Monday, August 1, 2016

10 Hal Yang Harus Dihindari Lelaki Umur 30-an.

Tirulah ilmu padi, makin tua makin menunduk. Peribahasa tersebut kiranya sesuai untuk menggambarkan seorang lelaki. Seorang lelaki ketika umurnya bertambah sudah semestinya bersikap dewasa. Namun, kenyataannya masih banyak lelaki yang tak boleh lepas dari kebiasaan buruk mereka.

Berikut adalah 10 Hal Yang Harus Dihindari Lelaki Umur 30-an seperti dipetik dari askmen.com:

1. Makan Fast Food

Bukan bermakna anda mesti menjadi seorang vegetarian. Anda juga tak semestinya mempertimbangkan tiap gram kalori yang anda makan. Namun, dengan umur anda yang sudah tak muda lagi, bukankah sudah waktunya untuk membiasakan makan-makanan yang lebih sihat? Usia anda membuat anda terdedah terhadap penyakit jantung dan penyakit lain, maka mulailah mengurangkan makan fast food atau berhenti sama sekali.


2. Memandu Laju

Tiap tahun, satu juta orang meninggal di jalan raya akibat kemalangan. Memandu laju dan berbahaya hanya sesuai untuk anak muda. Kalau anda masih keras kepala, cuba bayangkan anda terbangun di rumah sakit tanpa kaki. Mungkin ini lebih mujarab untuk menyedarkan anda.

3. Bermain Game Terus Menerus

Perkembangan game di telefon pintar membuat permainan begitu umum dimainkan baik oleh orang tua maupun anak muda. Mudah sahaja jika kita melihat seseorang yang menunggu kenderaan atau beratur sambil bermain game. Tapi ketika anda mesti duduk di depan komputer selama berjam-jam dan melupakan kewajipan anda, tentu sangat tidak disyorkan untuk anda yang berumur di atas 30 tahun. Anda mempunyai banyak kewajipan lain yang mesti anda penuhi berbanding sekadar bermain game.

4. Tinggal Di Asrama

Pada umur 30, anda diharapkan telah mapan dari segi kewangan dan mempunyai tempat tinggal sendiri. Tak ada salahnya mengikat kontrak. Namun tinggal di asrama? Perempuan yang anda dekati pasti mundur melihat anda tinggal di asrama.

5. Bikin Tatu

Mempunyai tatu saat anda masih muda mungkin kelihatan hebat. Tetapi apabila usia anda menginjak kepala tiga, lihat apa yang terjadi pada tubuh anda. Kulit anda yang kendor sama sekali bukan objek yang bagus untuk dilukis tatu.

6. Mabuk Mabukkan

Cuba fikirkan kembali kesan minum alkohol terlalu banyak bagi tubuh anda. Beban yang mesti ditanggung oleh hati anda terlalu berat bila tiap akali anda berpesta minum-minuman keras. Sudah tiba masanya anda mengurangkan minuman alkohol yang anda konsumsi jika anda ingin melihat anak anda lulus sekolah.

7. Enggan Menabung

Kebanyakan lelaki mapan kerana mereka mahu berusaha keras untuk menabung atau melabur wang mereka. Jika anda terbiasa hidup dari gaji ke gaji tiap bulan, pertimbangkan keadaan darurat yang mesti anda hadapi nantinya.

8. Terbiasa Bekerja Deadline

Tanggungjawab yang mesti anda pikul akan bertambah seiring waktu. Anda tak lagi mesti meng-handle satu pekerjaan, kadang-kadang sehingga dua atau tiga pekerjaan mesti anda lakukan dalam waktu sama. Jika anda terbiasa bekerja deadline, anda pasti stres. Belum lagi waktu rehat yang berkurangan semasa anda menghadapi deadline.

9. Tak Tahu Apa-apa Soal Politik

Tidak ada salahnya mengetahui isu-isu politik dan sosial yang sedang hangat. Walaupun anda tak begitu menyukai politik, pengetahuan anda soal politik dan sosial akan membantu anda semasa berinteraksi dengan orang lain. Lelaki yang memahami banyak hal pun akan terlihat dewasa di mata orang lain.

10. Berpakaian Seperti Pemalas

Salah satu perkara yang pertama dilihat orang adalah penampilan anda. Apabila anda terbiasa berpakaian tidak teratur, orang-orang akan menganggap anda orang yang tidak teratur pula. Memastikan penampilan anda rapi tak akan membuang banyak masa. Hanya beberapa minit, anda akan merasakan perbezaan pandangan orang-orang terhadap anda apabila anda tampil rapi. 

Nah, itulah 10 Hal Yang Harus Dihindari Lelaki Umur 30-an. Adakah kebiasaan-kebiasaan buruk tersebut yang masih anda lakukan? Sudah tiba masanya meninggalkan kebiasaan tersebut, bukan?