yang selama ini tidak terungkai kerana tidak pernah dijelaskan oleh anaknya.

'Kucing'

"Baik, kita teruskan dengan perkara berikutnya....

3. Anak minta belikan tiket untuk pulang ke Kuala Lumpur..," Kali ini aku cuba memahami hati si bapa lalu cuba memberikan analogi mudah kepada Cik Rozita. "CIk Rozita, mungkin bapa Cik Rozita berasa rindu sebab lama tak jumpa Cik Rozita. Macam apabila kita bela kucing juga. Kita bagi makan,kita jaga tapi bila kita panggil, kucing tu tak nak datang tapi nak pergi jauh. Tentu kita terasa jauh hati kan?"

Cik Rozita mengesat air matanya. Kini bibir merahnya menguntum senyum. Mungkin dia boleh menerima peneranganku? Bibirnya menguntum kata, "Sebenarnya doktor, ini pasal kucing jugak." Aku terpinga-pinga tidak faham. Dia seraya menyambung, "Sebenarnya kucing saya di rumah baru mati. Kucing tu dah lama tinggal dengan keluarga sejak saya kecil. Saya sedih. Saya tak boleh duduk lama kat rumah tu sebab teringatkan kucing tu. Sebab tu saya minta Abah untuk terus pergi beli tiket supaya dapat pulang awal. Bukannya sebab saya tak sayangkan Abah saya." Encik Ahmad memandang ke arah anaknya. Baru sekarang semua misteri terungkai. "Jadi Encik Ahmad faham kenapa anak nak pulang cepat ke Kuala Lumpur?" aku bertanya. Dia mengangguk perlahan. Kini dia pula mengesat air matanya.

Puan Halimah yang mendengar semua perbualan kami diam tidak berkata apa-apa. "Macam nilah. Saya rasa sekarang semua orang faham situasi yang sebenar. Tak ada apa lagi yang perlu digaduhkan lagi. Saya nasihatkan Encik Ahmad dan CIk Rozita untuk dengar isi hati masing-masing. CIk Rozita mungkin perlu masa sebab sedih kucingnya mati. Tak ada buatan orang. Pergilah berjalan-jalan di luar kalau rasa tak selesa duduk di rumah. Insya Allah semua akan ok." Mereka berdua mengangguk. Lalu bapanya berkata, "Sebenarnya doktor, sebelum ini kami dah jumpa pakar sakit jiwa. Tapi kami masih bertekak. Kami tak tahu nak buat macam mana."

"Tak apa Encik Ahmad. Lain kali kalau masalah timbul lagi, buatlah senarai masing-masing dan kemudian bincang satu-persatu. Kita kena dengar setiap satu dan leraikan. Kalau tak dengar, semua masalah bersarang di hati dan lama-lama masalah kecil jadi besar,"kataku. Terdapat beberapa kad baru masuk dan aku perlu melihat kes-kes kecemasan.
Aku memandang perkara terakhir pada senarai Encik Ahmad yang tertulis, 4. Anak tak dengar kata. Melihat mereka seakan sudah mendapat peleraian bagi sengketa, aku merasakan tidak lagi perlu meneruskan membaca perkara terakhir Encik Ahmad. Aku melihat pula senarai CIk Rozita yang tertulis:

Senarai anak

1. Bapa paksa untuk dirawat oleh bomoh
2. Bapa suruh tinggal lama di rumah
3. Bapa tak faham dan tak dengar

Memandangkan semua perkara di atas telah disentuh dan dijawab sekaligus apabila senarai bapa telah dikupas, aku yakin tidak lagi perlu meneruskan perkara yang sama.

"Baiklah doktor. Minta maaf kami datang malam-malam macam ni. Tapi saya rasa okay. Kami balik dulu," kata Encik Ahmad. Aku tersenyum dan melihat mereka berdua meninggalkan bilik rawatan.

'Pening'

Aku melihat kad di hadapanku. Setelah 5 pesakit kuselesaikan rawatan, aku melihat kad yang kelima tertulis "Pening" Pesakit tersebut masuk lalu berkata, "Doktor, saya sebenarnya dah mati. Tapi saya hidup semula. Sekarang saya datang supaya doktor boleh periksa saya." Aku melihat jam di dinding menunjukkan tepat jam 1.30 minit pagi. Untuk seketika, aku terasa seakan bulu roma berdiri dan di hadapanku adalah hantu. Matanya tajam merenungku. Perlahan, aku menyentuh tangannya. Terasa haba kulit dan ada nadi berdenyut. Tak mungkin orang yang mati mempunyai nadi. Tekanan darah kuambil dan bacaannya normal. Dia tidak kelihatan pening. Sebaliknya aku yang terasa pening dengan masalahnya. Dia juga amat tenang dan tidak agresif. Aku berfikir sejenak. Kalau tadi ada masalah 'tension' anak beranak, mungkin kes ini ada kaitan dengan gangguan jiwa juga. Dia kelihatan tidak sedikitpun merasakan kenyataannya salah. Dan seseorang yang tidak berasa pelik dengan kelakuan peliknya sendiri adalah suatu tanda samada ada gejala psikosis ataupun penyakit skizofrenia. Aku fikir, Jabatan Kecemasan kini sudah bertukar menjadi pusat kaunseling dan aku pula perlu menjadi kaunselor atau doktor sakit jiwa sementara merawat kes-kes kecemasan. Betullah kata sesetengah orang....'A&E' bukan hanya bermaksud 'Accident and Emergency' tetapi 'Anything and Everything'.

# nama ditukar bagi melindungi identiti sebenar pesakit. 

Kredit:- Alzamani Mohammad | Sentiasabikinpanas

Thursday, September 15, 2016

Miss Malaysia Earth 2016: Dulu Saya Selalu Diejek Kerana Gemuk.

Kecantikan seorang perempuan boleh muncul dari mana saja. Namun tidak dapat dinafikan bahawa definisi cantik secara umum hanya tertumpu pada tubuh yang seksi dan wajah yang ayu. 

Dan tak jarang pula perempuan berbadan gemuk sering menjadi cemuhan dan bahan ejekan meski dia mempunyai hati dan tingkah laku yang cantik. Seperti yang dialami seorang gadis yang bernama Joanna Joseph ini. Dulu, dia sering diejek kerana badannya yang gemuk. 


Namun, pengalaman pahit di bangku sekolah mendorong Joanna Joseph, peserta kontes kecantikan Miss Malaysia Earth 2016, untuk mengubah dirinya menjadi gadis yang cantik dan dikagumi ramai orang. Kini, dengan mudah ia mampu membuat orang lain terpesona padanya . Ia berjaya mengubah impian menjadi kenyataan. 

"Setiap hari saya mendapat follower baru yang menanyakan tentang diri saya dan banyak lagi. Saya sedang melanjutkan pengajian diploma dalam bidang TESL di MSU, Shah Alam. Selain itu, saya juga suka memberi motivasi dan inspirasi kepada orang ramai," kata Joanna. 

Dulu, dia seperti tak bersemangat dan ada tujuan hidup. Hampir setiap hari dia diganggu oleh rakan-rakan kerana memiliki berat badan berlebihan dan mungkin kelihatan jelek di mata mereka. Kerabatnya juga sama saja. Mereka merasa terpuruk hidup dalam kesengsaraan. 
"Saya lalui pelbagai kesusahan sejak umur 12 hingga 16 tahun, sehingga saya ambil keputusan untuk mengatasi masalah tersebut sendiri. Kerana sedar, jika saya tidak bertindak sekarang, maka saya akan tetap selamanya begitu. Saya perlu memaksa diri dan mengorbankan banyak hal untuk berada di tahap sekarang," kisah Joanna.

"Saya juga berterima kasih pada mereka yang sering mengejek saya dulu. Mungkin jika tidak, saya tidak akan sampai pada tahap seperti sekarang," kata Joanna. 

Orang yang sentiasa berada di sisinya dan memberinya motivasi agar terus melangkah ke depan hanyalah ayah dan Justin. Joanna sering nge-gym, ia melakukan diet yang baik dan tidak minum pil penurun berat badan.


"Saya pernah melihat ibu saya sengsara selepas minum pil pelangsing karena malah tidak mau makan apa-apa. Jadi, saya memutuskan untuk membuktikan bahawa berat badan boleh dikurangkan tanpa mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan," katanya. 

"Saya akan bersukan bila ada masa, dan cuba untuk makan makanan yang sihat. Jika saya boleh melakukannya, mengapa anda tidak? Semuanya bergantung pada pemikiran. Tujuan anda. Usahalah untuk mendapatkannya. Buktikan pada orang sekitar bahawa anda boleh menjadi lebih daripada apa yang mereka bayangkan, "kata Joanna memberi motivasi. 

"Anda boleh melakukannya. anda juga boleh menghantar mesej langsung kepada saya untuk bertanya tentang latihan dan nutrisi makanan yang saya jalani. Mungkin saya akan luangkan masa untuk membalas, tapi saya selalu pastikan untuk membalas. Semoga hari-hari kalian menyenangkan!" tutup Joanna.

Sumber: Seduhkopi | Sentiasabikinpanas

Wednesday, September 14, 2016

Ngeri!!! Pengalaman 3 Lelaki Masuk Ke Dalam SEGITIGA BERMUDA, Lihat Apa Yang Mereka Temui Sungguh Tak Disangka-Sangka!

#Apabila tugasan di mesir sudah tamat pihak SIB diberi tugasan baru dan Major ravi telah mengarahkan aku, bahtiar dan ramzul utk mengendali kes ini. Apabila kami ditugaskan tanpa membuang masa kami terus bersiap utk ke pelabuhan labuan dimana tempat kami akan berlepas. perjalanan menaiki helikopter milik ATM Augusta 109E lancar tanpa sebarang masalah.


#Petang menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo selendang ayu yang difahamkan akan berlayar ke bahamas utk penghantaran perubatan dan keperluan bantuan mangsa ribut disana. pihak Malaysia begitu perihatin utk membantu walaupun bahamas adalah dibawah pemerintahan amerika namun atas dasar keperimanusiaan kerajaan kita tetap membantu.

#Aku, ramzul dan bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan 30 kaki dan berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun bukan 5 star selesa la jugak. tapi salah seorang kene la tidur di lantai berlapikkan kain saja dan orang itu adalah aku sebab memang dah biasa dengan lantai-lantai ni. aku termenung seketika diatas tilam tempat bahtiar berbaring ramzul diatas pon tgh berbaring keadaan aku yang termenung itu disedari bahtiar lalu dia menegur. "weh apsal ko termenung bro"? sapa bahtiar sambil menolak bahuku. "Aku bukan apa aku hairan kenapa sampai nak kene cover kapal ni cube kamu tengok tadi ramai yang jadi pak guard depa senjata pon ada. jawab aku dengan penuh hairan. "Entah la aku pon pelik juga kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah ada yang cover kapal ni"? sampuk ramzul yang aku dan bahtiar ingat dah bermimpi indah. tiba-tiba bahtiar menempik dalam nada yang sederhana "weii.. bukan ke kalau nak ke bahamas to kene lalu segitiga tu baru sampai sana"? "ha ah la mesti kene lalu segitiga setan tu..ahh sudah menyesal la pulak aku join cover ni" kata ramzul.

#Aku hanya boleh membisu dan berfikir. Benar kata-kata bahtiar memang kapal ni akan melalui segitiga bermuda jika mahu sampai ke bahamas.Aku cuma tenteramkan mereka yang nampak gelisah.."segitiga je beb bukan segi empat ke segi lima yang korank risau apehal"? seloroh aku.. "ye la kamu jangan cakap sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat tu". kata-kata ramzul seperti meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang dari tadi seperti gelisah tak tentu pasal. " dah.. cukup dengan segitiga korank.. ingat misi kita apa disini.. kita lakukan dengan profesional pasal dengan tempat puaka tu memang senjata kita tak lut pada mereka tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa? sekuat2 mana jin yang ada didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah ada.. tadah tangan kita mohon dengan penuh yakin pasti Allah tidak akan biarkan hambanya yang didalam kesusahan" madah aku dengan penuh yakin.

#Perjalanan kami ke bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini kerap singgah di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan dan pelepasan dari negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan apa yang kami bawa bukan barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada negara-negara tersebut. apabila tiba di setiap perairan ada saja tentera marin ataupon penguatkuasa laut yang datang utk memeriksa. jika ada keraguan kapal kami ditahan sementara utk pengesahan.

Apabila kapal kami tiba di lautan atlantik satu detik hati yang begitu risau apabila melihat sekitar lautan yang tiada pulau bermakna kami berada di tengah-tengah lautan atlantik yang luas dan menurut kapten kapal inilah dia laluan segitiga bermuda. bahtiar dan ramzul seperti kerisauan melihat sesama sendiri. ketika berada di bilik kawalan kapal saya bertanya kepada kapten yang bernama zulfakar. " apa... kapten tak berasa risau melalui laluan ni"? tanyaku dengan penuh berani.

"Ini pertama kali saya mengikuti laluan ni... sebelum ini kawan saya yang juga kapten kapal bernama john barios penah melalui laluan ini dan selepas dia menghantar barang di miami sesampainya beliau di pelabuhan para petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal yang lain telah tiada walaupon semasa belayar sebanyak 30 crew yang menyertai pelayaran itu dari england.. dan beliau disahkan gila kerana setiap saat beliau mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan laut atlantik seperti menunggu utk membaham kapal-kapal yang melalui laluan ini. sebab itulah saya juga mencari jawapan segala kebenaran yang dia katakan" kata beliau dengan nada yang sedikit kesedihan.

#Aku terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul yang benar2 terasa dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya itu. aku kembali ke bahagian tengah kapal dan melihat ke ke lautan yang sedikit berkabus. sut yang kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg melampau tatkala angin lautan atlantik yang melanda sekala sekala deras.

Ramzul dan bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. kebanyakannya melayu dan seorang adalah berbangsa sigh. dalam penghayatan aku di lautan tiba2 bahtiar menggoncang bahuku dengan laju " weiii.. korang nampak tak kat sana?" tuju jari bahtiar ke selatan laut. aku dan ramzul pantas melihat.. namun aku dan ramzul tak dapat melihat apa2 kecuali kabus yang semakin tebal dan hitam. " mana? tak ada apa2 pon" pintas ramzul. " ada aku mmg nmpak tadi" yakin kata2 bahtiar itu. " apa yang kamu nampak" kata ku. ''aku nmpak kapal'' jawab bahtiar. "Ahhh.. kapal pon mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sini'' pintas ramzul lagi. '' takk..aku nampak kapal zaman portugis'' yakin bahtiar lagi. '' biar betul kamu ni bahtiar''? tanya ku dengan penuh kepastian.

Aku sekali lagi mengaamati betul2 apa yang bahtiar katakan, mataku melihat sekeliling apakah benar dakwaan bahtiar tadi, kabus semakin lama semakin tebal dan hitam. tiba2 mataku terpandang satu objek di selatan laut yang berada di dalam kabus2 semakin lama semakin objek itu menampakkan diri dan sah ianya sebuah kapal perang lama.. " ramzulll.. minorrr'' jerit aku meminta ramzul teropong. ramzul segera memberi padaku beliau pon sudah dapat melihat kapal tersebut. aku melihat kapal tersebut dengan teropong.. semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak satu nama dikapal tersebut aku terus diselubungi keresahan.. mana taknya nama kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal perang yang pernah dinaiki oleh kapten columbus pada tahun 1492 dan pernah melaui perairan atlantik ini utk mendarat di bahamas.

Hati aku sekali lagi berdegup detap apakah ini realiti kerana apa yang ternampak dimata disaksikan juga oleh para krew kapal yang lain.. mereka semua terpegun dengan kapal yang sudah berusia beratus lamanya belayar setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini.. bahkan dari tadi kami rasakan seperti kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo kami ini setara sahaja. sekali lagi teropong diarah ke kapal berusia beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan crew kapal tersebut apakah ada penghuninya. tiada nmpak sebarang kelibat manusia pon didalam kapal tersebut.

#Tiba-tiba siren kapal kargo kami kedengaran.. aku pantas naik ke dek pengemudi yang melihatkan kapten zulfakar dalam keadaan cemas.. '' apa yang terjadi kapten''? "entahlah saya tak pasti tetapi tadi saya ternampak seekor binatang yang besar sedang melintas didepan kapal seperti dinosour tengkuknya panjang dan pantas menenggelamkan diri'' kata kapten zul. aku melihat kembali di luar.. kapal santa maria itu masih ada dan seiring dengan kapal ini. Awan tiba2 gelap di depan kami seperti ada ribut yang mahu melanda petir sekali sekala menyambar disertakan dengan guruh namun tanda2 hujan tidak kelihatan. Ramzul dan bahtiar kedua2anya seperti terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon dari mereka.

Aku turun dan membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka.. alhamdulillah mereka sedar.. ''apa yang kita nak buat ni?'' kata bahtiar. angin semakin kencang.. para krew kapal bertempiaran sesama sendiri mencari perlindungan tatakala kapal seperti hilang keseimbangan... para pasukan keselamatan pon bnyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal aku melihat kedepan '' ahh kapal ni tak bergerak ni.. kabus itu yang datang menghampiri '' kata ku. sebab aku kata begitu kerana melihat di awan terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan masih berada di posisi sama begitu juga kapal santa maria yang seiring dengan kapal kami tidak seperti bergerak langsung. ramzul dan bahtiar masih berpaut dengan senjata masing2 dah jatuh kemana aku pon tak tau dengan keadaan kapal yang tidak stabil. ''ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan ini aku dan rakan2 tetap tabah utk hadapinya" kataku di hati kecil". dengan tak semana2 ada satu gelombang yang muncul didepan kapal merempuh kami dan kesemua krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh dan muntah semuntah2nya ya Allah azab nya keadaan ini seperti nak tercabut nyawa ketika gelombang itu merempuh kapal kami.

Kilat terus sambar menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru kami semua krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu muncul dan menghentam kami.. Ahhh.. terbaring kembali dan muntah2 kami lagi dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu. aku gagahkan utk berdiri tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk berdiri termasuk rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus meluru ke dek kapten melihatkan mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang berselerakan. aku papah kapten zulfakar dan terus kapten itu berkata "cepat AZAN.. tengok tuu" kapten menunjuk jari ke depan.
#Ya Allah kabus hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang besar dengan gagah datang kearah kami.. dengan mulutnya terbuka luas seperti gembira mahu menjamah kami.. tatkala itu muncul satu pusiran air laut yang besar dibelakangnya.. hanya Allah yang mengetahui apa yang terjadi kepada kami ini dan hanya dialah sahaja penyelamat kami. Aku memberanikan diri dan terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu dengan penuh kemarahan yang sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja .. kapal ini tak bergerak. tangan kananku ditekup ke telinga dan dengan nafas panjang aku Azan dengan hati yang berserah padaNYA dan berkata hati ku ALLAH MAHA BESAR... ALLAH MAHA BESAR .. biarlah nyawaku diambil lembaga ini dan selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal ini.. tengahku bertarung nyawa dedepan kapal terdengar pula dibelakang suara yang ramai melaungkan Azan.. wpt.dan apabila didalam kapal itu bergema Azan.. selesai Azan telingaku seperti dengan jelas terdengar dari mana datangnya tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi " Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun " diulang banyak kali dan sememangnya jelas di anak telinga ini dan dengan sepontan aku mengikutinya dan krew2 yang hampir pon melafazkannya dengan izin Allah segala kabus hitam hilang dari pandangan termasuk kapal santa maria yang berada seiring dengan kami diikuti pula cahaya matahari yang terang seperti menghalau kabus2 hitam itu terus menguasai lautan. pusaran air juga hilang dari pandangan yang terlihat hanyalah sebuah lautan yang membiru. aku melutut kesyukuran dengan peluh membasahi seluruh tubuh menadah tangan sambil berkata "TIADA SANGSI LAGI ENGKAULAH MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH SYUKUR KEHADRATMU" krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari bertapa tidak bermayanya aku.

Keadaan pulih seperti biasa ramzul dan bahtiar seperti tidak percaya dengan apa yang aku lakukan diatas kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal kami tiba di pelabuhan bahamas dengan penuh cerita yang terjadi dan mereka juga memahaminya melihat situasi kami yang sedikit tidak teruurus.wpt. apabila barang2 kargo di serahkan kami bermalam hampir tiga hari di bahamas macam-macam cerita yang kami dengar dari mulut penduduk itu sendiri perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang lain dan yang bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu sahaja. lautan atlantik pernah digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang bernama kapten columbus seorang kapten yang pernah mengemudi kapal santa maria yang kami jumpai di tengah lautan atlantik.

#Perjalanan pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew kapal berwirid dan berzikir. kami juga berjemaah beramai2 ditengah2 kapal bacaan yassin juga tidak terlepas dan apabila dibaca ayat 1-9 yassin itulah dia ayat yang didengar dicelah2 telinga semasa berhadapan dengan musibah yang terjadi. yang baiknya apabila ahli pasukan keselamatan yang berbangsa sigh mahu memeluk islam kerana melihat kebesaran yang benar dari Allah yang maha esa sehingga terbuka pintu hatinya utk memeluk islam. syukur alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke tanah air selepas 3 minggu belayar dari bahamas dan membawa pengalaman yang tak ternilai semasa berada di lautan Atlantik.

Friday, September 9, 2016

Diurang Bilangkan, Kononnya...Kalau Mau Hidup Bahagia...

Diurang bilangkan, kunu...klw mw hidup bahagia...


1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.

2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

3. Tidak berlebihan melakukan apa yang anda tidak mampu buat. Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.

4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyum kan saja.

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.

6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa. Kerana setiap itu pasti ada hikmahnya.

7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita. Allah telah menetapkn reziki kta sndiri sblm kta lahir ke dunia ini.
8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Apa lgi berfikir negatif trhadap orng lain. Sebarkan kasih sayang dn perdamaian.

10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan.

11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri. Dari kita saja baitu.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar dn belajar melalui setiap lembaran khidupan.

13.Jangan mudah putus asa dengan masalah. Anggap masalh itu bunga kehidupan.

Yg penting gembira..

Wednesday, September 7, 2016

Dengan MEREKALAH SAYA Ada Hari Yang Paling Indah Dalam Hidup Saya.

*Cantik ayat ni ...!*

Kadang - kadang Adik beradik yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit......


Kadang - kadang adik beradik yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......

Kadang - kadang adik beradik yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......

Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang Adik beradik.....

Kadang-kadang adik beradik yang selalu *SMS DAN WATTSAPP* anda, bukan kerana mereka takde benda lain nak buat tapi sebab mereka *INGAT PADA ANDA.......*

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........

Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?".....

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

*"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." ....*
*TERIMA KASIH ADIK BERADIK*

Ada *3* Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali:
          *1. Waktu*        
          *2. Kata-kata*    
          *3 . Kesempatan*      

Ada *3* Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:
          *1. Kemarahan*
          *2. Keangkuhan*
          *3. Dendam*

 Ada *3* Hal yg tidak boleh hilang:
          *1. Harapan*        
          *2. Keikhlasan*
          *3. Kejujuran*        

 Ada *3* Hal yg plg berharga:
          *1. Kasih Sayang*
          *2. Cinta*        
          *3. Kebaikan*        

 Ada *3* Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti:
          *1. Kekayaan*      
          *2. Kejayaan*    
          *3. Mimpi*      

 Ada *3* Hal yg membentuk watak seseorg:
          *1. Komitmen*
          *2. Ketulusan*  
          *3. Kerja keras*      

 Ada *3* Hal yg membuat kita sukses:
          *1. Tekad*      
          *2. Kemahuan*
          *3. Fokus*

 Ada *3* Hal yg tidak pernah kita tahu:
          *1. Rezeki*    
          *2. Umur*      
          *3. Jodoh*        

*TAPI,* ada *3* Hal dalam hidup yg *PASTI:*    
          *1. Tua*        
          *2. Sakit*      
          *3. Kematian.*

*Ya  Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..*

Amalkan Tip Ini Untuk Mengelak Bil Telefon Tinggi Ketika Menunaikan Haji.

Warga Malaysia yang menunaikan haji dinasihatkan supaya tahu mengenai perkhidmatan perayauan antarabangsa dengan telefon mudah alih bagi mengelak menerima bil telefon yang tinggi bila pulang ke
tanah air.


Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) berkata mereka perlu memahami bagaimana panggilan suara dan data perayauan antarabangsa berfungsi serta tahu caj bagi perkhidmatan berkenaan menggunakan pelan mudah alih mereka.

"Ini penting oleh kerana pengguna bertanggungjawab atas semua caj dikenakan semasa di luar negara oleh kerana perkhidmatan ini tidak saja melibatkan pembekal perkhidmatan di Malaysia tetapi juga rakan perayauan di negara yang mereka lawati," kata CFM dalam satu kenyataan hari ini.

Mengenai tip berhubung perayauan antarabangsa, CFM berkata jika pengguna hanya mahu menerima panggilan dan SMS semasa di luar negara, mereka boleh menutup terus data perayauan antarabangsa.

Pengguna hendaklah juga menyahaktif 'Sambungan automatik ke rangkaian' dan pastikan mereka sentiasa dihubungkan ke rakan perayauan pembekal perkhidmatan bagi menikmati kadar utama ini.

"Jika anda ingin terus berhubung hanya menggunakan Wifi, anda boleh memilih menukar mod telefon pintar ke mod 'Airplane' atau 'Flight', dan gunakan sepenuhnya WiFi awam yang boleh didapati," kata CFM.
Ia berkata pilihan lebih murah ialah mendapatkan kad SIM Saudi dan memilih pakej terbaik yang menepati kegunaan yang dirancang semasa di luar negara.

Ia juga menasihatkan pengguna membuat salinan semua maklumat kenalan dan data penting dalam telefon mereka, untuk kegunaan jika mereka kehilangan telefon pintar mereka.

"Ia turut menasihatkan pengguna sentiasa berbincang dengan pembekal perkhidmatan tempatan sebelum melawat ke luar negara agar mereka tahu dan faham sepenuhnya tentang semua caj yang dikenakan," ujar CFM.

- Bernama

Tuesday, September 6, 2016

RUMAH Ibubapa Adalah Rumah Bagi Anak-anak Tapi Tak Semua Rumah Anak-anak Adalah Rumah Ibubapa...



RUMAH ibu bapa adalah rumah bg anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa..
Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa
Makan apa sahaja...
Tengok siaran tv ikut suka...
Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...

Tapi...
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....
Tak boleh masak sesuka hati...
Makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka.....
Buat apa sahaja ikut suka....
Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..

Begitu juga...
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....
Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....
Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.
Kalau rosak semua ibubapa tanggung..

Tapi...
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....
Apatah lg dgn sesuka hati.
Takut rosak lah...
Takut langgar lah...
Takut calar lah.....
Kalau guna pun...
Pastikan minyak penuh semula.....
Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak....

Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak....
Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....

Tetapi anak-anak...
Belum tentu mengasihi ibubapa....
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....
Mereka ada masa utk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan...

Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...
Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...
Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak...
Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan...
Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin...

Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..

Tetapi...
Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...

Bila isteri bercerita anak tahu apa yg isteri mahukan...
Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan...
Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa...

Mudah2an kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nnti...

KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.
Bila mereka kecewa kita  buat x nampak...
Kita x tanya sebab apa mereka murung..
Kita buat2 tiada apa berlaku pun...
Itulah kita anak2 yg lupa kasih sayang mereka....
Jadi, ingatlah pengorbanan ibu bapa kita, cintailah mereka lebih dari kita sendiri, kerana tanpa mereka siapalah kita.

Doakan ibu bapa sama ada yg masih hidup @ meninggal dunia .. jangan abai mereka kerana  suatu hari kita pun akan menjadi tua jua..
Mak ayah tak di jual di tepi jalan......sayangilah mereka..
Sebelum Tuhan jemput mereka kembali ..
Siapa kita ketika itu nanti...

Sunday, September 4, 2016

GILA KERJA - Lelaki Ini Terlalu RAJIN Dan Kuat Berkerja. Tapi KESUDAHANNYA Dia Merasa KEHILANGAN SESUATU Yang Buatkannya MENYESAL...


Seorang laki-laki bekerja begitu kuat dan rajin.

Dia menghabiskan waktu 70 jam seminggu untuk bekerja.

Diia juga sangat mencintai pekerjaannya dan memperoleh pendapatan yang sangat besar.

Suatu hari ia merenung betapa pekerjaannya itu telah menyita waktunya sehingga ia begitu jarang bertemu keluarganya.

Tapi, ia terlalu mencintai pekerjaannya sehingga ia bekerja lebih kuat lagi.

Kerja kerasnya membuatnya diangkat menjadi pemimpin tertinggi di perusahaan itu.

Dia pulang untuk menceritakan khabar gembira itu.

Tapi, sesampai di rumah, ia tidak menjumpai seorang pun.

Semua anaknya telah menjalani hidupnya masing-masing.

Sementara istrinya sibuk dengan pekerjaannya di luar rumah.

Laki-laki itu tidak lagi punya kesempatan menceritakan khabar gembira itu.

Dia pun sedar bahawa ia sudah kehilangan hal yang paling berharga dalam hidupnya.

Banyak orang punya prinsip bahawa hanya dengan bekerja keras maka mereka akan beroleh kejayaan, mereka menolak untuk bermalas-malasan.

Tidak ada yang salah dari prinsip ini, tetapi sayangnya mereka mulai terjebak dengan sebuah sikap kerja yang disebut gila kerja.

Waktu bersama keluarga pun tergantikan untuk bekerja.

Jadi tepatlah peringatan ini: "segenggam ketenangan lebih baik dari pada dua genggam jerih payah dan usaha menjaring angin".
Mengorbankan keluarga demi mengejar kejayaan adalah sikap yang tidak bijaksana.

Yang membuat hidup kita bererti sesungguhnya bukanlah pencapaian kerja atau prestasi kita.

Tetapi hubungan yang indah bersama keluarga dan sesama, itulah yang menjadikan hidup kita bererti.

Kita dapat belajar bekerja untuk hidup dan bukan hidup untuk bekerja, iaitu dengan memilih untuk mengatur waktu kita dengan bijaksana.

Hanya ketika kita bersedia, berserahlah dan percaya kepada Allah, maka kita dimampukan untuk menjaga keseimbangan antara bekerja dan memiliki hubungan dengan sesama.

Selamat malam, selamat merehatkan diri bersama keluarga tersayang, jangan lupa berdoa sebelum tidur. Amin

Friday, September 2, 2016

8 Alasan Untuk Hidup Sederhana di Usia Muda. Kedekut Kepada Diri Sendiri Banyak Manfaatnya!

"Masih muda, jangan kedekut dengan diri sendiri. Kalau ada rezeki lebih ya manjakan diri. Buat apa banyak duit kalau tidak boleh kita nikmati?"

Iya betul, memiliki wang dan rezeki memang sangat hebat. Sudah kerja sampai malam setiap hari, kenapa tak boleh sekali-sekali menyenangkan diri? Tapi jangan terlanjur! Di usia muda ini, kamu masih perlu "kedekut" kepada diri sendiri. Jangan heboh, hidup sesederhana mungkin, jimat seboleh yang mungkin.

Memang menyeronokan pada usia mudah kerana pada usia muda kamu memiliki wang sendiri. Tapi andai kamu sedar, kos hidup juga semakin lama semakin tinggi. Kedekut pada diri sendiri saat ini, adalah tanda bahawa kamu sayang dengan masa depanmu nanti.


1. Kamu tahu keinginanmu tak akan pernah habis. Semakin kamu turuti, semakin banyak yang ingin kamu beli.

Keinginan berbeza dengan keperluan. Keperluan adalah hal-hal yang kalau tidak ada, kamu tidak akan dapat hidup. Misalnya makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Sedangkan keinginan, adalah hal-hal yang ingin kita dapatkan walaupun sebenarnya kita tak perlukan sangat. Misalnya, kamu lihat beg yang bagus masa jalan-jalan di Mall. Walaupun kamu sudah mempunyai banyak beg, kamu terdesak sangat ingin membelinya.

Tak apa-apalah, hebat lagi diskaun ini. Duit kan boleh dicari.

Ada masanya kita begitu menginginkan ini dan itu. Sisi borosmu membisikkan bahawa tak apa-apa memanjakan diri sekali-sekala. Tapi jika kamu menuruti keinginanmu untuk membeli beg berdiskaun itu, bukan bermakna kamu akan berhenti mahukan beg-beg yang lain. Setiap kamu menuruti satu keinginan, keinginan lain akan muncul. Sudah kudratnya bahawa manusia tidak pernah puas dan selalu menginginkan yang lebih. Keinginanmu tidak akan ada habisnya. Inilah kenapa, sifat "kedekut" sangat berguna.

Dengan kedekut pada diri sendiri, kamu boleh menetapkan keinginanmu. Bukan keinginanmu yang mengatur hidupmu.

2. Kedekut pada diri sendiri juga melatih disiplin. Untuk mendapat yang lebih baik kamu selalu harus bersabar.

Eh...ada kafe baru yang ada jualan mie rebus ala restoran! Mereka kata sangat sedap. Jom...cuba malam ini,....eh tapi duit belanja makan hari ini cuma cukup-cukup beli nasi telur di warung. Aduh... apa kata pakai tabung saja? Ah tak la....hari ini makan di warung saja!

Hidup boros pastinya bukan keinginanmu. Anda juga mau banyak simpanan ditabung dan di masa depan tidak akan mengalami kesempitan wang. Kerana itulah, sejak muda kamu harus berusaha mengatur kewanganmu sendiri. Kamu sudah melaksanakan pelbagai teori budgeting ini dan itu. Tapi entah kenapa, tatacara kewangan yang kamu lakukan tak pernah berjalan sesuai dengan keinginan. Selalu saja ada dana yang bocor, dan akhirnya, wang yang harusnya kamu masuk tabung ikut punah.

Inilah kenapa mulai sekarang kamu harus mulai kedekut kepada dirimu sendiri. Memperhitungkan semua yang kamu keluarkan untuk dirimu sendiri akan membantumu untuk lebih disiplin. Anda harus kejam pada dirimu sendiri dengan menolak saat kamu menginginkan sesuatu yang tidak penting sangat. Dengan bersikap kedekut pada dirimu sendiri, kamu akan dilatih untuk disiplin. Cuba lah kedekut pada diri sendiri sebulan ini. Dengan begitu, budget bulananmu tidak akan bocor lagi.

3. Lebih penting tabung daripada terlalu sering hidup mewah. Makan enak hanya untuk sementara, simpanan tabungan untuk masa depan.

Godaan untuk kemewahan memang selalu ada. Apalagi kalau kamu memang mempunyai dana. Fikiranmu, ya sudahlah...tak akan ada apa-apa. Kan kamu juga berhak bahagia. Tapi mulai hari ini cuba fikirkan lagi. Apabila kamu bersenang-senang dengan memborong baju-baju berjenama di Mall, atau saat kamu berfoya-foya dengan makan-makanan enak dan mahal di restoran, kegunaan kamu hanya sesaat bukan? Sementara itu, hidupmu masih panjang (dan akhir bulan masa gaji masih lama).

Kamu tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi besok, atau lusa, atau bulan depan. Adakah itu masih bererti sayang jika kamu mengorbankan hidupmu di masa depan untuk kesenangan yang hanya sehari? Menabung jelas lebih penting daripada terlalu sering bermewah-mewah. Menabung adalah caramu menyayangi masa depanmu sendiri.

4. Dengan terbiasa hidup sederhana, kamu jadi pribadi yang tahan serba kekurangan. Boleh menghadapi apa-apa kedepannya.

Apabila kamu kejam kepada dirimu sendiri, dengan menolak segala keinginan yang tidak penting, rasanya memang serba kekurangan. Untuk mengurangkan perbelanjaan, kos makan pun kamu perlu membatasi maksimum RM20 perhari. Kalau masih lapar, ya minum air putih banyak-banyak. Kebiasaan hidup menderita ini memang terasa ngeri kalau kamu bayangkan. Tapi sebenarnya kamu sedang melatih dirimu sendiri untuk menghadapi segala situasi.

Terbiasa hidup kurang dan menderita, serta banyak keinginan ini itu yang tidak tercapai kerana kamu terlalu kedekut untuk mengeluarkan wang untuk hal-hal yang esensial, akan membuatmu memiliki peribadi yang kuat. Anda juga tidak mudah menyerah dan bekerja lebih giat agar nanti keinginan-keinginanmu itu boleh tercapai tanpa mengorbankan hal-hal lain. Walaupun begitu, pada masa wangmu sudah banyak, biasanya kamu jadi tak terbuak-buak berbelanja lagi.

5. Jika yang biasa sahaja sudah cukup memenuhi keperluanmu, kenapa perlu bermewah-mewah? Mensyukuri kejayaan boleh dilakukan dengan tidak membuang-buang wang.

"Faizal, ini makanan boleh dibuang tak?"

"Oh, iya. Itu saya beli cuma teringin saja. Eh ternyata tak sedap."

Selama ini mungkin kamu menganggap untuk menghargai kerja kerasmu selama ini, maka kamu membiarkan dirimu sedikit bersenang-senang. Kerana itu, tidak ada salahnya menuruti setiap keinginanmu yang masih berpatutan. Tetapi membeli apapun yang kamu inginkan, dan pada akhirnya barangan atau makanan itu dibazirkan, jelas bukan salah satu bentuk mensyukuri apa yang telah kamu dapat.

Menjimatkan perbelanjaan dan mengambil kira segala-galanya agar tidak ada yang terbuang seterusnya menjadi bentuk penghargaan terhadap kerja kerasmu selama ini. Mencari wang jelas susah. Sayang sangat kan kalau kamu main buang-buang?

6. Sekarang mungkin kamu mempunyai dana. Tapi jika nanti sumber danamu terhad, dan kamu terlanjur terbiasa memanjakan diri sendiri bagaimana?

Kerana kita tidak tahu apa yang menunggu kita di depan, jangan menganggap bahawa sumber danamu selamanya. Meski kita selalu mengharapkan yang baik-baik, bukan bererti kamu harus mengabaikan kemungkinan buruk yang mungkin saja datang. Bukankah semua orang tahu, bahawa hidup itu seperti roda yang berputar. Ada kalanya di atas, dan sering juga di bawah. Kalau kamu terbiasa memanjakan dirimu sendiri dengan menuruti semua kemahuan, dan suatu saat nanti kamu sedang di keadaan sukar, bagaimana? Penderitaanmu akan semakin berlipat-ganda.
Jika anda terbiasa kedekut pada dirimu sendiri, meski sebenarnya kamu punya dana, dengan sendirinya kamu sudah menempa dirimu untuk lebih kuat. Hidup sederhana dan sedikit kurang serta keinginan-keinginan yang tidak dipenuhi bukan masalah lagi. Kamu akan tetap semangat, dan bekerja keras untuk memperbaiki keadaan.

7. Penting! Kedekut kepada diri sendiri bikin kamu lebih mudah untuk tak kedekut kepada orang lain.

Selalu kedekut kepada diri sendiri, tidak bermakna kamu kedekut juga kepada orang lain. Malah kamu akan lebih peka dan rasa sempatimu akan terbentuk dengan sendirinya, seiring kebiasaanmu yang tidak membiarkan dirimu larut dalam kemewahan. Kerana kamu tahu rasanya hidup kekurangan, kamu jadi tak segan-segan membantu orang-orang yang memerlukan.

8. Sekarang mungkin kamu menderita kerana serba kurang. Tapi suatu saat nanti, kamu akan merasa beruntung kerana bersikap kedekut pada diri sendiri.

Ibarat rentak atur silat, saat ini hidupmu sedang dalam masa pengaturan. Anda harus boleh menempa dirimu sendiri untuk menjadi tubuh yang kuat dan bersedia dengan segala kejadian. Mungkin saat ini kamu sedikit menderita dan tidak boleh bermewah atau berfashion dengan kawan-kawan yang lain. Tapi yakin sahaja bahawa ini adalah persiapanmu menyambut masa depan. Suatu saat nanti kamu akan bersyukur: Ah, ternyata kebiasaan kedekut kepada diri sendiri memang bikin untung.

Bersikap kedekut pada diri sendiri bukan bererti kamu kejam dan tidak mencintai diri sendiri. Tapi sebaliknya: kamu faham bahawa sifat anti-mewah harus dibiasakan dari sekarang juga. Demi masa depan yang sebaik-baiknya!

Tuesday, August 30, 2016

8 Cara Mencegah Kegemukan Melampau.


1. Jangan makanan yang digoreng
Masaklah mi dalam air, jangan digoreng. Begitu juga dengan nasi. Sajikan nasi yang ditanak/dikukus, jangan yang digoreng. Memilih daging juga lebih baik yang dipanggang.

2. Kunyah perlahan
Kunyahlah makanan secara perlahan-lahan dan cubalah menikmati makanan sewaktu berada dalam mulut. Dengan demikian akan menyebabkan perut cepat kenyang dan membantu mencegah makan terlalu banyak. Nasihat lama yang masih boleh diikuti, kunyahlah makanan setidaknya 32 kali sebelum menelannya.

3. Ambil sedikit
Ambillah makanan pertama sedikit mungkin ke dalam pinggan Anda. Tambah sedikit demi sedikit bila masih lapar. Cara ini dilakukan agar Anda tidak merasa terpaksa harus menghabiskan makanan yang sudah berada di pinggan.

4. Tinggalkan meja setelah selesai
Segera meninggalkan meja makan setelah selesai dan jangan dilanjutkan dengan berborak. Ini dilakukan untuk menghindarkan diri keinginan mengambil makanan dari sana-sini di atas meja sehingga tak terasa perut menjadi terlalu kenyang.
5. Hindari kadar gula dan lemak tinggi
Hindari makanan berkadar gula dan lemak tinggi seperti kek coklat, kuih yang manis-manis , mentega, susu berkrim, aiskrim dan lain-lain.

6. Makan banyak buah
Makan banyak buah-buahan, sayuran, biji-bijian, kacang-kacangan, dan karbohidrat dapat menjaga jumlah kalori yang masuk agar sesuai dengan keperluan.

7. Waspadai minuman bersoda
Anak-anak yang suka minum minuman ringan bergula berisiko tinggi mengalami kegemukan. Laporan para penyelidik Amerika yang diterbitkan oleh The British Medical Journal The Lancet, remaja AS perlu segera mengurangi minuman bersoda dan junk food yang berisiko mengganggu kesihatan. “Kami menemukan selalu ada minuman ringan di setiap hidangan tambahan, dan risiko kegemukan meningkat kira-kira 50 percent,” kata Ludwig.

8. Kurangkan menonton TV
“Kegemukan pada anak-anak diakibatkan oleh banyak faktor. Tidak ditekankan hanya pada satu faktor, yaitu minuman ringan dan masalah gizi, melainkan juga kebiasaan seperti menonton television,” ungkap Ludwig. Kebanjiran program di television, termasuk film-film kartun dan telenovela, membuat anak-anak dan suri rumah tangga semakin lama duduk di depan televisi sambil ngemil. Keadaan demikian mendorong tubuh kurang gerak dan mudah menjadi gemuk. Dari 4.771 wanita yang diteliti di Singapura, mereka yang menonton TV tiga sampai empat jam sehari berpeluang dua kali lipat menjadi gemuk dibanding kelompok yang jarang menonton TV.

Hajat Beli Rantai Emas Tak Diendahkan Suami, Akhirnya Isteri CURI Duit Suami. Inilah Reaksi Suami Bila Dapat Tahu Perbuatan Isteri!!!

Assalamualaikum....Saya dah berkahwin 12 tahun kahwin muda masa umur 16 tahun sekarang umur dah 28. Alhamdulillah suami baik. Cuma nak kongsi cerita dengan semua yang 3 tahun lepas saya ada nyatakan yang saya nak suami hadiahkan saya rantai emas yang harga 7K. Suami buat tak tau je, geram pun ade.

Lepastu saya rancang nak beli sendiri tapi masalahnya saya takde kerja. Bila suami bagi duit belanja lepas saya bayar bil, beli barang keperluan rumah, semua dah ada duit lebih ada 1 atau 2 ratus saya curi-curi simpan. Saya juga pelihara ayam dan tanam sayur jadi dengan ayam dan sayur itu saya sudah boleh berjimat.


3 tahun saya kumpul duit akhirnya dapat juga beli rantai emas tanpa pengetahuan suami, lepas dah beli saya tunjuk kat suami yg saya dah beli emas yang harga 6k. Suami terkejut dari mana saya dapat duit, saya cakap duit tu saya curi, sempatlah suami marah sebab saya mencuri, dia tanya saya curi duit siapa? Saya cakap saya curi duit suami saya sendiri, 😂😂 lepastu saya cerita dari A sampai Z.. fuhh nasib baik suami tak marah..
Dan yang paling buat saya gembira rupanya suami saya dah belikan saya rantai emas yang harga 7k tu, kesian sangat rupanya dia kerja overtime rupanya semata-mata nak belikan emas tu. Ya Allah terharunya saya. Dia beli awal tapi nak hadiahkan untuk saya bulan 11 nanti sempena harijadi saya. Tapi katanya malas dah nak simpan-simpan sebab saya pun dah beli rantai juga, masa tu dia tunjuk ya Allah baiknya suamiku.. oleh kerana sekarang ada dua rantai emas, yang saya beli tu saya bagi dengan anak perempuan saya.

Kredit:- KRT