Showing posts with label kewujudan manusia. Show all posts
Showing posts with label kewujudan manusia. Show all posts

Friday, September 9, 2016

Asal Usul Kewujudan Manusia Menurut Agama Islam.

Asal usul manusia menurut pandangan agama Islam sangat bertentangan dengan apa yang telah dikemukakan oleh para pencetus dan penyokong teori evolusi. Charles Darwin sebagai pencetus teori evolusi berpendapat bahawa makhluk hidup termasuk juga manusia, adalah berasal dari evolusi atau perubahan-perubahan mahkluk sebelum ini yang mempunyai kemampuan sederhana. 

Perubahan-perubahan tersebut membuat kemampuan manusia menjadi lebih sempurna. Pendapat ini ditunjangi oleh penemuan beberapa fakta ilmiah seperti fosil dari manusia purba seperti Meghanthropus dan Pitheccanthropus di berbagai daerah. 


Di sisi lain, hampir dari semua agama di dunia menentang pendapat ini. Penentangan itu berlaku kerana pemikiran mereka didasarkan pada berita-berita dan maklumat dalam kitab sucinya masing-masing. Salah satu daripada kitab suci tersebut adalah Al-Qur'an. Al-Qur'an sebagai kitab suci agama Islam menyebutkan beberapa proses kejadian manusia yang lebih terperinci dan jelas. 
3 Kejadian dan Asal-Usul Manusia Menurut Islam 

Al-Quran menjelaskan beberapa tahap dalam proses kejadian dan asal-usul manusia secara terperinci. Ketiga-tiga tahap tersebut antara lain kejadian dan asal usul manusia pertama, kedua, dan ketiga. Berikut ini penjelasan dari masing-masing tahap tersebut. 

1. Kejadian dan Asal-usul Manusia Pertama 

Kejadian dan asal-usul manusia pertama yang bererti pula proses penciptaan Adam dimulakan oleh pembentukan fizikal dengan membuatnya secara langsung dari tanah yang kering yang kemudian ditiupkan roh ke dalamnya sehingga ia hidup. Keterangan tersebut sesuai dengan hadis riwayat Tirmidzi, di mana Nabi SAW bersabda: 

"Sesungguhnya Allah menciptakan Adam as dari segenggam tanah yang diambil dari seluruh bahagian bumi, maka anak cucu Adam pun seperti itu, sebahagian ada yang baik dan buruk, ada yang mudah (lembut) dan kasar dan sebagainya." 

2. Kejadian dan Asal-usul Manusia Kedua 

Allah menciptakan segala sesuatu secara berpasang-pasangan. Begitu juga dengan manusia, Adam yang diciptakan hendak dipasangkan oleh Allah dengan lawan jenisnya yang diciptakan dari tulang rusuk Adam, iaitu Siti Hawa. Keterangan tersebut sesuai dengan firman Allah QS. An-Nisa, ayat 1 berikut: 

"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari jiwa yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." 

3. Kejadian dan Asal-usul Manusia Ketiga 

Kejadian dan asal usul manusia ketiga berkaitan dengan proses kejadian seluruh umat keturunan Nabi Adam dan Siti Hawa (Kecuali Isa, AS.) Proses kejadian manusia yang disebutkan dalam Al-Quran, ternyata telah dibuktikan secara perubatan. Dalam Al-Qur'an, asal-usul manusia secara biologi dijelaskan dalam Surat Al-Mu'minuun: 12-14 berikut ini: 

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu. Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta yang Paling Baik." (QS. Al Mu'minuun: 12-14). 

Dari ketiga asal-usul penciptaan manusia menurut agama Islam di atas, dapat disimpulkan bahawa, Islam memandang manusia secara substantif terbahagi ke dalam 2 perkara, iaitu substansi materi (badan) dan bahan immateri (jiwa). 

Sumber: Kisahasalusul | Sentiasabikinpanas