Monday, August 1, 2016

5 Jalan Raya Paling Pelik Di Dunia.

Untuk pergi ke suatu daerah kamu harus melewati jalan raya. Kerana itulah setiap bandar di pelbagai negara di dunia ini pasti membina kemudahan pengangkutan penghubungan setiap daerah dengan jalan raya. Di negara-negara maju, pembangunan jalan raya sudah bermula semenjak ratusan tahun lalu. 

Hanya saja tidak semua jalan raya mempunyai bentuk yang lurus seperti yang boleh kamu dapati di jalan-jalan raya yang ada di Malaysia. Beberapa kawasan di dunia dikenal mempunyai jalan raya paling rumit yang pernah ada. Bagaimana tidak rumit, jalan itu mempunyai persimpangan yang banyak sekali. Tak hanya rumit, ada pula jalan raya yang dianggap mematikan, sampai jalan raya tercuram. Berikut ini 5 jalan raya paling pelik di dunia:

1. Bulatan Super Besar


Jangan sampai kamu melalui Bulatan Putrajaya yang ada di Malaysia. Bulatan Putrajaya dianggarkan mempunyai panjang 3.4 kilometer. Jika anda ingin membuat putaran penuh memerlukan masa hampir satu jam untuk berjalan kaki, bahkan boleh lebih. Wah, cukup menjengkelkan jika salah belok dan harus berputar ya.

2. Persimpangan Bikin Pusing


Salah satu jalan yang dianggap paling menjengkelkan dan mengelirukan di dunia rupanya terletak di negara Britain sana. Jika kamu suatu saat berkesempatan ke Inggeris, usahakan untuk mengelakkan jalan lingkar yang ada di kawasan Swindon. Diberi nama jalan Magic, jalan raya yang dibina pada tahun 1972 ini mempunyai lima buah pusingan di areanya. Bahkan pada tahun 2009 lalu, jalan Magic dianggap sebagai jalan memutar paling menakutkan di Inggeris. Sungguh, kenapa dibina ya?

3. Curam Gila!


Jika suatu hari nanti kamu ke New Zealand, jangan lupa untuk berkunjung ke kawasan pinggir bandar Dunedin. Kerana di sana ada jalan Baldwin yang tersohor di dunia sebagai jalan tercuram yang pernah ada. Jalan Baldwin sebenarnya cukup pendek yakni hanya sepanjang 350 meter. Namun tahap sudut kecuramannya yang keterlaluan tahap gila babi, 19 darjah membuatmu harus benar-benar berhati-hati. Secara purata, jalan Baldwin mempunyai tinggi 100 meter dari permukaan laut. Kalau dikira dari puncak, dia mencapai tinggi 200 meter di atas permukaan laut.

4. Lebar Dan Susah Diseberangi


Kalau kamu mempunyai tabiat suka menyeberangi jalan raya, maka itu semua hanyalah kenangan jika kamu berada di Buenos Aires, Argentina sana. Di negara asal Lionel Messi itu, ada sebuah jalan raya bernama 9 De Julio. Apa yang membuat 9 De Julio istimewa adalah kerana gelarannya sebagai jalan terlebar di dunia. Dengan lebar lebih dari 90 meter dan 10 laluan kenderaan setiap sisinya, kamu harus melewati tiga buah lampu trafik untuk boleh sampai ke seberang. Sungguh, kalau kamu memang ingin menyeberang dan dalam keadaan yang tergesa-gesa, lebih baik lupakan saja.

5. Melintasi Gunung Sempit


Melihat dari fotonya saja, kamu pasti merasa enggan menggunakan jalan raya ini. Alasan pertama adalah kerana jalan ini terletak melintasi salah gunung Capulin. Walaupun menurut sejarah, gunung yang terletak di New Mexico ini sudah dianggap mati dan terakhir meletus lebih dari dua milenium lalu, tetapi tetap saja medan yang ditunjukkan Capulin tetap mengerikan. Mempunyai panjang 3.2 kilometer, jalan raya Capulin ini sangatlah sempit. Bahkan jika ada bas yang hendak naik atau turun, semua arus lalu lintas haruslah berhenti. Sungguh, mungkin jika Capulin digunakan sewaktu perayaan, jem-nya akan sangat aduhai.