London: Ira Saxena berusia sembilan tahun yang tinggal di Colchester, bersin 8,000 kali sehari sejak tiga minggu lalu, dan kini setiap seminit, dia akan bersin 10 kali.
Ibunya, Priya Saxena, berkata doktor berasa pelik dengan keadaan anaknya itu dan buat masa ini, menganggap ia akibat selsema kerana alahan.
Budak itu hanya tidak bersin ketika tidur namun sebagai terjaga, akan bersin tidak berhenti-henti menyebabkan dia tidak dapat ke sekolah.
Ibunya sudah membawa Ira membuat pemeriksaan di hospital, pakar dan klinik persendirian namun tiada yang dapat mengatasi masalah anaknya.
Menurutnya, sebelum ini anaknya tidak mempunyai sebarang alahan dan doktor memberi pelbagai ubat, termasuk semburan hidung namun tidak berkesan.
Dia kini mahu menggunakan kaedah homeopati bagi merawat Ira dan berharap dapat menemui penyelesaian masalah itu segera.
Pada 2009, Lauren Johnson, 12, dari Virginia, Amerika Syarikat, juga bersin ribuan kali sehari dan doktor mendapati sistem imunisasi tubuhnya berhenti berfungsi akibat jangkitan tekak. - Daily Mail