Showing posts with label info terkini. Show all posts
Showing posts with label info terkini. Show all posts

Friday, September 16, 2016

Sungguh Menjijikkan!!! Cubaan Seorang Janda Untuk 'Menggoda' Suami Rakan Sendiri Gagal.

Seorang wanita yang berstatus janda dikatakan telah cuba untuk menggoda seorang tukang membaiki television yang juga merupakan suami orang.

Dalam status yang dimuat naik dilaman sosial itu di katakan bahawa janda tersebut telah meletakkan sebuah kamera di hujung katilnya bagi merakamkan 'aktiviti' yang di rancangnya.


Tujuannya melakukan hal tersebut adalah untuk memerangkap tukang terbabit bagi memecah belahkan rumah tangga lelaki berkenaan.

Isteri kepada lelaki itu dikatakan mempunyai permusuhan dengan janda tersebut, dan janda itu melakukan hal demikian bagi memanaskan lagi keadaan apabila video tersebut di lihat isterinya.
Melihat pada rakaman video tersebut, janda tersebut hanya memakai baju saja dan tidak memakai apa-apa pada bahagian bawahnya bagi 'menggoda' lelaki tersebut.

Walaubagaimanpun, tidak dapat kami pastikan dimanakah kejadian seumpama ini berlaku.

Tonton video tentang rancangan janda tersebut:


Sumber: Stilettoungu | Sentiasabikinpanas

VIRAL!!! Pengantin Perempuan 'Ikhlaskan Asetnya' Di Pegang Oleh Tetamu.

Satu majlis perkahwinan yang berlangsung di China baru-baru ini telah menghebohkan laman sosial.


Satu klip rakaman video yang menunjukkan seorang pengantin wanita yang baru saja menyelesaikan majlis perkahwinannya membenarkan beberapa orang tetamu memegang 'payud4ranya' sebagai hadiah.

Tempat dan lokasi majlis itu di adakan tidaklah dapat di pastikan dengan betul.
Apa yang pasti majlis tersebut berlangsung di sebuah hotel di China pada bulan Julai lalu menurut sumber.

Klik video dibawah untuk kepastian:



Doktor Kongsi Pengalaman PELIK Di Hospital Lama Alor Setar Bila Di Datangi 1 Keluarga Dengan Masalah Yang Buat Dia TERKEDU!!!

Cerita ini berlaku lama dahulu, semasa saya baru setahun jagung bekerja sebagai pegawai perubatan di Hospital Alor Setar pada waktu malam. Pada waktu itu Jabatan Kecemasan tidak mempunyai pakar dan seorang doktor bertugas untuk keseluruhan jabatan pada waktu malam dan merawat kesemua kes kecemasan dan pesakit rawatan luar. Kini Hospital Alor Setar telah berpindah ke Hospital Sultanah Bahiyah dengan kelengkapan moden berserta pakar-pakar yang berwibawa. 'Anything & Everything'.


Di dinding bilik rawatan Jabatan Kecemasan, jam menunjukkan lewat 12 tengah malam. Sejak aku memulakan syif malam berseorangan untuk keseluruhan jabatan beberapa jam sebelum itu, pesakit tidak putus datang. Tepat jam tengah malam lima pesakit asma yang datang dengan nafas sesak segera diberikan gas nebulizer di zon asma. Dalam masa yang sama, seorang pakcik datang dengan sesak nafas sambil tekanan darah menunjukkan 215/120. "Tarik nafas pakcik," seraya itu telingaku menangkap bunyi kasar seperti air bergelegak apabila hujung stetoskop dikenakan pada belakang dadanya. Sah air memenuhi paru-parunya kerana tekanan darah terlalu tinggi. Segera aku mengarahkan pembantu jururawat menyuntik ubat frusemide dan glyceryl nitrate sambil oksigen diberi. Perlahan-lahan pakcik terasa dapat bernafas lega dan bacaan oksigennya meningkat dari 89% kepada 100%. Pakcik itu stabil kembali lalu kusegerakan catatan dalam dokumen perubatan lalu pakcik pun dimasukkan ke wad. Sementara pakcik diuruskan untuk dimasukkan ke wad, seorang lagi datang kerana motosikalnya terlanggar kereta. Aku segera meminta X-ray dibuat memandangkan semua pemeriksaan pernafasan dan kitaran darahnya bagus. Setelah X-Ray menunjukkan patah tulang peha, dia kumasukkan ke wad untuk pembedahan oleh pasukan pakar tulang.

'Tension'

Suasana menjadi aman seketika. Tatkala itu, aku melihat 2 kad diletakkan serentak di atas mejaku. Aku melihat ruangan masalah dan melihat perkataan 'Tension'. Aku fikir mungkin masalah darah tinggi atau 'hypertension'. Memandangkan tiada lagi pesakit, aku meminta petugas memanggil pesakit kad pertama masuk. "Ahmad bin Ibrahim, sila masuk" Masuk seorang lelaki berumur 56 tahun seperti yang tertera pada kad bersama seorang gadis jelita berumur dua puluhan. Mereka berdua berdiri di sebelahku . Aku melihat mereka saling berpandangan. "Ya Encik boleh duduk. Encik ada darah tinggi ke," soalku. Mereka sekali lagi berpandangan lalu gadis cantik itu memandangku dan berkata, "Maaf doktor. Sebenarnya ini Abah saya. Masalahnya, kami berdua bertengkar dari pagi sampai malam. Kami dah tak tahu nak buat apa. Akhirnya kami buat keputusan untuk berjumpa doktor," katanya serius. Barulah aku sedar ketika itu bahawa kad yang satu lagi juga bertulis 'Tension' di ruangan masalah dan namanya adalah Rozita binti Ahmad berumur 21 tahun. Ketika itu lalu seorang doktor dari disiplin surgery yang terdengar aduan 'pesakit' ini. "Send them away," bisik doktor itu sambil dia berlalu setelah memandang mereka dengan pandangan yang sinis.

Bapa Vs Anak

Aku melihat bapanya, Encik Ahmad seakan sedikit malu. Anaknya memandangku dengan harap. Kemudian masuk ibunya lalu dia pula berkata, "Maaf doktor, saya dah tahu nak buat apa. Anak saya dan suami saya berdebat tidak henti-henti dari pagi hingga malam." Aku mempunyai pilihan sama ada untuk menghantar mereka pulang kerana Jabatan Kecemasan bukanlah untuk kes-kes 'Tension' sebegini. Tetapi jauh di sudut hati, aku rasakan sedikit simpati. Memandangkan yang tinggal hanyalah pesakit asma yang kesemuanya hanya menunggu gas nebulizer disempurnakan, aku mendapat satu idea.

Dua Helai Kertas

Aku mengambil dua helai kertas lalu kuhulurkan kepada Encik Ahmad dan anaknya, CIk Rozita. "Begini, saya mohon adik ni dan encik Ahmad setiap seorang senaraikan apa yang tak puas hati. Saya nak selesaikan pesakit asma saya sementara senarai ini ditulis." Mereka berdua keluar dari bilik rawatan.

Aku mula memeriksa pesakit-pesakit di zon asma. Kelima-lima pesakit asma yang kulihat tidak lagi sesak nafas dan stetoskopku yang setia membisikkan bunyi pernafasan yang normal lalu kesemua mereka kubenarkan pulang setelah preskripsi ubat kutulis. Setelah preskripsi terakhir selesai kutulis, Encik Ahmad dan CIk Rozita pun masuk semula. Kali ini kulihat, terdapat dua senarai yang tertulis di atas kertas.

Aku menjemput kedua-dua mereka untuk duduk di atas kerusi.

'Senarai Tak Puas Hati'

Aku mulakan dengan senarai dari Encik Ahmad. Kubacakan satu-persatu dengan memulakan senarai si bapa.

"Ok Cik Rozita, ini apa yang ditulis oleh bapa ya....."

Sementara senarai kubaca, Encik Ahmad menambah, "Doktor, tolonglah, ini satu-satunya anak saya. Saya tak ada yang lain. Dia pelajar di Kolej Perguruan. Baru pulang bercuti. Adakah patut, sampai saja dengan bas, dia terus ajak saya untuk beli tiket bas. Dia baru saja balik bercuti. Macam tak sempat-sempat nak tinggalkan kami. Lagi satu, saya rasa dia kena buatan orang. Dia boleh tahu rahsia orang. Kemudian asyik lawan cakap saya. Dulu dia ada bertunang. Mungkin dia kena buatan orang,"

Aku mendengar rintihan Encik Ahmad. Aku menoleh ke arah CIk Rozita. Orangnya kecil. Kulitnya putih melepak dan rambutnya diikat di belakang. Dia memakai seluar jeans dan bajut T. Aku melihat air mata bercucuran dari matanya yang lentik. Untuk seketika, aku terasa seakan melihat satu episod drama swasta. Lalu, aku meminta komen darinya berdasarkan senarai yang diberi.

Senarai Bapa

"Senarai bapa, 1. Anak kena 'buatan orang' - selalu melawan cakap bapa," Aku memandang ke arah CIk Rozita dengan pandangan meminta penjelasan. Dia seakan faham lalu berkata,

"Laa doktor.....macam mana saya tak lawan. Bapa saya bawa bomoh, kononnya untuk berubat. Tiap-tiap malam ada bomoh berlainan. Kalau sampai sebulan macam-macam bomoh Abah bawa, dan macam-macam air saya kena minum, tentulah saya melawan. Bila saya lawan, bomoh cakap 'memang bapa jin ada dalam badan dia. Tu yang dia melawan'. Bukan jin doktor....saya yang penat dan marah."

Aku menoleh ke arah bapa yang memandang ke bawah. Air mata bercucuran lagi. Aku fikir kalau ada produser drama atau filem tentu Cik Rozita sudah ditawarkan untuk berlakon.

"Okay, seterusnya saya bacakan perkara kedua dalam senarai bapa Cik...2. Anak ada kebolehan 'tahu rahsia orang,'" sekali lagi aku memandang Cik Rozita lalu dia memeberikan penjelasan, "Doktor, saya duduk dalam bilik saya. Kaum keluarga datang semua cerita masalah dan rahsia kepada Abah. Semunya saya dengar. Jadi bila saya marah, tentulah saya buka cerita semua. Habislah satu persatu saya buka rahsia mereka. Mak dan Abah terkejut bagaimana saya boleh tahu segala cerita. Padahal dinding bilik saya bukannya tebal sangat atau kedap udara. Semua cerita ada dalam kepala saya!"

Encik Ahmad kelihatan terkejut tetapi wajahnya seperti baru kini memahami misteri yang selama ini tidak terungkai kerana tidak pernah dijelaskan oleh anaknya.

'Kucing'

"Baik, kita teruskan dengan perkara berikutnya....

3. Anak minta belikan tiket untuk pulang ke Kuala Lumpur..," Kali ini aku cuba memahami hati si bapa lalu cuba memberikan analogi mudah kepada Cik Rozita. "CIk Rozita, mungkin bapa Cik Rozita berasa rindu sebab lama tak jumpa Cik Rozita. Macam apabila kita bela kucing juga. Kita bagi makan,kita jaga tapi bila kita panggil, kucing tu tak nak datang tapi nak pergi jauh. Tentu kita terasa jauh hati kan?"

Cik Rozita mengesat air matanya. Kini bibir merahnya menguntum senyum. Mungkin dia boleh menerima peneranganku? Bibirnya menguntum kata, "Sebenarnya doktor, ini pasal kucing jugak." Aku terpinga-pinga tidak faham. Dia seraya menyambung, "Sebenarnya kucing saya di rumah baru mati. Kucing tu dah lama tinggal dengan keluarga sejak saya kecil. Saya sedih. Saya tak boleh duduk lama kat rumah tu sebab teringatkan kucing tu. Sebab tu saya minta Abah untuk terus pergi beli tiket supaya dapat pulang awal. Bukannya sebab saya tak sayangkan Abah saya." Encik Ahmad memandang ke arah anaknya. Baru sekarang semua misteri terungkai. "Jadi Encik Ahmad faham kenapa anak nak pulang cepat ke Kuala Lumpur?" aku bertanya. Dia mengangguk perlahan. Kini dia pula mengesat air matanya.

Puan Halimah yang mendengar semua perbualan kami diam tidak berkata apa-apa. "Macam nilah. Saya rasa sekarang semua orang faham situasi yang sebenar. Tak ada apa lagi yang perlu digaduhkan lagi. Saya nasihatkan Encik Ahmad dan CIk Rozita untuk dengar isi hati masing-masing. CIk Rozita mungkin perlu masa sebab sedih kucingnya mati. Tak ada buatan orang. Pergilah berjalan-jalan di luar kalau rasa tak selesa duduk di rumah. Insya Allah semua akan ok." Mereka berdua mengangguk. Lalu bapanya berkata, "Sebenarnya doktor, sebelum ini kami dah jumpa pakar sakit jiwa. Tapi kami masih bertekak. Kami tak tahu nak buat macam mana."

"Tak apa Encik Ahmad. Lain kali kalau masalah timbul lagi, buatlah senarai masing-masing dan kemudian bincang satu-persatu. Kita kena dengar setiap satu dan leraikan. Kalau tak dengar, semua masalah bersarang di hati dan lama-lama masalah kecil jadi besar,"kataku. Terdapat beberapa kad baru masuk dan aku perlu melihat kes-kes kecemasan.
Aku memandang perkara terakhir pada senarai Encik Ahmad yang tertulis, 4. Anak tak dengar kata. Melihat mereka seakan sudah mendapat peleraian bagi sengketa, aku merasakan tidak lagi perlu meneruskan membaca perkara terakhir Encik Ahmad. Aku melihat pula senarai CIk Rozita yang tertulis:

Senarai anak

1. Bapa paksa untuk dirawat oleh bomoh
2. Bapa suruh tinggal lama di rumah
3. Bapa tak faham dan tak dengar

Memandangkan semua perkara di atas telah disentuh dan dijawab sekaligus apabila senarai bapa telah dikupas, aku yakin tidak lagi perlu meneruskan perkara yang sama.

"Baiklah doktor. Minta maaf kami datang malam-malam macam ni. Tapi saya rasa okay. Kami balik dulu," kata Encik Ahmad. Aku tersenyum dan melihat mereka berdua meninggalkan bilik rawatan.

'Pening'

Aku melihat kad di hadapanku. Setelah 5 pesakit kuselesaikan rawatan, aku melihat kad yang kelima tertulis "Pening" Pesakit tersebut masuk lalu berkata, "Doktor, saya sebenarnya dah mati. Tapi saya hidup semula. Sekarang saya datang supaya doktor boleh periksa saya." Aku melihat jam di dinding menunjukkan tepat jam 1.30 minit pagi. Untuk seketika, aku terasa seakan bulu roma berdiri dan di hadapanku adalah hantu. Matanya tajam merenungku. Perlahan, aku menyentuh tangannya. Terasa haba kulit dan ada nadi berdenyut. Tak mungkin orang yang mati mempunyai nadi. Tekanan darah kuambil dan bacaannya normal. Dia tidak kelihatan pening. Sebaliknya aku yang terasa pening dengan masalahnya. Dia juga amat tenang dan tidak agresif. Aku berfikir sejenak. Kalau tadi ada masalah 'tension' anak beranak, mungkin kes ini ada kaitan dengan gangguan jiwa juga. Dia kelihatan tidak sedikitpun merasakan kenyataannya salah. Dan seseorang yang tidak berasa pelik dengan kelakuan peliknya sendiri adalah suatu tanda samada ada gejala psikosis ataupun penyakit skizofrenia. Aku fikir, Jabatan Kecemasan kini sudah bertukar menjadi pusat kaunseling dan aku pula perlu menjadi kaunselor atau doktor sakit jiwa sementara merawat kes-kes kecemasan. Betullah kata sesetengah orang....'A&E' bukan hanya bermaksud 'Accident and Emergency' tetapi 'Anything and Everything'.

# nama ditukar bagi melindungi identiti sebenar pesakit. 

Kredit:- Alzamani Mohammad | Sentiasabikinpanas

Kisah Cinta Tragis Antara Manusia Dan Hantu Di Thailand. Jom Baca Kisahnya...

Mendengar kisah cinta tragis antara manusia mungkin sudah menjadi perkara biasa, bagaimana kalau kita ganti dengan kisah cinta tragis antara manusia dan hantu, mungkin itu akan jadi luar biasa kali ya..


Sebuah kuil yang ada di tepi sungai Prakanong, Bangkok, Thailand menyimpan sebuah legenda misteri yang menceritakan tentang kisah cinta antara manusia dan hantu.

Kisah ini bermula dari seorang wanita yang bernama Nak. Ia adalah isteri seorang askar. Suatu hari Nak ditinggal si suami untuk pergi bertugas di tempat yang jauh.

Pada masa itu Nak sedang dalam keadaan hamil. Malang nasib Nak yang meninggal dunia pada saat melahirkan anaknya. Dia dan anak laki-lakinya meninggal dunia.

Kerana cinta Nak terhadap suami sangat besar, arwah Nak dan anak laki-lakinya pun tak mau pergi dari rumahnya. Mereka setia menunggu sehingga suaminya pulang.

Suaminya pun merasa senang ketika pulang disambut oleh isteri dan anak laki-lakinya. Pada masa itu mereka hidup bersama dengan bahagia dalam beberapa masa.
Sampai akhirnya penduduk kampung meberitahu kepada suami Nak yang isteri dan anaknya sudah lama meninggal dunia. Si suami pun mencari kebenarannya dan terbukti memang anak dan isterinya sudah meninggal dunia.

Arwah Nak pada akhirnya mengamuk kerana tidak dapat menerima si suami mengetahui hal yang sebenarnya hingga akhirnya seorang dukun mengurung arwah Nak dengan memasukan tulang dahi Nak ke dalam botol. 

Dan sejak daari itu rumah Nak dijadikan kuil dan diberi nama kuil Wat Mae Nak.


Didalam kuil itu ada sebuah patung wanita berambut panjang sedang menggendong bayi laki-laki yang merupakan gambaran dari Nak dan anaknya. | Sentiasabikinpanas

INI PUN MENARIK DIBACA JUGA:

5 Lukisan Kuno Ini Sangat Berpuaka Dan Selalu Menghantui Siapa Yang Melihatnya. Seram Betul Dibuatnya...

Bagi orang yang cinta dengan hasil karya seni, mengantungkan lukisan di rumah mungkin perkara yang akan mereka lakukan. Apalagi jika lukisan itu antik dan mahal. Namun tidak dengan lukisan-lukisan di bawah ini. Pasalnya, lukisan ini menyimpan kisah amat menyeramkan.

Malahan, lukisan ini boleh menghantui siapa saja yang melihatnya. Tidak dapat dibayangkan seperti apa keseramannya jika kita memaparkan lukisan berhantu ini di rumah. Nah, daripada kamu tertanya, lebih baik lihat saja terus.

Berikut ini adalah 5 lukisan kuno yang berhantu dan menyeramkan:

1. Lukisan Oei Hui Lan


Lukisan yang menyimpan kisah menyeramkan pertama datang dari lukisan Oei Hui Lan. Yang membuat lukisan ini menyeramkan adalah penampilannya yang mengenakan gaun panjang berwarna putih serta rambut panjang yang terurai.

Oei Hui Lan adalah anak perempuan Oei Tiong Ham, seorang pengusaha gula berasal dari Semarang, Jawa Tengah. Nama Oei Hui Lan mulai dikenali masyarakat kerana kekayaan yang dimiliki si ayah. Malah, fotonya dipamerkan dalam muzium kerajaan di Britain. Namun, pada 1992, dia meninggal dunia diusianya sudah mencapai 93 tahun.

2. The Crying Boy


The Crying Boy merupakan sebuah lukisan hasil karya dari seniman Itali bernama Bruno Armadio. Anak kecil dalam lukisan itu diketahui anak yatim piatu yang ditinggalkan ibu bapanya dalam sebuah insiden kebakaran.

Setelah lukisan ini dipasarkan, kanak-kanak dalam lukisan itu dilaporkan tewas dalam sebuah letupan. Anehnya, tak lama selepas insiden itu, Bruno juga mengalami kebakaran dan mengorbankan si pembuat lukisan tersebut. Sejak insiden itu, misteri kutukan ini terus berlanjutan.

Dipetik dari The Sun, sebuah rumah di Rotherham, South Yorkshire, habis terbakar kerana mempamerkan lukisan ini. Dugaan ini diperkuatkan dengan lukisan The Crying Boy yang tetap tergantung rapi tanpa cacat sedikitpun walaupun rumah tersebut habis dimakan api.

3. The Hand Resist Him


Kemudian lukisan berjudul The Hand Resist Him. Lukisan yang dikenali dengan nama eBay Haunted Painting ini menggambarkan kanak-kanak lelaki yang sedang berdiri di depan kaca bersama bonekanya. Dalam lukisan itu juga kelihatan beberapa tangan yang melekat di pintu kaca.

Pintu itu merupakan pemisah antara dunia nyata dan dunia mimpi, dan patung sendiri sebagai pemandu yang mengawal anak kecil tersebut. Sedangkan tangan-tangan yang melekat di kaca pintu menggambarkan kehidupan lain. Bagaimana menyeramkan bukan?

4. Study after Velázquez 's Portrait of Pope Innocent X


Lukisan bertajuk Study after Velázquez 's Portrait of Pope Innocent X menggambarkan Paus yang sedang termenung dan seperti ingin bercakap. Namun kerana tak boleh, Paus ini pun menjerit.
Lukisan yang dinilai dengan harga mahal ini merupakan sebuah karya dari seniman terkenal pada abad ke-20, iaitu oleh Francis Bacon.

5. Pogo The Clown


Lukisan yang terakhir ini jika dilihat sepintas lalu memang tidak ada unsur menyeramkannya sama sekali. Namun jika anda mengetahui kisahnya, maka bulu ketiak anda akan merinding.

Lukisan yang dilukis oleh John Wayne Gacy ini menggambarkan seorang pembunuh bersiri di dalam sejarah Amerika. Gacy telah membunuh sebanyak 33 lelaki dan anak remaja. Dalam lukisan ini digambarkan ego dari Gacy, di mana Gacy sendiri memakai pakaian badut iaitu sebagai Pogo.

Sumber: TribunSolo | Sentiasabikinpanas

20 Perkara Lucu Dan Tidak Masuk Akal Ditemui Pada Buku Bacaan.

Semasa admin masih seorang pelajar, saya terpaksa meletakkan sedikit usaha dalam membuat buku teks saya supaya agak lucu, tapi tidak seperti mereka-mereka ini yang begitu mudah mendapatkannya. Seolah-olah seperti penerbit itu sendiri dengan sengaja memastikan bahawa akan ada banyak hiburan antara mukasurat buku tersebut.

Terima kasih kepada orang-orang di Bored Panda, buku teks ini gagal (atau menang sebenarnya) telah terkumpul di satu tempat untuk keseronokan anda. Adakah ini mengingatkan anda mengenai sesuatu dari tahun persekolahan anda? Sila berkongsi cerita anda di ruang komen di bawah!
1. Ditemui di buku 'My Web Design'...saya blur sikijap..ooh ok...


2. Seorang wanita berkata "Hello" dalam Bahasa Perancis kepada Pasangan Di Dalam Semak. OMG...apa diurang buat tu..?


3. Ini dijumpai pada halaman pertama buku teks Statistik. Sedih betul tau ni...


4. Terdapat sesuatu yang ganjil dalam buku 'My Engineering'..adakah anda nampak apa yang saya lihat.


5. Lebih baik belajar ini - Just In Case...bilang urang


6. Terdapat 'Gem' dalam buku teks 'A High School Seks Ed'..Fuh hebatnya buku ni..


7. Dalam buku baca Bahasa Sepanyol, budak lelaki ini membuat panggilan kepada gadis dan bertanya 'Apa Nombor Telefonnya'? Bah ko salin ah...sia x mau ulang..


8. Buku teks Bahasa Perancis ini cuba menerangkan 'Colours', tapi lupa bahawa ianya dalam hitam dan putih.


9. Invisible Man....awesome buku ni tau...kamurang x mau ke?


10. Harimau boleh dipelihara di dalam penjara. Sia suka ni penjara...


11. Saya sedang membaca buku 'My Chemistry'...mmmm...biar betul buku ni...???


12. Ini apa yang ada didalam buku teks Biologi kawan kepada kawan kepada kawan saya. Berapa banyak dah kawan....


13. Uiiii, gambar pada buku teks ini terbaik sepanjang zaman? Ko memang hebat author...sia slut ko...


14. Level buku teks: Chernobyl....bikin takut pulak.


15. Lagi 'Gem' tersembunyi dibelakang buku teks...penerangan tu yang paling manang...sot tau ni...


16. Buku teks Ekonomi saya agak pesimis...bulih juga macam ni...pakar ekonomi kot..


17. Ini satu persoalan yang menarik, buku teks Matematik kawan kepada kawan saya...pun kawan kepada si kawan saya...ini sudah gila...


18. Perkataan 'Trouble' dalam kamus Jerman bersifat perkauman? 1 budak hitam jatuh dalam longkang...tinggal berapa budak hitam?


19. Main dengan baik, buku teks Biologi. Saya sedang melihat apa yang anda tengah buat disana! ni mcm pun ada...ini kali lah...tukar..


20. Buku ujian buta warna...oh tidak..mengapa ini berlaku...mcm mana nak lulus jpj ni...



Ramai Salah Faham Bila Bayi His4p Ibu Jari Kakinya, Inilah SEBAB Mengapa Bayi Suka Melakukannya Yang Ramai TAK TAHU!!!

Benarkah Baby Hisap Ibu Jari Kaki Petanda Nak Adik Lagi? Pernah dengar orang-orang tua cakap macam ni tak? “Ha tu anak awak hisap ibu jari kaki petanda nak adik lagi lah tu”. Kita yang dengar ni dok terfikir-fikir, eh aku merancang lagipun baby baru 5 bulan, takkan dah nak adik? huhuhu...jgn jgn...


Tapi Yang sebenarnya, baby adalah reflexologist pertama di dunia. Ha, tukang urut la senang katanya. Nak tahu kenapa? Sebenarnya, setiap kali baby menghisap ibu jari kakinya, baby sebenarnya sedang merangsang otaknya untuk berkembang. Setiap bahagian tapak kaki kita ada bahagian yang berfungsi terhadap organ tertentu.
Dan sekiranya baby nak tumbuh gigi, cuba anda tengok bahagian mana yang sering menjadi perhatian baby kita. Ya, baby akan menarik-narik bahagian belakang telinga yang tidak gatal kerana di belakang cuping telinga mempunyai dental reflexes.


Subhanalllah. Hebat sungguh ciptaan Allah kan? Sebab itu kita perlu belajar sedikit sebanyak tentang urutan baby. Selain dapat memanjakan dan menenangkan baby kita, urutan juga dapat merangsang otak dan emosi mereka. Semoga bermanfaat. 

Kredit:- TipsSuamiIsteri | Sentiasabikinpanas

Kesan Madu Palsu Pada Kesihatan Manusia.

KEHEBATAN madu seperti yang disebut dalam al-Quran sebagai penawar segala penyakit telah terbukti khasiatnya secara saintifik dan dibahaskan secara ilmiah di seluruh dunia.

Ia digunakan dalam pelbagai jenis makanan dan minuman sebagai pemanis dan bahan perisa kerana khasiatnya sudah diakui dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.


Pelbagai jenis dan gred madu berada di pasaran. Rasanya berbeza mengikut sumber nektar yang dipungut. Madu juga digunakan sebagai salah satu elemen penting dalam pelbagai jenis perubatan tradisional bagi merawat penyakit. Menurut Ketua Penyelidik lebah dan madu Universiti Malaysia Kelantan, Dr. T. Kumara, 36, seekor lebah mengambil masa selama tiga hingga empat bulan untuk matang sebelum keluar mencari nektar bunga.

“Sebaik-baik madu ialah yang baru dikumpul dari sarang terutamanya madu kelulut. Hal ini kerana madu kelulut mengandungi lebih banyak air berbanding madu tualang yang lebih pekat.

“Justeru, jika dibiarkan terlalu lama madu kelulut akan terfermentasi dan menjadi lebih masam,” ujarnya sambil memberitahu harga madu kelulut lebih mahal kerana ua sukar diperoleh berbanding madu tualang. Harga jualan bagi setiap kilogram madu tualang ialah antara RM60-RM70 manakala madu kelulut boleh mencecah sehingga RM300.

Pemanis

Atas sebab itulah nektar bunga yang terkandung seribu satu khasiat itu makin diamalkan masyarakat kini.

Walau bagaimanapun, permintaan yang banyak terhadap madu menyebabkan ada sesetengah pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mencampurkan madu asli dengan gula. Malah, ada juga yang memproses bahan pemanis sintetik agar menyerupai rasa madu asli.
Madu tiruan tersebut mempunyai rasa sama seperti madu asli, namun ia boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan seseorang jika diambil secara konsisten dalam tempoh lama.

Mengambil contoh madu tiruan yang dicampurkan dengan bahan pemanis seperti air gula tebu dan air gula Melaka, kedua-dua pilihan tersebut memerlukan proses pemanasan jangka panjang melebihi suhu 100 darjah Celsius.

Perkara tersebut secara tidak langsung menyebabkan kandungan bahan kimia hydroxy-methyl fulfural (HMF) meningkat sehingga mencecah 3,000 miligram (mg) setiap kilogram sedangkan ia tidak sepatutnya melebihi paras 80mg.

Aktiviti enzim yang terdapat dalam madu tiruan pula kurang daripada lapan gothe.

HMF ialah bahan toksik yang terbentuk apabila sesetengah gula terutama fruktosa dan glukosa mengalami dehidrasi melalui proses pemanasan seperti memasak atau dibakar.

Herba

Dalam erti kata lain, madu yang dihasilkan secara sintetik sepenuhnya menggunakan sirap jagung berfruktosa tinggi mempunyai risiko tinggi memudaratkan kesihatan seperti diabetes dan obesiti malah jika diambil dalam jangka masa lama boleh mengakibatkan mutasi serta penyakit kanser hati.

Trivia menarik yang turut dikongsi oleh Kumara ialah penafiannya terhadap kewujudan jenis madu istimewa yang didakwa madu kelulut royal jelly.

“Madu kelulut tiada royal jelly kerana permaisuri lebah kelulut tidak menghasilkan royal jelly sendiri. Biologi mereka berbeza dengan lebah tualang.

“Sarang lebah kelulut bersifat tertutup dan bukannya terbuka seperti lebah tualang. Justeru, permaisuri lebah kelulut tidak keluar mencari nektar sendiri,” jelas Kumara.

Baru-baru ini, terdapat pihak menjual madu yang dicampur dengan beberapa jenis herba kononnya dapat meningkatkan kualiti kesihatan seseorang.

“Kesahihan perkara itu belum dapat dipastikan. Justeru, saya sarankan orang ramai tidak mudah terpengaruh supaya tidak berlaku mudarat pada kemudian hari kerana madu asli mempunyai khasiat lengkap untuk kesihatan,” tegasnya.

Sumber: Kosmo | Sentiasabikinpanas

ADUH KASIHAN. Pelajar Sekolah Rendah Ini Guna Selipar Untuk Memadam Tulisan Di Buku!!

Potret dunia pendidikan yang kurang mengenakkan bukan hanya berlaku di beberapa daerah Malaysia. Beberapa waktu kebelakangan tersebar gambar di media sosial, pelajar laki-laki memadam tulisan di bukunya menggunakan selipar.

Pelajar itu bernama Harold Labutong yang merupakan pelajar kelas 2 SD di Engracio M. Castaneda Central Elementary School, Brgy. San Roque, La Paz, Wilayah Tarlac, Filipina. Keadaan keluarga yang miskin membuat orangtuanya tak mampu membelikan peralatan sekolah untuknya.
Berikut gambar mengharukan tersebut yang dikutip dari akaun Facebook Thinking Pinoy.

Gambar oleh Rosalie Dela Cruz
Walaupun perlembagaan Filipina berkata pendidikan adalah hak untuk setiap anak, tapi tetap saja akta ditolak kebelakang. Ibu bapa pelajar kebanyakan tak mampu membelikan peralatan sekolah meskipun biaya sekolah milik kerajaan sudah disubsidikan. Keadaan itu seolah-olah menimpa Harold.

Gambar tersebut terus dibanjiri komen dari netizen. Mereka memberikan sokongan dan berharap Presiden Filipina, Rody Duterte memberikan perhatian dalam bidang pendidikan.


Mengadu Sakit Perut, 40 Pisau Dikeluarkan Dari Dalam Perut Polis Ini.

Para doktor di sebuah hospital di India terkejut ketika mendapat kes aneh yang menimpa seorang polis. Ini kerana, di dalam perut polis itu ditemui 40 pisau yang sedang berkarat. 

Dr Jatinder Malhotra selaku pengarah The Corporate Hospital di Kota Amritsa mengatakan, kes ini bermula apabila seorang polis bernama Surjeet Singh (42) datang kerana mengadu sakit perut. 


"Hasil pemeriksaan ultrasound daripada pesakit mendapati adanya sesuatu di dalam perutnya. Demi melengkapi diagnosisnya, prosedur endoscopy dilakukan kepada pesakit yang menunjukkan adanya beberapa pisau besi di perutnya, "ujar Dr Malhotra.

Menurut cerita, pisau itu ditelan Surjeet Singh dalam masa dua bulan ini, seperti dilaporkan oleh USA Today, yang memetik penjelasan doktor pakar bedah. Persoalannya, mengapa ayah dua anak itu melakukannya? Salah seorang doktor bedah mengatakan bahawa pesakit ada keinginan kuat untuk menelannya. 

"Pesakit ini mengatakan kepada kami bahawa dia mengalami dorongan yang tak terkawal untuk menelan pisau-pisau itu," kata Dr Malhotra, doktor bedah kepada Asian News International. 

Singh mengaku tidak mengetahui punca kenapa dia menelan pisau-pisau itu. Dia juga mengaku merasa nikmat ketika menelan pisau-pisau itu. "Saya tak tahu mengapa saya menelan pisau. Saya hanya menikmati bagaimana rasanya dan saya ketagihan seperti orang ketagihan meminum alkohol dan hal lain," kata Singh kepada CNN.
Selepas mendengar pengakuan Singh, satu pasukan doktor ditugaskan untuk melakukan prosedur operasi pembedahan untuk mengeluarkan pisau-pisau tersebut. Dr Malhotra berkata, dia bersama pasukannya terkejut selepas berjaya mengeluarkan pisau-pisau itu, beberapa bilah tersebut ditemui dalam keadaan sudah berkarat. 

"Selama 20 tahun saya praktik (sebagai doktor), ini merupakan operasi yang paling mengerikan yang pernah saya lakukan dan lihat," tambah dr Mahotra.

Setelah dibedah, Singh sekarang dalam keadaan stabil dan bertambah baik. Dia akan dibenarkan pulang jika dinyatakan sihat oleh pakar psikiatri, kemungkinan dalam beberapa hari lagi. "Untuk memastikan bahawa tidak ada pisau yang tertinggal, kami melakukan imbasan semula. Perkara yang menakjubkan ialah pesakit menelan pisau selama dua bulan terakhir," kata Dr Malhotra. 

Dr. Malhotra berkata Singh mengalami gangguan psikologi. Anggota polis tersebut dilaporkan mula menelan pisau setelah dia sembuh dari kecelakaan lalu lintas. 

"Saya mengalami kemalangan di Chandigarh dan tidak boleh berjalan dengan baik selepas itu. Kebelakangan ini saya mula menelan pisau," kata Singh. "Ini sedikit sakit," katanya kepada Reuters.

INI PUN MENARIK DIBACA JUGA:

Jamsu, Teknik Pelik Menjadi Trend Cantik Terbaharu Dari Negara Kimchi.

Seperti yang diketahui ramai, banyak dari trend kecantikan dan penjagaan kulit berasal dari Korea. Itulah sebabnya apabila kami mendengar tentang trend baru ini dari Vogue, telinga admin pun menokok sehingga ke telinga!


Jamsu boleh diterjemahkan ke Bahasa Malaysia sebagai "tenggelam" dan walaupun popular di Korea tetapi ia sebenarnya mula dihasilkan oleh seorang blogger kecantikan Jepun yang pertama mencatatkan trend di YouTube. Kami juga menemui tutorial yang dibuat oleh YoonCharmi tentang bagaimana teknik Jamsu itu berfungsi.

잠수 (Jamsu)

Menurut kepercayaan mereka, menenggelamkan wajah dalam air dapat membuat solekan wajah tahan lama selepas solekan selesai.

Teringin sangat nak mencuba? 
Ini langkah-langkahnya:
  1. Pakai mekap di wajah secara biasa.
  2. Taburkan bedak bayi ke wajah anda, sebanyak yang anda suka.
  3. Siapkan besen penuh air.
  4. Tenggelamkan wajah anda dalam besin, tahan nafas hingga 30 saat.
  5. Ulang hingga dua kali.
Anda boleh mencubanya sendiri tapi risiko teknik kecantikan ini anda kena tanggung sendiri la ye..kalau x menjadi jangan marah pulak..hehehe

Lihat video dibawah ni sebagai guide kamurang yang mau mencuba:


Thursday, September 15, 2016

Jaguhan Paralimpik Negara Dijemput Beri Ceramah.

Pemenang pingat emas pada Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro akan diundang sebagai penceramah pada program bimbingan usahawan Bahtera 2016 edisi utara di Sungai Petani, Kedah pada 8 dan 9 Oktober ini.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata cabaran yang diharungi atlet paralimpik negara sehingga mampu membawa pulang pingat emas patut dikongsi sebagai inspirasi.


"Kita akan cuba mendapatkan atlet paralimpik negara untuk berkongsi pengalaman bersama lebih 5,000 peserta yang dijangka hadir pada Bahtera 2016 edisi utara nanti," katanya kepada pemberita selepas prapelancaran Bahtera 2016 edisi utara di Kementerian Kewangan di sini pada Rabu.

Malaysia meraih pingat emas pertama di Paralimpik Rio melalui pelari pecut Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi menerusi acara 100m T36 (cerebral palsy), diikuti kejayaan Muhammad Ziyad Zolkefli yang mencipta rekod dunia acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran) dengan jarak balingan 16.84m, pada Sabtu.

Pada hari Ahad, Abdul Latif Romly meneruskan aksi cemerlang negara dengan memenangi emas selepas memecahkan rekod dunia dalam kategori acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) dengan jarak lompatan 7.60m.
Mohd Irwan Serigar berkata Bahtera merupakan platform yang bukan sahaja menggalakkan masyarakat Bumiputera memulakan perniagaan tetapi menengahkan cara baharu, model perniagaan baharu, penggunaan teknologi berkesan dan penyertaan dalam bidang ekonomi baharu.

Penceramah lain pada Bahtera 2016 edisi utara nanti ialah Hafiz Hamidun iaitu peserta program Imam Muda yang kini menjadi usahawan dan pemilik francais mikro Roti Bakaq Teloq Meleleh yang berjaya memiliki 200 francais dalam masa lapan bulan.

Bahtera 2016 edisi utara merupakan susulan kepada program Bahtera yang diadakan di Kuala Lumpur pada Ogos 2015.

Bahtera merupakan inisiatif Kementerian Kewangan melalui pejabat Pembangunan Keusahawanan Nasional. Antara pengisian Bahtera 2016 edisi utara ialah bual bicara, bimbingan usahawan, ilmiah dan peluang, pitching dan pameran. 

Sumber: BERNAMA | Sentiasabikinpanas

Wanita Trauma Hampir Dilarikan Bersama Keretanya!!! Ikuti Luahannya, Bikin Takut Betul....

Peristiwa ptg tadi...pengajaran dan peringatan buat semua...pastikan lock kereta walau sekejap mana pun meninggalkan kereta...lagi2 dgn keadaan enjin hidup...masih trauma dengan peristiwa di mana saya hampir dilarikan oleh org yg tak dikenali...Allah masih sygkan saya...sempat menjerit pgl husband kt dlm bank...tragis sket la sbb ade adegan t'seret kt pintu sbb nk rampas kunci..

Alhamdulillah, kuasa jeritan bekas koperal kadet polis ni dpt tarik perhatian org ramai utk tlong...penjenayah bjaya ditahan...skali ngan kreta2 pun kne tgl kt balai...huhu...skarang still trauma dgn lebam2 kt bdn yg confirm xdpt tido la mlm ni...😅 husband lebam teruk kt tgn atas usaha nk lunyaikan penjenayah..**xpnah nengok husband ngamok sedemikian rupa...ingat ya semua! Dlu saya selalu baca kes2 mcm ni kt fb...skarang sy alami sendiri...beringat sebelum kena.


Tradisi Sebelum 'MALAM PERTAMA' Keluarga Di Thailand Ini Sungguh Pelik.

Satu klip video yang di muat naik di sebuah laman sosial baru-baru ini oleh sebuah keluarga di Thailand ini sungguh pelik.


Menurut apa yang di tulis oleh salah seorang pengguna laman sosial itu, adat dan tradisi ini sudah di lakukan oleh keluarga mereka sejak dari dulu lagi.

Pasangan yang bakal berkahwin pada esoknya, harus melakukan satu 'perkara' yang begitu pelik iaitu harus menunjukkan teknik-teknik yang akan di lakukan pada 'malam pertama' di hadapan keluarganya.
Dengan di hadiri oleh sanak-saudara yang lain, bakal pengantin harus melakukan 'perkara' itu bersama dengan salah seorang daripada ahli keluarganya sendiri.

Memang pelik jika kita dengar dan melihat perbuatan mereka ini, namun itu lah yang di tulis pada status yang di muat naik oleh pengguna laman sosial tersebut.

Tonton video dibawah ini:


(VIDEO) SERAM!!! Lori Ini Muncul Secara Tiba-Tiba Dari ALAM Lain..Tonton Untuk Kepastian!!!

Pastinya kita sudah biasa mendengar cerita-cerita seram yang sering didengari dari kecil hingga dewasa.


Bagi rakyat di negara ini, benda dari alam ghaib memang cukup menakutkan malah ianya turut ditonjolkan melalui filem dan drama.

Namun, bagi mereka yang tidak mempercayainya, ianya dikatakan sukar diterima dek akal kerana tanpa bukti yang nyata ianya sukar dipercayai.

Namun apa yang admin ingin paparkan melalui video yang telah dirakam melalui cctv di satu laluan terowong bawah tanah ianya cukup mengejutkan.
Jika diperhatikan, kelihatan lori yang dalam perjalanan melalui satu laluan disebelah kanan, tiba-tiba dilanggar oleh lori lain alam keadaan bertentangan walhal tiada kenderaan lain yang melalui laluan itu pada masa itu.

Apa yang menjadi persoalan, bagaimana lori yang bertentangan itu boleh berada pada laluan yang sama kerana melalui pemerhatian tiada apa yang melalui laluan pada ketika itu. 

Tonton videonya dibawah ini:


Gadis Rusia Bernama Angela Nikolau Ini Jadi Viral Kerana Gambar Dan Videonya Yang Ekstreme!

Seorang gadis cantik yang berasal dari Rusia telah menjadi viral di Internet kerana beliau suka bergambar di tempat yang tinggi yang membuatkan ramai orang gugur jantung melihatnya.

Angela Nikolau yang gemar selfie di tempat tinggi telah menangkap gambar di suatu tempat yang tinggi telah berkongsi memori tersebut di laman sosialnya. Jom saksikan gambar beliau. Serius gugur jantung kamu semua!








Selain di Instagram, aksi-aksinya yang sangat berisiko juga boleh disaksikan melalui video-video yang banyak dimuatnaik ke Youtube.


P/s: Disarankan jangan tiru aksi ini tanpa pantauan pakar. Sila dapatkan khidmat pakar sebelum melakukan sesuatu. | Sentiasabikinpanas