Thursday, September 1, 2016

Kaji selidik: 70 Peratus Penduduk Switzerland Setuju Larangan Burka.

Kurang lebih 70 peratus penduduk Switzerland menginginkan adanya larangan memakai burka. Hal tersebut terungkap melalui kajian yang diterbitkan dalam Le Matin Dimanche minggu lalu.

Dipetik dari The Local pada Rabu (31/8/2016), kajian melibatkan 15,824 penduduk di seluruh Switzerland. Kira-kira 55 peratus responden sepenuhnya menyokong gagasan larangan itu dan kira-kira 16 peratus menyatakan setuju.


Sokongan terhadap larangan itu berada pada tahap yang sama, yakni kaum lelaki dengan kira-kira 73 peratus suara dan kaum wanita dengan 69 peratus.

Tahap sokongan juga tidak terlalu berbeza-beza di seluruh negeri, kira-kira 72 peratus penduduk Switzerland berbahasa Jerman dan 70 peratus penduduk berbahasa Perancis adalah mereka yang bersetuju dengan larangan tersebut.

Namun perbezaan ketara kelihatan dalam sisi politik.

Kira-kira 96 peratus penyokong Parti Rakyat Switzerland (SVP) yang berhaluan kanan meluluskan larangan burka. Sokongan juga datang dari 73 peratus penyokong parti Liberal-radikal dan 75 peratus penyokong parti Kristian-Demokrat.

Sebaliknya, hanya 33 peratus penyokong Parti Hijau yang bersetuju dengan larangan tersebut. Sedangkan Parti Sosialis masih terbelah dua untuk urusan ini, kira-kira 47 peratus bersetuju dengan larangan dan 49 peratus menyatakan tidak setuju.

Sementara itu pada Mac lalu jawatankuasa di Egerkingen telah melancarkan kempen demi terlaksananya referendum untuk memperluaskan larangan burka ke seluruh negeri.

Di Ticino, sebuah kawasan di selatan Switzerland larangan penggunaan burka telah berlaku sejak 1 Julai lalu.

Masih Perlu 100 Ribu Tanda Tangan

Pada awal bulan ini, Christian Levrat, Presiden Parti Sosialis, mengatakan kepada La Liberté bahawa burka adalah 'penjara berpindah' ​​bagi kaum wanita dan harus dihapuskan melalui "pendidikan dan sokongan".

Jawatankuasa Egerkingen mempunyai masa hingga September 2017 untuk mengumpulkan 100 ribu tanda tangan yang diperlukan agar masalah ini dapat mencetuskan pungutan suara nasional.
Inisiatif ini bermula pada Mac lalu oleh Walter Wobmann, seorang ahli parlimen dari SVP. Menurutnya inisiatif ini meniru larangan di Ticino dan bermaksud mengajukan larangan setiap bentuk penutupan wajah di tempat-tempat umum.

Mengutip keputusan dari Dewan Eropah untuk Hak Asasi Manusia, jawatankuasa itu mengatakan bahawa penutupan wajah di depan umum 'merupakan percanggahan cara hidup bersama secara liberal dalam masyarakat yang bebas.'

Menurut jawatankuasa tersebut, larangan menutup wajah bukanlah sebuah diskriminasi.

Larangan yang dikemukakan nantinya diterapkan bukan hanya untuk burka, tetapi juga penutup wajah bagi orang-orang yang berniat melakukan kejahatan, seperti vandal atau mereka yang terlibat dalam demonstrasi yang 'berpengalaman' kekerasan.

Menurut jawatankuasa tersebut ada beberapa pengecualian, misalnya berkaitan isu kesihatan dan keselamatan, cuaca buruk, atau kerana kebiasaan setempat (tempatan), seperti misalnya topeng dalam festival.

Masalah burka telah mendominasi pemberitaan di Switzerland berikutan debat panas berkaitan isu sama yang tengah berlaku di negara jiran, Perancis.

Beberapa pantai di Perancis telah melarang penggunaan Burkini, yang dipandang sebagai versi burka untuk berenang.

Foto polis menjatuhkan denda pada perempuan yang mengenakan Burkini mencetuskan kontroversi di Perancis (CNN)