Showing posts with label prank. Show all posts
Showing posts with label prank. Show all posts

Tuesday, September 13, 2016

Seronok Sangatkah Buat Video Prank Dengan Latar Bunyi S3ks?

Menjatuhkan maruah seseorang dengan suara latar 'seks' apabila video yang tidak berkaitan dibuka. Sesetengah pelaku yang tiada maruah 'memancing' pengguna Facebook untuk memainkan video yang dimuat naik kononnya video itu adalah video kemalangan, video pesakit kronik, video amal kebajikan. Tetapi sebenarnya pengguna dikenakan gurauan kononnya 'prank' dan keluar suara pasangan yang sedang melakukan seks.


1. PRANK

Prank adalah budaya orang kafir yang tiada had menjatuhkan maruah orang lain termasuk emosi, keselamatan dan air muka seseorang individu yang dikenakan. Budaya ini dipraktikkan di negara kafir laknatullah Amerika khasnya dan sebilangan orang Islam telah pun mengikut budaya ini.

Benarlah kata-kata baginda Rasulullah,

"Umatku di akhir zaman akan mengikut Yahudi selangkah demi selangkah, sejengkal demi sejengkal, sehinggakan jika Yahudi masuk ke dalam lubang biawak pun ia akan ikut".

Dan sabit pula dengan hadis yang lain:


Daripada Ibnu Umar R.A berkata: Baginda Rasulullah Saw bersabda, Barang siapa menyerupai kaum itu maka dialah kaum itu.

Keterangan: mengikut akan budaya Mazmumah daripada golongan kafir yang bertentangan dgn syariat Islam serta menjatuhkan air muka seseorang.

2. AIB

Larangan Allah mengaibkan orang lain. Dalam Surah al-Hujurat, ayat 11, Allah SWT dengan jelas melarang umat Islam dari menyatakan keaiban orang lain. Dalam ayat yang sama disebut bahawa mereka yang mengingkari larangan ini, ia menjadi fasik, maka hendaklah ia bertaubat. Larangan ini begitu penting sekali dipatuhi sehingga ia diulangi dalam ayat yang berikutnya,

"... dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang...".

Tidak cukupkah ayat-ayat ini memandu kita ke jalan yang benar? Meskipun ayat itu menyentuh tentang intip dan mencari kesalahan, apakah ia tidak sama dengan menjadikan seseorang itu menanggung aib dan malu jika video bersuara seks itu secara tidak sengaja dimainkan di sebelah sahabat-sahabat atau sanak saudara?
Maka mereka yang melakukan video tersebut adalah golongan fasik dan mereka yang menanggung malu dan jatuh air mukanya akan menuntut bela di mahkamah Robbul Jalil kelak.

"Alaa.. Kecohlah. Orang nak bergurau saja..."

Gurau tok mung sampai jatuh air muka orang lain. Larat ke nak cari seorang-seorang nak minta maaf di Padang Mahsyar kelak? Ingat padang besar court tenis ke? Kenapa jadi begini? Kerana JAHILIYYAH. Kadang-kadang orang boleh kenal kita jahil atau tidak hanya dengan perilaku kita sendiri. - Muhammad Naim Sulaiman | The Reporter