Friday, September 16, 2016

Mengadu Sakit Perut, 40 Pisau Dikeluarkan Dari Dalam Perut Polis Ini.

Para doktor di sebuah hospital di India terkejut ketika mendapat kes aneh yang menimpa seorang polis. Ini kerana, di dalam perut polis itu ditemui 40 pisau yang sedang berkarat. 

Dr Jatinder Malhotra selaku pengarah The Corporate Hospital di Kota Amritsa mengatakan, kes ini bermula apabila seorang polis bernama Surjeet Singh (42) datang kerana mengadu sakit perut. 


"Hasil pemeriksaan ultrasound daripada pesakit mendapati adanya sesuatu di dalam perutnya. Demi melengkapi diagnosisnya, prosedur endoscopy dilakukan kepada pesakit yang menunjukkan adanya beberapa pisau besi di perutnya, "ujar Dr Malhotra.

Menurut cerita, pisau itu ditelan Surjeet Singh dalam masa dua bulan ini, seperti dilaporkan oleh USA Today, yang memetik penjelasan doktor pakar bedah. Persoalannya, mengapa ayah dua anak itu melakukannya? Salah seorang doktor bedah mengatakan bahawa pesakit ada keinginan kuat untuk menelannya. 

"Pesakit ini mengatakan kepada kami bahawa dia mengalami dorongan yang tak terkawal untuk menelan pisau-pisau itu," kata Dr Malhotra, doktor bedah kepada Asian News International. 

Singh mengaku tidak mengetahui punca kenapa dia menelan pisau-pisau itu. Dia juga mengaku merasa nikmat ketika menelan pisau-pisau itu. "Saya tak tahu mengapa saya menelan pisau. Saya hanya menikmati bagaimana rasanya dan saya ketagihan seperti orang ketagihan meminum alkohol dan hal lain," kata Singh kepada CNN.
Selepas mendengar pengakuan Singh, satu pasukan doktor ditugaskan untuk melakukan prosedur operasi pembedahan untuk mengeluarkan pisau-pisau tersebut. Dr Malhotra berkata, dia bersama pasukannya terkejut selepas berjaya mengeluarkan pisau-pisau itu, beberapa bilah tersebut ditemui dalam keadaan sudah berkarat. 

"Selama 20 tahun saya praktik (sebagai doktor), ini merupakan operasi yang paling mengerikan yang pernah saya lakukan dan lihat," tambah dr Mahotra.

Setelah dibedah, Singh sekarang dalam keadaan stabil dan bertambah baik. Dia akan dibenarkan pulang jika dinyatakan sihat oleh pakar psikiatri, kemungkinan dalam beberapa hari lagi. "Untuk memastikan bahawa tidak ada pisau yang tertinggal, kami melakukan imbasan semula. Perkara yang menakjubkan ialah pesakit menelan pisau selama dua bulan terakhir," kata Dr Malhotra. 

Dr. Malhotra berkata Singh mengalami gangguan psikologi. Anggota polis tersebut dilaporkan mula menelan pisau setelah dia sembuh dari kecelakaan lalu lintas. 

"Saya mengalami kemalangan di Chandigarh dan tidak boleh berjalan dengan baik selepas itu. Kebelakangan ini saya mula menelan pisau," kata Singh. "Ini sedikit sakit," katanya kepada Reuters.

INI PUN MENARIK DIBACA JUGA: