Saturday, August 20, 2016

Ali, Muka Hancur Diserang Harimau.

Hutan memang menjadi rumah bagi para pemangsa seperti harimau. Tapi hutan juga boleh menjadi sumber untuk mendapatkan rezeki bagi segelintir orang. Namun, bagaimana jika tempat untuk mencari nafkah itu akan membuat hidup kita merana.

Keadaan mengerikan tersebut telah dialami seorang lelaki dari Bangladesh. 

Dipetik dari Metro, Hashmot Ali mengalami hal yang tak pernah ia duga dalam hidupnya sehingga meninggalkan luka yang membuat wajahnya hancur.


Kisahnya bermula apabila lelaki yang bekerja sebagai nelayan itu sedang tidur di sebuah bot di pesisir pantai sambil menunggu temannya yang tengah mencari ikan. Tanpa disangka seekor harimau dengan ganasnya menghampiri dan menerkam wajah Ali hingga muka bahagian kirinya hancur.

Ketika dia menjerit kesakitan, harimau ini cuba menarik dirinya dari perahu. Setelah orang ramai membuat bunyi bising dengan dayung perahu, akhirnya harimau ganas itu berlalu pergi.


Malangnya kerana mengambil masa selama enam jam untuk Ali sampai ke hospital. Ketika dia sampai, pasukan perubatan mengatakan ketibaan lelaki malang ini terlambat kerana luka di wajahnya sudah memburuk dan tak boleh di sembuhkan.
Selama 20 tahun Ali hanya menutupi lukanya dengan plaster. Namun, ketika usianya 40 tahun, dia memilih untuk menutup sebahagian wajahnya dengan kain kerana malu atas penghinaan yang bertubi-tubi dilontarkan penduduk di Kabupaten Satkhira, di tempat dia tinggal.

Ayah tiga anak ini melahirkan rasa bimbang, cacat di wajahnya akan menghalang anak perempuannya untuk mendapatkan suami. Dia berharap suatu hari nanti boleh melakukan pembedahan plastik, tapi sedar bahawa kosnya sangat mahal.