Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Monday, February 27, 2017

Mengapa Tidak Jadikan Al-Quran Itu Seperti Telefon Pintar.

BERMULA dari bangun tidur, selesai mandi, ketika menunggu pengangkutan awam untuk pergi bekerja atau pusat pengajian, sehinggalah kembali pada waktu sebelum tidur, telefon bimbit dilihat seperti ‘nyawa’ yang tidak boleh terpisah dalam kehidupan harian manusia.

Realiti yang berlaku, jarang sekali dapat dilihat masyarakat Islam membaca Al-Quran pada waktu lapang berbanding dengan penggunaan telefon pintar yang lebih menjadi keutamaan.

Ia berikutan kecanggihan teknologi moden pada hari ini yang menjadikan segala urusan manusia serba mudah dan pantas. Namun, di sebalik kemajuan itu, membuatkan umat Islam khususnya di Malaysia terus terleka termasuklah dalam perkara ibadah seperti membaca Al-Quran.

Realiti yang berlaku, jarang sekali dapat dilihat masyarakat Islam membaca Al-Quran pada waktu lapang berbanding dengan penggunaan telefon pintar yang lebih menjadi keutamaan. Fenomena ini jelas berlaku di mana sahaja berada, kita akan melihat semua orang tidak kira lelaki atau wanita, tua dan muda, juga anak-anak kecil sentiasa memegang telefon.

Bukan sahaja ketika berbual dan bersembang secara santai bersama rakan dan orang lain, malah ramai juga dalam kalangan kita yang gemar melayani telefon walaupun ketika menghadiri majlis formal seperti dalam mesyuarat.

Suasana harmoni ketika menjamu selera bersama keluarga yang dulunya diluangkan untuk bersama, kini telah semakin pudar kerana masing-masing leka melayan telefon bimbit. Lebih menyedihkan, terdapat umat Islam masih leka melayan telefon ketika khatib sedang menyampaikan khutbah Jumaat dan juga dalam majlis ilmu.

Kita sanggup berpatah balik jika tertinggal telefon bimbit di rumah. Merasa resah gelisah apabila peranti itu tiada di sisi. Begitu dahsyat tamparannya kepada kehidupan manusia yang terpedaya dengan ujian Allah tersebut.

Namun berapa ramai dalam kalangan kita menyedari perkara ini dan mengambil berat terhadap ujian yang Allah turunkan ini. Kita diuji dengan keseronokan dunia sehingga akhirnya semakin lalai daripada mengingati Allah.

Sehubungan itu, umat Islam perlu sedar dan mengetahui kepentingan sebenar iaitu mempelajari, membaca seterusnya menghayati pengajaran dalam Al-Quran. Tambahan pula, menguasai Al-Quran sangat penting kerana menjadi kewajipan bagi umat Islam membaca ayat Al-Quran ketika melaksanakan fardu solat.

Malangnya, membaca Al-Quran tidak menjadi amalan seharian bagi segelintir masyarakat. Ramai yang membacanya hanya ketika waktu tertentu seperti ketika mengerjakan solat atau pada bulan Ramadan kerana ingin mengejar fadhilat khatam Al-Quran pada bulan itu.

Kesahihan Al-Quran

Al-Quran ternyata menjadi petunjuk dan pedoman kepada umat manusia serta membawa manusia ke jalan kebenaran. Dalamnya terkandung penuh nasihat, peringatan, perintah melaksanakan kebaikan dan menegah daripada melakukan maksiat.

Justeru, Al-Quran sepatutnya menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian berbanding telefon pintar. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan demikianlah pula Kami menurunkan Al-Quran itu sebagai ayat-ayat keterangan yang jelas nyata; dan sesungguhnya Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan dan undang-undang-Nya).” (al-Hajj: 16)

Al-Quran lebih jelas dan nyata tanpa ada keraguan setiap huruf dan helaian muka suratnya berbanding telefon pintar yang hanya bersandar kepada penerimaan dan penyebaran berita. Sama ada sahih atau tidak berita tersebut, kita sendiri tidak pasti.

Umat Islam perlu sedar dan mengetahui kepentingan sebenar iaitu mempelajari, membaca seterusnya menghayati pengajaran dalam Al-Quran.

Al-Quran ternyata menjadi petunjuk dan pedoman kepada umat manusia serta membawa manusia ke jalan kebenaran.

Justeru, mengapa kita membiarkan berita yang tidak pasti kesahihannya tersebar tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Tanyalah kepada diri sendiri berapa lama masa yang diambil untuk membaca Al-Quran sehari berbanding melayani telefon pintar?

Bukan bermakna umat Islam perlu mengetepikan kemajuan teknologi, sebaliknya harus bijak memanfaatkannya. Telefon pintar perlu diletakkan pada kedudukannya yang sesuai iaitu sebagai alat komunikasi.

Telefon pintar juga boleh digunakan untuk mencari ayat Al-Quran, membaca dan mempelajari tafsirnya. Malah kecanggihan teknologi terkini membolehkan kita melayari Internet untuk mendapatkan apa sahaja yang kita inginkan termasuk memuat turun perisian mashaf Al-Quran.
Namun, kita perlu berhati-hati dalam memilih perisian yang betul agar tidak tersilap sekali gus menjejaskan akidah.

Umat Islam perlu membudayakan kehidupan dengan bacaan Al-Quran walaupun sehari satu ayat, sama ada ketika di rumah atau di mana sahaja berada.

Pelajari lah segala pengajaran yang terkandung dalam Al-Quran dan mengamalkannya untuk seluruh kehidupan agar memperoleh syafaat di akhirat kelak. Ia sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada orang yang membacanya”. - Riwayat Muslim

Menggunakan telefon pintar dengan keterlaluan membuatkan manusia semakin kurang beradab, tidak memikirkan keselamatan diri dan kepentingan orang lain kerana leka melayan kehendak sendiri di alam maya. Ibnu Kathir dalam tafsirnya mengatakan kehidupan di dunia umpama permainan dan senda gurau. Malah, Allah menegaskan bahawa kehidupan di dunia begitu rendah dan hina berbanding kehidupan di akhirat.

| SBP

Monday, February 13, 2017

Inilah Jawapan Tentang Persoalan Hukum Haram Daging Babi Dan Organ Lainnya Yang Perlu Anda Tahu.

Soalan:

Assalamu 'alaikum wr. wb.

Terlebih dahulu saya minta maaf. Kami mau menanyakan soal keharaman babi. Sebagaimana yang kami ketahui sejak kecil daripada guru-guru kami, babi adalah haiwan yang diharamkan termasuk juga kulit dan tulangnya. Tetapi saya agak kebingungan ketika tetangga baik kami yang non-Muslim menyanggah bahawa yang diharamkan dalam Al-Qur`ân adalah daging babi, bukan kulitnya. Bagaimana sebenarnya tafsiran ayat 173 Surah Al-Baqarah? Mohon penjelasannya dalam soal ini. Terima kasih. Wassalamu 'alaikum wr. wb. (Bina Setiawan / Jakarta)


Jawapan:

Penanya yang budiman, semoga Allah SWT menurunkan rahmat-Nya untuk kita semua. Umat Islam menyakini bahawa bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang ketika disembelih tidak disebut nama selain Allah adalah haram untuk dimakan. Hal ini dengan jelas termaktub dalam firman Allah swt salah satunya adalah dalam surat Al-Baqarah ayat 173 sebagaimana yang dikemukakan penanya di atas.

إنما حرم عليكم الميتة والدم ولحم الخنزير ومآ أهل به لغير الله فمن اضطر غير باغ ولا عاد فلا إثم عليه إن الله غفور رحيم

Ertinya, "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, "(QS. Al-Baqarah [2]: 173).

Lantas apa yang dimaksudkan frasa firman Allah wa lahmal Khizir (dan daging babi)? Apakah hanya seketul daging babinya atau juga merangkumi juga organ tubuh yang lain? Dalam hal ini sekurang-kurangnya ada dua pandangan. Iaitu pandangan Dawud Az-Zahiri dan pandangan jumhurul ulama.

*****

Daud Az-Zhahiri menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan "daging babi" dalam ayat tersebut adalah daging itu sendiri, bukan selainnya sesuai dengan bunyi nash. Konsekuesninya adalah tentang haramnya hanya terbatas pada daging babi itu sendiri.

Sedang menurut jumhurul ulama, "daging babi" itu maksudnya adalah bukan hanya seketul dagingnya, tetapi merangkumi semua organ tubuh lainnya. Penyebutan daging babi lebih kerana daging itu merupakan organ tubuh babi yang paling banyak dimanfaatkan. Jadi penggunaan kata "daging babi" untuk mengingatkan keseluruhan organ tubuhnya.

Dengan kata lain, menyebutkan sebahagian organ tubuh babi tetapi maksudnya adalah keseluruhannya. Dalam bahasa Arab hal ini sudah maklum, dan dikenal dengan istilah majaz mursal. Konsekuensinya adalah keharaman babi itu bukan hanya seketul dagingnya tetapi juga meliputi organ tubuh lainnya.

{ولحم الخنزير} فيه قولان أحدهما التحريم مقصور على لحمه دون غيره اقتصارا على النص, وهذا قول داود بن علي والثاني أن التحريم عام في جملة الخنزير والنص على اللحم تنبيه على جميعه لأنه معظمه, وهذا قول الجمهور

Ertinya, "Ada dua pendapat dalam memahami frasa ayat 'wa lahmal khinzir' (dan daging babi). Pertama, tentang haramnya hanya seketul daging babi, bukan yang lain sesuai bunyi nash. Ini adalah pendapat Dawud bin Ali. Kedua, tentang haramnya itu umum meliputi semua organ tubuh babi. Sedangkan nas yang hanya menyebutkan seketul dagingnya itu dimaksudkan untuk mengingatkan keseluruhan bahagian organnya kerana sebahagian besar organ tubuh babi adalah dagingnya, "(Lihat Al-Mawardi, An-Nukat wal 'Uyun, Beirut, Darul Kutub Al-Ilmiyyah, juz I, halaman 222 ).
Pandangan Dawud Az-Zahiri yang menyatakan keharaman babi hanya seketul dagingnya sebagaimana dikemukakan di atas ternyata tidak selaras dengan pandangan penggantinya iaitu Ibnu Hazm.

Menurut Ibnu Hazm, haram memakan sesuatu apapun dari babi. Bahkan memanfaatkan rambutnya saja, menurut Ibnu Hazm, tidak dibenarkan. Konskuensinya adalah keharaman babi bukan hanya sebatas dagingnya, tetapi juga meliputi organ tubuh lain, berbeza dengan pandangan Dawud Azh-Zhahiri.

قال أبو محمد: لا يحل أكل شيء من الخنزير لا لحمه ولا شحمه ولا جلده ولا عصبه ولا غضروفه ولا حشوته ولا مخه ولا عظمه ولا رأسه ولا أطرافه ولا لبنه ولا شعره الذكر والأنثى والصغير والكبير سواء, ولا يحل الإنتفاع بشعره لا في خرز ولا في غيره

Ertinya, "Abu Muhammad berkata, tidak halal memakan sesuatu apapun dari babi, baik daging, lemak, kulit, urat, tulang rawan, usus, otak, tulang, kepala, organ tubuh lainnya, susu, dan rambutnya, baik jantan maupun betina, kecil maupun besar. Begitu juga tidak halal mengambil manfaat rambut babi baik untuk manik-manik atau selainnya, "(Lihat Muhammad Ibnu Hazm, Al-Muhalla, Beirut, Darul Fikr, juz VII, halaman 388).

Dengan mengikuti pandangan jumhurul ulama atau majoriti ulama, boleh disimpulkan bahawa keharaman babi bukan hanya seketul dagingnya, tetapi merangkumi semua organ tubuhnya yang lain. Mengenai pandangan Dawud Azh-Zhahiri yang menyatakan keharaman babi hanya seketul dagingnya, justeru malah tidak dipersetujui Ibnu Hazm yang notabene adalah penerus pemikirannya.

Nasihat kami, elakkan makanan yang mengandungi unsur babi kerana itu diharamkan.

Demikian jawapan yang dapat kami kemukakan. Semoga dapat difahami dengan baik. Kami sentiasa terbuka untuk menerima cadangan dan kritikan daripada para pembaca.

Wallahul muwaffiq ila aqwamith thariq, 

Wassalamu'alaikum wr. wb

(Mahbub Ma'afi Ramdlan)

Sumber: Nu Online | SBP

Ini Adalah Ciri-ciri Isteri Yang Dekat Dengan Syurga.

Ada pepatah mengatakan isteri adalah tiang penyokong untuk suami. Gagalnya si suami akan ada seseorang dibelakangnya yang sentiasa memberi semangat untuk bangkit semula. 


Oleh itu, ciri-ciri isteri yang dekat dengan syurga adalah seperti berikut:

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).
6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain. Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

(Dikutip dari Buku: Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A. Abdurrahman Ahmad)

Ya ALLAH…Bantulah isteri-isteri yang membaca artikel ini agar menjadi isteri yang sedemikian. Menjadi isteri yang selalu taat kepada suami…Yang pada akhirnya akan berbuah redha-Mu.

Aamin Ya Rabbal Alamin…

Sunday, February 12, 2017

13 Aurat Wanita Yang Perlu Anda Ketahui.

1. Bulu kening

Menurut Bukhari, Rasullullah Saw melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan.

-Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki

Mengenakan gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.

-Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang.

-Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.

-Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi

Rasullulah Saw melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.

-Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani

6. Muka dan leher

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan lengan

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis.

Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.

-Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.

-Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya

-Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad Saw: Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. -Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.

-Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda Rasulullah Saw: Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.

-Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.

-Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.

-Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.

-Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.

-Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud: Hai NABI-NABI katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.

Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.

-Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut

Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.

-Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


Saturday, February 11, 2017

Jangan Menyebut Sesamamu Sebagai Goyim, Kafir Atau Nastika.

Tiga agama terbesar di dunia. Kristian dengan 2.4 billion penganut, Islam dengan 1.6 billion pengikut dan Hindu dengan 1.2 billion. Dalam tiga agama tersebut, masing-masing memiliki istilah masing-masing untuk menyebut agama di luar mereka. 


Bagaimana kalau sekiranya ketiga-tiga agama itu saling melemparkan kata-kata kesat kepada sesama mereka? Kristian meneriakkan "goyim" pada Muslim, Muslim meneriakkan kafir pada Hindu, Hindu meneriakkan carwaka pada Kristian dan seterusnya. Mungkin dalam 1 tahun, dunia ini akan hancur.
1. Kristian - goyim, heathen, ethne, rhaka
2. Islam - kafir, jahil
3. Hindu - Nastika, Carwaka
Setiap agama mengklaim benar, tapi mungkin ada baiknya kalau iman kepercayaan itu diekspresikan dengan cara yang lebih lebih beradab. Untuk mengekspresikan iman kepercayaan kita, Kita tidak perlu mengatakan goyim/heathen/kafir/nastika kepada sesama kita. Konflik selalunya disebabkan oleh agama, bermula dari hal-hal kecil, misalnya meneriakkan pagan/kafir/nastika kepada orang lain, kerana itu suatu label untuk merendahkan yang lain.
Agama seharusnya membawa orang kepada kedamaian batin dan sikap semakin menghargai yang lain. Kedamaian dunia tergantung dengan agama dan hanya ada tiga hal utama yg harus dijaga dalam agama untuk menghindari konflik, iaitu:
1. Interpretation - tafsiran
2. Doctrines - rumusan ajaran
3. Homiletics - penyampaian ajaran
Jom tonton video dibawah ni untuk keinsafan kita:


Oleh: Aki Rumantai

Wednesday, February 8, 2017

Sambutan 'World Quran Hour' Dilancarkan Serentak Seluruh Dunia.

World Quran Hour adalah program membaca Al-Qur'an secara serentak di seluruh dunia yang berlangsung selama sejam dengan penyertaan jutaan umat Islam.


Sambutan World Quran Hour disertai bukan sahaja umat Islam di Malaysia, malah di lebih 50 buah negara yang melibatkan hampir 100 lokasi di seluruh dunia.

Program World Quran Hour merupakan satu cetusan kepada umat Islam untuk menjadikan bacaan al-Qur'an sebagai satu amalan harian dengan membaca sekurang-kurangnya satu jam sehari.

Program bacaan al-Qur'an serentak, World Quran Hour di seluruh dunia selama sejam, merupakan kesi­nambungan inisiatif sejak tahun 2013 menerusi program #AktifkanRumahNgaji yang kini memiliki 1,000 pusat di seluruh Malaysia.

Program berskala besar World Quran Hour menyasarkan untuk mengajak umat Islam di seluruh dunia kembali kepada al-Qur'an, memahami dan menjadikan kitab suci itu sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Sambutan World Quran Hour akan dijalankan selama satu jam bersempena ibadah wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah setiap tahun.

Jemaah haji yang berwukuf di Padang Arafah dan negara lain akan turut menyertai program World Quran Hour di peringkat antarabangsa.

Ikuti temu bual Bernama bersama Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas yang juga Pengerusi/Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berhubung komitmen serta harapan pihaknya terhadap program bertaraf global itu.

Berikut adalah transkrip temu bual Bernama dengan Datuk Hussamuddin Yaacub.

BERNAMA: Datuk, apa perkembangan terkini World #QuranHour?

HUSSAMUDDIN: Alhamdulillah, kesedaran tentang World #QuranHour momentumnya semakin memuncak.

Kita tengok di media sosial orang dah mula share dan bercakap tentang perkara ini dan kita sudah terima banyak komitmen untuk penyertaan di UIAM serta yang ingin menyertainya di kawasan masing-masing.

Di UIAM sendiri sebagai penganjur utama, mereka ada penuntut dari 117 negara yang sudah memberi komitmen akan terlibat secara langsung dengan membawa bendera negara masing-masing serta penyertaan daripada alumni mereka.

Kita juga bekerjasama dengan syarikat-syarikat korporat seperti Celcom selain Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd dan Andalusia Travel & Tours yang akan menggerakkan jemaah haji mereka menyertai program ini di Padang Arafah.

Selain itu, satu organisasi Islam yang mempunyai lebih 10 juta ahli di India akan turut menyertai program ini di sana begitu juga di Indonesia, tetapi yang paling menarik adalah penyertaan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) di Turki yang mempunyai lebih 10,000 cawangan di 165 negara termasuk di Malaysia, New York dan Australia. Hampir setiap negara yang ada orang Islam akan menyertai program ini.

BERNAMA: Mengapa memilih tempoh satu jam?

HUSSAMUDDIN: Satu jam ini satu simbolik sahaja... di Malaysia, World #QuranHour ini kita buat sejam di sini (Malaysia) dan tempoh sama juga dibuat di negara-negara lain tetapi memandangkan zon waktu berbeza, ia akan menjadi sehari.

Kita nak create satu impak di mana dalam sehari orang Islam mula berinteraksi dengan al-Quran, jadi kita harap akan timbul kecintaan terhadap kitab Allah ini.

Kita juga berharap ini merupakan satu titik permulaan di mana orang Islam akan menjadikan ini sebagai satu kebiasaan di mana mereka akan membaca al-Quran setiap hari selama sejam dan insya-Allah selepas 10 tahun mereka akan faham al-Quran sebenar-benarnya, menghayati, mengamalkannya dan dengan sendirinya kita akan lihat karakter seseorang itu akan berubah menjadi lebih baik.

BERNAMA: Bagaimana timbulnya idea untuk mengadakan World #QuranHour?

HUSSAMUDDIN: Kita telah memikirkan idea ini dua, tiga tahun lepas lagi kerana kita merasakan orang Islam walaupun mereka menunaikan solat tetapi masih tidak menunjukkan akhlak yang baik.

Sepatutnya orang yang bersolat kalau dia betul-betul faham makna solat, dia faham apa dibacakan ketika solat, dia akan terjemahkan kepada akhlak di mana dia akan menjadi orang yang bertanggungjawab, bersih, cantik kehidupannya, tidak akan memfitnah, rasuah, marah-marah, tetapi kenapa orang Islam masih begini?

Kita biarkan orang miskin tanpa membantunya, kita salah guna kuasa, jadi pemimpin tidak adil.

Puncanya kerana orang Islam tidak faham Islam, jadi cara nak memahami Islam adalah dengan baca dan fahami kitab Allah itu (al-Quran).

Ini yang kita nak push supaya orang Islam go back to basic, memahami Islam betul-betul. Kita lihat orang Islam sekarang contohnya militan Daesh tidak menggambarkan Islam yang betul.
Jadi apa yang dipaparkan dalam kehidupan seharian ini menyebabkan orang bukan Islam memandang Islam itu remeh, tidak bagus, tidak cantik dan benci kepada orang Islam.

Ini silap kita sendiri, jadi kita harap kalau kita boleh mulakan satu gerakan yang besar-besaran di peringkat dunia untuk menyeru orang-orang Islam belajar semula basic Islam melalui al-Quran.

Alhamdulillah, al-Quran sekarang sudah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa di seluruh dunia, sekurang-kurangnya kalau nak belajar al-Quran akan mengambil masa tetapi kalau nak baca tafsirannya boleh, itu dikatakan berinteraksi dengan al-Quran.

Jadi maknanya kita nak galakkan orang Islam gali isi al-Quran itu, fahami isi al-Quran itu dengan harapan mereka akan menjadi seorang muslim yang lebih baik.

Sebenarnya World #QuranHour ini bukan program tetapi satu gerakan berskala besar dan bersungguh-sungguh untuk mengajak orang Islam mula pegang al-Quran, mula buka al-Quran dan mula belek al-Quran, buka mindanya, muka matanya dan buka hatinya.

Ini juga sebenarnya adalah satu proses replacing operating system yang ada dalam hati orang Islam... yang sepatutnya ada dalam hati orang Islam ialah Quranic operating system.

BERNAMA: Datuk ada sebut mengenai orang bukan Islam memandang Islam itu remeh disebabkan kegagalan orang Islam mengamalkan cara hidup Islam sebenarnya. Bagaimana pula dengan fenomena Islamofobia?

HUSSAMUDDIN: Saya tidak salahkan mereka berfikiran seperti itu kerana disebabkan tindak tanduk orang Islam yang tidak baik seperti Daesh.

Kita tengok zaman Nabi Muhammad SAW dahulu kenapa orang tertarik kepada Islam, orang bukan Islam tengok akhlak sahabat dan akhlak nabi.

Masa berperang ada adabnya... lepas berperang bagaimana Rasullullah SAW memaafkan (musuh) dia bawa orang tu ke dalam masyarakat, tetapi kita kalah pilihan raya kita bermusuh, kita buka parti baharu dan kita tidak ikut saf yang betul.

Sebab itu World #QuranHour ini adalah sebagai satu permulaan kepada anjakan besar-besaran untuk umat Islam mula membuka mata dan kembali untuk melihat kepada guide book yang Allah sediakan. Al-Quran dah lengkap cuma masalahnya kita tidak buka, baca dan fahamkan.

BERNAMA: Adakah pengisian tempoh sejam World #QuranHour hanya dengan membaca Al-Quran sahaja?

HUSSAMUDDIN: Kita gunakan konsep berinteraksi... kita nak supaya orang melihat al-Quran sebagai satu guidebook, bukan satu bahan yang dibaca sahaja untuk tadarus, taranum.

Seperti di UIAM nanti kita akan cuba bawa satu pendekatan baharu di mana kita akan ulas ayat-ayat (al-Quran) untuk disesuaikan dengan kehidupan kita hari ini.

Ini maknanya World #QuranHour adalah satu titik permulaan di mana kita nak ajak orang Islam melihat al-Quran dari sudut berbeza sebagai guidebook ataupun user guide untuk kehidupan, pengurusan dan kepimpinan.

Kita nak orang hayati maksud al-Quran dari perspektif berbeza dan kita nak relate dengan kehidupan seharian dalam keadaan sekarang.

Al-Quran itu sebenarnya boleh sesuai dalam apa zaman sekalipun cuma kita hanya fikir tentang baca sahaja, malah kita hantar anak-anak kita ke pusat tahfiz untuk baca dan menghafal sahaja.

Sepatutnya orang yang keluar dari pusat tahfiz kena jadi pemimpin yang betul-betul memahami al-Quran.

BERNAMA: Program ini julung kali diadakan, adakah ia akan diteruskan pada masa akan datang?

HUSSAMUDDIN: Insya-Allah kita dah sarankan kepada UIAM untuk bawa program ini ke international level dengan skala yang lebih besar dan ini akan jadi event tahunan, tetapi kita harap akan ada follow-up event.

Setiap hari dalam sejam kita nak jadikan budaya orang Islam mengkaji dan memahami al-Quran, bagaimana ia boleh dijadikan panduan dalam hidup.

Kalau ini boleh dijayakan saya rasa insya-Allah dalam masa 10 tahun kita akan lihat perubahan besar dalam cara umat Islam bertindak, cara umat Islam hidup, mereka akan jadi pemimpin yang lebih adil dan ikhlas.

Kita nak tengok orang Islam lebih berdisiplin dan takkan jadi bangsa yang suka memfitnah.

Semoga memberi manfaat.

Sumber: SH

Tuesday, January 31, 2017

8 Amalan Ini Perlu Dalam Membina Rumah Yang Nyaman Dan Indah Di Syurga.

Mempunyai rumah besar, cantik dan penuh kemudahan dan keselesaan adalah keinginan setiap manusia. Di dunia ini, untuk mempunyai rumah yang besar dan cantik harus bekerja keras dahulu mencari wang ringgit, kerana harganya yang mahal.


Berbeza dengan membangun rumah di syurga. Yang diperlukan adalah kekuatan untuk beramal soleh dan menahan hawa nafsu. Tentu rumah di syurga jauh lebih indah dan nyaman, tak mungkin dapat digambarkan oleh akal fikiran kita.

Rasulullah SAW telah menyatakan kepada umatnya tentang 8 amalan-amalan yang apabila dilakukan oleh manusia, maka Allah SWT akan membangunkan sebuah rumah untuknya di syurga.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut:

1. Membangunkan (membina) masjid walaupun hanya sedikit
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sangkar burung atau lebih kecil dari itu, Allah akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.”
Hadis Riwayat Ibnu Majah.
2. Menjaga Solat Duha Empat Raka'at dan Qabliyah Zuhur 4 Raka'at
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang solat Duha empat raka’at dan qabliyah Zuhur empat raka’at, akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.”
Hadis Riwayat al-Thabrani.
3. Menjaga Solat Sunat Rawatib 12 Raka’at
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang solat (rawatib) sehari semalam 12 rakaat, maka Allah SWT akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.”
Hadis Riwayat Muslim, An Nasai, Abu Dawud dan Ibnu Majah.
 Solat 12 rakaat itu adalah dua rakaat qobliyah (sebelum) Subuh, empat sebelum Zuhur dan dua setelahnya, dua setelah Maghrib, dan dua setelah ‘Isya sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat Imam al-Tirmidzi.
4. Membaca Surat al-Ikhlas Sepuluh Kali (10 x)
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang membaca “Qulhuwallahu ahad” sepuluh kali, Allah akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.”
Hadis Riwayat Ahmad.
5. Membaca Doa Masuk Pasar
Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang masuk pasar lalu mengucapkan:
“Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahulmulku walahulhamdu yuhyii wayumiitu wahuwa hayyun laa yamuutu biyadihil khoir wahuwa ‘alaa kulli syain qodiir.”
Allah akan menuliskan untuknya sejuta kebaikan, menghapus darinya sejuta keburukan, mengangkat untuknya sejuta derajat, dan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.”
Hadis Riwayat At Tirmidzi, Ahmad, Ibnu majah dan Al Hakim
6. Mengucapkan Alhamdulillah dan Istirja’ ketika anak kita meninggal dunia
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila anak seorang hamba meninggal dunia, Allah berfirman kepada malaikatNya, “Kalian telah mencabut nyawa anak hambaku?” Mereka berkata, “Benar.” Allah berfirman, “kalian telah mencabut nyawa buah hatinya?” Mereka menjawab, “Benar.” Allah berfirman, “Apa yang diucapkan oleh hambaku?”
Mereka berkata, “Ia memujimu dan mengucapkan istirja’ (innaa lilaahi wa innaa ilaihi rooji’uun).” Allah berfirman, “Bangunkan untuk hambaku di syurga, dan namai ia rumah pujian.”
Hadis Riwayat al-Tirmidzi.
7. Akhlak yang mulia
Rasulullah SAW bersabda:
“Aku menjamin dengan rumah di pinggir syurga bagi orang yang meninggalkan pertengkaran walaupun ia dipihak yang benar.
Aku menjamin dengan rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun untuk ketika bercanda (bergurau senda).
Aku menjamin dengan rumah di syurga yang paling tinggi bagi orang yang baik akhlaknya.”
Hadis Riwayat Abu Dawud.
8. Iman, Islam, Hijrah dan Jihad
Rasulullah SAW bersabda:
“Aku menjamin orang yang beriman kepadaku, masuk islam dan berhijrah dengan sebuah rumah di pinggir syurga, di tengah syurga, dan syurga yang paling tinggi.
Aku menjamin orang yang beriman kepadaku, masuk islam dan berjihad dengan rumah di pinggir syurga, di tengah syurga dan di syurga yang paling tinggi.
Barangsiapa yang melakukan itu, ia tidak membiarkan satupun kebaikan, dan lari dari semua keburukan, ia meninggal, di mana saja Dia kehendaki untuk meninggal.”
Hadis Riwayat al-Nasai, ibnu Hibban dan al-Hakim.
Itu adalah amalan-amalan untuk membangun rumah di syurga. Namun sebuah rumah perlu bilik-bilik dan kebun sehingga menjadi lebih sejuk dan nikmat dipandang mata.

Adapun untuk membuat bilik-bilik yang istimewa, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya di syurga ada bilik-bilik yang luarnya tampak dari dalam, dan dalamnya tampak dari luar.” Abu Musa Al Asy’ari berkata, “Untuk siapa ia wahai Rasulullah?”
Baginda bersabda, “Untuk orang yang baik ucapannya, memberi makan dan solat di waktu malam.”
Hadis Riwayat al-Thabrani dan al-Hakim

Adapun untuk menanam pohon di syurga, ia adalah zikir kepada Allah sebagaimana dalam hadis:
“Aku bertemu dengan Ibrahim di malam Isra & Mi’raj. Ia berkata kepadaku:
“Hai Muhammad, sampaikan salamku untuk umatmu dan kabarkan kepada mereka bahawa syurga itu tanahnya baik, airnya tawar, dan kini tanahnya masih kosong, dan tanamannya adalah Subhanallah, Alhamdulillah, Laa ilaaha illallahu, Wallahu akbar.”
Hadis Riwayat al-Tirmidzi.
Subhanallah! Rumah itu kini mempunyai bilik-bilik yang istimewa, dan kebun-kebun yang indah. Untuk inilah kita berlumba-lumba.

Ya Rabb kami, beri kami kekuatan untuk senantiasa beramal soleh, dan istiqomah di jalan-Mu sampai akhir hayat kami. Aamiiin...