Sunday, July 24, 2016

Komputer Sering Restart ???

Penyebab mengapa komputer sering mengalami Restart:

1. RAM (memori) yang rosak

RAM yang rosak menyebabkan komputer restart dengan sendirinya. Cuba gunakan memori (RAM) yang lain untuk menguji keadaan ram itu rosak atau tidak. Sekurang-kurangnya ada dua ram untuk di cuba. Cuba salah satu untuk melihat yang mana rosak / tukar atau ganti untuk melihat yang mana bermasalah.

2. Masalah processor panas

Salah satu penyebab terjadinya komputer hang dan restart sendiri adalah disebabkan kerana processor yang terlalu panas. Untuk memeriksa masaalah kepanasan pada pada processor, ada beberapa cara yang perlu dilakukan seperti:
  • Melihat keadaan suhu processor melalui paparan pada perkakasan monitor di BIOS
  • Gunakan software yang memantau kepanasan seperti Core Temp
  • Dengan membuka casing CPU dan meraba sendiri suhu pada bahagian sejuk (Cooler) Processor.
3. Powersupply yang bermasalah

Kemungkinan power supply mengalami kerosakan yang cukup fatal. Cuba gunakan power supply lain yang sekiranya berfungsi dengan baik. Power supply dengan kuasa minima 500 watt adalah yang harus dipenuhi bagi yang menggunakan komputer.

4. Kad grafik rosak (VGA Card)

Kemungkinan kad grafik yang rosak. Biasanya kad grafik yang rosak dan cepat panas pada bahagian pendinginnya.Coba periksa kad grafik tersebut.

5. Disebabkan bad sector pada Hardisk / Kerosakan ringan pada Hardisk

Mungkin terdapat bad sector pada harddisk / ada yang janggal pada hard disk. Ini akan menyebabkan komputer menjadi hang atau muncul blue screen / skrin biru. Cara pencegahan agar tidak terjadi bad sector adalah seperti scan disk dan defragmenter di perlu di lakukan mengikut jadual.