Tuesday, August 2, 2016

10 Fakta Mengerikan Mengenai Bumi.

Bumi kita ini tidak akan bertahan selamanya, sedangkan kita bergantung pada bumi untuk bertahan hidup. Kita akan binasa semuanya, apabila bumi hancur oleh pelbagai sebab. Kedengaran menakutkan sekali, tetapi kita perlu menyedari bahawa sumber-sumber bumi terhad. Penggunaan sumber-sumber bumi secara sembarangan seperti sekarang ini, boleh menyebabkan kehidupan manusia berakhir dalam kehancuran. 

Para saintis membuat spekulasi mengenai perubahan perubahan komposisi bumi, tentang pemanasan global atau sumber daya mineral yang sudah mula merosot. Marilah kita mengamati bagaimana kita secara perlahan, namun pasti menuju kepada kehancuran yang dibuat oleh tangan kita sendiri. 


Berikut adalah 10 Fakta Mengerikan Mengenai Bumi :

1. Pemanasan global adalah satu peristiwa yang tak dapat dielakkan yang memberi kesan kepada keadaan iklim di bumi. Badai yang menghancurkan, gelombang air pasang, tsunami dan kelaparan akibat kemarau akan terus berlanjutan walaupun usaha-usaha untuk mengawal pencemaran dan kerosakan alam sekitar telah dilakukan. Bumi berusaha untuk terus wujud dengan melakukan pembaikan semula jadi, tetapi kita manusia akan menerima akibatnya kerana proses perbaikan itu sangat dahsyat dan tidak terkawal. 

2. Peningkatan kecil putaran bumi disebabkan ketidakseimbangan isi kandungan perut bumi yang dibelanjakan, boleh memberi kesan kepada kita dengan pelbagai cara. Banjir dahsyat yang menenggelamkan segalanya, atau glasier-glasier yang menghilang selama-lamanya. Itu bererti akan ada kekurangan air, makanan dan penyakit berjangkit serta meluasnya kelaparan. Beberapa spesies haiwan dan tanaman menjadi punah. 

3. Terjadinya perubahan pola kawasan tanah, di mana sekarang lebih banyak orang-orang hidup di bandar-bandar besar berbanding dengan di kawasan luar bandar. Bandar-bandar penuh sesak sehingga perlu memperluaskan kawasan untuk perumahan ke kawasan luar bandar dengan mengorbankan tanah pertanian. Bandar besar yang lusuh dan kotor mengganggu kesihatan manusia dan menimbulkan bibit-bibit penyakit baru. 

4. Pengeluaran minyak mengalami peningkatan tahun 2008 dan pada tahun 2018 akan mencapai kemuncaknya. itu bererti awal dari penurunan, Ini boleh menjadi pencetus suatu kemelesetan tenaga global, konflik antara negara yang merebut hasil minyak dan juga sumber makanan. Minyak sangat penting bagi setiap bangsa untuk meneruskan aktiviti pengeluarannya, termasuk pertanian dan penternakan. Kandungan minyak di bumi boleh mempengaruhi hidup seluruh manusia di bumi secara signifikan. 

5. Kereta mempunyai kesan sebesar 3/4 dari semua gas buangan yang dipancarkan alat pengangkutan. Sejak saat ini, dunia akan dipenuhi lebih dari satu bilion kereta yang berkeliaran di jalan-jalan di tahun 2030 dan akan bertambah hingga satu bilion lagi di tahun 2050. Hal berkaitan dengan 75% peningkatan CO2 selama setahun di atmosfera berasal dari pembakaran bahan bakar fosil (minyak bumi, gas bumi dan batu bara), manakala kira-kira 20% CO2 yang memasuki atmosfera bumi berasal dari pembakaran BBM pada mesin-mesin kenderaan bermotor, selebihnya 80% pelepasan CO2 berpunca daripada pembakaran bahan bakar fosil oleh enjin penjanaan tenaga elektrik. 

6. Kerana peningkatan suhu udara akibat meningkanya kadar CO2, maka sedikit wap air bertahan di udara untuk membentuk awan. Hal ini berarti hujan akan menjadi lebih sedikit, dan secara langsung mengakibatkan hasil pengeluaran pertanian juga menurun. Akan berlaku di sekitar tahun 2020 di mana terjadi suatu tempoh yang sukar dan air bah tiba-tiba meningkat di semua bahagian dari benua Eropah, kerana mencairnya ais di Kutub Utara. Sedangkan populasi penduduk bumi akan mencapai 7.7 bilion orang. 

7. Hutan hujan pernah meliputi 14% daripada permukaan bumi. Sekarang hanya tinggal kira-kira 6% dan menurut perkiraan para ahli hutan hujan yang tersisa itu akan habis dimakan kurang dari 40 tahun. 1 hingga 1.5 hektar hutan hujan lenyap setiap 1 saat akibat pembangunan di negara-negara industri dan sedang berkembang. 

8. Hampir separuh daripada semua jenis flora, fauna dan mikro organisme akan musnah atau pasti terancam kepupusan dalam seperempat abad ke hadapan disebabkan oleh penebangan hutan-hutan hujan. 

9. Perkiraan para ahli penyelidik, bahawa kita sedang kehilangan 137 jenis tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga setiap harinya kerana penebangan hutan-hutan hujan. Atau sama dengan 50,000 jenis setiap tahunnya. Seiring dengan lenyapnya spesies-spesies di hutan hujan, demikian juga dengan berbagai macam rawatan penyakit-penyakit yang mengancam hidup manusia. Sekarang ini, 121 ubat-ubatan yang dijual ke seluruh dunia berasal dari tumbuh-tumbuhan ubat-ubatan. Sementara itu 25% daripada syarikat ubat-ubatan di Barat mengambil bahan dari ramuan tumbuh-tumbuhan dari hutan hujan, dan lebih sedikit 1% dari pohon-pohon dan tanaman-tanaman tropika ini telah diuji cuba oleh para saintis. 

10. Luas padang pasir di permukaan bumi mengalami peningkatan disebabkan naiknya suhu bumi. Pada akhir tahun 2007, Australia kehilangan 25% pengeluaran hasil pertaniannya kerana hal ini.