Monday, July 25, 2016

Inilah 7 Kartun Yang Tidak Layak Ditonton Oleh Anak.

Filem kartun tentu merupakan kesukaan anak-anak. Dulu, filem kartun memang dicipta untuk dinikmati oleh anak-anak. Tetapi dengan berkembangnya teknologi, kadang-kadang filem kartun yang kelihatannya lucu ternyata tidak layak untuk ditonton oleh anak-anak.

Dibawah ini adalah 7 kartun yang tidak layak ditonton anak-anak:

1. Tom & Jerry

Anda pasti sudah pernah menonton Tom and jerry, Tom and Jerry adalah sebuah siri animasi Amerika Syarikat hasil pengeluaran MGM yang bercerita tentang sepasang kucing (Tom) dan tikus (Jerry) yang selalu bertengkar. Mungkin bagi orang orang lucu jika melihat aksi Tom yang selalu di kerjakan oleh Jerry dengan beribu akalnya, namun di balik itu banyak juga kekerasan yg ditayangkan contohnya Tom mengejat Jerry menggunakan kapak, Jerry menembak Tom menggunakan senapang, dll.

2. Happy Tree Friend

Walaupun tidak ditayangkan di TV, Happy Tree Friends ada di youtube, dan jika anda pertama kali melihat tayangan ini mungkin anda akan berfikir bahawa ini hanyalah kartun komedi biasa namun selepas anda menonton pasti anda akan menemui pelbagai aksi sadis, namun ironisnya banyak anak anak yang menonton acara ini. 

3. The Simpson

Walaupun tidak terlalu sadis, namun banyak juga adegan kasar dan sadis di rancangan ini, seperti Homer mencekik Bart, Homer yang selalu bercakap kotor, dan Bart yang bermain skateboard dengan bogel. Kerana hal itu banyak juga orang yang mencontohi perkara yang diperlihatkan pada kartun ini. 

4. Crayon Sinchan

Mungkin rancangan ini sudah sering ditayangkan di TV namun seringkali kita melihat aksi kasar acara ini , contohnya ketika Misae memukul Sinchan hingga benjol, lalu Sinchan menggoda wanita, Sinchan juga sering mempertontonkan auratnya pada orang lain. Kerana hal itu banyak orang yang meniru kenakalan kanak-kanak ini dan kartun ini dianggap rancangan dewasa. 

5. Family Guy

Family Guy adalah filem siri kartun televisyen yang berasal dari Amerika Syarikat. Dicipta oleh Seth MacFarlane, siri ini menceritakan tentang keluarga Griffin yang terdiri daripada Peter, Lois, anak-anak mereka Chris, Meg dan Stewie dan seekor anjing yang boleh bercakap bernama Brian. Seth MacFarlane juga menyuarai Peter, Stewie dan Brian. Kerana aksinya dianggap kontroversi, siri ini dilarang dimainkan di pelbagai negara seperti Albania, Filipina, Israel, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia, China dan Taiwan.

6. South Park

South Park adalah sebuah siri televisyen kartun dari Amerika Syarikat yang dicipta dan ditulis oleh Matt Stone dan Trey Parker. Diedarkan dan ditayangkan oleh Comedy Central sejak 1997, siri ini menceritakan pengalaman empat anak sekolah rendah yang tinggal di suatu kota kecil di South Park, Colorado. Salah satu episodnya, berjudul Best Friends Forever, meraih Anugerah Emmy pada tahun 2005 dalam kategori Program Animasi Terbaik. Namun kartun ini kebanyakan mengandungi kata2 kasar. 

7. Bernard Bear

Bernard digambarkan sebagai beruang yang tidak sempurna. Dia seekor beruang kutub yang tidak mempunyai rambut (jangan tanya mengapa ia terjadi!), primitif, mementingkan diri sendiri, tidak peka dan pembuat masalah.

Pada setiap sirinya, Bernard yang primitif dikisahkan selalu tertarik pada hal-hal baru. Bidang sukan, muzik, atau jenis-jenis profesi seperti wartawan, tukang masak, atau tukang bangunan, dan lain-lain.

Kesan dari ketertarikannya, Bernard mendalami segala peralatan yang berkaitan dengan bidang yang menarik minatnya. Misalnya sukan paragliding, Bernard mendalami cara memakai payung terjun, kacamata, dan kelengkapan lain, lalu cuba terbang.

Sayang, akibat dari keghairahannya membawa kesan buruk yang menyebabkan nasibnya selalu berakhir dengan kemalangan. Nasib malangnya Bernard inilah yang memancing tawa sesiapa pun yang menonton. Termasuk kanak-kanak kecil. Nah, itu yang membimbangkan.


* Jadi, jangan lupa untuk mendampingi anak anda semasa menonton filem kartun (Bagi yang punya anak) kerana mungkin kartun tersebut tidak layak ditonton anak-anak.